Sunday, January 27, 2013

Nasharuddin Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti.

Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago

6 comments:
Write comments
  1. Tengok muka mcm poyaa jer. Itu ler,lain kali jgn brcakap ala Umngok dlm jemaah PAS. Betul PENYATUAN Melayu tetapi masalahnya UMngok bukan nak bersatu mcm mana,hanya pasang 'perangkap lalat' dan terus ngappp bila mangsa dah masyukkk. Nasib baik Mustafa Ali cepat tarik balik kenyataan mngenai 'Kerajaang Perpaduang' nyer. Kalau tak,dgn dia2 sekali kena hayun kot.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Nasha perlu sedar, di mana dia nak berada skrg. Klau dah cakap pun asyik nak tikam PAS/PR & sperti duri dlm daging, lebih baik keluar aja secara terhormat & sertai umno. Mana lah tahu umno nak calonkan dia dlm PRU13 nnti...

    ReplyDelete
  3. Klau kita ahli pd mana2 parti, maka kita perlu loyal (ta'at setia) pd parti tersebut. Bertindaklah mengikut apa yg baik utk parti, bukan sebaliknya. Klau rasa x puas hati, boleh salurkan pendapat samada didlm majlis syura sendiri & lain2. Tapi semua ini x berlaku. yg berlaku, asyik dok hentam diluar. ketika majlis syura ulamak adakan perjumpaan x hadhirkan diri pula. Apa maknanya tu?! Ini sikap ta'at setia pd jama'ah/partikah atau ta'at setia pd lawan?!...

    ReplyDelete
  4. maka berdendang la utusan meloya dan tv3/4 melagukan isu pemecatan nasa ni. dia bg ruang tiap hari 1 muka penoh untuk nasa cakap apa saja janji hentam pas.

    ReplyDelete
  5. tahniah PAS..akhir anasir anasir yang cuba merosakkan Pakatan dari dalam telah dikeluarkan ..

    ReplyDelete
  6. Apa ke bodoh si Nasha ni, kalau kalah pemilihan dlm jemaah PAS,turun je kat bawah dan berjuang dr bawah. Kalau Hassan Aqidah tu memang rekod semua org kenal waktu dia diluar bidang politik dulu dan ceramah beliau yg selalu aku dengar dulu kat seluruh pelusuk kampung, tidak ada semangat utk mndengar pun. Point yg dikupas tidak menyengat spt tokoh politik trkenal walhal dia tu ada PhD. Landmark beliau masa ceramah ialah suka ulangi ayat2 yg mmpunyai maksud sama secara brulang. Menjemukan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.