Thursday, January 24, 2013

ADUN dakwa Umno guna PBT untuk dapat tanah murah



Kerajaan negeri Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dakwaan skandal tanah murah melibatkan Umno, dengan dakwaan bahawa parti berkenaan menggunakan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mempercepatkan kelulusan tanah.

Pengerusi satu jawatankuasa kerajaan negeri berhubung tanah dan pejabat daerah Ng Suee Lim mendakwa Umno bahagian Kota Raja dan MBSA membuat permohonan bersama untuk tanah seluas tujuh ekar itu pada 2006, kononnya untuk membina kompleks sukan dan rekreasi serta pusat masyarakat.

Seramai 11 orang pemohon lagi merupakan pemaju persendirian yang didakwanya berhasrat untuk menggunakan tanah berkenaan bagi projek komersial dan kediaman.

Jawatankuasa Tanah Daerah Klang, yang bertanggungjawab ke atas tanah berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam, mengesyorkan agar empat ekar diberikan kepada MBSA dan tiga lagi kepada Umno bahagian pada harga pasaran, dakwa Ng.

Bagaimanapun, pengagihan milikan itu dipinda apabila majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan menteri besar pada masa itu Dr Mohd Khir Toyo, bertemu untuk meluluskan permohonan tanah berkenaan, dakwanya.

Dakwanya, Umno kemudiannya mendapat empat ekar dan MBSA tiga ekar.

Ng juga mendakwa bahawa Umno Kota Raja hanya perlu membayar premium tanah serendah RM1,000, walaupun tanah di kawasan tersebut dianggarkan bernilai RM700,000 seekar.

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran merancang tanah itu kemudiannya menyatakan cadangan pembinaan apartmen dan lot kedai, serta dewan kecil untuk MBSA, dakwanya.

Lim yang juga ADUN Sekinchan, mendakwa ini merupakan kes paling "hangat" yang dibangkitkannya setakat ini kerana ia menunjukkan bahawa Umno menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk kepentingan parti. -MK

26 comments:
Write comments
  1. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee membidas kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perutusannya sempena tahun baru yang mendakwa bahawa kekayaan negara hari ini dirompak oleh golongan elit penguasa untuk memperkayakan diri, keluarga dan kroni.

    ReplyDelete
  2. Menurut beliau, Anwar kini dilihat begitu terdesak untuk memburuk-burukkan imej kerajaan dalam usaha mengukuhkan kembali persepsi dan prasangka buruk rakyat terhadap UMNO dan BN, bagi meyakinkan semula rakyat bahawa apa yang dijanjikan oleh Pakatan Pembangkang kepada rakyat Malaysia mampu untuk dilaksanakan, sedangkan pada hakikatnya tidak.

    ReplyDelete
  3. “Dia cuba putar belitkan fakta dengan menimbulkan isu kekayaan negara dirompak oleh segolongan pemimpin negara dan kaitkan dengan isu kroni untuk mempengaruhi rakyat, bahawa apa yang mereka janjikan itu mampu untuk dilaksanakan. Padahal sudah terbukti, mereka hanya berbohong kerana mereka tahu, tidak mungkin apa yang mereka janjikan dalam manifesto Pakatan dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. “Hari ini sudah terbukti, kita boleh lihat di setiap negeri yang diperintah oleh mereka, timbul pelbagai isu tentang janji-janji yang tidak ditepati oleh Pakatan.

    ReplyDelete
  5. Di Selangor, di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain, isu janji tidak ditepati ini timbul bagaikan cendawan tumbuh. Ini disebabkan, pimpinan Pakatan terlalu banyak menabur janji, biarpun tahu janji-janji itu tak mampu mereka tunaikan,” jelas beliau

    ReplyDelete
  6. Anwar dulu bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas menteri kewangan. Dia tahu, bahawa kerajaan BN setakat hari ini sedaya upaya untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik. BN bukanlah sebuah kerajaan yang mahu menghancurkan ekonomi dan negara sendiri, tidak seperti Pakatan Pembangkang.

    ReplyDelete
  7. “Dia juga tahu bahawa Pakatan Pembangkang berjanji perkara-perkara yang tidak boleh dilaksanakan. Sekiranya mereka laksanakan segala janji-janji mereka seperti penghapusan PTPTN, penurunan harga kereta, gaji minimum RM 4 ribu, negara akan bankrap tidak lama selepas mereka memerintah.

    ReplyDelete
  8. “Dialah pelopor politik wang di dalam UMNO. Semua orang UMNO tahu tentang hal itu. Dia sanggup membayar duit imbuhan secara bulanan terhadap ketua-ketua bahagian untuk mencari pengaruh dan undi ahli. Ahli-ahli UMNO sudah masak dengan perangai dan muslihat Anwar.

    ReplyDelete
  9. “Segala tuduhannya terhadap kerajaan baik di dalam dan di luar negara, bukan saja memburukkan imej UMNO dan BN, malah turut merosakkan nama Malaysia di mata luar. Saya yakin rakyat boleh menilai mana intan, mana kaca,” akhirinya.

    ReplyDelete
  10. Ada bukti atas dakwaan tersebut?

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus bijak menilaikan janji yang dibuat oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  12. Seramai 11 orang pemohon lagi merupakan pemaju persendirian yang didakwanya berhasrat untuk menggunakan tanah berkenaan bagi projek komersial dan kediaman.

    Isu ini harus disiasat untuk memastikan tiada pihak salah gunakan kuasa untuk mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  13. Isu ini merosakkan imej baik negara dan mengalak lebih banyak kes rasuah.

    ReplyDelete
  14. Adakah kelulusan tanah ini berdasarkan prosedur yang tidak salah dari sisi undang-undang.

    ReplyDelete
  15. Biasa la UMNO. Bukan kata di Selangor, di PP nun geng2 Melayu UMNO yg tipu tanah org melayu di Balik Pulau dgn brbagai projek mnguntongkan dan bila dah dpt tanah melayu tu,mereka jual kpd tauke projek dan tak pasal dpt untong atas angin berpuloh juta dlm massa 2 bulan. Mereka bayar pampasan RM200k pd melayu kampung dan jual balik pd tauke tu selepas proses tukar nama ke apa dlm bberapa bulan dgn harga berpuloh juta. Kan senang brniaga tu. Lepas tu kecoh kata DAP PP halau melayu. Anwar Musa dulu sebat duit Kem.Belia & Sukan berapa puloh juta? Bberapa bulan lepas jadi YB Menteri Sukan, rumah mcm istana dan Bukit Marak,Kelantan tapi ironinya beliau tak pernah menang PRU di kampung beliau sendiri. Hanya menang dgn memasukkan Kem Desa Pahlawan ( sama dgn najib yg mmasukkan Kem Batu 10,Kuantan kedalam kaw MP Pekan ).

    Walhasil,negeri mana pun,asalkan kepunyaan UMNO,mereka akan sebat sakan tanah atau seumpamanya. Itu fakta yg tidak boleh dpertikai.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  16. Anonymous said...
    January 25, 2013 at 2:02 PM

    “Hari ini sudah terbukti, kita boleh lihat di setiap negeri yang diperintah oleh mereka, timbul pelbagai isu tentang janji-janji yang tidak ditepati oleh Pakatan
    ( Lebuhraya Tenom Beaufort melalui sungai Padas yang Mahathir lakukan pecah tanah lebih sepuluh tahun lalu juga janji BN/UMNO yang tidak ditepati. Atau anda seorang budak tadika maka tak tahu perkara ini. Kasihan anda )

    ReplyDelete
  17. Anonymous said...January 25, 2013 at 2:06 PM

    Bukan negara bangkrap kerana Pakatan memerintah tetapi NEGARA AKAN BANGKRAP KALAU BN TERUS MEMERINTAH SEBAGAIMANA KATA IDRIS JALA : NEGARA AKAN BANGKRAP KALAU GST TIDAK DILAKSANAKAN DAN NAJIB PUN TERUS JAWAB KITA AKAN LAKSANAKAN GST SELEPAS PILIHANRAYA. Inilah BUKTI nyata yang keluar dari pemimpin BN sendiri yang negara akan bangkrap di tangan BN kalau tidak minta cukai GST daripada rakyat dalam ertikata lain MEMINTA SEDEKAH daripada rakyat untuk menyelamatkan negara dari bangkrap akibat kebodohan pemimpin BN mentadbir negara.

    ReplyDelete
  18. penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah lebih penting dalam membanteras masalah sosial di Selangor.

    ReplyDelete
  19. Rumah-rumah urut sekarang diberi kelulusan sebagai Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan di bawah Undang-undang Kecil PBT dan ia juga tertakluk kepada kelulusan daripada agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Daerah

    ReplyDelete
  20. Tanpa memberi statistik mengenai jumlah rumah urut yang diarah tutup operasi atau premis disita serta bilangan yang dikenakan kompaun, Liu berkata PBT menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti polis terhadap premis hiburan dan rumah urut tidak berlesen atau menyalahi undang-undang.

    ReplyDelete
  21. tiada lesen rumah urut dikeluarkan sehingga 2006 iaitu semasa Barisan Nasional memerintah Selangor, Liu mencabar supaya semua rumah urut di Malaysia diharamkan jika difikir wajar.

    ReplyDelete
  22. Terdapat 571 rumah urut dan 775 pusat hiburan di Selangor pada masa ini

    ReplyDelete
  23. Pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta lebih proaktif dengan kerap turun padang bagi memantau keadaan jalan raya dan jambatan di daerah ini yang mengalami kerosakan akibat banjir baru-baru ini.


    ReplyDelete
  24. Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akim berkata, tindakan segera bagi membaiki kerosakan infrastruktur berkenaan amat penting bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

    ReplyDelete
  25. Banjir yang melanda beberapa buah kampung di daerah ini baru-baru ini bukan sahaja memusnahkan tanaman penduduk kampung tetapi merosakkan beberapa kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan sehingga menjejaskan perhubungan penduduk setempat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.