Wednesday, January 30, 2013

Dana Awam Diguna Berkempen Untuk UMNO/BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berikutan angin perubahan di rantau ini bertiup kencang termasuk kemenangan Lee Li Lan dari Parti Buruh yang mengalahkan PAP pada Pilihan Raya Kecil Punggol East, Singapura dengan majoriti 3,182 undi.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, Najib menjadi lebih gementar kerana sebuah agensi kerajaan menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan maklumat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mendapat dua pertiga majoriti pada PRU-13.

Katanya, Bernama dalam laporannya menyatakan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan ketika menjawab satu soalan daripada peserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor bahawa BN mampu memenangi dua pertiga pada PRU-13 jika bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan.

“Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

“Fuad yakin sokongan orang Melayu untuk BN di Johor mampu melebihi 80 peratus manakala sokongan orang India juga telah pulih sepenuhnya daripada kejatuhan PRU 2008, dan begitu juga sokongan masyarakat Cina.

“Fuad secara peribadinya sebagai rakyat Malaysia berhak untuk percaya dan berusaha bagi memenuhi matlamat BN mendapatkan semula majorti dua pertiga pada PRU-13, tetapi bukan urusan beliau untuk mengetuai JASA yang didanai oleh dana awam, berkempen untuk UMNO/BN.

“Ini adalah penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMNO /BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman dapat membezakan kepentingan kerajaan, parti politik yang berkuasa dan kapasiti peribadi, yang menjadi sebab penting mengapa rasuah dan penyalahgunaan kuasa diperhatikan dengan tegas pada tahun awal Merdeka tidak seperti tiga dekad lalu yang melampau melakukan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.

Katanya, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan Perdana Menteri pada April 1959, kerana merasakan beliau perlu ke serata negara untuk mengukuhkan sokongan terhadap Perikatan sebelum Pilihan Raya Umum 1959, ketika berdepan cabaran hebat oposisi.

“Tunku meletakkan jawatan untuk sementara waktu antara April hingga Ogos 1959 supaya tidak dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai Perdana Menteri apabila mengetuai kempen untuk meraih sokongan umum kepada Perikatan, dan menyambung semula jawatan itu selepas Perikatan memenangi PRU 1959.

“Tindakan Tunku itu tidak dapat dibayangkan hari ini apabila ada jabatan dan Kementerian yang matlamatnya hanya satu iaitu menyalahgunakan kuasa dan dana awam secara terang-terangan dan tidak tahu malu berkempen meraih undi untuk UMNO/BN bagi PRU-13.

“Fuad sepatutnya dipecat daripada Ketua Pengarah JASA, kerana menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sebagai kakitangan awam dan dana awam. Selain itu, Fuad sepatutnya meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam dan Jabatan Hal Ehwal Khas di bawah Kementerian Penerangan dibubarkan.

“Fuad sepatutnya menyertai UMNO sebagai pegawai khas untuk mempromosikan capaian media sosial untuk UMNO/BN menjelangnya PRU-13, dan gajinya dibayar oleh dana parti, bukannya dana awam kerana itu terang-terangan merupakan matlamat parti politik,” katanya.

Menurut Kit Siang, jelas Fuad dan JASA hanya sebahagian daripada penyalahgunaan jentera awam dan dana awam untuk memenuhi matlamat dan objektif pemimpin UMNO/BN. Ini satu lagi sebab mengapa perlunya UBAH pada PRU-13 untuk mengakhiri secara sistematik penyalahgunaan kuasa kerajaan dan dana awam yang semakin menjadi-jadi dan punca berleluasanya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam negara. – Roketkini

29 comments:
Write comments
  1. BN menghadapi cabaran yang kuat kali ini.

    ReplyDelete
  2. “Ini adalah penyalahgunaan dana awam dan kemudahan kerajaan, penyelewengan kerajaan yang semakin menjadi-jadi, terang-terangan dan berleluasa selepas 55 tahun pemerintahan UMNO /BN,”

    banyal lagi penyelewengan dan rasuahan masih belum didakwa ke mahkamah kerana gagal mencapat bukti.

    ReplyDelete
  3. Perjuangan BN untuk meneruskan majority 2/3 agak mencabar kali ini.

    ReplyDelete
  4. Khabar angin yang tidak berasas.

    ReplyDelete
  5. Parti komponen harus memberi sokongan yang terbaik agar majoriti terjamin.

    ReplyDelete
  6. January 30, 2013 at 10:31 AM :

    bukannya "gagal mencapai bukti" ttp semua agensi govt adalah sebahagian drpd rangkaian penipuan oleh rejim tembirang UMNgOk. bila kertas/fail siasatan sampai ke tangan AG, akan keluar komen x cukup bukti n NFA...

    ReplyDelete
  7. Adakah BN berjaya manarik pengundi Cina?

    ReplyDelete
  8. Banyak andaian dibuat, rasa-rasa pembangkang dapat menang kerusi yang lebih banyak berbanding di PRu12.

    ReplyDelete
  9. Politik Malaysia sekarang banyak dikaitkan dengan rasuah.

    ReplyDelete
  10. Bn Johor menghadapi cabaran yang besar juga.

    ReplyDelete
  11. Yang menjalankan sindiket tidak baik dan yang mencari jalan untuk selesaikan juga orang yang sama, sudah pasti tiada penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  12. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan ahli UMNO supaya tidak mengamalkan budaya cantas mencantas, sebaliknya menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  13. Beliau berkata ini adalah masanya untuk menunjukkan kepimpinan dan kesetiaan, bukan sahaja kepada parti tetapi kepada penyandang jawatan, termasuk Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di peringkat negeri.

    ReplyDelete
  14. “Dalam erti kata sebenar, kepimpinan diletak di jawatan-jawatan tertentuoleh pucuk pimpinan parti dan tidak diperkotak-katik oleh orang kita sendiri,” katanya.

    ReplyDelete
  15. tidak mustahil BN akan mencapai majoriti 2/3 pada pru13 nanti...ini berikutan BN kini sudah pulih dari kejatuhan masa pru12 dan sokongan rakyat juga bertambah berikutan usaha2 kerajaan menepati semua janji2 yang telah dijanjikan.

    ReplyDelete
  16. rakyat tidak harus terperangkap dalam propaganda politik pembangkang...

    ReplyDelete
  17. Banyak lagi yang BN buat janji kosong di Sabah sdra arthur:
    1. Mana sudah hospital Kinarut yang Rosnah janjikan.
    2. Mana sudah UMS Keningau?
    3. Mana sudah SMK Telipok?
    4. Mana sudah lebuhraya Tenom Beaufort yang Mahathir lakukan pecah tanah lebih sepuluh tahun lalu?
    BN pun hanya menerbirang rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  18. pakatan pun byk gunakan dana awam untuk kepentingan mereka.

    ReplyDelete
  19. Kemenangan Barisan Nasional adalah segalanya

    ReplyDelete
  20. Pilihanraya ke13 adalah penentu kepada kelansungan UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  21. Jentera Parti perlu bersatu... Jentera Parti perlu sepakat... Jentera Parti perlu mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan pribadi... yang penting adalah Parlimen Sepanggar perlu dikembalikan kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  22. Sepanggar diantara bahagian yang memulakan initiatif ini bagi memastikan kerusi BN bagi Parlimen Sepanggar yang dibawa keluar oleh SAPP perlu dikembalikan semula kepada BN

    ReplyDelete
  23. sebenarnya gerakan yang sangat baik dalam memastikan UMNO/Barisan nasional Sepanggar bersedia menghadapi Pilihanraya UMUM ke13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  24. Menurut Setiausaha UMNO Sepangagr Encik razali "Program ini adalah initiatif UMNO Bahagian untuk melihat dan menganalisa kekuatan mahupun kekuarangan yang perlu diperbaiki dalam UMNO/BN.

    ReplyDelete
  25. kerajaan BN adalah adalah kerajaan prihatin.

    ReplyDelete
  26. klinik 1 Malaysia yang semakin hari mendapat sambutan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  27. Kerajaan BN pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak sentiasa menyarankan kepentingan pemimpin untuk sentiasa turun padang bertemu dengan segenap lapisan rakyat.

    ReplyDelete
  28. kerajaan secara terus menerus telah melaksanakan banyak perkara dalam memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dijaga.

    ReplyDelete
  29. kerajaan bn berlajarlah terima kekalahan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.