Friday, January 18, 2013

Mantan Ketua Daerah Kinabatangan sertai PAS



PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.

“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.

“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.

Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.

Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.

-HD

32 comments:
Write comments
  1. Jangan fikir ini satu kemenangan buat PAS.masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Relevan ka PAS di Sabah sedangakan penduduk pun majoritinya penganut Kristian.

    ReplyDelete
  3. Mungkin tumpuan PAS perlu diberikan pada Kelantan dahulu.

    ReplyDelete
  4. Tiada apapa yang pelik jika Mantan Ketua Daerah Kinabatangan mengikuti PAS.

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia memang perbuatan lompat parti berlaku selalu.

    ReplyDelete
  6. Ini disebabkan tiada apapa peraturan yang berkata ahli politik tidak boleh lompat parti.

    ReplyDelete
  7. Sebelum ini ada cadangan untuk mewujudkan satu peraturan untuk mengelakkan ahli lompat parti.

    ReplyDelete
  8. Namun cadangan tersebut masih dalam pertimbangan.

    ReplyDelete
  9. Kebanyakan professional dan bijak pandai kini berada didalam Pakatan Rakyat.Hanya yang bebal dan tolol malah yang ada kepentingan diri sendiri saja masih lagi bersama umno.Tumbangkan rejim umno pada PRU 13 nanti buat selama-lamamnya.Ini kalilah beb..

    ReplyDelete
  10. janji ditepati...bagi rakyat "gula2".......guna duit siapa yer??? guna duit dia ker??? perabis duit rakyat, yg tinggal sikit bagi balik kat rakyat......lepas tu melalak...... JANJI DITEPATI!!!!!!!!!! pemimpin HAPRAKKKK!!!!!!

    ReplyDelete
  11. 55 thaun dah beri peluang yg kaya org umno aja yg miskin pun rakyat sendiri

    ReplyDelete
  12. Budaya lompat parti dalam politik adalah kebiasaan.

    ReplyDelete
  13. Beliau bebas untuk sertai mana-mana pasukan.

    ReplyDelete
  14. Cadangan harus dikaji dengan teliti.

    ReplyDelete
  15. Dah lah tidak sehaluan, biarlah keluar parti sahaja.

    ReplyDelete
  16. “Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,”

    Kerajaan sentiasa membawa pembangunan yang berterusan. Mungkin perancangan sedang dibuat.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan sentiasa membawa pembangunan yang berterusan. Mungkin perancangan sedang dibuat.

    ( Perancangan sedang dibuat? Bila? mahu tunggu sampai hasil bumi Sabah habis dikeluarkan sebagaimana kata Mahathir? Oi kawan bangunlah dari tidur. Lebuhraya di semananjung sudah 6 lorong di Sabah masih jalan lembu! Ini yang kau banggakan dengan BN? Phuuiii!)

    ReplyDelete
  18. Agak melucukan apabila hanya Karpal Singh yang menjadi sasaran PAS dalam isu hudud sedangkan Karpal bukannya bercakap atas kapasiti peribadi tetapi parti. Umum tahu, dan pemimpin serta penyokong PAS juga tahu bahawa Karpal Singh membawa pendirian parti DAP yang konsisten dan tegas dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya iaitu menentang hudud dan menentang Negara Islam, anti-Melayu serta Raja-raja.

    ReplyDelete
  19. jika PAS ingin menunjuk-nunjuk marah terhadap Karpal, mereka harus melakukannya secara konsisten dan tegas juga iaitu sejak dulu, sehingga kini dan selama-lamanya.

    ReplyDelete
  20. Tetapi, apa yang berlaku ialah suatu ketika dahulu, PAS nampaknya amat marah pada Karpal kerana mencabar melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam dan kemudian PAS juga yang menerima Karpal dan DAP. Malah Hadi Awang sanggup memeluk Lim Kit Siang ketika persekongkolan mereka dalam Barisan Alternatif walaupun Kit Siang juga tegar menentang hudud sepertimana Karpal.

    ReplyDelete
  21. malang bagi PAS kerana lakonan ‘PAS marah DAP’ ini tidak lagi berkesan. Walaupun terdapat banyak desakan dari akar umbi PAS agar parti tersebut keluar dari PR, namun kita pasti ia tidak akan berlaku. PAS terlalu gilakan kuasa untuk meninggalkan PR sekali gus melepaskan peluang untuk menang dalam PRU ini.

    ReplyDelete
  22. Walapun Karpal hanya mampu bercakap tetapi tidak mampu bangun, menampar atau menyepak punggung PAS tetapi PAS cukup takut dengan Karpal. PAS takut kerana mereka tahu bahawa Karpal mewakili DAP dan bukannya bersendirian. PAS takut kehilangan DAP sekali lagi dan PAS akan berbuat apa saja asalkan DAP kekal bersama mereka berjuang menuju Putrajaya.

    ReplyDelete
  23. Khalid Samad dengan bantuan Dr. Dzulkefly Ahmad kelihatan telah berjaya besar untuk meliberalkan Islam di Selangor dan seterusnya di Malaysia dengan hanya berjubahkan PAS.

    ReplyDelete
  24. Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS, parti itu perlu tunduk sujud kepada kehendak parti yang mereka tentang dan mereka musuhi kerana dasar-dasar DAP yang tidak pernah baik dengan Islam dan umat Melayu. Dan yang terlebih penting, sesiapa sahaja termasuklah pendokong utama PAS yang masih percaya PAS adalah jemaah pejuang Islam, boleh menjadi balaci kepada sebuah parti yang mengutamakan pertembungan antara kaum dan agama seperti DAP.

    ReplyDelete
  25. Khalid Samad bertindak sebagai 'pemberi galakan' kepada balaci dan pecacai PAS dengan menggambarkan DAP bukanlah satu ancaman kepada Islam dan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  26. Sebaliknya Khalid Samad akan 'mengarahkan' kepada mereka untuk menghapuskan sebarang gambaran buruk tentang DAP dan Islamaphobia yang dialami oleh para pemimpin parti sosialis demokrat itu.

    ReplyDelete
  27. Lompat parti tu biasalah, lepas ni lompat balik lagi pergi BN.

    ReplyDelete
  28. Pas tidak akan menang di Sabah.

    ReplyDelete
  29. Ini kalii lah!! Ayuh kuburkan BeEnd.!!

    ReplyDelete
  30. biarlah dia nak sertai PAS, itu hak dia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.