Saturday, January 12, 2013

Umno parti yang terbuka kepada kritikan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno adalah sebuah parti yang terbuka kepada kritikan pada majlis penghargaan media massa malam ini, beberapa jam selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang dan NGO berakhir.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Najib (gambar) menegaskan Umno sentiasa mengalukan-alukan sebarang teguran yang ditujukan kepada parti komponen utama Barisan Nasional (BN) itu kerana ia adalah demi kebaikan rakyat.

“Umno dan kerajaan tidak pernah menolak apa sahaja media kritik dan tegur.

“Kami juga menerimanya secara terbuka dan positif,” kata presiden Umno tersebut.

Namun, Najib menegaskan sebarang kritikan dan teguran tersebut mestilah berasaskan fakta yang sebenar dan bertujuan untuk mencari kebaikan tetapi bukan sebaliknya.

“Ia mestilah berasaskan fakta dan untuk kebaikan.

“Janganlah sebarang kritikan itu adalah cerita yang palsu dan menfitnah, memandangkan sekarang sudah nak dekat pilihan raya saban hari kita mendengar cerita karut-marut yang dibangkitkan bertujuan merosakkan imej dan pandangan kepada kerajaan,” tambah beliau.

Dalam pada itu juga, Najib berkata peranan media perlu dipandang berat kerana mereka adalah penyambung hubungan dan ikatan antara kerajaan dengan rakyat khususnya malahan Umno juga mengiktiraf betapa pentingnya media.

“Peranan media kepada parti politik perlu diberikan perhatian yang berat.

“Ini kerana media boleh sampaikan hasrat kerajaan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni itu secara positif dan negatif,” kata beliau lagi.
Najib juga menjamin kepada rakyat Malaysia, pentadbiran yang diketuai beliau akan mengekalkan sikap keterbukaan tersebut serta pada masa sama sentiasa melakukan penambahbaikan demi kepentingan semua rakyat tidak kira bangsa dan agama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia Datuk Mohd Zaini Hassan dalam ucapannya juga menyatakan sudah tiba masanya kerajaan bersikap terbuka dan menerima sebarang kritikan.

"Saya rasa sudah tiba masanya semua menerima teguran, tapi harus faham teguran dan tohmahan adalah dua perkara berbeza.

"Kerajaan dalam pada itu perlu waras dalam membalas semua kritikan dan tidak perlu hentam-menghentam antara satu sama lain," kata beliau.

Disamping itu, Zaini juga mengesyorkan kepada Najib untuk memberikan kebebasan kepada media terutamanya melibatkan permit dan lesen penerbitan.

Menjelang pilihan raya tidak lama lagi tahun ini, pentadbiran Najib dan Umno yang dipimpinnya berhadapan ujian paling getir sejak kemerdekaan terutamanya apabila pembangkang membangkitkan pelbagai isu kontroversi melibatkan pemimpin politik dalam Umno.

Najib dilihat agak bergelut dengan skandal seperti kes rasuah dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kes derma politik RM40 juta kepada Umno Sabah dan yang terbaru adalah melibatkan kes penjualan tanah oleh Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Roopiah Abdullah.

Dalam pada itu, perhimpunan hari ini oleh Pakatan Rakyat (PR) diakhiri dengan ikrar tidak akan berkompromi dengan rasuah atau sebarang percubaan untuk merompak harta rakyat.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah akhir untuk mengangkat isu-isu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan tahun ini.

PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi BN kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan pembangkang yang paling tersusun.

-TMI

4 comments:
Write comments
  1. UMNO trbuka kpd kritikan ? Betoi ka nih Tok Jib ??

    ReplyDelete
  2. Kalau terbuka kepada kritikan kenapa pada perhimpunan UMNO baru lalu ahli-ahli perwakilan di suruh tutup mulut?

    ReplyDelete
  3. haji logiut najib; kc tau itu kpd PERKASA!!!

    ReplyDelete
  4. biasalah geng..umno cakap saja tapi semuanya kosong...penipu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.