Tuesday, January 11, 2011

PATI DAN KERETA SAPU, RESEPI BASI

MASALAH pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berjaja secara haram di sekitar Bandar Palma Lahad Datu, terutama di Pasar Ikan dan sekeliling Pasar Rakyat seperti tidak dihiraukan oleh Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) kerana menganggapnya sebagai resepi basi di Lahad Datu..

Senario Lahad Datu hari ini saling tidak tumpah seperti bandar Zamboanga, Siasi, Sitangkai di Filipina atau Tarakan dan Nunukan di Indonesia. Jika produser filem ingin membuat rakaman berlatar belakang Filipina atau Indonesia tidak perlu ke Negara berkenaan kerana Lahad Datu lebih Filipina atau Indonesia.

Segala jenis jenayah bebas dilakukan di Lahad Datu termasuk pengedaran dadah, persundalan, pecah rumah, peras ugut, ragut, penyeludupan dan rogol kerana terlalu banyak sarang maksiat dan jenayah di koloni setinggan yang berdekatan Bandar; malah ‘Hotel Jagokota’ diiktiraf kerajaan sebagai ‘Pusat Pemerdagangan orang dan Persundalan!’

Selain daripada itu, perkhidmatan kereta sapu juga sudah terlalu banyak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana mereka meletak kereta di lorong kiri yang sepatutnya digunakan laluan. Keadaan ini lebih teruk di sekitar pasar ikan Lahad Datu.

Sebagai warga asal Lahad Datu, kami berharap agar sabahkini.net dapat menyiarkan masalah ini agar Polis Lahad Datu tidak berpeluk tubuh dengan meningkatkannya jenayah dan Jabatan Pengangkutan Jalan menjalankan kerja membanteras kereta sapu yang menimbulkan banyak masalah sejak lebih tiga dekad lalu.

Salam Hormat,

WARGA ‘ORI’ LAHAD DATU

41 comments:
Write comments
  1. PTI memang punca kepada kebanyakan masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  2. jumlah PATI yang ramai sememangnya menimbulkan banyak masalah. perhatian serius amat diperlukan dalam pekara ini.

    ReplyDelete
  3. pihak berkuasa perlulah melakukan pemantauan bagi membanteras penjaja haram dan semua masalah yang timbul demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  4. jumlah PATI terlalu ramai di Lahad Datu, mereka sesuka hati berniaga secara haram tanpa sebarang sekatan. pihak berkuasa tak patut biarkan hal ini terus berlaku. ambil tindakan bagi membendung hal ini.

    ReplyDelete
  5. Tahu kenapa PATI bermahrajalela di Sabah? Mereka inilah sebagai Fixed Deposit BN di Sabah sejak UMNO berkuasa.

    ReplyDelete
  6. bandar Lahad Datu sebenarnya cantik jika tidak dicemari dengan kehadiran penjaja2 PATI, pengunjung2 dikalangan PATI dan kesesakan oleh kereta sapu. seolah2 bandar Lahad Datu tidak diwakili kerajaan atau tidak mempunyai undang2 sehingga mengundang pelbagi tanggapan negatif terhadap bandar ini.

    ReplyDelete
  7. jika pihak berkuasa Lahad Datu selama ini tidak mampu menyelesaikan masalah ini, lebih baik mereka ditukarkan ke daerah atau negeri lain. semakin lama mereka berkhidmat di bandar ini semakin banyaklah masalah dan semakin sukar untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  8. Kadang2 kereta sapu digunakan kerana tiada kenderaan lain yang boleh memberi perkhidmatan tersebut.

    ReplyDelete
  9. Illegals are haunting us now and forever.

    ReplyDelete
  10. sabah jika tiada PATI tentu Sabah akan maju dan membangun. PATI ni hnya mewujudkan masalah sosial di negeri kta.

    ReplyDelete
  11. Namun adakah kita meyokong penuh untuk mengusir PTI keluar?

    ReplyDelete
  12. No wonder PTIs are roaring the city centre now and then.

    ReplyDelete
  13. Jangan jadikan LD sebagai hub baru untuk PTI.

    ReplyDelete
  14. Salah siapakah dalam hal ini.. Sudah pasti bukan salah rakyat malahan adalah salah kerajaan seperti polis dan MDLD. Rakyat tidak dapat menghalau PATI kerana kuasa rakyat tidak sekuat kuasa polis. Maka polis haruslah berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sedemikian. Kita tidak mahu LD dijadikan tempat PATI berkuasa. Jika Pihak berkuasa tidak dapat berbuat apa-apa maka tidak mustahil negeri kita ini akan musnah.

    ReplyDelete
  15. Pihak berkuas harus menyelesaikan masalah ini. Penduduk kampung tidak akan hidup aman sekiranya perkara ini berterusan.

    ReplyDelete
  16. pihak berkuasa tempatan lahad datu harus menyelesaikan isu-isu yang membebankan masyarakat seperti yang dinyatakan.

    ReplyDelete
  17. PATI harus diusir dari sabah tidka kira dengan apa cara sekali pun..kerajaan harus bersikap lebih tegas dan berani dalam isu ini.

    ReplyDelete
  18. bersihkan Lahad Datu dari PATI..

    ReplyDelete
  19. masyarakat LD sudah puas mengharap dan menunggu...sekarang adalah masanya untuk bertindak..

    ReplyDelete
  20. Lahad Datu telah menjadi tempat selamat bagi pendatang dari Filifina. Mereka bebes menjual apa sahaja tanpa sekatan. Jumlah mereka lebih ramai daripada penduduk tempatan. Belum masuk yang berasal dari Indonesia yang telah mempunyai tanah dan ladang. Betulkah status mereka untuk mendapat tanah di Sabah ni?

    ReplyDelete
  21. LAHAD DATU telah menjadi tempat selamat kepada pendatang dari Filipina. Mereka bebas menjual apa saja tanpa sekatan. Jumlah mereka lebih ramai daripada penduduk tempatan. Selain itu ramai juga yang berasal dari Indonesia yang telah mendapat tanah dan mempunyai ladang yang luas. Persoalannya betulkah status mereka hingga layak mendapat tanah itu? Kepada penduduk asal Lahad Datu,BUKALAH MINDA ANDA. RENUNGLAH MASA DEPAN ANAK CUCU ANDA

    ReplyDelete
  22. Sampai bila keadaan begini? Penduduk asal ibarat warga asing dan warga asing seakan penduduk asal. Itulah keadaan di Lahad Datu. Terasa takut dan risau dibumi sendiri kerana pekan ini telah dikuasai oleh PATI dari Filipina dan Indonesia.Terjaminkah keselamatan kita? Di mana masa depan anak cucu kita?

    ReplyDelete
  23. Lahad Datu memang banyak PATI kat sana. Penjajah haram ini menjadikan LD itu kotor terutamanya selepas berjaja di sana.

    ReplyDelete
  24. Illegal immigrants are the root of the problems.

    ReplyDelete
  25. PATI bermaharajalela di rantau kita.

    ReplyDelete
  26. Sepatutnya rakyat Sabah sendiri jangan menyewakan rumah kepada mereka, jangan memberikan pekerjaan, jangan bersimpati kepada mereka.

    ReplyDelete
  27. Kerja pihak berkuasa di LD hanya jadi tukang tengok dan kutip duit. PATI pun dah jadi kawan- kawan...tangkap..bagi duit...lepas. Ada yang memang dah bayar duit kopi kpd pihak berkuasa tiap- tiap bulan. sampai bila pun tak akan selesai. Bekerjalah dengan jujur wahai pihak berkuasa! Jadilah manusia yang beramanah dan bermaruah!

    ReplyDelete
  28. Rakyat juga perlu menolak PATI.

    ReplyDelete
  29. Lahad datu adalah sebuah pekan cowboy. rasuah berleluasa di kalangan penjawat awam nya!.. setiap operasi serbuan yg hendak di buat,seperti operasi jpj keatas teksi sapu dan lori muatan berat,maklumat pasti bocor..... "cegah rasuah,sama seperti cegah keluarga kita dpd kesengsaraan di masa hadapan"....

    ReplyDelete
  30. Pihak polis sepatutnya membantu rakyat tempatan. Mana mereka bila rakyat menghadapi masalah PATI?

    ReplyDelete
  31. Itulah masalah pihak berkuasa, hanya memandang sebelah mata sahaja PTI. Bukan di Lahad Datu sahaja berlaku hal demikian tetapi disekitar kota kinabalu juga ada ramai PTI yang menjadi penjual rokok dan barang2 lain. Tapi tidak pernah berkurangan malahan lagi bertambah!!

    ReplyDelete
  32. Saya selalu berfikir, adalah lebih bagus jika rakyat juga diberikan kuasa untuk menangkap mana2 PTI yang berlegar-legar di sekitar Sabah.

    ReplyDelete
  33. Apakah gunanya penambahan anggota rela yg di buat oleh kerajaan?.. Gunakan lah mereka untuk membasmi pendatang ini,sekiranya polis kekurangan anggota!!... Tumpuan jgn hanya di tgh pekan LD saja, tapi di pgr pekan,seperti di kg.unta,kg.pancuran,kg.burung,kg.bt.1,bt.2(kg.bugis),semua ni adalah tempat sarang pti ini!.. Ternyata sekian lama pihak berkuasa LD tidak mampu membenteras pti di kwsn mereka!!..."pendatang adalah musuh bumiputra negara"!!!...

    ReplyDelete
  34. Satu lagi kwsn yg tlh di jajah oleh pendatang haram ini,iaitu di kg.paris.2,paris.3,kg.sg,koyah,kg.mewah dan kg.jln,safoda. Kawasan ni semuanya terletak di jln, lahad datu-sandakan area kinabatangan!.. yg lebih mengecewakan lagi ialah,ada sdh anak2 pendatang ini kerja di jabatan kerajaan seperti jpj dan polis!.. Kebanyakan mereka ni sudahlah sombong, berlagak pula tu, "tak sedar diri"!!!... camana nak basmi pendatang di tempat ni kalau kebanyakan mereka ni sdh menjadi sebahagian dpd kakitangan kerajaan?.. Semua ni salah siapa???...

    ReplyDelete
  35. Setuju dengan Bumiputra, Pendatang adalah musuh bumiputra negara. Itu sebab kita tak patut membantu mereka langsung. Ada yang membantu mereka dengan menyewakan rumah, mengaji mereka, serta membantu mereka mendapatkan IC palsu...

    ReplyDelete
  36. Orang Sabah terlalu murah hati. Apa yang akan berlaku jika kita terus membenarkan mereka masuk ke Sabah? Pendatang tanpa izin ini menjadi penjenayah untuk merompak, mencuri, mencederakan orang kita sendiri. Jangan menjadi pengkhianat negeri, janganlah terus membantu mereka.

    ReplyDelete
  37. Memang benar kata 1 sabah, tapi semua ni salah pihak berkuasa kita yg tidak cekap membanteras pendatang ini.Cubalah buat operasi tanpa henti.. jgn mau ada aduan baru nak bertindak!.. adapun operasi selalunya di tumpukan kearah bandar dan estate,sedangkan di kawasan kampung luar bandar seperti di kwsn kebun milik persendirian lah tempat pendatang ni berselindung.Sesekali tu terimalah pendapat dan pandangan rakyat,kerana sesungguhnya rakyatlah yg merasa kesan akibat kehadiran pdtng ini.Rampas ic dan surat lahir mereka,siasat dari mana mereka perolehi ic dan surat lahir tersebut.Patut kah belum 5 tahun berada di sabah dah miliki kad pengenalan?. semua ni disebabkan kemurahan hati JPN yg memberi mereka ic tanpa selidik,janji ada pulus!!!..."PENDATANG&RASUAH,MUSUH RAKYAT SABAH"...

    ReplyDelete
  38. PATI patut dihalau. Mereka yang sanggup mengkhianati negeri sendiri untuk membawa masuk PATI juga patut dihalau.

    ReplyDelete
  39. Tiada duit untuk downpayment? (FOMCA tak bagi buat full loan)
    Tiada duit untuk renew insurance? (bila dah setahun pakai kereta)
    Tiada duit untuk service maintenance? (bila rasa tak sedap bawak kereta)
    Tiada duit untuk modified kereta? (biasanya lelaki)

    klik sini untuk mendapatkan pendapatan sampingan anda.
    Hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM2K sebulan
    Diulangi HANYA RM20

    ReplyDelete
  40. UMNO sayangkan orang2 Sabah yag bebal,bodoh,bangang,bahalol,Dulu,Kini & Selamanya. Hidup UMNO,Hidup PATI!!

    ReplyDelete
  41. Mana ada PATI di Sabah semua sudah ada IC boleh mengundi sudah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.