Friday, January 18, 2013

Apa Peranan Sebenar Bumburing?

Wiramuda (Youth) Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah mempersoalkan apakah sebenarnya peranan Datuk Seri Wilfred Bumburing dalam bersekongkol dengan PKR; tetapi tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

Sebagai respon kepada kenyataan Bumburing yang keterlaluan menganggap Star sebagai pemecah undi, ingin saya jelaskan bahawa Star mempunyai matlamat yang jelas menerusi apa yang kami panggil Agenda Borneo, lama sebelum kewujudan APS.

Kami menentang dasar Barisan Nasional yang menafikan hak rakyat Sabah. APS baru muncul semalam tetapi terus mendakwa berjuang yang sama sedangkan perjuangan yang dilaungkan APS hanyalah mengulang lidah perjuangan pemimpin Star, Dr Jeffrey Kitingan yang amat konsisten dengan perjuangannya sejak tahun 80-an.

Jika Bumburing benar-benar jujur membantu Pakatan Rakyat, mengapa dia tidak terus menjadi ahli PKR saja? Bahkan Bumburing pernah berkata jika tidak dilayan PKR kelak sesudah menang, dia akan keluar, jadi keluar ke mana? Ke BN kembali?

Tidakkah Bumburing sedar sebenarnya beliaulah pemecah yang nyata bukan hanya dalam pembangkang tetapi juga dalam PKR Sabah sendiri. Seluruh rakyat tahu Bumburing kini menentang rakan sebantal dan seselimutnya puluhan tahun ini hanya kerana tidak lagi dicalonkan oleh Upko-BN pada pilihanraya akan datang ini.

Jadi siapa sebenarnya yang cari makan? Pernah bermaharajalela sebagai ejen BN dan kini jadi ejen PR, sebuah lagi parti besar dari Semenanjung, untuk memecahbelahkan orang Sabah termasuk mereka yang sudah pun mula berkumpul di bawah naungan Star dan Pakatan Borneo.

Kini ramai anak muda termasuk guru-guru yang langsung tiada latar belakang politik sebelum ini kini bersama Dr Jeffrey membantu beliau mencapai apa yang sebenarnya dihasratkan oleh rakyat tulen Sabah untuk mengembalikan kuasa politik kepada parti Sabah serta membebaskan Sabah dari belenggu penjajahan parti Malaya.

Saya menyeru semua rakyat Sabah marilah bersatu di bawah Star berjuang menuntut hak kita sehingga kita juga dapat apa yang Wilayah Acheh perolehi di negara jiran Indonesia.

Perjuangan Star sebenarnya sudahpun mula membuahkan hasil di mana pihak-pihak berkenaan mula mendengar tuntutan kita tetapi kalau kita dipecahkan oleh ejen musuh, nescaya mereka tidak akan mendengar kita sebab kita lemah dan dilemahkan seperti apa yang dilakukan semalam ini oleh BN-Umno dan juga cuba ditiru oleh PR-PKR.

Oleh : HASMIN AZROY ABDULLAH (sabahkini)

76 comments:
Write comments
  1. masalahnya, dr jefrry juga sangat tidak konsisten dalam mana2 parti yang dia join. rasanya parti star masih sepi dipandang rakyat kerana faktor jeffry. kalau benar jeffry berjuang utk rakyat sabah, tak payah pun bawa parti star tu ke sabah, join saja parti pembangkang menentang umno. mimang ada kedengaran cerita kedai kopi star ini kononnya mimang diwujudkan utk pecahkan undi di sabah. apapun, harap cerita ni tidak betul. ada juga cerita kononnya parti star ini tajaan BN utk pecahkan undi pakatan. entah betul atau tidak.

    apapun kejadian, parti star ini kalau benar berjuang utk sabah, join lah bersama dgn PR saja, star ini belum pernah bertanding pun dan siapa org2 atasan star pun org belum kenal.

    sekarang ini heboh ttg pemberian ic haram oleh BN jadi, masa inilah star perlu berkerjasama dgn PR. masalahnya dgn star ini, baru saja timbul tetapi mahu tanding banyak kerusi, so mcm mana ni? nasihat utk parti star, bertandinglah di kawasan yang benar2 star dapat sokongan yg kuat. kalau sokongan kurang, bagilah parti lain..

    star sanggup bertanding 3 penjuru bersama PR dan BN. so, apa macam? dari sini nampak star cuma minat bertanding saja tapi tak lihat apakah dapat sokongan rakyat atau tidak''

    ReplyDelete
  2. Jangan sampai seperti singapora dilangar tudak,apa yang berlaku pada zaman itu,akan menjadi satu peringatan buat menusia yang selalu tidak mau menusia lain jadi bos.Apa bila mau berabut kuasa maka terjadilah netijahnya seperti singapora dilangar todak.....pupus menyasal pun tiada guna.bersatu teguh bercarai ruboh fikir fikirkanlah! Sumpitan.

    ReplyDelete
  3. Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata pertelingkahan dalam kalangan pemimpin pembangkang Sabah adalah petanda jelas mereka menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

    ReplyDelete
  4. “Pergeseran dalam kalangan mereka memberi mesej jelas bahawa mereka (pembangkang) boleh mencetuskan masalah besar kepada rakyat dan negara andainya mereka diberi peluang memerintah negara.

    ReplyDelete
  5. kalau lah sudah tidak dapa di satukan lagi, biarkan perkara berikut terjadi.3 penjuru. Rakyat sekarang bukan seperti dulu lagi, mereka sudak bijak membuat keputusan:

    1. United Borneo Alliance ( STAR/SAPP/USNO )
    2. PR
    3. BN

    Serahkan kepada rakyat jelata/asli Sabah untuk membuat keputusan.

    ReplyDelete
  6. Pelawanan 3 penjuru menjadikan harapan lebih besar untuk BN menang.

    ReplyDelete
  7. Memang sukar untuk satukan parti2 yang mempunyai ideologi dan perjuangan berbeza. setiap pemimpin pula mempunyai tujuan yang sama, mau dapatkan kerusi KM.

    ReplyDelete
  8. Tidak menolak kemungkinan Bumburing keluar parti disebabkan mahukan jawatan yang lebih besar.

    ReplyDelete
  9. Bumburing pernah meminta bantuan pada abdulah badawi untuk mendapatkan tambahan pengundi hantu pilihanraya lalu. Dan cerita ini disahkan oleh penyiasat projek ic matahir, MD Mutalib. Perjuangan jefri untuk rakyat sabah sudah pun bertahun-tahun lamanya sehingah dia di tangkap oleh ISA. Bumburing cuma baru2 sahaja photocopy apa yang diperjuangkan oleh jefry selama ini. Kehadiran bumburing tdk disenangi oleh pemimpin pkr sabah. Kerana hanya kerana melompat ke pkr bumburing di beri keutamaan oleh anuar. Tetapi mereka yang sudah lama berjuang dengan pkr sabah dibelakangkan.

    ReplyDelete
  10. Tak ada pilihan 3 penjuru di Sabah. Namun, itu tidak begitu menjejaskan walaupun merumitkan. Kerana politik Sabah ini hanya mengikut rentak di Semenanjung. Ditakdirkan jika PR menang tipis di pusat, tetapi BN kekal negeri di Sabah, nescaya akan melompatlah semua katak-katak politik di negeri itu. Asalkan PR sanggup menjamin tiada sebarang tindakan terhadap salah laku rasuah dan guna kuasa pemimpin politik di sana. Saya percaya PR tiada pilihan dan akan memberi jaminan. Salahkah PR? Oh sudah tentu tidak kerana peroleh kuasa mengatasi cara. Jika PR tak buat BN akan buat. Tambahan pula, pemimpin politik di Sabah memang terkenal dengan korup dan merompak wang rakyat tidak kira apa parti pun. Sebab itu Sabah kekal negeri termiskin sedangkan pemimpin politik sibuk mengenyangkan perut anak bini & juak masing-masing. Jalan raya teruk tak diselenggara, peruntukan jalan 100km tinggal 10km, jalan dibuat nipis 1 inci, jalan dibuat bercampur tanah dan pasir. Yang menganiaya rakyat Sabah sebenarnya orang Sabah sendiri (pemimpin yang korup) BUKAN Kuala Lumpur, habis peruntukan pusat masuk poket pemimpin tempatan. Ini kerana status Sabah tidak seperti negeri-negeri semenanjung, mereka ada autonomi sendiri dalam imigresen dan hasil mahsul. Pendedahan tidak lama dulu yang mengatakan 80% perwakilan UMNO Sabah adalah kontraktor sangat menakutkan. UMNO Sabah sendiri tidak tahu sumbangan 40 juta oleh hartawan Hong Kong kepada Musa Aman yang katanya konon untuk UMNO negeri. Osu Sukam kantoi kalah judi 11 juta di London, jika tidak kerana media sana melaporkan, kita di sini tidak akan tahu. Shafie Apdal yang jaga kementerian pembangunan kampung kononnya beri tunai 1 juta dengan artis Zahida Ragik. Sama la macam si Jeffry Kitingan atau Yong Teck Lee ini agaknya mereka tidak puas hati lawan mereka sapu semua maka mereka pun cari platform lain konon berjuang untuk rakyat. Sekorup-korup Khir Toyo, Selangor banyak hasil jadi dapat kover. Sabah apa yang tinggal kalau sudah pemimpinnya songlap semua? Kasihan makcik pakcik anak-anak Dusun di kampung bukit, anak-anak Bajau di laut. Tapi apa bole buat kalau tiap kali pilihanraya itu juga yang dipangkah..

    ReplyDelete
  11. masing-masing berniat menjadi KM. Serahkan keputusan ini kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  12. Kami menanti sama ada rakyat tetap bersama Bumbering di PRu akan datang.

    ReplyDelete
  13. Bumbering ada agenda untuk dicapai. Anwar akan memberi offer yang baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  14. Saingan pembangkang memberi peluang yang lebih besar untuk BN terus berkuasa.

    ReplyDelete
  15. Kenapa Bumburing tidak pula menyertai terus parti Semenanjung itu.

    ReplyDelete
  16. Star sememangnya pemecah undi kerana tidak mahu bekerjasama dengan parti yang lain.

    ReplyDelete
  17. Undian pasti akan dipecahkan jika parang 3 penjuru berlaku semasa PRU-13.

    ReplyDelete
  18. Tapi itu adalah satu perkara yang baik untuk BN-UMNO kerana pecahan undi pembangkang bermakna kemenangan untuk mereka.

    ReplyDelete
  19. BN-UMNO pasti akan berterima kasih kepada Jeffrey dan Star kerana memecah undian pembangkang.

    ReplyDelete
  20. Secara zahirnya himpunan ceramah politik yang dibuat oleh PKR/Pakatan Rakat menjelang pilihanraya umum ke 13 ini di Sabah begitu menyerlah kehadiran orang ramai samada di bandar mahupun di pedalaman. Walaupun ini bukan tanda pengukur sokongan sebenar tapi keramaian itu sudah memberi semangat kepada pengundi untuk mendapatkan tawaran istimewa oleh Pakatan Rakyat kepada Rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  21. azmin kooh tanding lah di Tenom,saya agak-agak mungkin undi kamu hanya sekitar 200 ke 500 undi saja,kooh belum tahu silap mata penduduk sabah,kami biasa anguk-anguk saja tapi dalam hati kami sudah tahu jantan betina nya

    ReplyDelete
  22. Harap2 kata sepakat untuk parti pembangkang, 1 lawan 1

    ReplyDelete
  23. saya rasa orang Sabah memang akhirnya mahu mentadbir sendiri Negeri ini. Tetapi ianya tidak boleh dilakukan dalam masa yang terlalu singkat..jalan yang terbaik ialah pembangkang perlu bersatu dan sudah tentu STAR pun perlu menyokong PKR sepenuhnya, bagi mendapat jalan mentadbir Negeri ini dahulu...kemudian la kalau mau STAR mentadbir Sabah sendiri...tunjukkan kemampuan dulu barulah kita boleh sokong...tapi kalau saya secara peribadi tidak minat STAR kerana Jeffery ada dalam ini parti...Jeffery ada agenda peribadi..sebab itu dia tukar2 parti dan akhirnya tubuh sendiri parti..supaya dia boleh ambil kesempatan daripada pengikut untuk dapat agenda tersebut..

    ReplyDelete
  24. masalahNYA susah mau percaya Dr jeffrey. Susah..susah dan sukar. Cikgu-cikgu yang kurang berpengalaman dalam politik jangan cuba-cuba memperjudikan karier... harus matang dan bertempat. STAR, perjuangannya sangat bagus, tapi strateginya totaly wrong. mau jadi pendekar sendiri-sendiri...jangan haraplah...buang masa ja...buang duit..buang tenaga...pengundi sekarang mau berfikir dua ja..mau undi BN atau Pakatan...

    ReplyDelete
  25. Saingan pepejunru memberi lebih peluang untuk BN terus berkuasa, jadi, pembangkang harus cari jalan untuk bekerjasama.

    ReplyDelete
  26. STAR harus kerjasama, sikap enggan ini cuma merugikan STAR sahaja.

    ReplyDelete
  27. Sabah dalam pimpinan BN mencapai perkembangan yang wajar.

    ReplyDelete
  28. Serahkan kepada rakyats endiri untuk membuat undian masing-masing.

    ReplyDelete
  29. aku rasa NO NAME ni logat mcm PTI saja?

    ReplyDelete
  30. Former Sabah BN leader Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing labelled Tun Dr Mahathir Mohamad a “traitor” for defending Sabah’s burgeoning migrant population

    ReplyDelete
  31. Apakah ada muslihat politik lebih besar pada sandiwara yang dimainkan oleh Datuk Lajim dan Datuk Welfred Bumburing?

    ReplyDelete
  32. Dalam sejarah politik Sabah, setiap pemimpin kerajaan yang menentang kerajaan, biasanya mempunyai muslihat yang lebih besar dibelakangnya.

    ReplyDelete
  33. BN menurut para pemimpin BN sendiri akan berkerja lebih kuat untuk memastikan bahawa tindakan dua pemimpin BN itu tidak berimpak kepada performance BN pada PRU-13 akan datang.

    ReplyDelete
  34. dalam politik, tiada yang boleh menang dalam sesuatu pilihanraya, jika hanya bergantung kepada satu atau dua pemimpin. Perkara ini ditambah lagi, dengan rekod pemimpin yang bertindak menunggah arus-Lajim dan Bumburing.

    ReplyDelete
  35. Lajim dan Bumburing adalah mantan pemimpin PBS sejak tahun 1985. Mereka berdua senantiasa berada dalam kabinet negeri. Melihat kepada performance kedua-duanya, tiada rekod yang menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang rakyat, melainkan perjuangan untuk menghidupkan peluang diri sendiri berserta pengikut setia di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  36. Melihat kepada kadar pembangunan kawasan yang mereka wakili, tiadapun bentuk pembangunan yang ketara berjaya mereka bawah ke kawasan masing-masing selama menyandang jawatan- pembangunan yang ada, adalah hasil dayausaha secara kolektif beberapa pemimpin bermula tahun 1994. Sebagai contoh-Jambatan Sitopok di Beaufort dibangun semasa kerajaan BN sekarang ini, demikian juga Stadium sukan di Tamparuli adalah usaha Datuk Jahid Jahim- ADUN Tamparuli (Tamparuli sebelum ini diwakili Welferd Bumburing).

    ReplyDelete
  37. Tindakan Datuk Lajim Haji Ukin dan Datuk Welferd Mojilip Bumburing yang keluar daripada BN pada 29 Julai lalu, dikatakan berasaskan kepada sejarah politik Sabah masa lampau. Namun, suasananya amat berbeza, kerana, sebahagian besar rakyat tahu, bahawa tindakan dua pemimpin itu, bukannya berpaksi kepada kemahuan rakyat, akan tetapi berpaksi kepada keinginan diri sendiri.

    ReplyDelete
  38. Datuk Lajim mempunyai sejarah mahu mengejar jawatan Ketua Menteri. Sejak tahun 2003 lagi, beliau melobi untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, namun usaha beliau itu terus gagal.

    ReplyDelete
  39. Disebabkan peluangnya menjawat menteri di peringkat negeri sudah kedaluwarsa, ekoran tidak lagi dilantik selepas PRU-2004, maka pada PRU-2008, beliau melobi bertanding di peringkat parlimen, dengan harapan boleh dilantik sebagai menteri kabinet.

    ReplyDelete
  40. Harapan Lajim dilantik sebagai menteri tidak kesampaian, tetapi diberi peluang sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet DS Najib.Kedudukan sebagai Timbalan Menteri, tidak memuaskan hatinya, atas sebab itu, beliau bertindak keluar BN dan menyertai pembangkang, kerana menurut perkiraannya, beliau boleh dilantik sebagai Ketua Menteri atau Menteri Penuh, jika Pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  41. Impian Lajim untuk menjadi Km, tidak tercapai, bumburing pun patut berehat juga.

    ReplyDelete
  42. Bumburing hanya ada agenda sendiri untuk di capai.

    ReplyDelete
  43. MALANGNYA NASIB Datuk Wilfred Bumburing apabila pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di PAPAR pada 06 Oktober 2012 yang lepas di kg. Limputung, Papar hambar dan tidak mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  44. Walaupun 'promosi' telah dibuat awal berkaitan dengan perjumpaan tersebut tetapi masyarakat di sekitar Papar tidak mengendahkannya kerana masyarakat tidak menerima kehadiran Wilfred Bumburing dan APS di Papar.

    ReplyDelete
  45. Pihak penganjur perhimpunan tersebut mengatakan bahawa kehadiran masyarakat dalam perhimpunan tersebut adalah seramai 300 orang tetapi sebenarnya tidak sampai 300 orang.

    ReplyDelete
  46. Kehadiran hanyalah sekitar 120 orang sahaja. Ini membuktikan bahawa perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar di Papar.

    ReplyDelete
  47. Hasil daripada pemerhatian dan sumber-sumber yang ada, kehadiran dalam perhimpunan APS tersebut "diramaikan" oleh penganjur yang datang dari luar Papar. Kehadiran rombongan mereka iaitu dari Tuaran dan Kota Kinabalu menampakkan bahawa itu adalah cara mereka untuk menunjukkan bahawa kehadiran masyarakat adalah ramai dalam majlis tersebut TETAPI rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

    ReplyDelete
  48. Hasil daripada tinjauan yang dibuat juga, masyarakat kampung dan kawasan sekitar terkejut dengan kehadiran penganjur di kawasan berkenaan. Mereka menganggap bahawa ia adalah satu mainan politik yang cuba untuk memecah-belahkan perpaduan masyarakat di kawasan berkenaan.

    ReplyDelete
  49. Kehadiran Wilfred Bumburing dalam majlis tersebut nampak sangat untuk memecah-belahkan sokongan dan perpaduan kaum di antara KDM serta suku kaum yang lain

    ReplyDelete
  50. perjuangan APS dan perjuangan parti pembangkang yang lain di Sabah ini lebih kepada untuk memenuhi agenda politik peribadi masing-masing.

    ReplyDelete
  51. Pengundi yang bijak harus menilai tindakan mereka. Apa yang paling ketara sekali ialah parti pembangkang di Sabah ini nampak sangat berpecah-belah dan menjalankan aktiviti masing-masing untuk tujuan merebut monopili kuasa.

    ReplyDelete
  52. Major shifts in political alliances here may occur after Election 2013, which is still expected to be a toss-up between the ruling Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR), Singapore’s The Straits Times reported.

    ReplyDelete

  53. The paper noted that much of BN’s hopes to keep federal power now depends heavily on the polls outcome in Sabah and Sarawak, both states still long-considered the ruling party’s stronghold.

    ReplyDelete

  54. “Whatever the outcome on Polling Day, the story will not end here. If the PR wins more seats than the BN in Peninsular Malaysia, it is likely to woo BN component parties in Sabah and Sarawak to defect to it,” the English daily reported.

    ReplyDelete

  55. “Bad losses for either coalition could worsen inherent faultlines in both and they could fall apart as easily as they were stitched together,” it added.

    ReplyDelete

  56. Attention after the polls would also then be centred on who would helm the country’s administration next, whether it would be PR’s Datuk Seri Anwar Ibrahim or BN chairman and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, depending on the polls outcome.

    ReplyDelete
  57. “If Mr Najib fails to lead BN to a significantly better showing than his predecessor — and that means winning more than 140 seats and regaining at least one of the lost states — he will certainly be in danger of losing his job,” the paper wrote.

    ReplyDelete

  58. It predicted an uprising from beneath Umno and the BN pact against the first-term Prime Minister Najib, who will be, for the first time in his political career, leading the ruling coalition into a polls contest that observers believe would be too close to call.

    ReplyDelete
  59. “Umno will not hesitate to turn against him, and Malaysia could see a repeat of 2008 where a new prime minister takes over,” the paper said.

    ReplyDelete
  60. Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, an Umno veteran who still wields strong influence in the party, had recently said that in his personal view, Najib should hand over the reins of the administration to his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin to ensure a better mandate.

    ReplyDelete

  61. But numerous polls predictions and studies have shown that it may well be Najib’s popularity, policies introduced under his rule, his commitment to inclusiveness and the 1 Malaysia concept, and his numerous cash handouts to the country’s poor, that that would be driving a weakened BN into the polls.

    ReplyDelete

  62. “Having grouped these efforts under his (Najib) ‘1 Malaysia’ slogan, he has seen his personal popularity grow.

    ReplyDelete
  63. “The building of rural infrastructure and cash handouts have helped nurture a general feel-good factor,” ST wrote.

    ReplyDelete

  64. “Yet, for all the state largesse, the goodwill has stubbornly not extended from the prime minister to his party, a frustrating outcome for the BN operating in a parliamentary, not presidential, system,” it noted.

    ReplyDelete

  65. Not to be outdone, PR has also doled out a series of people-pleasing electoral pledges, such as the scrapping of excise duties on cars, free education, cheaper petroleum rates and in PR-led states like Penang and Selangor, measures like cash assistance for the elderly and free water have already been introduced.

    ReplyDelete

  66. With these factors in the mix, the Singapore daily predicted that the outcome of Election 2013, which at one time favoured Najib and BN, now remains “highly unpredictable”.

    ReplyDelete
  67. Citing Sabah as an example, the ST noted that a BN loss or even a narrow majority, was “almost certain” to see some of the pact’s smaller members leaving to join the crowded opposition front in the east Malaysian state.

    ReplyDelete

  68. “... and the coalition might end up a pale shadow of its once powerful self,” the paper said.

    ReplyDelete
  69. “But if the PR loses, it is certain that conservative elements in its Islamic component party PAS will step up demands to quit the alliance, which they see as hobbling their pursuit of a more stringent religious agenda,” it added.

    ReplyDelete
  70. In most predictions, political observers have agreed that the winning margin in Election 2013 was more than likely to be wafer-thin, wiping out BN’s hope of recapturing its coveted two-thirds parliamentary majority.

    ReplyDelete

  71. A bare minimum of 112 of the 222 parliamentary seats in the legislature would be needed for either side to form the federal government. PR currently holds 76 seats, but had trounced BN in terms of popular vote in the peninsula in Election 2008.

    ReplyDelete

  72. During the last polls, an initially confident BN was forced to leave the battle in shock after it suffered its worst-ever electoral performance, having lost its customary two-thirds majority in Parliament and five state governments to the opposition.

    ReplyDelete

  73. “The long wait is almost over, and as the armies gather, it is hard to discern which side will be left standing after the showdown. In the highly polarised environment, forecasts are to be treated with caution,” the ST said.

    ReplyDelete
  74. “Much can upend predictions in the hurly-burly of campaigning. What is certain is that Malaysia’s political landscape will be greatly changed after Polling Day, leaving more uncertainties in its wake.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.