Sunday, January 13, 2013

70 model telefon pintar untuk rebat RM200

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

"SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-nilai Murni peringkat negeri Sabah di Menumbok, dekat Kuala Penyu hari ini.

Beliau berkata kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 outlet dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.

Di bawah program itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013, belia berusia antara 21 dan 30 tahun layak menerima rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar.

Program Himpunan Kasih Sayang yang berlangsung selama dua hari sejak semalam itu dianjur SKMM Sabah dan Labuan dengan kerjasama beberapa agensi di bawah KPKK.

Program yang dimeriahkan pelbagai lapisan masyarakat itu turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun, pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh dan Adun Kuala Penyu John Teo Mau Sing.

- Bernama

34 comments:
Write comments
  1. bukan keperluan utama...DANA NEGARA DI CURAH KE LONGKANG!!!

    ReplyDelete
  2. Ketua Umno Bahagian Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh menyambut baik sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda terhadap rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2013.

    ReplyDelete
  3. Malah beliau berkata ia adalah langkah kerajaan yang prihatin terhadap kehendak dan keperluan golongan muda di dalam era teknologi maklumat terkini.

    ReplyDelete
  4. “Jika diteliti hanya Barisan Nasional (BN) mampu menawarkan dan menjaga soal kebajikan dan keperluan rakyat terutama menepati kehendak golongan muda berbanding pembangkang.

    ReplyDelete
  5. “Malah BN satu-satunya parti yang sentiasa dinamik dalam melaksanakan rancangan pembangunan mengikut selera rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  6. Langkah pemberian rebat itu akan membolehkan rakyat Malaysia lebih akses kepada gerbang maklumat dan berkomunikasi.

    ReplyDelete
  7. “Bangga untuk melihat rebat telefon pintar sebanyak RM200 yang dijanjikan dalam Belanjawan 2013 mendapat sambutan hangat. Ia bermakna kita semua menjadi lebih dihubungi,” katanya.

    ReplyDelete
  8. Kabinet bersetuju beliau tiada had harga untuk pembelian telefon pintar dengan menggunakan rebat RM200 tersebut yang dikhususkan kepada golongan belia berusia 21 hingga 30 tahun yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

    ReplyDelete
  9. Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia selaras ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Najib, September lepas.

    ReplyDelete
  10. Sesungguhnya, kerajaan mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman

    ReplyDelete
  11. PM Najib berharap rakyat Malaysia supaya menilai Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik.

    ReplyDelete
  12. hakikatnya Kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi Kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian. Kerajaan difitnah dan dituduh semahunya.

    ReplyDelete
  13. Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati.

    ReplyDelete
  14. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kerajaan bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak.

    ReplyDelete
  15. Bukannya kerajaan mengambil sikap asal menang, segalanya-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana.

    ReplyDelete
  16. Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya? Jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir pembangkag, apa yang terkandung dalam manifesto buku jingga sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa

    ReplyDelete
  17. Pembangkang menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila pemimpin berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan. Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang.

    ReplyDelete
  18. Jadi jangan tunggu lama. Teruskan mendaftar dan mendapat rebat.

    ReplyDelete
  19. Peluang hanya datang sekali dan tidak akan ada dua kali lagi.

    ReplyDelete
  20. Siapa bagi rebat RM200. Murah-murah sudah ini.

    ReplyDelete
  21. Ini antara usaha kerajaan untuk memastikan golongan mudah dapat kemudahan telefon pintar.

    ReplyDelete
  22. Usaha kerajaan yang baik sebenarnyan ini. Harap akan terus disokong usaha ini.

    ReplyDelete
  23. Now that the government has decided to allow the RM200 rebate for all types of smartphones, local phone distributors and telecommunication providers are now experiencing a big jump in sales.

    ReplyDelete
  24. For some, problems have even cropped up: they do not have enough phones to sell because of the surge in demand.

    ReplyDelete

  25. The government's move to remove the limit to smartphones costing RM500 each or less is expected to benefit about one million youths between 21 and 30 years earning less than RM3,000 a month.

    ReplyDelete
  26. Jason Lo, Chief Executive Officer of Tune Talk Sdn Bhd, said since the announcement, demand for its smartphones has risen by over 50 per cent.

    ReplyDelete
  27. Tune Talk is one the service providers for the package under the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).

    ReplyDelete
  28. "The announcement was a good move by the government. We receive around 10 to 15 new applications for the rebate daily and the number is rising," Lo told Bernama.

    ReplyDelete
  29. The government's pro-active move also benefited Tune Talk's 800 dealers nationwide, he said.

    ReplyDelete

  30. Eddy Tay, Head of Sales at NineTology Malaysia Sdn Bhd, said youths were benefiting from the government effort to equip them with smartphones as they have more models now to choose from.

    ReplyDelete

  31. "Youths these days not only purchase smartphones to communicate but also for Internet data," he said.

    ReplyDelete
  32. With the latest announcement, Tay said demand from his distributors had increased.

    ReplyDelete

  33. Meanwhile, ZTE Malaysia Director of Terminal Division, Jeremy Zhao, hoped that the government could extend the campaign to not only smartphones but also to the entire list of mobile broadband products to help enrich end-user options and increase mobile broadband penetration in Malaysia.

    ReplyDelete
  34. "Initially, 23 models were shortlisted, but now all smartphone vendors stand to benefit," he said, adding that his company was also experiencing an increase in sales.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.