Friday, January 25, 2013

Ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib

Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

NONEADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri dalam gambar) yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.
NONE
"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.

Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".

"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal." -MK

9 comments:
Write comments
  1. Lepas satu, satu bukti pengundi hantu d dedahkan tp SPR tetap mndakwa daftar pmilihnya adalah yg terbersih d dunia... Memang SPR itu adalah bapak kpd segala hantu yg wujud d dunia...

    ReplyDelete
  2. PM hantar kad selamat tahun baru tu belanja duit Rakyat bukan duit poket dia sendiri, yang ni la buat Rakyat marah, kalau nak ucap dalam tv cukup jangan duk membazir duit RAKYAT!!!!!!.

    ReplyDelete
  3. Surat2 tsbut mmg pada asalnya di alamatkan ke rumah penyokong BN.. Tp penyokong BN tsbut sudah berpaling tadah menyokong Pakatan.. Sbb tu dia dedahkan kpd PR.. Ini mnunjukkan ramai sudah penyokong BN yg brpaling tadah sbb sdh fed-up dgn 'kelakuan' pemimpin2 BN Selangor yg korupt... So, anggapan bhw BN yakin mnawan smula Selangor adalah ibarat 'mimpi d siang hari'...

    ReplyDelete
  4. Listen..listen..listen...Fenomena hantu.hantu.hantu sedang melanda diMalaysia untuk menghadapi PRU13 (Pilihan HqntuRaya Umum) yang akan datang. Awas.....hantu2 sedang berkeliaran terutama di Sabah da Selangor. Hi...HI..HI.Hiiii..Hiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni HANTU pun dah boleh dapat surat yg di beri POSMEN. Hanya boleh berlaku di Malaysia saja...Malaysia BOLEH ...!!!

    BN GHOST COMMUNITY.....Pejabat Pendaftar - Bilik Gerakan Hantu SPR..!

    Kini telah merekrut HANTU2 dengan memberi SURAT supaya HANTU boleh baca. Dah terlalu ramai rupanya HANTU, patutlah terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal.

    Yang pasti pru 13 nanti....... ASALKAN BUKAN UMNO..!!!

    ReplyDelete
  6. SUBANG JAYA – Seorang pemilik banglo terkejut apabila 28 pucuk surat berbeza nama penerima yang mengandungi mesej tahun baru dan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihantar ke rumahnya di Petaling Jaya.

    Surat berkenaan didakwa mula diterima sejak dua minggu lalu tertera nama penerima yang langsung tidak dikenalinya.

    Hairan dengan perkara itu, pemilik rumah berkenaan mengadukan perkara itu kepada Adun angkat Bukit Gasing, Hannah Yeoh Tseow Suan.

    Hannah berkata, berikutan aduan berkenaan, pemeriksaan dilakukan menerusi senarai daftar pengundi suku tahun pertama 2012 dan hasil mengejutkan apabila mendapati 28 nama berkenaan didaftarkan di alamat pengadu.

    Menurutnya, lebih mengejutkan ada sembilan lagi nama didaftarkan beralamat di rumah pengadu dan menjadikan 37 pengundi berdaftar di alamat sama

    ReplyDelete
  7. UMNO sedang dihantui...

    ReplyDelete
  8. gunakanlah segala kemampuan anda wahai warga selangor, untuk menghalang pengundi hantu, sebab di sabah telah pun dijadikan makmal pengundi hantu dan bekas PM Tun M sendiri mengakui telah memberi KP kepada PATI dan pasti akan melakukannya di selangor kerana selangor mempunyi kepadatan penduduk dan ramai pekerja org asing pasti telah diberi kerakyatan semata-mata mengundi UMNO

    ReplyDelete
  9. KUALA LUMPUR, — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.

    Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
    “Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya (gambar fail) ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri baru ini

    Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.