Sunday, March 13, 2011

HISYAMUDDIN BIDAS KENYATAAN KURUP

PENGERUSI TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah), Hisyamuddin Sulaiman menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Malaysia (Pensiangan) yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup bahawa beliau menjadi dalang menimbulkan kekacauan di pejabat Daerah Sook.

Sekalipun tulisan Rozie Jumat dalam Sabahkini.net, kurup tidak menyebut secara khusus nama Hisyamuddin, tetapi petunjuk itu jelas ‘Penghasut Semenanjung’ itu merujuk kepada Hisyamuddin.

Penafian ini dibuat kerana beliau hadir ke tempat tersebut sekadar untuk memerhati dan mengenali adat penduduk tempatan menuntut sogit kerana tanah dan tempat ibadat mereka.

Selain itu Hisyamuddin menafikan keterlibatan beliau sebagi penghasut penduduk kampung kerana tuntutan mereka berkaitan adat penduduk tempatan kepada Mahkamah Anak Negeri.

Namun demikian, beliau berbangga, tuduhan itu menunjukan kepada beliau bahawa pimpinan Pakatan Rakyat lebih menjiwai denyutan jantung kepayahan penduduk Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan berbanding Kurup yang menjadi ahli parlimen mereka; tetapi seolah-olah merestui nasib yang menimpa penduduk kampung tersebut.

Hisyammudin turut melahirkan kekewaan sikap Kurup yang hanya mengambil maklumat daripada orang lain tanpa turun sendiri berjumpa dan menyelesaikan masalah penduduk Sook.

“Sepatutnya kes tuntutan sogit penduduk Sook tidak perlu ke Mahkamah Anak Negeri. Cukuplah diselesaikan secara diplomasi, apatah lagi nilai tuntutan tidaklah sebesar mana,” ujar Hisyamuddin yang meminta Kurup lebih prihatin terhadap rakyatnya yang menderita akibat karenah birokrasi Kerajaan BN.

Tindakan membatalkan dan menyalahkan tuntutan Ketua Kampung Kg. Alab Lanas Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil dan Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat di Gabungan 5 kampung, Ukim @ Juhadi Bin Morindal @ Marindal, mengecewakan penduduk kampung tersebut. Kehadiran mereka ke Mahkamah Anak Negeri yang sebumbung dengan Pejabat Daerah sebagai sokongan kepada tuntutan tersebut telah disalahertikan oleh pemimpin BN.

Hisyammudin mendesak Kurup turun dan menyelesaikan tuntutan tersebut. Apatah lagi setelah tuntutan mereka telah dibatalkan oleh Pegawai Daerah menyebabkan mereka terpaksa membuat tuntutan semula kes tersebut di Mahkamah Anak Negeri.

“Hentikan sikap suka menyalahkan dan menuduh orang lain dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat,” tegas Hisyamuddin menutup bicaranya.

Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)

14 comments:
Write comments
  1. MP kita di SABAh suka menyalahkan pihak lain jika berlaku masaalah di kawasan mereka dan sedangkan mereka haram nak ambil tahu masalah orang bawahan, MP kita terlalu banyak bercakap tapi semuanya KOSONG DAN BOHONG belaka.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin rakyat mampu membezakan pihak mana yang betul.

    ReplyDelete
  3. Sudah2 lah membandingkan diri anda dengan orang lain. Buat apa yang patut dan biarkan rakyat yang menilai sejauh mana kelayakan anda untuk menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  4. Biarkan orang berkata apapun tentang kita yang penting kita menjalankan tugas kita berlandaskan kepada undang2 dan juga tidak melakukan sebarang kesalahan.

    ReplyDelete
  5. bagi hal ini, tak paelu nak saling salahkan satu sama lain. kena tau punca berlakunya hal tersebut.

    ReplyDelete
  6. Hisyamuddin Sulaiman membawa budaya PAS melakukan demonstrasi di Sabah. menggunakan rakyat sebagai perisai untuk memperjuangkan politik mereka. sedikit masa lagi jika budaya itu terus dibawanya ke Sabah, tunjuk perasaan di jalanan pasti akan menjadi kebiasaan di negeri ini.

    ReplyDelete
  7. rakyat sabah ada adat dan cara penyelesaian mereka sendiri..tidak perlu campur tangan dari orang semenanjung yang tidak tahu apa2 mengenai sabah..

    ReplyDelete
  8. rakyat sabah jangan terpengaruh dengan budaya buruk yang dibawa dari semenanjung oleh orang semenanjung..

    ReplyDelete
  9. Apa pun kita mahukan masalah tanah dapat diselesaikan. Jangan mahu bergaduh lagi tanpa memberikan apa-apa kepada penduduk.

    ReplyDelete
  10. tidak perlu saling menyalahkan. lebih baik jika mencari penyelesaian daripada menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  11. Dua-dua pun tidak boleh dipercayai. Harap pembaca sendiri akan menilai sebaiknya kenyataan daripada mereka.

    ReplyDelete
  12. Perlu dengar suara dari kedua pihak baru boleh buat kesimpulan sendiri.

    ReplyDelete
  13. Apapun harap isu akan selesai dan penduduk kampung berpuas hati. Semestinya cara di Sabah dan Sarawak tidak sama dengan di Semenanjung.

    ReplyDelete
  14. Apa-apa sajalah, ini politik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.