Thursday, January 17, 2013

Ibu bapa pakai baju BERSIH terima bantuan RM100

Sekumpulan ibu bapa menarik perhatian umum apabila tampil ke sekolah petang semalam untuk menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0.

Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar itu turut menjadi buah mulut di laman sosial hari ini apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.

NONESeorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.

"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.

"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.

Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut.

"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya.

NONEDitanya mengenai reaksi ibu bapa dan guru sewaktu kumpulan mereka memakai baju tersebut, Wong yang bekerja sebagai jurulatih kursus kewangan berkata para guru berkenaan menunjukkan reaksi "biasa dan tidak marah".

"Ada yang pandang-pandang, ada yang tegur-tegur. Yang mana saya kenal, mereka bersetuju. Guru bersikap biasa sahaja. Mungkin mereka penat layan orang... Mereka biasa sahaja," katanya.

Sekumpulan ibu pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BERSIH Mama' mempromosi tindakan itu melalui satu kenyataan kepada media semalam.

Mereka menggesa para ibu bapa menggunakan kesempatan ketika menerima wang bantuan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Pada masa ini, apa yang paling diperlukan rakyat di negara ini bukanlah bantuan kewangan RM100, RM250 atau RM500.

"Jika negara ini tiada pilihan raya bersih dan adil, tujuan sebenar pilihan raya tidak akan dicapai dan negara ini tidak akan menjadi benar-benar demokratik untuk memilih wakil yang diingini rakyat," kenyataan itu dipetik.

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada ibu bapa merupakan peruntukan yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lalu. -MK

38 comments:
Write comments
  1. Kerajaan adil dalam usaha memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini tanpa melihat warna kulit, agama dan bangsa serta fahaman politik.

    ReplyDelete
  2. Setiap masyarakat berhak menerima apa jua bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri tanpa istilah pilih kasih.

    ReplyDelete
  3. Semestinya mereka mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan untuk membantu meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di negara ini.

    ReplyDelete
  5. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. "Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tidak terdapat di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan Hari Raya dan sebagainya," katanya.

    ReplyDelete
  7. Segala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup rakyat.

    ReplyDelete
  8. KENA AMBIL SEBAB ITU DUIT KITA....PENYOKONG PR TIDAK DIKECUALIKAN DARI CUKAI SAMA SEPERTI PENYOKONG BN JUGA. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN BOLEH TERIMA. ORANG YANG KATA BUKAN PENYOKONG UMNO TAK BOLEH TERIMA . MEREKA TU TAMAK SEBAB BERCITA-CITA MEMBOLOT SEMUA. TUMBANGKAN UMNO PRU 13.

    ReplyDelete
  9. Jika betul-betul risau, kenapa mau ambil, jangan bagi banyak alasan, bantuan kerajaan mau terima, tapi memburukkan kerajaan juga.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan prihatin dengan ibubapa, dan RM 100 ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ibubapa.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan BN tidak pilih kasih, semua pihak tidak kira pembangkang mendapat bantuan ini.

    ReplyDelete
  12. Ibubapa dpt RM100...Shahrizat Jalil dpt RM250 juta. Kah kah kahh. Rakyat 1Malaysia kena tipuuuu.Kha kah kahhh. Ingat bg duit ambil, bg kain pakai,bg teh kacauu, bg buah makan TAPI undi PR. Kah kah kahh.

    **Raja sulu'

    ReplyDelete
  13. Bantuan ini adalah untuk mengurangkan bebanan ibu-bapa semasa pembukaan sekolah.

    ReplyDelete
  14. Mungkin mereka ini rasa bantuan RM100, tapi bagi mereka yang susah, bantuan ini amat dihargai.

    ReplyDelete
  15. Bantuan ini tidak bermaksud rakyat perlu undi kerajaan, undian tetap rahsia.

    ReplyDelete
  16. Tiada sesiapa yang memaksa rakyat undi BN jika terima bantuan kerajaan. Kenapa takut? Kenapa risau?

    ReplyDelete
  17. Inikan negara demokrasi, undian anda adalah hak anda. Bantuan kerajaan juga hak anda. Sebenarnya tidak perlu buat macam ni untuk tunjuk perasaan. Tiada sesiapa yang menilai, tiada sesiapa yang memaksa.

    ReplyDelete
  18. Some 65 national-type primary schools in Sabah will receive aid to carry out repairs besides expanding the number of their classrooms and other works

    ReplyDelete
  19. A total of 466,938 primary and secondary students will benefit from the Government’s RM100 early schooling aid

    ReplyDelete
  20. the total assistance in Sabah, worth RM46.6mil, would reduce the financial burden for parents.

    ReplyDelete
  21. This is proof that the Barisan Nasional government has kept its promise to help the people in various aspects

    ReplyDelete
  22. the federal aid had been sent to respective education offices in the districts for distribution.

    ReplyDelete
  23. The government is always looking and assessing the situation to help the people and assistance like educational aid is important as education is an important aspect in the development of the country

    ReplyDelete
  24. Bantuan persekolahan RM100 yang diberikan tahun ini merupakan kesinambungan peruntukan serupa yang bermula tahun lalu di samping Bantuan Rakyat 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan bermacam lagi bantuan melalui jenama gagasan 1Malaysia Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  25. Sejajar dengan tema 'Janji Ditepati', bantuan persekolahan itu merupakan sebahagian daripada pelbagai bentuk bantuan baharu bagi meringankan beban rakyat dalam situasi kemelesetan global serta kenaikan harga minyak dan barang keperluan lain.

    ReplyDelete
  26. kerajaan tetap adil dalam memberikan bantuan, tak kira mereko penyokong kerajaan atau tidak. yang penting mereka layak mendapatnya.

    ReplyDelete
  27. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing.

    ReplyDelete
  28. Katanya, bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.

    ReplyDelete
  29. Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.

    ReplyDelete
  30. Sementara itu, pelajar di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan itu dalam tempoh seminggu.

    ReplyDelete
  31. Wang itu akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah dan bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, mereka perlu membuka akaun sementara.

    ReplyDelete
  32. ‘‘Ia akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa mereka yang terdiri daripada 5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan negeri (313,373), sekolah persendirian (125,465) dan Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238),” kata beliau.

    ReplyDelete
  33. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama lebih 1,000 orang terdiri daripada pensyarah dan pelajar matrikulasi seluruh negara di Kolej Matrikulasi Selangor, Jugra di sini hari ini.

    ReplyDelete
  34. Menurut Muhyiddin, wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar terlibat.

    ReplyDelete
  35. Katanya, ia diharap dapat meringankan beban keluarga terutama mereka yang berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.

    ReplyDelete
  36. Sementara itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan sedang mengkaji untuk menambah jumlah elaun bulanan pelajar matrikulasi di seluruh negara.

    ReplyDelete
  37. Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyatakan, perkara itu sedang dibincangkan agar jumlah elaun RM250 yang diberikan sekarang dapat ditambah sedikit.

    ReplyDelete
  38. ‘‘Kita tahu ada pelajar pra universiti lain yang mendapat elaun sehingga RM400. Jadi berdasarkan permintaan pelajar dan keadaan semasa sekarang kita akan kaji untuk menambah elaun pelajar matrikulasi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.