Sunday, January 27, 2013

Bukan Semua Penggiat Seni Sabah Kecewa?

KDM FILM & MUSIC ACTIVIST ASSOCIATION SABAH ataupun nama singkatan (KDMFM) hari ini menjelaskan tentang isu berkaitan dengan peluang penerbitan rancangan untuk siaran rangkaian TV RTM sudah diselesaikan.

Pada 1hb Jun lepas, KDMFM telah menganjurkan majlis sederhana Anugerah Muzik & Filem KDM di mana artis, pelakon dan pejuang seni KDM diberi penghormatan. Peluang menganjurkan acara tersebut digunakan oleh Tony Francis Gitom untuk mengutarakan dan memberikan penerangan terperinci kepada Pembantu Menteri Datuk Meglin D’cuz mengenai masalah karyawan Sabahan. Tony menjelaskan bahawa Kerajaan Pusat melalui RTM tidak memberi peluang kepada Karyawan Sabah untuk berkarya dalam bentuk rancangan TV dan secara langsung menganak-tirikan rakyat Sabah yang tidak dapat menonton wajah dan bahasa kita dalam program TV.

Lantas satu Memorandum KDMFM telah dihantar kepada Datuk Seri Utama Rais Yatim dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menuntut peluang tersebut. Beberapa isu penting dibangkitkan dalam memorandum tersebut serta cadangan mekanisma yang patut dijalankan oleh Kerajaan untuk membuka serta menuntut peluang berkarya. Kemudian, Kerajaan Pusat melalui Setiausaha Kementerian mengambil tindakan susulan dan satu proses komunikasi membuahkan hasil.

Memorandum yang diterima oleh Perdana Menteri dan Menteri Kebudayaan dan Warisan pada bulan Jun itu diambil perhatian yang serius dan langkah Datuk Seri Utama Rais Yatim seterusnya adalah mengarahkan wakil khasnya Datuk Nazri Abdullah untuk menyelesaikan permintaan penerbitan-penerbit rancangan TV dari Sabah.

Cadangan KDMFM untuk menuntut proses ‘pitching’ dijalankan di Sabah telah dilangsungkan oleh Datuk Nazri kerana beliau sedar peluang Karyawan Sabah memang tipis apabila terpaksa bersaing dengan penerbit dari Semenanjung Malaysia dalam sesi ‘pitching’ di Wisma Angkasapuri. Dalam sejarah ‘pitching’, penerbit dari Sabah hanya berjaya mendapat 3-4 kelulusan dari tahun 2005 hingga 2011.

Datuk Nazri membawa sesi ‘pitching khas’ serta ‘Bengkel Penulisan Skrip’ untuk penerbit Sabah ke Kota Kinabalu pada 9hb-13hb September baru baru ini. Seramai 59 individu, penerbit bebas dan syarikat penerbitan Sabah diberi keutamaan untuk program ini. Hasil dari itu, kesemua yang terlibat itu mendapat peluang ‘pitching’ idea rancangan TV mereka dan diberi keputusan serta merta. Hampir 80% daripada cadangan rancangan dari karyawan Sabah mendapat kelulusan daripada RTM. Antaranya ialah Syarikat Media Bayu S/B, MB Production S/B, Bayo Pictures S/B, Besta Borneo S/B, Sipadan Borneo S/B, North Borneo Media S/B, Empayar Bayu S/B, Legendary Music Production D/B, Layar Kinabalu, S/B, Immirtele Creative S/B, Apple Studio S/B, MEL Corp S/B, FTV Production S/B, Top3 S/B, Wide Angle S/B, Eden Potential S/B dan Penampang Studio S/B.

Ternyata kenyataan tentang RTM melalui kerajaan pusat yang tidak memberi peluang kepada penggiat seni Sabah untuk berkarya menurut kenyataan seorang veteran seni baru-baru ini adalah tidak tepat sama sekali.

Tony Francis Gitom berkata “Kami di Penampang Studio sangat berpuas hati dan bersyukur kerana suara kami didengar oleh pihak kerajaan pusat dan diberi peluang penerbitan. Kami tidak kecewa tetapi gembira kerana TVi akan menyiarkan rancangan hasil kami dan rakan-rakan karyawan Sabah tahun depan 2013.”

Dalam satu majlis temubual dengan wartawan hiburan Harian Express hari ini, seluruh AJK dan Ahli KDM FILM & MUSIC ACTIVIST ASSOCIATION SABAH KDMFM menyuarakan perasaan gembira dengan kehadiran Najib ke Sabah. KDMFM mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Datuk Nazri atas keperihatinan dan peluang yang diberi oleh Kerajaan Pusat. Ahli KDMFM mengharapkan PM supaya cadangan rancangan TV dari penerbit Sabah akan ‘Janji Detepati’.

Tony Francis Gitom berkata “PM Najib datang ke Penampang adalah tepat pada masanya untuk meresmikan Bangunan Latihan Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana satu dari cadangan rancangan dari Penampang Studio adalah majalah dokumentari ‘Anak Negeri’ hasil karya aktivis social Atama yang akan memaparkan keunikan Orang Asal Sabah dalam kontek menyelesaian isu melalui Native Court”.

Tony selaku penaung KDMFM berharap Kerajaan Pusat akan sentiasa menitik beratkan Karyawan Sabah di masa depan. Katanya lagi “Tiada salah kita memuji usaha telus Kerajaan Pusat yang sudahpun membuktikan dapat menyelesaikan masalah Karyawan dan penerbit TV/Filem Sabahan. Beliau juga menasihatkan ahli-ahli KDMFM untuk bersabar menanti berita baik dari RTM untuk memulakan pengambaran”.


Tony Francis Gitom
Penasihat KDMFM

20 comments:
Write comments
  1. Penggiat seni tempatan perlu diberikan perhatian yang sebaiknya supaya dapat bersaing dengan luar.

    ReplyDelete
  2. The Information Communication and Culture Ministry is prepared to give slots for drama and musical programmes produced in Sabah to be aired during prime time on Radio Televisyen Malaysia's ( RTM) television.

    ReplyDelete
  3. Its deputy minister, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, said the ministry understood the constraints facing arts activists in Sabah and strive to find the best way to help them.

    ReplyDelete
  4. "I'll bring up this matter to the ministry and I believe there is a way for us to resolve the matter," he said at the opening of the inaugural Kadazandusun Murut (KDM) Screen Award presentation, held in conjunction with the Tadau Kaamatan at Hongkod Koisaan

    ReplyDelete
  5. Earlier, organising chairman, Tony Francis Gitom, who is also KDM Film and Music Activist Association adviser, called on the ministry to provide slots during RTM's TV prime time for broadcast of films and musical programmes produced by Sabah production companies.

    ReplyDelete
  6. He said development of Sabah artistes and TV programmes produced in Sabah would be hampered if they were only given slots for airtime during the day or noon.

    ReplyDelete
  7. On the award presentation, Maglin said it was a noble effort for KDM artistes to contribute ideas for the development of KDM arts, including songs and films. He hoped the programme would continue to get the support of various quarters.

    ReplyDelete
  8. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat menghargai kerjasama dan penglibatan para artis serta penggiat seni tempatan bagi membangunkan negeri ini.

    ReplyDelete
  9. CM Musa Aman berkata penglibatan dan komitmen mereka amat penting kerana sentiasa menjadi contoh ikutan di kalangan generasi muda pada masa ini.

    ReplyDelete
  10. Artis dan penggiat seni berpotensi berjaya dalam bidang masing-masing dan mereka adalah contoh terbaik kepada orang muda, mampu memberi galakan dan ikutan kepada generasi itu

    ReplyDelete
  11. lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional

    ReplyDelete
  12. Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

    ReplyDelete
  13. KM Musa Aman turut memuji daya usaha pihak artis khususnya di Sabah, yang menjadi sebahagian lapisan penggerak pembangunan negeri dalam bidang masing-masing.

    ReplyDelete
  14. KM Sabah berbangga dengan pelbagai kejayaan yang dicapai dalam pelbagai pertandingan di peringkat nasional seperti Akademi Fantasia dan Mentor, beliau menegaskan kerajaan akan terus memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada artis yang meletakkan seni persembahan pada taraf tinggi serta menempatkan kembali seni dan seniman di tempat sewajarnya.

    ReplyDelete
  15. Kerajaan negeri tidak lupa pada jasa-jasa dan sumbangan para artis dahulu hingga masa kini. Mendiang seniman Sabah mendiang John Gaisah telah diberi penganugerahan darjah kebesaran dan kita akan pertimbangkan pingat untuk penghargaan dan ingatan pada artis

    ReplyDelete
  16. Abu Bakar berkata mereka akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan dengan mengumpul seberapa ramai anggota menyertai pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

    ReplyDelete
  17. Abu Bakar berkata pihaknya merancang untuk menambah keanggotaan badan itu kerana percaya kerajaan hari ini sentiasa prihatin dan menghargai peranan dan sumbangan penggiat seni tempatan.

    ReplyDelete
  18. Ebi Kornelis Af5 turut menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Musa dan berikar untuk menambah lagi barisan artis mengikut jejak langkahnya

    ReplyDelete
  19. apapun, penggiat seni kena diberi perhatian.

    ReplyDelete
  20. Lepas tu kalau dapat kebenaran, bolehlah buat filem pendatang asing dapat mykad baru.... h ehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.