Monday, January 28, 2013

Dari Gaza ke Davos, Najib tewaskan PAS dan Anwar?

Selepas selesai melawat Gaza dan menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai berjaya dalam kempen terbaharu dalam pembinaan imej positif beliau.

Melalui lawatan ke Gaza, Palestin, Najib telah mengaitkan nama beliau dengan perjuangan yang menjadi isu penting dunia Islam itu, yang selama ini dilihat lebih dekat dengan PAS.

Gaza dan Hamas mudah dikaitkan dengan PAS, dengan PAS melalui wacana popular berhubung isu ini memudahkannya dengan mewujudkan perumpamaan Hamas ialah PAS dan Fatah ialah Umno.

Lawatan ke Gaza itu bermakna Najib telah mengambil isu yang menjadi kekuatan PAS, yang melalui pelbagai program termasuk muktamar tahunan sentiasa menjadikan Palestin sebagai isu penting, dengan wakil Hamas menjadi tetamu tetap.

Ini dengan mudah menjelaskan reaksi daripada PAS yang meremehkan dan mencela lawatan Najib itu, rata-rata dengan laras dan bahasa rendah, termasuk daripada pemimpin-pemimpin tertinggi pemuda parti itu.

Serangan terhadap lawatan Najib itu - lawatan yang apa pun niat di sebaliknya memberi kesan meningkatkan imej beliau yang akan memberi kesan positif melibatkan kalangan pengundi Melayu Muslim - menjelaskan sendiri kesan lawatan ke Gaza itu, yang merupakan satu kejayaan perhubungan awam kepada Najib.

Menambahkan lagi kejayaan lawatan ke Gaza, Najib sejurus selepas itu turut mengadakan pertemuan dengan pemimpin Mesir, Presiden Mohamed Morsi, tokoh yang dipandang tinggi oleh PAS, sebahagiannya ekoran hubungan sejarah PAS dengan gerakan Ikhwan al-Muslimin.

Kejayaan ini mendorong Pakatan Rakyat meningkatkan serangan terhadap lawatan itu, dengan menimbulkan isu-isu lain yang diletakkan di bawah tajuk "hubungan Malaysia dengan Israel" dan mencari sudut-sudut tertentu untuk menimbulkan sisi negatif lawatan itu.

Kritikan pemimpin Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas turut diperbesarkan sesetengah pengkritik Najib untuk mengalih tumpuan dan menjejaskan kejayaan lawatan itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengulas lawatan Najib itu, dengan mengkritik tindakan hanya melawat Gaza tetapi tidak bertemu pihak Fatah yang menguasai kerajaan Palestin yang diiktiraf.

Selepas menewaskan PAS di Gaza, Najib melangkah pula ke Davos, menunjukkan penerimaan dunia Barat terhadap dirinya, sesuatu yang selama ini dikenali sebagai medan Anwar.

Kemudian, selepas melawat Gaza, Najib menyertai Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, dengan bergaya, membawa bersama wajah-wajah kosmopolitan "satu Malaysia" seperti Tony Fernandes, Datuk Seri Michelle Yeoh dan Datuk Mohd Redzuawan Ismail, yang lebih dikenali sebagai Chef Wan di Malaysia.

Di medan berprestij WEF itu juga, Najib diwawancara wartawan terkenal Amerika Syarikat, Fareed Zakaria, mengemukakan ide-ide yang kelihatan disesuaikan untuk audiens elit dunia dengan bercakap dalam bahasa liberal.

Anwar sebelum ini, pada 2010, juga pernah diwawancara oleh wartawan dan pengulas popular AS itu, dalam kemunculan di CNN yang menjadi salah satu acara penting lawatan Anwar ke AS.

Najib dalam wawancara itu antara lain mengemukakan pandangan melakukan "engagement" dengan kumpulan-kumpulan Islam yang dilihat sebagai ekstrem, pandangan sama yang turut pernah dikemukakan oleh Anwar.

Langkah Najib dengan selesa mengemudi kempen di Davos itu boleh disifatkan satu kemenangan mengatasi Anwar, yang dikenali sebagai berkemampuan mengendalikan diri di pentas-pentas antarabangsa seperti itu.

Dalam persaingan menarik perhatian Barat, sebahagiannya dalam usaha membina sokongan politik, kejayaan di Davos ini menambahkan lagi imej positif berkaitan hubungan ini bagi Najib.

Seolah-olah membuktikan gagasan wasatiyyah beliau, Najib menunjukkan kebolehannya menguasai kedua-dua pentas Gaza yang dikenali sebagai satu simbol utama perjuangan Islam dan Davos, medan penting elit dunia dikuasai Barat.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah liputan dan komentar negatif daripada lawatan ke Gaza - dan kemudian Davos - amat sedikit, termasuk daripada media liberal di Malaysia yang selama ini mudah mengaitkan Hamas dengan terorisme.

Selepas selesai dua acara besar di peringkat antarabangsa ini, Najib boleh menarik nafas lega meraikan kejayaan kempen besarnya yang memberi poin politik untuk kedua-dua audiens domestik dan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, kejayaan sebesar ini mencetuskan reaksi yang juga besar pada pihak lawan, dan pasti mendorong tindak balas yang tidak kurang dramatik dalam persaingan ini.

-http://siasahdaily.blogspot.com/

57 comments:
Write comments
  1. lima jam je berada di Gaza...

    ReplyDelete
  2. sama la dgn jumpa pope di vatican city, akhirnya apa yg haji logiut najib buat kpd penganut kristian di negara ini???

    ReplyDelete
  3. TAPI KENAPA TAK BERANI IKTIRAF HAMAS

    ReplyDelete
  4. Dari sudut kedudukan Hamas, lawatan Najib dilihat sebagai meningkatkan lagi kedudukan gerakan yang menguasai Gaza itu, hal yang sama disifatkan ekoran lawatan pemimpin Qatar ke Gaza hujung tahun lalu.

    ReplyDelete
  5. Dari sudut politik dalaman, lawatan itu menambahkan poin politik untuk Najib, dalam persaingan panjang melibatkan sentimen Palestin dalam politik Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Malaysia secara rasmi mengiktiraf kerajaan Pihak Berkuasa Palestin sebagai kerajaan Palestin, dan lawatan Najib ini hanya disifatkan sebagai lawatan kemanusiaan, dan tidak diperbesarkan seperti biasa.

    ReplyDelete
  7. Najib tak berani iktiraf HAMAS pun sebab HAMAS musoh USA. Kalau HAMAS tu tak berani iktiraf apalagi nak join mereka utk brjihad. Sorryy le UMNGok nak jihad. Lebih lagi tengok Kak Ros pakai serban mcm PLO...hah malu weiii. Tudong kepala ndak ada,mbah.

    ReplyDelete
  8. Jangan heboh-hebohkan hak asasi orang lain, rakyat kami sendiri teruntamanya kaum yang tidak dapat peluang bersekolah (Tanpa KP Malaysia.) dioinggirkan. Jagalah halaman rumah diri sebelum nak juarakan penjagaan rumah orang lain.

    ReplyDelete
  9. Ramai pemimpin BN yg hadir saje tunjukkan muka utk dicalonkan dlm PRU13 nanti, hakikatnya dia org malas nak sambut sebenarnya... Nampak sgt muka mengampu kat TV tadi...

    ReplyDelete
  10. Kan UMNO Palestin dah Marah dgn Najib, Kenapa Najib Secara tergesa gesa ke Gaza Tanpa Pengetahuan UMNO Plaestin?? pasal kedatangan Najib tu cuma Untuk Lakonan Sempena PRU13, Sebenarnya takde keperluan Najib kesana pun.. Macam Lakonan Najib Tahun Lepas Pergi ke Mekah buat Haji.. Najib tak Peduli dah Ape UMNO Palestin kata.. Janji dia perlu Buat Pengambaran untuk PRU13.. untuk Tingkatkan Imej dia dibawah Arahan APCO.. kah kah kah

    Pandai2 je Kononnya Najib nak satukan Fatah dan Hamas, Masuk negara Org pandai2 nak satukan org, kan dah kena Marah.. mcm PM US datang Malaysi cuba Satukan PAS dan UMNO. kah kah kah Dah kena mArah tak mengaku pulak.. Dulu Menipu kata Jasa Najib berlakunya Genjatan Senjata.

    Presiden Mesir punya Usaha.. Najib mengaku kerja dia.. APCO punya drama la ni..

    ReplyDelete
  11. tahniah kepada Datuk Najib atas lawatan yang dibuat oleh beliau.

    ReplyDelete
  12. Itu bukan lakonan pun. Mana ada orang saja-saja mahu menjual nyawa di tempat itu.

    ReplyDelete
  13. Datuk Najib telah buat yang terbaik untuk Negara ini.

    ReplyDelete
  14. Pasti ramai yang dengki dengan usaha yang dibuat oleh Datuk Najib. Terutama sekali daripada pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Memang tewas Anwar dengan PAS. Mana mereka berani datang ke Gaza. Kalau setakat cakap-cakap mungkin adalah.

    ReplyDelete
  16. Cakap sana sini selamatkan Gaza. tapi tidak pernah pun datang sana.

    ReplyDelete
  17. Tengok sendiri Datuk Najib, bukan saja cakap tapi telah membuktikan yang mana dia telah ke Gaza sendiri.

    ReplyDelete
  18. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi empat sebab mengapa rakyat Sabah perlu terus menyokong BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kekal sebagai perdana menteri.

    ReplyDelete
  19. Beliau berkata empat sebab berkenaan amat diperlukan demi kemajuan berterusan negeri dan kemakmuran rakyat Sabah meskipun negeri itu sudah mengecapi banyak kemajuan dan pencapaian di bawah kepimpinan Najib sekarang.

    ReplyDelete
  20. "Mengapa kita perlu mengekalkan BN? Mengapa Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu terus menjadi perdana menteri? Jawapannya mudah sahaja, kerana kita inginkan pembangunan, kita ingin kesejahteraan, kita inginkan keamanan dan kita inginkan kemakmuran serta keharmonian," katanya.

    ReplyDelete
  21. Beliau berkata sebaliknya jika rakyat Sabah silap memilih parti dan pemimpin untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, Sabah dan rakyat negeri itu dikhuatir kembali kepada suasana kemunduran dan ketidakstabilan politik akibat perpecahan.

    ReplyDelete
  22. rakyat Sabah sejak dahulu lagi sudah bijak dan matang berpolitik serta tidak mudah dipengaruhi parti pembangkang yang disifatkannya sebagai "pura-pura cacat penglihatan" kerana enggan mengakui pembangunan pesat yang dialami negeri Sabah di bawah BN.

    ReplyDelete
  23. rakyat tidak kira latar belakang kaum dan kepercayaan, sama ada di bandar atau di luar bandar sudah dapat menikmati dan mendapat banyak manfaat daripada pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib seperti Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

    ReplyDelete
  24. "Ada orang mengatakan macam mana perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ini. (Rakyat) Di laut tolong. di darat pun di tolong. Nelayan ditolong, petani, pesawah pun ditolong, (rakyat) di desa pun dapat di kota pun dapat, kanak-kanak pun dapat orang tua pun dapat, pesara pun dapat malah pemandu teksi pun dapat.

    ReplyDelete
  25. Menurut Musa selain pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga melalui inisiatifnya sendiri berusaha membawa kemajuan kepada rakyat dengan memperkenalkan pelbagai program untuk meningkatkan taraf ekonomi dan hidup mereka.

    ReplyDelete
  26. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata hubungan baik diantara kerajaan negeri dan persekutuan memberikan banyak manfaat kepada rakyat terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama di negeri ini.

    ReplyDelete
  27. Menurut beliau, samada di bandar mahupun luar bandar pembangunan disalurkan secara menyeluruh tanpa meminggirkan sesiapa jua apalagi pembangunan berbentuk pendidikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menekan- kan agar golongan sasar mendapat pembelaan sewajarnya.

    ReplyDelete
  28. Beliau berkata, keikhlasan kerajaan BN ini petanda hanya parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat ber- banding pihak pembangkang yang suka menjanjikan bulan dan bintang sedangkan mereka tidak berupaya sepertimana BN lakukan selama ini.

    ReplyDelete
  29. Sebab itu, saya selalu katakan bahawa rakyat Sabah adalah rakyat yang mengenang budi, kita tahu siapa yang membantu kita dan siapa yang boleh membantu negeri kita. Buktinya pada hari ini, kemajuan terus dinikmati seluruh lapisan rakyat kerana kerajaan kita sentiasa peka dan menyalurkan pembangunan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  30. Kemajuan yang dinik- mati pula bukan sahaja berasaskan kepada pembangunan prasarana mahupun infrastruktur tetapi kerajaan mengambil pendekatan murni dengan menyediakan bermacam- macam inisiatif lain antaranya seperti dana Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Karisma dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  31. Memang semua dapat habuan tp semua tu berupa jangkamasa pendek..sama la spt pru yg lalu2 semua dapat habuan cuma kali ini cara ja berbeza.. Apa yg kami tahu selepas saja pru harga barang naik, minyak naik dengan keterlaluan..sdh lupa ka...?

    ReplyDelete
  32. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Sikap mengambil berat dan prihatin Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap permasalahan rakyat memang telah terbukti di Malaysia dan dedikasi itu kini melebar melepasi sempadan negara.

    ReplyDelete
  33. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Sebagai Perdana Menteri, keupayaan Najib memainkan peranan perantara dalam konflik antara Bangsamoro dan kerajaan Filipina tahun lepas memberi isyarat jelas terhadap keupayaan Malaysia menangani isu antarabangsa.

    ReplyDelete
  34. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Kini, belia telah mencatat sejarah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin apabila beliau mengadakan lawatan kemanusiaan keSemenanjung Gaza, kelibat Najib di bumi para nabi itu tentunya menzahirkan harapan sebuah pendamaian baru mampu dijelmakan.

    ReplyDelete
  35. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Beberapa ahli akademik dan tokoh politik ketika diajukan persoalan berhubung signifikasi lawatan Perdana Menteri itu menyimpulkan tindakan berani Najib memasuki kawasan yang belum stabil dari aspek keselamatannya membuktikan Malaysia prihatin terhadap nasib penduduk Palestin dan layak digelar pemimpin yang menjuarai umat Islam.

    ReplyDelete
  36. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Dr Amini Amir Abdullah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata selain meningkatkan imej peribadi Perdana Menteri, lawatan kemanusiaan oleh pencetus Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu juga bakal memudahkan urusan perdamaian pihak bertelagah di Palestin, sekaligus memberi isyarat kepada kalangan negara Islam dan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk segera berbuat sesuatu.

    ReplyDelete
  37. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Katanya rakyat seharusnya berbangga memiliki seorang pemimpin yang memulakan tugas di awal tahun dengan menumpukan kepada perkara membabitkan kepentingan umat Islam, malah yakin lawatan ke Semenanjung Gaza yang didiami 1.7 juta rakyat Palestin itu akan menjadi satu daripada impak terbesar tahun 2013 yang dilakukan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
  38. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    "Di sebalik aspek keselamatan yang belum stabil, Najib memberanikan diri untuk hadir ke Gaza bagi merasai sendiri kekurangan yang dirasai penduduk Palestin, dan itu merupakan tindakan berani yang amat luar biasa bagi seorang pemimpin bergelar perdana menteri.

    ReplyDelete
  39. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    "Dari segi imej, Najib akan lebih dihormati, orang akan lihat di bawah kepimpinan beliau negara mula mengorak langkah yang lebih drastik dalam membantu dan meningkatkan hubungan diplomatik dengan Palestin, yang mana sebelum ini hanya dilakukan melalui penglibatan atau misi oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang persendirian.

    ReplyDelete
  40. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    "...dan saya percaya lawatan itu bukan sekadar untuk meninjau atau mengerat hubungan silaturahim tetapi ia secara tanpa sedar menunjukkan perpaduan ummah yang kukuh melangkaui batas geografi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

    ReplyDelete
  41. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba mengaitkan tarikh lawatan itu sebagai taktik meraih undi menjelang pilihan raya umum yang bakal tiba, pensyarah daripada Fakulti Ekologi Manusia itu berkata ia mungkin hanya satu kebetulan kerana sudah tentu perancangan Perdana Menteri untuk melawat Palestin, lokasi berkonflik tidak boleh dibuat dalam tempoh segera atau tergesa-gesa.

    ReplyDelete
  42. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Amini Amir berkata isu cuba meraih undi sepatutnya tidak timbul kerana jika diimbau, sokongan Malaysia dan kepimpinan negara terhadap penduduk Palestin dan perjuangan Hamas bukanlah sesuatu yang baru atau asing bagi masyarakat setempat. "Saya percaya ia akan dijadikan isu tetapi kalau setiap daripada mereka yang ingin membuat indikasi sedemikian berfikir secara lebih positif, lawatan itu tentunya akan dilihat dari aspek yang lebih kritis iaitu Malaysia di bawah Najib sentiasa dekat dengan permasalahan yang dihadapi ummat Islam, bukan saja di Malaysia bahkan melewati seantero dunia," katanya.

    ReplyDelete
  43. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Beliau berkata takrifan hubungan diplomatik yang sering dikaitkan dengan pemeteraian sesuatu perjanjian juga perlu didefinisikan semula kepada skop yang lebih luas dan makna baru itu terserlah melalui pertemuan atau lawatan secara bersemuka yang dilakukan Perdana Menteri. Cara lawatan secara bersemuka yang dipelopori Perdana Menteri itu jugatentunya bakal memberi impak diplomatik lebih besar kepada pembinaan ataupengukuhan hubungan antara dua negara, katanya.

    ReplyDelete
  44. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Pensyarah Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia ProfMadya Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata kaedah bersemuka serta rundingan yang diaplikasikan Malaysia dalam menamatkan persengketaan dan telah terbukti berjaya sebelum ini mampu membawa pihak Hamas dan Fatah yang bertelagah ke meja rundingan. "Malaysia telah memiliki rekod baik menjadi perantara dalam menamatkan perang saudara di Selatan Filipina dan tidak mustahil peranan sama boleh dimainkan Perdana Menteri dalam isu Palestin," katanya.

    ReplyDelete
  45. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Beliau berkata walaupun tindakan itu mempunyai risiko tersendiri tetapi peranan Malaysia yang diperakui negara Islam dan pemimpin OIC perlu diteruskan demi kelangsungan masyarakat Palestin yang aman. "Malaysia perlu berperanan dan kita tidak boleh kecewakan mereka, malah sesiapa sahaja boleh memberikan sokongan dan bantuan tanpa perlu dibatasi ideologi politik," katanya.

    ReplyDelete
  46. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata lawatan kemanusiaan Perdana Menteri ke Gaza membantu meningkatkan profil Malaysia sebagai sebuah negara yang prihatin terhadap perjuangan rakyat Palestin. "Tahniah dan syukur. Ini menunjukkan bahawa perdana menteri seorang pemimpin yang berani dan bertanggungjawab yang boleh menjadi juara kepada umat Islam didunia dan bukan sahaja juara rakyat di Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  47. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata bantuan yang ditawarkan Malaysia untuk menjadi orang tengah dalam pelan pendamaian antara Hamas dan Fatah juga menunjukkan bahawa Malaysia adalah juara dalam menangani isu yang paling besar dihadapi oleh umat Islam di Timur Tengah itu. Menurut Perdana Menteri lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza adalah kerana mengikut kata hatinya yang ingin berada bersama-sama dengan rakyat Palestin, seterusnya menjadi lambang yang amat kukuh terhadap sokongan padu kepada rakyat Palestin.

    ReplyDelete
  48. NIKK AZIZ DAN ANWAR BERANI KE GAZA?? KALAU SETAKAT CAKAP, SEMUA PUN BOLEH

    "Tiada cara yang lebih baik...ini cara terbaik untuk menjejak kaki ke Gazabagi menzahirkan sokongan kami kepada rakyat Palestin," katanya dipetik ketikaberucap semasa pertemuan dengan menteri Kabinet Palestin di Bandaraya GazaSelasa.

    ReplyDelete
  49. Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

    ReplyDelete
  50. Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

    ReplyDelete
  51. Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

    ReplyDelete
  52. Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

    ReplyDelete
  53. Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

    ReplyDelete
  54. Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

    ReplyDelete
  55. Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

    ReplyDelete
  56. PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

    ReplyDelete
  57. Penganut Pas diajar erti jihat hanya apabila menentang kerajaan yang sah dan anggota polis yang menegakan undang2 sahaja.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.