Thursday, January 10, 2013

Penggunaan Stadium Merdeka Diluluskan


Naib presiden PKR Tian Chua berkata bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan panganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

"Pihak pengurusan balas kepada panitia Perhimpunan Kebangkitan Rakyat bahawa pemohonan mengguna Stadium Merdeka dibenarkan. Hidup rakyat," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

Tambahnya, jawatankuasa berkenaan kini sedang mengadakan mesyuarat bagi persiapan terakhir, susulan perkembangan itu.-mk

4 comments:
Write comments
  1. Boleh la kita pi ramaix...dah lama dah stadium tu sepi...last aku masuk stadium tu tahun 1988...masa tu Malaysia vs Kelab Brazil separuh akhir Merdeka Cup...apa dah jadi dgn Merdeka Cup...dah kapan dah ke...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sperti yg saya jangka kelmarin. PDRM akan memberi khidmat terbaik, stadium pun akur beri tempat. Seakan2 semua sudah tahu, bahawa kebangkitan rakyat jugak yg bakal menang, maka mereka hanya akur. Sama2 kita berhimpun dgn aman & damai, jadikan ia karnival mega rakyat, sbelum perayaan sbnar bermula dgn Pakatan masuk Putrajaya x lama lagi, insyaAllah. Hidup rakyat, hidup Pakatan Rakyat!...

    ReplyDelete
  3. Inilah detik yang akan membuka mata seluruh rakyat Malaysia.............suasana ini diharapkan sama seperti semasa Tuanku Abdul Rahman melaungkan Merdeka.....merdeka....Merdeka....di stadium tersebut

    ReplyDelete
  4. ini suara rakyat yang harus didengar..Rakyat pun KPI juga kat pemerintah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.