Monday, April 22, 2013

22 pemimpin Umno jadi calon bebas

Sekurang-kurangnya 22 pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara menjadi calon bebas apabila mereka tidak bersetuju dengan calon pilihan pucuk pimpinan Umno.

Mengetuai pemberontakan dalaman Umno ini adalah Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar pula bertanding calon bebas di Parlimen Tasek Gelugor dan DUN Sungai Dua.

Di Tasek Gelugor, Sharif melawan calon BN Shabudin Yahya dan calon PAS, Tan Sri Rahman Maidin.

Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali pula bertanding calon bebas di Parlimen Sepang.

Turut bertanding di situ adalah seorang lagi AJK Umno bahagian Sepang, Hanafiah Mohamed.

Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin pula bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak sebagai calon bebas.

Berikut adalah 17 lagi calon-calon bebas dari kalangan pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara.

1. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat –Parlimen Bandar Tun Razak

2. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

3. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

4. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

5. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

6. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

7. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

8. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari –Parlimen Pengerang

9. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu –DUN Gambir

10. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

11. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu, Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

12. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

13. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

14. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

15. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

16. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

17. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul –DUN Sungai Sibugah.

-HD

45 comments:
Write comments
  1. Tun M pernah berkata: Melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  2. Tindakan keluar parti adalah perkara biasa dalam dunia politik di Malaysia. Pengumuman Tan Sri Muhyiddin merangkap Timbalan Presiden UMNO untuk memecat Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding di Kuala Kangsar atas tiket bebas. Tindakan beliau mengakibatkan pucuk pimpinan UMNO mengambil keputusan segera untuk memecat ahli-ahli yang bertindak keluar parti. Tindakan mereka ini boleh dikatakan mendahulukan kepentingan sendiri dan membelakangi kepentingan parti. Jelas di sini ahli-ahli ini tidak berpuas hati kerana tidak diberi mandat untuk bertanding di dalam PRU-13. Akan tetapi dalam kes Datuk Kamilia ini, menurut Pengerusi BN Datuk Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi parlimen kangsar Timbalan Presiden UMNO menyifatkan bahawa tindakan Datuk Kamilia itu jelas bertentangan dengan perlembagaan dan peraturan parti. Beliau juga menambah bahawa perbuatan itu adalah tidak selari dengan semangat perjuangaan UMNO.

    ReplyDelete
  3. dua pemimpin DAP turut mengambil tindakan sama, apabila bertanding sebagai calon bebas selepas nama mereka tidak terpilih sebagai calon untuk PRU 13 kali ini.

    ReplyDelete
  4. Antaranya adalah Jenice Lee, yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, yang mahu mempertahankan kerusinya selepas DAP tidak mencalonkan namanya, serta Sim Tong Him, yang bertanding atas tiket bebas di kawasan DUN Laksamana.

    ReplyDelete
  5. Tindakan mereka nyata mengejutkan senario politik tanah air kerana ia berlaku ketika negara sedang bersiap sedia memilih parti untuk memerintah di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Selain itu, bagi pilihan raya kali ini turut menyaksikan beberapa kerusi Parlimen ditandingi sehingga tujuh calon yang majoritinya adalah mereka daripada calon bebas seperti di Parlimen Kajang.

    ReplyDelete
  7. Pilihan Raya 2013 akan menyaksikan lebih 13.3 juta pengundi yang berdaftar untuk memilih calon mereka bagi menentukan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh Malaysia.

    ReplyDelete
  8. alon Bebas mampu memberi ancaman kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila meletakkan calon di semua kerusi yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  9. Perkara itu disahkan Pengerusi Konsortium Bebas, Kamarul Ramizu Idris yang memaklumkan sehingga kini serama 162 calon Bebas telah bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen seluruh negara.

    ReplyDelete
  10. "Jika pilihan raya umum (PRU) pada tahun 2008 berlaku tsunami politik, tidak mustahil tsunami bebas mampu menggegar landskap politik negara.

    ReplyDelete
  11. Sebelum ini, Kamarul Ramizul pernah bertanding sebagai calon bebas di Bukit Gantang, Perak, Penanti serta Permatang Pasir, Pulau Pinang dan untuk PRU13, beliau mengumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen Parit serta Dun Bota.

    ReplyDelete
  12. Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sokongan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) terhadap parti itu tidak akan terjejas dengan tindakan segelintir pemimpin parti yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  13. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana mereka mengetahui kemenangan parti lebih penting daripada individu untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  14. ''Ini berlaku bukan kepada BN sahaja, ada ahli parti lawan pun yang menjadi calon Bebas. Jadi ada tempat BN mungkin hilang sedikit undi dan ada tempat parti lawan akan hilang undi.

    ReplyDelete
  15. ''Tetapi saya percaya orang UMNO dan BN tidak akan ikut calon Bebas. Mereka akan bagi undi mereka kepada parti kerana tahu yang bertanding itu parti. Kalau parti tak menang tiada guna," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Pentas Pemuda Bersama Calon-calon BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Alor Setar di sini malam tadi.

    ReplyDelete
  16. Beliau mengulas mengenai keputusan beberapa ahli BN yang bertanding sebagai calon Bebas pada penamaan calon PRU-13.

    ReplyDelete
  17. ramai yang ingin menjadi wakil rakyat demi mendapat manfaat untuk diri sendiri sedangkan pilihan raya umum bukan soal untuk dilantik menjadi 'Yang Berhormat' tetapi sebenarnya hendak mencukupkan kerusi bagi membentuk kerajaan.

    ReplyDelete
  18. "Kalau dia seorang diri menang dia nak buat apa? Kena minta dari kerajaan juga," katanya.

    ReplyDelete
  19. jadi calon bebas kerana tidak dicalonkan. terima hakikat

    ReplyDelete
  20. The emergence of many independent candidates in the 13th general election (GE13) shows that democracy is alive and healthy in Malaysia, says Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    ReplyDelete
  21. "No matter how many candidates are contesting in this general election, ultimately it's the voters who decide who should represent them.

    ReplyDelete
  22. "But they should be smart in choosing the candidates. The important thing is to vote in Barisan Nasional (BN) candidates because if these individuals become elected representatives, they're going to help the people.

    ReplyDelete
  23. "I think we should reject (the independent candidates) because most of them are those who are disappointed for not being selected by their party to contest," he said

    ReplyDelete
  24. A total of 79 independent candidates will vie for parliamentary seats and 191 for state seats in GE13.

    ReplyDelete
  25. Lembaga Disiplin (LD) UMNO telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana pemimpin dan ahli parti yang melakukan kesalahan sabotaj parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 dengan tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil dalam tempoh berkempen, kata Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

    ReplyDelete
  26. Ujarnya, LD UMNO juga sudah melantik pemantau di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memantau dan melaporkan kes-kes sabotaj parti yang berlaku di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  27. Jelasnya, beberapa laporan telah diterima dan akan dipanggil untuk tunjuk sebab mengapa tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  28. Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh empat orang wakil Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan empat orang wakil daripada LD yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Pengerusi LD UMNO.

    ReplyDelete
  29. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong siapa sahaja yang telah diletakkan sebagai calon oleh pucuk pimpinan parti.

    ReplyDelete

  30. The Umno disciplinary board has received several reports of sabotage among its party members ahead of the 13th general election, said its chairman Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

    ReplyDelete

  31. He said the suspects who would be summoned to offer their explanation, face stern action, including expulsion or suspension if proven guilty.

    ReplyDelete

  32. He urge all Umno members in the country to remain united and support the candidates chosen by the party leadership.

    ReplyDelete
  33. "Do not sabotage or do anything that can weaken the party, the disciplinary board would not compromise and will act on those who betray the party," he said in a statement.

    ReplyDelete

  34. Tengku Ahmad Rithauddeen said the board had appointed an observer in each parliamentary and state constituency to report on any sabotage attempts.

    ReplyDelete

  35. A special committee comprising four Umno Supreme Council members and four of the disciplinary board's members would be set up to expedite the decision and punishment process.

    ReplyDelete
  36. Calon yang dicalonkan harus juga memberi sokongan dan kerjasama agar mencapai kemenangan.

    ReplyDelete
  37. Calon indipendent ini bertujuan untuk pecahkan jumlah calonan sahaja.

    ReplyDelete
  38. Sejauh mana parti pembangkang boleh pergi kali ini? Berjayakah mengambil alih Putra Jaya?

    ReplyDelete
  39. Pencalonan sering menjadi isu. Yang tidak dipilih, harus juga teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  40. Golongan yang tidak bertanggung jawab dan menjalankan tugas dengan baik harus dilucutkan dari senarai.

    ReplyDelete
  41. Pemimpin UMNO yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diingatkan supaya tidak mengkhianati parti, sebaliknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  42. Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin, berkata peringatan itu penting untuk menyedarkan pemimpin dan ahli parti supaya tidak mewujudkan masalah dalam tempoh menghadapi PRU-13 yang kian hampir.

    ReplyDelete
  43. Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin dan ahli UMNO menerima kehadiran calon parti daripada gandingan anak muda dan ‘orang lama’ sebagai sebahagian daripada transformasi perjuangan UMNO untuk kekal relevan di hati rakyat.

    ReplyDelete
  44. “Pemimpin UMNO yang menyandang jawatan tetapi tidak terpilih sebagai calon, diingatkan menerima keputusan ini sebagai ketentuan kerana sudah tiba masanya mereka memberi laluan kepada muka baru,” katanya.

    ReplyDelete
  45. “Inilah masa mereka membalas budi kerana mungkin individu yang dicalonkan itu adalah orang yang sama membantu ketika mereka berkempen sebagai calon pada pilihan raya lalu,” katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.