Wednesday, January 16, 2013

Benarkah kedudukan UMNO-BN 50-50?

Tak salah melontarkan pertanyaan demikian, kerana kita diajari bahawa yang dinamakan mahkluk itu akan musnah, yang awal akan berakhir, yang hidup akan mati, yang kekal abadi hanya Allah SWT.

Setiap yang berlaku seringnya Allah menghadirkan tanda-tanda terlebih dahulu, sebelum hujan turun langit mendung, sebelum taufan Sunomo menyerang pergerakan angin luar biasa di lautan lepas dikesan, sebelum manusia menemui ajal, tanda-tanda tertentu pada badan dan tingkahlaku seseorang dapat diketahui bagi mereka yang arif. Demikian sunahtullah!

Organisasi politik dan institusi pemerintah juga tak terkecuali, pasti akan tiba suatu saat ajalnya tiba. Namun ajal tak datang secara tiba-tiba, sebaliknya menerusi proses masa yang agak panjang. Ketika proses masa berjalan itulah menjelmanya pelbagai tanda-tanda awal yang diperlihatkan Allah SWT bagi mereka yang berfikir bertujuan agar setiap orang bersedia mencari alternatif lain untuk menggantikan yang bakal hilang.

Lihat saja parti-parti dunia yang dulunya perkasa seperti parti Kongres di India, parti Golkar di Indonesia, mereka memerintah puluhan tahun, akhirnya kecundang di tangan parti-parti yang sebelumnya mereka anggap remeh seperti tikus melawan gajah.

Umno juga ibarat warga emas yang uzur, penyakitnya datang silih berganti. Rakyat mengetahui penyakit yang dihidapi parti itu sudah lama , tetapi menjelang PRU 13 penyakitnya dapat dikesan satu persatu sehingga tampak dengan jelas seperti doktor pakar melihat penyakit pesakit melalui mesin scan atau x ry, wujud ketumbuhan di sana sini- parah sekali. Oleh Umno diusahakan pelbagai ihktiar, diberi ubatan dan suntikan namun keberkesanannya sangat tidak memberangsangkan.

Seperti juga pesakit, bila sudah sampai tahap kronik, ubat tidak lagi berguna, kondisi badan tidak dapat menerima suntikan dan ubatan, bahkan makanan, minuman juga ditolaknya.

Dan ketika itu berkumpulah kaum keluarga, sanak saudara, terutama waris terdekat untuk menyaksikan detik terakhir keberangkatan “orang tuanya” pulang ke pesemadian dengan teriak tangis.

Analisis politik mengatakan; kedudukan Umno/BN sekarang 50-50. Natijahnya sebagai sebuah parti yang membentuk kerajaan, angka itu mengambarkan kelemahan yang ketara, bahkan tidak pernah berlaku dalam sejarah 60 tahun Umno/BN memerintah Malaysia diberikan kedudukan 50-50. Selalunya 70-30 atau kurang.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, negara sudah 12 kali melalui proses pilihan raya umum. Pada kempen pilihan raya umum sebelumnya kelompok oposisi yang belum benar-benar bersefahaman hanya sekadar meminta pengundi mengundi untuk menjadi pembangkang yang baik di parlimen. Kemudian pada PRU 12 meningkat setingkat lagi iaitu mahu menafikan majoriti dua pertiga dan ternyata berhasil.

Hanya baru kali ini (PRU 13) gabungan parti-parti oposisi yang lebih mantap mengklimkan mahu menduduki Putrajaya, dan usaha ke arah mencapai matlamat itu bermula beberapa tahun lalu, dan momentum itu terus kekal.

Perhimpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, sore 12 Januari 2013 menambahkan satu lagi bukti, rakyat benar-benar mahu melakukan perubahan segera, dan jawapannya hanya dengan menumbang kerajaan Umno/BN.

Sehingga ada orang mengatakan; Pakatan Rakyat (PR) sekarang ibarat kapal berada di muka kuala. Pelayaran melewati sungai yang berbengkok- bengkok, kawasan yang cetek dan bongkah-bongkah batu serta air terjun yang berbahaya sudah diharungi dengan jayanya.

Umno/BN dilihat dalam kondisi cemas, namun kelengkapan perang mereka masih utuh, jentera perang masih upaya meneruskan bedilan hebat. Saban hari ada saja tembakan baru, isu baru, malah isu lapok yang sudah basi seperti “Amanat Haji Hadi” pun digunakan, hanya sekarang sedikit reda kerana barangkali mereka tidak menjangkakan senjata itu memakan Umno sendiri.

Generasi muda Umno barangkali tak tahu, “Amanat Haji Hadi” yang didendangkan 31 tahun dulu bertujuan untuk menyedarkan orang Umno/Islam ketika itu yang mengatakan sistem politik tidak terdapat dalam ajaran Islam. Politik suku agama suku menjadi mainan pemimpin dan pendokong Umno setiap kali berceramah. Hasilnya, sesudah amanat yang kontroversi itu maka hari ini tiada lagi orang Umno berani mengatakan politik suku agama suku.

Umum mengetahui, tugas menyampaikan dakwah bukan hanya terletak di bahu PAS saja, seharusnya mufti-mufti dan alim ulama terutama dari Umno turut melakukannya, tapi mereka mendiamkan diri. Sebaliknya bila Tuan Guru Haji Hadi Awang memberitahu tentang batas-batas iman dan kufur, dituduh Haji Hadi sesat, bukan berterima kasih.

Sesiapa terketut, batallah wududnya. Tiada siapa yang marah dengan kata-kata itu. Semua mengakui jika terkentut mesti ambil semula wudud, orang Umno boleh terima orang PAS, PKR boleh terima, tapi bila mengatakan “ Sesiapa menghina hukum Islam, batallan imannya” hanya orang PAS saja boleh terima, sebaliknya Umno menolak dengan marah. Mengapa terjadi demikian?

Oleh: Rossem (DD)

64 comments:
Write comments
  1. UMNgOk sudah kc sedia coffin banyak2???

    ReplyDelete
  2. kita orang sabah kena bersatu hati kali ini tumbangkan BN di sabah kerana merekalah sAbah rosak binasa. mentang2lah sabah lubuk PTI yang diternak umno, sebab itu sabah dapat gelaran fix deposit tetapi negeri paling miskin pula di malaysia. yang peliknya, BN bilang sabah kaya dengan sumber. pi mana semua sumber? ini kali laa..

    kepada penyokong2 BN, ubalah fikiran tu. korang mengundi BN bermakna korang rela anak2 sabah menghadapi kesukaran apabila terpaksa bersaing dengan anak2 PTI yg diberikan kerakyatan secara haram oleh BN. kalau BN mau bagi tangki ka duit ka, ambil saja tetapi ingat pemberian itu bukan yg kita mahu kerana tangki, atap zink atau duit RM500 tidak akan dapat menampung kehidupan kita selam 5 tahun lagi.

    kita mahu sabah bebas PTI dan sumber kekayaan sabah diagih sama rata kepada rakyat kerana masih ramai lagi rakyat sabah yang hisdu miskin. kita tak mahu lagi PTI yang menguasai pasar2 ikan, pasar2 sayur, berjualan soto di kaki lima dsb.

    disebabkan PTI ini kehidupan rakyat sabah sangat tidak selesa, apa tidaknya mereka2 ini lah yang mengedar syabu, rokok di kaki lima dsb. PTI ini j uga terlalu berani hingga ada yang merogol dan mencuri, pecah masuk rumah, curi kereta dsb.

    kalau BN tak boleh mengubah semua ini, undi kita boleh mengubah.

    ReplyDelete
  3. PRU13 PTI VS Bumiputra..kita lawan habis-habisan..Ini kali lah

    ReplyDelete
  4. Saya sbagai rakyat Sabah pastinya ingin melihat BN/UMNO tumbang dan tersungkur pada PRU13. Kita akan bersatu untuk ke arah itu.

    ReplyDelete
  5. INI YANG AKU AMAT BENCI DENGAN BN .PASAL PATILAH

    ReplyDelete
  6. Beberapa faktor dan kelebihan yang menunjukkan BN kini berada dalam kedudukan yang memihak parti itu bagi menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  7. Kelebihan yang dilihat menyebelahi BN, berbanding 2008 itu, adalah apabila rakyat terus menerus memberi sokongan kepada BN selepas kerajaan memperkenalkan pelbagai program transformasi menyeluruh yang memberi faedah kepada seluruh lapisan masyarakat berbilang kaum di negara ini.-Muhyiddin

    ReplyDelete
  8. Inisiatif dan pendekatan kepimpinan negara yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memfokuskan usaha membela nasib rakyat amat serasi diterima dan diterjemahkan dalam bentuk dasar-dasar baru dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP), transformasi politik serta tranformasi luar bandar.

    ReplyDelete
  9. Pelbagai bentuk program yang menjurus kepada masyarakat dengan 111 inisiatif dalam perbentangan Belanjawan 2013 yang menyenaraikan semua lapisan masyarakat mendapat semua faedah.

    ReplyDelete
  10. Usaha itu turut disokong menerusi soal perpaduan kaum yang menjadi teras pembangunan nasional negara yang sentiasa diperkukuhkan malahan tiada perpecahan berlaku walau pun terdapat usaha pihak tertentu merosakkan semangat perpaduan kaum.

    ReplyDelete
  11. Situasi turut jelas positif di mana tiada masalah dalaman antara parti komponen BN yang tidak dapat diatasi dan diselesaikan secara baik.

    ReplyDelete
  12. Antara faktor selebihnya, Muhyiddin berkata pencapaian luar biasa kedudukan ekonomi negara yang berkembang sebanyak lima peratus menerusi program GTP dan peningkatan hasil pelaburan domestik dan antarabangsa.

    ReplyDelete
  13. Katanya, jumlah pelaburan dalam negara lebih besar dan kukuh berdasarkan perkembangan pelaburan domestik dan antarabangsa selain pendapatan perkapita negara meningkat kepada AS$9,700 berbanding AS$7,500 pada dua tahun lepas. (petikan Dis 2012)

    ReplyDelete
  14. "Kalau kita senaraikan, inilah perkara asas yang menunjukkan parti kita bertambah kukuh dan penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri agak jelas dan mendapat respons positif. Bagi saya suasananya amat baik (berbanding 2008)," katanya.

    ReplyDelete
  15. Kedudukan BN yang kuat itu harus didorong oleh semangat yang kental bagi kesemua 13 parti komponen BN termasuk parti 'kerdil' seperti PBRS yang harus memainkan peranan besar seumpama parti besar lain.

    ReplyDelete
  16. "Kita harus bertekad BN tidak boleh boleh kalah, sebab itu kita harus bangun dari tidur selepas leka dengan kejayaan-kejayaan dan mungkin sebab kita kerajaan, kita tidak beri perhatian hal-hal rakyat, tetapi kini kita telah turun padang dan membantu masyarakat."

    ReplyDelete
  17. Kebocoran maklumat mengenai keangkuhan Guan Eng bukan sesuatu yang mengejutkan kita sebenarnya. Perangai bongkak sombong Guan Eng inilah yang menyebabkan beliau ditendang keluar dari Melaka.

    ReplyDelete
  18. Harus kita ingat betapa chauvanist nya DAP berhambakan PKR dan PAS yang beragenda bodoh dan berangankan Mat Jenin.

    ReplyDelete
  19. Anwar Ibrahim sekali lagi meneruskan sessi jelajah pembohongannya di Sabah

    ReplyDelete
  20. Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR mengharapkan satu-satunya peluang beliau yang terakhir iaitu pengundi-pengundi di Sabah untuk memastikan Pakatan Pembangkang berdaya saing di dalam Pilihanraya Umum ke 13

    ReplyDelete
  21. Masyarakat di Semenanjung sudah muak dengan janji-jnaji retorik beliau. Pakatan Pembangkang juga gagal melebarkan pengaruh di Sarawak.

    ReplyDelete
  22. Anwar Ibrahim digula-gulakan oleh dua pemimpin Sabah yang berpaling tadah iaitu Lajim Ukin danWilfred Bumburing, yang bercita-cita tinggi untuk terus bertanding di dalam PRU13.

    ReplyDelete
  23. seperti biasa penuh janji-janji yang ditaburkan. Penuh cerita dongeng dan fitnah yang dikeluarkan. Semuanya semata-mata untuk menipu Rakyat Sabah. semua kerja pembangkang

    ReplyDelete
  24. Di Sabah hari ini Anwar Ibrahim terpersona dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Lajim Ukin, MP Beaufort iaitu beliau telah berjanji akan memenangi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu dan Klias.

    ReplyDelete
  25. Bagi Lajim Ukin, cita-citanya untuk terus dicalonkan tercapai. Perdulikan sekiranya beliau tidak dapat mempertahankan kerusi berkenaan, Janji sifat tamaknya dipenuhi.

    ReplyDelete
  26. Lajim Ukin adalah seorang yang opportunis. Masakan tidak seoarang yang menghabiskan RM50,000 semata-mata untuk membodek Anwar Ibrahim dengan membeli surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah yang dihantar daripada Penjara Sungai Buluh. Surat yang dibida harga pembukaan RM50,000 dibeli oleh beliau pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam tidak lama dulu.

    ReplyDelete
  27. Rakyat tahu hubungan Anwar Ibrahim-Lajim Ukin bukan ikhlas untuk membantu Rakyat sebaliknya masing-masing mempergunakan masing-masing dengan satu matlamat iaitu untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  28. Lajim Ukin mahu terus bertanding mempertahankan kerusinya. Ini tidak dapat diberiakan oleh partinya terdahulu disebabkan ada tanda-tanda awal Rakyat Beaufort sudah menolaknya

    ReplyDelete
  29. Anwar Ibrahim seperti biasa terus dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 dan mengunakan sisa-sisa pengruh Lajim Ukin yang ada untuk terus membohogi dan mempergunakan Rakyat Sabah

    ReplyDelete
  30. Gabungan parti dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai satu pakatan yang hanya bermotifkan kuasa dan perebutan kerusi dalam kerajaan dan bukanlah mahu membela atau menambahbaikkan sistem pentadbiran dalam negara untuk rakyat.

    ReplyDelete
  31. Ini dibuktikan daripada beberapa senario yang berlaku di dalam gabungan parti politik Pakatan Pembangkang di mana sehingga kini, tiada sebarang bayangan kabinet yang didedahkan oleh Pakatan Pembangkang kepada umum dan ketidaksepakatan mereka dalam memilih bakal PM sekiranya ditakdirkan menang dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  32. Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff berkata, sememangnya amat payah dan sukar untuk parti-parti gabungan di dalam Pakatan Pembangkang ini untuk bersatu suara dalam membuat keputusan, lantaran masing-masing mempunyai agenda untuk parti mereka yang tersendiri.

    ReplyDelete
  33. “Kita dapat lihat, apabila DAP bersuara, ia jelas bersuara untuk kepentingan parti mereka. Begitu juga dengan Pas dan PKR. Sebab itu kita lihat dalam banyak hal, mereka langsung tidak sepakat. Tidak ada kabinet bayangan. Tidak ada keputusan tetap siapa yang bakal menjadi PM sekiranya mereka berkuasa.

    ReplyDelete
  34. “Semua ini memperlihatkan kecelaruan dan ketidaksepakatan mereka dalam membuat keputusan untuk kepentingan politik mereka bersama, apatah lagi untuk membuat keputusan demi kebaikan rakyat. Jelas sekiranya Pakatan Pembangkang membuat keputusan dalam satu-satu isu, ia lebih kepada kepentingan agenda parti mereka sendiri dan bukannya untuk membela rakyat dan membangunkan negara,” tegasnya

    ReplyDelete
  35. Menurutnya, rakyat juga sudah mulai sedar dengan permainan politik Pakatan Pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat dengan janji-janji retorik mereka, sedangkan hakikatnya perjuangan politik mereka hanyalah untuk agenda kepentingan parti masing-masing sahaja.

    ReplyDelete
  36. “Kini rakyat sudah nampak, hanyalah Barisan Nasional sajalah setakat ini merupakan sebuah gabungan parti yang tersusun, serta membuat keputusan dan dasar negara untuk kepentingan nasional tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  37. “Di sini ingin juga saya perjelaskan bahawa bukan UMNO yang membuat dasar untuk negara, tetapi parti gabungan di dalam BN yang membuat keputusan untuk melaksanakan dasar-dasar negara mengikut suara semua kaum di negara ini. Memang UMNO adalah tulang belakang BN tetapi bukan UMNO sahaja yang menentukan dasar-dasar negara. Persepsi ini perlu diperbetulkan,” ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  38. Sebab itu katanya lagi, setiap keputusan dan dasar yang telah diputuskan oleh BN tidak bercelaru dan menepati dengan kehendak dan aspiras rakyat pelbagai kaum dan berbilang bangsa.

    ReplyDelete
  39. “Ini kerana parti-parti yang bergabung di dalam BN, mempunyai satu matlamat agenda nasional bersama. Keputusan yang dibuat tidak berdasarkan kehendak satu parti saja, tetapi ia berdasarkan kehendak dan suara majoriti parti yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

    ReplyDelete
  40. “Dan amat jelas, bahawa ini merupakan satu perbezaan yang amat ketara jika mahu dibandingkan BN dengan gabungan parti Pakatan Pembangkang yang membuat keputusan untuk kepentingan politik masing-masing, tetapi cuba memperbodohkan rakyat kononnya keputusan mereka itu demi kepentingan rakyat dan negara,” jelasnya.

    ReplyDelete
  41. kalau di sabah, hampir pasti sudah BN akan menang..tunggu pru13 saja..

    ReplyDelete
  42. undi pembangkang di sabah pula akan pecah...jadi peluang kemenangan pembangkang di sabah jauh lebih rendah...

    ReplyDelete
  43. pembangkang pula hanya tahu mencari publisiti murah...menabur janji bulan dan bintang...rakyat tidak percaya pada pembangkang..

    ReplyDelete
  44. Kalau bukan menang, iaitu kalah. Kira 50-50 jugalah.

    ReplyDelete
  45. Kita tunggulah PRU-13 sama ada BN menang ataupun kalah.

    ReplyDelete
  46. Undian terletak dalam tangan rakyat, harap mereka akan undi dengan bijak.

    ReplyDelete
  47. Diharapkan kemenangan akan jatuh dalam tangan parti yang terbaik.

    ReplyDelete
  48. Kepada semua parti yang bakal bertanding dalam PRU-13, selamat berjuang.

    ReplyDelete
  49. UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus melaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.

    ReplyDelete
  50. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh

    ReplyDelete
  51. dakwaan kononnya UMNO dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete

  52. Within the last three years alone,There have been a remarkable development and people are saying real change is taking place.


    ReplyDelete
  53. Should the present administration be given another five years, certainly there will be can make more changes and betterment for the common people, thus it is safe to asay that not only the government made promises, but also intends to fulfill them.

    ReplyDelete
  54. untk menyedapkan komen supaya nampak pro pada bn...orang yang sama paste kenyataan akhbar perenggan demi perenggan...

    maka kita nampak macam ramai yang komen memihak pada kjn..hakikatnya menipu...he he

    ReplyDelete
  55. bismillah; akhir hidup manusia hanya ada 2 pilihan syurga atau neraka

    ReplyDelete
  56. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara Malaysia, bukan ikut cara India, bukan ikut cara Cina, bukan ikut cara orang kampong, bukan ikut cara orang Bandar,bukan ikut cara orang pekan, bukan ikut cara pulau pinang, bukan ikut cara perlis, bukan ikut cara perak, Pahang, kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Melaka, negeri Sembilan, sabah, Sarawak, johor, bukan ikut cara wilayah persekutuan kuala lumpur dan bukan juga cara wilayah persekutuan Labuan. Tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. Orang kaya bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.

    ReplyDelete
  57. Apa maksud MUHAMMADUR RASULULLAH
    Maksud :- SATU-SATUNYA CARA YANG BOLEH MEMBAWA KEJAYAAN BAGI MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT ADALAH CARA NABI MUHAMMAD S.A.W. CARA LAIN PASTI AKAN MENERIMA KEGAGALAN DAN DAN TIDAK AKAN DI TERIMA OLEH ALLAH
    Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Tak solat lebih celaka dari iblis, syaitan, haman, qarun, firaun, pemabuk, peminum arak, penzina, peliwat, perogol, penipu pembohong, pembunuh, pendosa. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
    Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

    Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
    Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
    Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
    Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibu sendiri bagi lelaki, dan berzina dengan bapak sendiri bagi perempuan Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

    ReplyDelete
  58. Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
    Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.
    Artikel ini adalah artikel berpesan-pesan pada diri saya yang hina ini. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Kuatkanlah iman kami dan cekalkan hatiku untuk mencari jalan kebanaran yang Kau redhai. Amin ya Rabbal Alamin.
    Sahabatku sekalian, bangunlah dari tidur. Sembahyanglah kamu sebelum kamu yang disembahyangkan.
    ###################
    Jika anda mempunyai masa yang lebih untuk meneruskan bacaan, maka kami berharap dapatlah kita sama-sama membaca azab Allah kepada kita samaada kita sedar atau tidak.
    ********
    Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
    Dunia
    1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
    2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
    3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
    Sakaratul Maut
    1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.

    ReplyDelete
  59. 2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
    3. (su’ul khatimah)
    4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
    Alam Barzakh
    1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
    2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
    3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
    4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
    Hari Qiamat
    1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
    2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
    3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.
    Nota : Saudara-saudaraku, ingatlah, jangan kita menganggap solat jemaah itu satu perkara kecil kerana ianya termasuk dalam sunat mu’akkad yang sangat dituntut – ada yang mengatakan ianya adalah fardhu kifayah.
    ANCAMAN BAGI ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN SHOLAT 5 WAKTU
    Barang siapa melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SWT.

    Ketika Malaikat Jibril turun dan berjumpa dengan Rasulullah SAW, ia berkata, “Wahai Muhammad, Allah tidak akan menerima puasa, zakat, haji, sedekah, dan amal saleh seseorang yang meninggalkan sholat. Ia dilaknat di dalam Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran. Demi Allah, yang telah mengutusmu sebagai nabi pembawa kebenaran, sesungguhnya orang yang meninggalkan sholat, setiap hari mendapat 1000 laknat dan murka. Para

    ReplyDelete
  60. malaikat melaknatnya dari langit pertama hingga ketujuh.

    Orang yang meninggalkan sholat tidak memperoleh minuman dari telaga surga, tidak mendapat syafaatmu, dan tidak termasuk dalam umatmu. Ia tidak berhak dijenguk ketika sakit, dihantarkan jenazahnya, diberi salam, diajak makan dan minum. Ia juga tidak berhak memperoleh rahmat Allah.Tempatnya kelak di dasar neraka bersama orang-orang munafik, siksanya akan dilipatgandakan, dan di hari kiamat ketika dipanggil untuk diadili akan datang dengan tangan terikat di lehernya. Para malaikat memukulinya, pintu neraka jahanam akan dibukakan baginya, dan ia melesat bagai anak panah ke dalamnya, terjun dengan kepala terlebih dulu, menukik ke tempat Qarun dan Haman di dasar neraka.

    Ketika ia menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, makanan itu berkata, ‘Wahai musuh Allah, semoga Allah melaknatmu, kamu memakan rezeki Allah namun tidak menunaikan kewajiban-kewajiban dari-Nya.’ Ketahuilah, sesungguhnya bencana yang paling dahsyat, perbuatan yang paling buruk, dan aib yang paling nista adalah kurangnya perhatian terhadap sholat lima waktu, sholat Jumaat, dan sholat berjemaah. Padahal, semua itu ibadah-ibadah yang oleh Allah SWT ditinggikan derajatnya, dan dihapuskan dosa-dosa maksiat bagi siapa saja yang menjalankannya.

    Orang yang meninggalkan sholat karena urusan dunia akan celaka nasibnya, berat siksanya, merugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Ia dibenci Allah, dan akan mati dalam keadaan tidak Islam, tinggal di neraka Jahim atau kembali ke neraka Hawiyah.”

    Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa meninggalkan sholat hingga terlewat waktunya, lalu meng-Qodhonya, ia akan disiksa di neraka selama satu huqub (80 tahun).... Sedangkan ukuran satu hari di akhirat adalah 1000 tahun di dunia.” Demikian tertulis dalam kitab Majalisul Akbar.

    Sementara dalam kitab Qurratul Uyun, Abu Laits Samarqandi menulis sebuah hadis, “Barang siapa meninggalkan sholat fardu

    ReplyDelete
  61. dengan sengaja walaupun satu sholat, namanya akan tertulis di pintu neraka yang ia masuki.” Ibnu Abbas berkata, ”Suatu ketika Rasulullah SAW bersabda, ‘Katakanlah, ya Allah, janganlah salah seorang dari kami menjadi orang-orang yang sengsara.’ Kemudian Rasulullah SAW bertanya, ‘Tahukah kamu siapakah mereka itu?’ Para sahabat menjawab, ‘Mereka adalah orang yang meninggalkan sholat. Dalam Islam mereka tidak akan mendapat bagian apa pun’.

    Disebutkan dalam hadis lain, barang siapa meninggalkan sholat tanpa alasan yang dibenarkan syariat, pada hari kiamat Allah SWT tidak akan memedulikannya, bahkan Allah SWT akan menyiksanya dengan azab yang pedih. Diriwayatkan, pada suatu hari Rasulullah SAW berkata, ”Katakanlah, ya Allah, janganlah Engkau jadikan seorang pun di antara kami celaka dan diharamkan dari kebaikan.”“Tahukah kalian siapakah orang yang celaka, dan diharamkan dari kebaikan?”“Siapa, ya, Rasulullah?” “Orang yang meninggalkan sholat,” jawab Rasulullah. Dalam hadis yang berhubungan dengan peristiwa Isra Mi'raj, Rasulullah SAW mendapati suatu kaum yang membenturkan batu ke kepala mereka. Setiap kali kepala mereka pecah, Allah memulihkannya seperti sedia kala. Demikianlah mereka melakukannya berulang kali. Lalu, beliau bertanya kepada Jibril, “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?”
    “Mereka adalah orang-orang yang kepalanya merasa berat untuk mengerjakan sholat,” jawab Jibril.

    Diriwayatkan pula, di neraka Jahanam ada suatu lembah bernama Wail. Andaikan semua gunung di dunia dijatuhkan ke dalamnya akan meleleh karena panasnya yang dahsyat. Wail adalah tempat orang-orang yang meremehkan dan melalaikan sholat, kecuali jika mereka bertobat. Bagi mereka yang memelihara sholat secara baik dan benar, Allah SWT akan memuliakannya dengan lima hal, dihindarkan dari kesempitan hidup, diselamatkan dari siksa kubur, dikaruniai kemampuan untuk menerima kitab catatan amal dengan tangan kanan, dapat melewati jembatan shirathal mustaqim secepat kilat, dan dimasukkan ke dalam surga tanpa hisab. Dan barang siapa meremehkan atau melalaikan sholat, Allah SWT akan menyiksanya dengan 15 siksaan. Enam siksaan di dunia, tiga

    ReplyDelete
  62. siksaan ketika meninggal, tiga siksaan di alam kubur, dan tiga siksaan saat bertemu dengan Allah SAW. Adapun enam siksaan yang ditimpakan di dunia adalah dicabut keberkahan umurnya, dihapus tanda kesalehan dari wajahnya (pancaran kasih sayang terhadap sesama), tidak diberi pahala oleh Allah semua amal yang dilakukannya, doanya tidak
    diangkat ke langit, tidak memperoleh bagian doa kaum salihin, dan tidak beriman ketika roh dicabut dari tubuhnya. Adapun tiga siksaan yang ditimpakan saat meninggal dunia ialah mati secara hina, mati dalam keadaan lapar, dan mati dalam keadaan haus. Andai kata diberi minum sebanyak lautan, ia tidak akan merasa puas.

    Sedangkan tiga siksaan yang didapat dalam kubur ialah, kubur mengimpitnya hingga tulang-belulangnya berantakan, kuburnya dibakar hingga sepanjang siang dan malam tubuhnya berkelojotan menahan panas, tubuhnya diserahkan kepada seekor ular bernama Asy-Syujaul Aqra. Kedua mata ular itu berupa api dan kukunya berupa besi, kukunya sepanjang satu hari perjalanan. ”Aku diperintahkan oleh Allah SWT untuk menyiksamu, karena engkau mengundurkan sholat Subuh hingga terbit matahari, mengundurkan sholat Zuhur hingga Asar, mengundurkan sholat Asar hingga Magrib, mengundurkan sholat Magrib hingga Isya, dan mengundurkan sholat Isya hingga Subuh,” kata ular itu.Setiap kali ular itu memukul, tubuh mayat tersebut melesak 70 hasta, sekitar 3000 meter, ke dalam bumi. Ia disiksa dalam kubur hingga hari kiamat. Di hari kiamat, di wajahnya akan tertulis kalimat berikut: Wahai orang yang mengabaikan hak-hak Allah, wahai orang yang dikhususkan untuk menerima siksa Allah, di dunia kau telah mengabaikan hak-hak Allah, maka hari ini berputus asalah kamu dari rahmat-Nya.

    Adapun tiga siksaan yang dilakukan ketika bertemu dengan Allah SWT adalah, pertama, ketika langit terbelah, malaikat menemuinya, membawa rantai sepanjang 70 hasta untuk mengikat lehernya. Kemudian memasukkan rantai itu ke dalam mulut dan mengeluarkannya dari duburnya. Kadang kala ia mengeluarkannya dari bagian depan atau belakang tubuhnya. Malaikat itu berkata, ”Inilah balasan bagi orang yang mengabaikan kewajiban-kewajiban yang telah ditetapkan

    ReplyDelete
  63. Allah.” Ibnu Abas berkata, ”Andai kata satu mata rantai itu jatuh ke dunia, niscaya cukup untuk membakarnya.”
    Kedua, Allah tidak memandangnya. Ketiga, Allah tidak menyucikannya, dan ia memperoleh siksa yang amat pedih. Demikianlah ancaman bagi orang-orang yang sengaja melalaikan sholat. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada orang yang bersegera menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi apa yang dilarang oleh-Nya. Amin..

    Rasulullah SAW bersabda, “Sembahlah Allah seakan engkau melihat-Nya. Apabila engkau tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu.”
    (HR Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW. bersabda, “Barangsiapa meninggalkan shalat hingga terlewat waktunya, lalu ia mengqadhanya, maka ia akan disiksa di dalam neraka selama satu huqub, satu huqub sama dengan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Sedangkan ukuran satu hari ( di akhirat ) adalah 1000 tahun ( di dunia ).“

    ( Majalisul Abrar )

    Di dalam lughat, huqub artinya waktu yang sangat panjang. Tetapi menurut kebanyakan hadist, bermakna seperti di atas, yaitu 80 tahun. Perhitungan demikian tertulis dalam kitab Durrul Mantsur.

    Ali r.a. pernah ditanya oleh Hilal Hijri r.a., “Berapa lamakah satu huqub itu?” Ali r.a. menjawab, “Satu huqub adalah 80 tahun, dan setahun adalah 12 bulan, dan setiap bulan adalah 30 hari dan satu hari sama dengan 1000 tahun hari di akhirat.” Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan dalam riwayat yang shahih bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun.

    Abu Hurairah r.a. telah mendengar langsung dari Rasulullah SAW. bahwa satu huqub sama dengan 80 tahun dan satu tahun sama dengan 360 hari dan satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun perhitunganmu ( di dunia ). Kemudian Abdullah bin Umar r.a. berkata, “Kita jangan merasa cukup bahwa dengan iman yang kita miliki, pada akhirnya kita akan diangkat dari neraka, yaitu bila

    ReplyDelete
  64. akan diangkat dari neraka setelah 28.800.000 tahun. Dan apabila disebabkan oleh dosa lainnya, maka akan lebih lama lagi mendiami neraka.”

    Manuskrip Lama Untuk Yang Tak Solat
    Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara “middle east”. Orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan di fikirkan bersama, bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golongan seperti dalam manusript dibawah. Amin
    Seorang nasrani berkata, “saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.”
    Seorang majusi pula berkata, “saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir.”
    (cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir… cuba kita lihat pula apa orang kafir kata… )
    Seorang kafir pula berkata, “saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.”
    Anjing pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.”
    (mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia… )
    Babi pula berkata, “saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat atau sembahyang”.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.