Tuesday, January 29, 2013

PRU 13 : Nasharuddin Disingkirkan Jadi Calon?

Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar).

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

“Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

“Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat,” katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

“Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya,” katanya.

Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan. — Bernama

74 comments:
Write comments
  1. ok la tu..lagipun nampak mcm jasad nasha dalam pas tapi roh dalam umno. jadi lebih baik jasad ikut roh baru lah ngam. harap2 nasha berjaya dalam umno nanti.

    ReplyDelete
  2. saya ni penyokong BN tapi amat menghormati TOK GURU NIK AZIZ.Melihat perwtakan serta penghidupan nya yang amat sederhana menyentuh jiwa saya.maka orang seperti ini lah yang perlu kita sayangi undi adalah RAHSIA

    ReplyDelete
  3. Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dilihat lebih bermotifkan politik.

    ReplyDelete
  4. Ini berikutan tindakan itu diambil selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu pulang daripada mengikuti rombongan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza.

    ReplyDelete
  5. Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya menghargai lawatan Nasharuddin berikutan ia untuk kepentingan umat Islam atas pendiriannya berjuang tanpa menidakkan mana-mana parti politik.

    ReplyDelete
  6. Bagaimanapun, PAS lebih melihat lawatan Nasharuddin itu sebagai menguntungkan kerajaan dan UMNO berbanding parti itu, sekali gus mungkin menjadi punca dipecat.

    ReplyDelete
  7. Walaupun dikatakan disebabkan kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Majlis Syura, ‘timing’ pemecatan beliau itu selepas kembali ke tanah air selepas membuat lawatan ke Gaza, memberi gambaran bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

    ReplyDelete
  8. Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan tindakan PAS itu agak aneh dan seolah-olah menidakkan usah baik dan kerja-kerja amal.

    ReplyDelete
  9. “Mungkin kerana Nasharuddin ada peranan sebegitu, maka tindakan dikenakan terhadapnya,” katanya.

    ReplyDelete
  10. COPY N PASTE LAGI''

    ReplyDelete
  11. Tindakan Pas menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

    ReplyDelete
  13. “Sepatutnya dia (Pas) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

    ReplyDelete
  14. “Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, UMNO daripada Pas.

    ReplyDelete
  15. “Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin,” katanya

    ReplyDelete
  16. Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

    ReplyDelete
  17. “Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak,” katanya.

    ReplyDelete
  18. Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    ReplyDelete
  19. Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.

    ReplyDelete
  20. Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai

    ReplyDelete
  21. “Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan. “Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut,” katanya.

    ReplyDelete
  22. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Setelah PAS mengambil alih urusan pentadbiran negeri Kelantan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1990 sehinggalah sekarang tahun 2013, banyak kelemahan dan keburukan terlihat pada cara PAS mentadbir negeri itu!

    ReplyDelete
  23. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    PAS tidak mempunyai perancangan yang jelas dalam menyusun pentadbiran kerajaan negeri. Perlembagaan negeri Kelantan yang didakwa sekular tidak pernah dipinda untuk menjurus kepada pentadbiran Islam seperti yang dijanjikan dalam Pilihanraya 1990.

    ReplyDelete
  24. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Mereka menjalankan pentadbiran mengikut selera dan keadaan yang sedia ada. Undang-undang hudud yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan dalam Pilihanraya 1990 dibuat bagaikan melepas batuk ditangga, sama sekali tidak mencerminkan hudud Islam yang boleh menjamin keadilan kepada rakyat Islam dan bukan Islam. Undang-undang tersebut ditolak oleh Parlimen kerana bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS secara sepontan menuduh kerajaan menentang hukum Islam (hudud).

    ReplyDelete
  25. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Wakil-wakil rakyat PAS langsung tidak berusaha mewujudkan projek-projek kecil untuk memberi kemudahan asas kepada rakyat. Segala kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh rakyat Kelantan sekarang ini, seperti jalan raya di kampung-kampung, elektrik, air dan sebagainya adalah peninggalan kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.

    ReplyDelete
  26. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Usahkan kerajaan PAS hendak merancang projek-projek baru, masalah bekalan air yang dihadapi oleh rakyat Kelantan sampai hari ini belum dapat diselesaikan. Ini menyebabkan Kerajaan Pusat terpaksa meminjamkan wang sebanyak RM600 juta untuk menyelesaikannya. Namun hasilnya amat menyedihkan!

    ReplyDelete
  27. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Segala bangunan-bangunan yang tersergam indah di Kota Bharu seperti Balai Islam, Masjid Negeri di Kubang Kerian dan Kota Darul Naim yang menjadi kebanggaan pemimpin PAS dan umat Islam di negeri itu adalah hasil usaha kerajaan BN yang memerintah sebelum 1990.

    ReplyDelete
  28. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Projek-projek baru yang dapat mengubah keadaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS tidak ada yang dapat dibuktikan, melainkan papan-papan tanda yang bertulis kalimah-kalimah suci yang didirikan di tepi-tepi jalan. Ia didirikan untuk menunjukkan inilah negeri pemerintahan Islam, sedangkan pembentukkan sebagai sebuah negeri Islam kosong sama sekali, malah difahamkan beberapa buah sekolah agama telah ditutup oleh kerajaan PAS kerana mereka tidak mampu mengeluarkan bantuan.

    ReplyDelete
  29. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?


    Membuka kawasan pembalakan secara besar-besaran di Kelantan dengan memberi permit kepada orang-orang yang dekat (kroni) dengan pemimpin PAS. Adalah difahamkan PAS mempunyai peruntukan berjuta-juta ringgit dalam menghadapi pilihanraya akan datang hasil pendapatan daripada industri ini.

    ReplyDelete
  30. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Semasa PAS memerintah Kelantan pada tahun-tahun 1960-an, kuasa-kuasa pembalakan dipajak kepada syarikat daripada Singapura. Akhirnya apabila kerajaan BN berkuasa pada tahun 1974, ia telah menebus kembali kawasan pembalakan yang berkenaan dengan kos yang mahal.

    ReplyDelete
  31. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Wakil-wakil rakyat PAS didapati bersenang lenang, ke sana ke mari dengan kereta mewah dan gajinya yang besar, tetapi jarang sekali kelihatan mengunjungi rakyat di kampung-kampung kerana mereka takut rakyat meminta projek, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai banyak projek untuk rakyat. Mereka pergi ke kampung-kampung hanya untuk memberi ceramah-ceramah supaya rakyat Kelantan taksub dengan fahaman PAS.

    ReplyDelete
  32. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Pemimpin-pemimpin PAS tidak kurang mengadakan banyak lawatan ke luar negeri, bukan untuk menarik pelabur-pelabur ke Kelantan supaya rakyat mendapat lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi untuk mendampingi para pelajar dan orang-orang tertentu supaya menyokong PAS. Tidak hairan jika ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluar daripada negeri itu untuk mencari pekerjaan sewaktu pemerintahan PAS.

    ReplyDelete
  33. Nampaknya khabar angin sebelum ini adalah benar yang mana Nasharuddin akan disingkirkan sebagai calon.

    ReplyDelete
  34. Waktu memerintah dah dipenghujung, sampai bila Wakil Rakyat PAS Kelantan mahu makan gaji buta?

    Inilah antara bukti-bukti kelemahan PAS semenjak memerintah negeri Kelantan dan kelemahan-kelemahan ini tidak dapat dinafikan. Yang peliknya rakyat Kelantan masih banyak yang menyokong PAS kerana mereka tidak sampai hati untuk menolak Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar dengan serban dan jubahnya, malah begitu lembut dan mesra pergaulan dengan rakyat. Sedangkan kebanyakkan pemimpin PAS yang lain itu hanya indah khabar dari rupa?

    ReplyDelete
  35. Apa pun Nasharuddin ada pendirian sendiri dalam politik ini.

    ReplyDelete
  36. Setakat mana kekuatan PAS pada PRU13 kita nantikan saja nanti. Tambahan lagi PAS bersama dengan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  37. Nampak betul kelemahan semakin kelihatan dalam PAS. Apa sudah jadi dengan PAS?

    ReplyDelete
  38. Parti PAS ini ibarat PENIPU DASYAT yang hanya bertopingkan agama islam, jika benar2 islam kita diwajib tidak menghancurkan atau mendoakan kehancuran orang islam sendiri ? ?.

    ReplyDelete
  39. Nampak seperti PAS tewas dengan DAP. Sokongan kepada DAP lebih baik daripada PAS.

    ReplyDelete
  40. Tidak pelik le PAS mmerintah Kelantan hingga 21 thn sebab org UMNO ( yg sedikit cerdik le ) rata2 mnyanjung kepimpinan Tuan Guru. Projek masuk mcm biasa di Kelantan,jd kontraktor TATAP mcm biasa,bah. Ketirisan duit bajet ndak ada,sperti laporan Ketua Audit Negara malah ada lebihan RM48 juta. Kerajaan Islam yg diberkati Allah...jadi tidak jadi masalah utk mntadbir DULU,KINI & SELAMANYA. Insya Allah, cahaya Islam dr Serambi Mekah itu akan mnyinari seluruhhh tanah air.

    ReplyDelete
  41. Cuma Tuan Guru mngkin SILAP BESAR dgn perjuangan PAS apabila 'memberi' ruang kpd Raja Katak utk jadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

    ReplyDelete
  42. Harap ini adalah keputusan yang bijak.

    ReplyDelete
  43. PAS cuma kuat di Kelantan sahaja.

    ReplyDelete
  44. PAS harus memberi sokongan yang terbaik kepada PKR.

    ReplyDelete
  45. PAS is not competent enough to lead the country.

    ReplyDelete
  46. Semoga Nasarudin teruskan perjuangannya dalam politik.

    ReplyDelete
  47. sebelum pengundi yang hukum lebih baik PAS yang hukum dulu, supaya PAS tidak hilang kerusi

    ReplyDelete


  48. SL1M... aiks xde org like ke komen ko hari ni??? mana "hantu2" ko ?? wakakakakaka... T.T sedih2 wakakaka

    ReplyDelete
  49. SLIM... sial ko!, babai tunggal ko! khahaha...aku dah ter like baru baca ko punye..

    ReplyDelete
  50. Yusri said...
    January 29, 2013 at 5:40 PM

    PAS cuma kuat di Kelantan sahaja..Kat sabah PATI paling kuat...

    ReplyDelete
  51. Anonymous said...
    January 29, 2013 at 11:57 AM

    aku tak salahkan nko...itu pandangan nko..cuma aku nak tanya,
    yang UMNO berpakat dengan MCA,MIC tu tak salah ke?Nak tanya je.........

    ReplyDelete
  52. Nak jadi calon macammana? belum jadi calon pun dah macam anak itik ikut Najib ke mana2. Yang pakar lompat seperti pasir mas dan yang di perak pun tahu, jangan tunjuk tak selari dengan pemimpin sebelum masuk medan pilihanraya kalau pasang angan2 nak jadi calon. Dalam gitu pun boleh lompat. Ini pula nasha belum apa-apa lagi dah tunjuk tingkah laku luar biasa..

    ReplyDelete
  53. Tdak kisahlah appaun startegi yang PAS gunakan kerana pilihan semuanya terletak pada tangan rakyat.

    ReplyDelete
  54. Najib : Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik

    Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

    ReplyDelete
  55. Najib : Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik

    "Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

    "Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

    "Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.

    ReplyDelete
  56. Najib : Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik

    Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

    "Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

    ReplyDelete
  57. Biarlah rakyat membuat penilaian sendiri mengenai perkara ini. Rakyat pasti tahu siapa yang mereka nak undi nanti.

    ReplyDelete
  58. Aman....amik la nasha tu kat kau najib, tak payah beli juta2..pas bg percuma jee..

    ReplyDelete
  59. Hai Najib engko nak kan sangat si Nasha tu ambik je lah . . . tak yah nak jaga tepi kain orang . . . . PAS NAK PECAT DIA SEBLUM KEMBALI DARI GAZA KE, SELEPAS DARI GAZA KE . . . . ITU HAK MUTLAK PAS . . . . UMNO NAK TOLONG DIA TOLONGLAH . . . PAS TAK HERAN PUN . . . TENGOK AJALAH MACHAM HASSAN ALI KATAK DAN IBRAHIM ALI KATAK . . . TAK ADA PAS NAK AMBIK PUSING

    ReplyDelete
  60. Aman....Ambil saja Nasa tu sebagai calon BN..x perlu komen2..memang dh x guna lg pada perjuangan Pas...yg layak org macam ni hanya untok UMGOK saja..saja nk publisiti supaya org kasihan...pegi...dh.

    ReplyDelete
  61. Kesian perjuangn Islam yg dikhianati oleh YB sendiri spt Ibrahim Ali, Hassan aqidah , ust Nasha, YB Zulkifli Nordin serta tokoh2 PAS yg terdahulu mningal perjuangan Islam. Harus diingat YB Zulkifli Nordin sebenar gagal tapisan PKR utk jadi YB sebab mereka dah baca apa yg YB Kulim tu akan lakukn dn terbukti, serta Berahim Katak juga merupakan satu KESILAPAN BESAR Nik Aziz kpd perjuangan parti..aku bg aku ler, dgn mengutip AlKataki itu dipinggiran utk jadi YB PAS. Kesilapan besar.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  62. PAS tak beri peluang ahlinya keluarkan pendapat, asal bercanggah, kena singkir.

    ReplyDelete
  63. Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

    ReplyDelete
  64. Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

    ReplyDelete
  65. Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

    ReplyDelete
  66. Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

    ReplyDelete
  67. Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

    ReplyDelete
  68. Apa nak jadi dengan Pas la ni..Sebab lawan dengan Dap Ust Nasha dibuang dari Majlis Syura..Antara sebab sebab beliau digugurkan tidak hadir mesyuarat dan selebihnya..

    ReplyDelete
  69. Kenapa Pas berahsia yang selebihnya tu?? Kalau sebelum ni Pas cakap soal demokrasi dan hak untuk bersuara tapi mana hak demokrasi untuk Ust Nasha bersuara dalam Pas??

    ReplyDelete
  70. Bagi aku kalau Pas dah tak suka sangat dengan Ust Nasha elok buang terus dari Pas..Bela Dap tu sampai mampos dan angkat lebih ramai lagi penyokong Pas dalam sayap DHPP untuk jadi pemimpin Pas..

    ReplyDelete
  71. keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

    ReplyDelete
  72. Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya tiadk ulas…

    ReplyDelete
  73. Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu

    ReplyDelete
  74. Salam, Jangan anggap Parti politik 100% Islam, Nabi s.a.w bersabda, antaranya... umatku akan berpecah kepada 73 puak, kesemuanya masuk neraka kecuali 1, iaitu mereka yang berdiri diatas sunnahku. Antara sabdanya lagi "tidak beriman seseorang dari kamu, melainkan aku lebih dicintainya melebihi ibubapanya, kaum kerabat dan manusia seluruhnya". Bagaimana kita nak mengakui nabi kita lebih dicintai jika sabdanya "Setiap orang islam itu bersaudara, maka bergaul baiklah sesama SAUDARA kamu" tidak dapat ditunaikan. Malah anggap parti lebih penting dari perpaduan islam. Fikir2kan....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.