Sunday, April 28, 2013

Bukti UMNO Penyebar Video Lucah Palsu Mustafa Ali?

"Saman itu (Umno) saya akan lawan, dia saman tiga, saya, Zulkifli, dan Asmuni. Kami akan lawan Umno." Demikian tegas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

Katanya, beliau tidak gentar dengan saman Umno, sebaliknya akan melawan kes itu di mahkamah dalam masa terdekat.

"Dia dah saman saya, kita lawan yang itu dulu, biar selesai satu-satu," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di sini, hari ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau akan mengambil tindakan yang sama seperti Umno, katanya, perkara itu perlu diselesaikan satu persatu dan Mustafa enggan meletakkan sebarang komitmen untuk mengambil tindakan balas.

"Saya tak nak buat komitmen apa-apa (pasal video), saya akan lawan yang itu dulu," katanya yang enggan mengulas lanjut tentang pendedahan video skandal seks itu sambil menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Mustafa berkata demikian mengulas lanjut tindakan Umno yang memfailkan saman terhadap beliau, peguamnya Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakah Daily.net, Zulkifli Sulong berhubung dakwaan yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang Papa Gomo pada 11 April lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Abdul Rauf Yusof atas kapasiti pegawai awam bagi Umno dan juga plaintif, melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 April lalu.

Pihak plaintif antaranya menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, ganti rugi keterlaluan dan injuksi serta menuntut permohonan maaf.

Walaupun Mustafa diasak beberapa kali oleh pemberita tentang isu video itu, beliau secara ringkas berkata, beliau akan menjawab persoalan itu dalam ceramah kempen pilihan raya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei ini.

"Kalau nak tahu lanjut isu video, boleh datang dengar ceramah saya di Rusila, Terengganu pada 3 Mei depan," katanya. -SH

59 comments:
Write comments
  1. Berani kerana benar, takut kerana salah. Siapa makan cili dia yang merasa pedas. Tiada makluk didunia ini akan terhalang dari penglihatan Allah atas perbuatan masing-masing.

    ReplyDelete
  2. Ini Kalilah!! Tukar!April 29, 2013 at 9:06 AM

    Astaghfirullah, diorang ni mmg nak ajar kot kat org2 d luar sana cara buat seks yang terbaik~ gila, mmg gila~~

    this is so ridiculous that this is not even worth mentioning~~ too much sex is happening at the end of PRU-13, and people aren't that stupid to believe this, and more so, the people who get accused would not do this , not while the election is still on-going~

    justice will prevail, once PR govern the country~

    ReplyDelete
  3. MARANG 26 April - Usaha para wartawan bergegas ke Masjid Rusila dekat sini, bagi membuat liputan mengenai Datuk Mustafa Ali yang dikatakan bersedia bersumpah laknat sebaik sahaja selesai solat Jumaat di masjid itu hari ini, ternyata sia-sia.

    Setiausaha Agung Pas itu bukan hanya tidak melakukan sumpah laknat seperti diuar-uarkan, malah kelibatnya juga langsung tidak kelihatan sehingga selesai solat Jumaat.

    ReplyDelete
  4. Desas-desus Mustafa mahu membuat sumpah laknat itu tersebar luas menerusi laman blog propembangkang sejak semalam, menyebabkan sebahagian besar wartawan menunggu beliau di masjid tersebut sejak awal pagi ini.

    Mustafa dikatakan akan membuat sumpah laknat itu berhubung penyebaran rakaman video seks seorang lelaki yang miripnya baru-baru ini.

    Walau bagaimanapun, sebaik sahaja selesai solat Jumaat dan sehingga pukul 2 petang selepas sebahagian besar jemaah mula meninggalkan masjid itu, kelibat Mustafa langsung tidak kelihatan.

    ReplyDelete
  5. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS telah menghilangkan diri. Ke mana? Kehilangan seorang Setiausaha Agung Parti dalam masa kesibukan kempen pilihan raya tentulah menimbulkan berbagai-bagai pertanyaan, tetapi pertanyaan yang paling popular adakah dia telah dinasihatkan untuk menghilangkan diri dari pandangan ramai, kerana ternampak mukanya akan ternampak seluar dalamnya dan tercemar parti Islamnya..

    ReplyDelete
  6. Kasihan Mustafa tidak pandai berlakon seperti Anwar Ibrahim yang meyakinkan ulama-ulama baghal dan pengikut baghal PAS dan Keadilan. Tidak ada kenyataan simpati dari pemimpin-pemimpin PAS terutama dari Ketua Pemuda PAS kepada Mustafa. Kebisuan mereka di atas kehilangan yang besar tentulah juga diterima ramai, sebagai pengesahan terhadap klip video seluar dalam.

    ReplyDelete
  7. Tidak ada pemimpin yang membelanya, kecuali Hadi Awang yang mengatakan dia sakit lutut (kalau sakit lutut aksi telentanglah). Ini mungkin oleh kerana Mustafa Ali bukan tempat pergantungan PAS. Pembelaan Hadi merendahkan kemampuan berfikir umum, terutama Pemuda PAS.

    ReplyDelete
  8. Namun demikian, jangan lupa ulama-ulama PAS termasuk Tok Guru telah membela Anwar Ibrahim. Kesayangan pada Anwar lebih besar sehingga Harakah pun dibiarkan diAnwarinaskan. Hadi telah dihina oleh Harakah sebagai hanya layak menjadi nelayan.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun tidak ada ulama PAS atau Pemuda PAS yang berani bersuara, supaya Hadi meletakan jawatan Presiden Parti kerana telah membiarkan dirinya dihina begitu rupa dan kerana dia menjadikan PAS sebagai parti ulama, tetapi telah menyelewengkan PAS menjadi parti kaum munafik.

    ReplyDelete
  10. Jika PAS sanggup melakukan segala kemungkaran sebelum berkuasa, maka apakah kita boleh yakin parti ini tidak akan menjual maruahnya kepada LGBT dan Pluralisme demi mengekalkan kuasa bila hadapi tekanan dari Barat dan bukan Islam?

    ReplyDelete
  11. PAS sudah sewajarnya diharamkan bukan kerana ia parti Islam, tetapi kerana telah menyelewengkan ajaran dan prinsip prinsip Islam yang melibatkan maruah orang Islam dan kemurniaan Islam sebagai agama rasmi negara.

    ReplyDelete
  12. Pimpinan Hadi telah menajiskan Islam di mata bukan Islam di negara ini sehingga ke peringat memejamkan mata terhadap perzinaan dalam partinya dan sanggup beketuakan seorang homeseksual dan membiarkan dirinya sendiri dihina sebagai sampah terbuang.

    ReplyDelete
  13. Jika Hadi tidak faham tentang moral dalam Islam dan tidak ada guru yang terbaik untuk memahamkannya di Malaysia, dia boleh pergi belajar mengenai moral Islam dari Mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

    ReplyDelete
  14. Wajib dedahkan aib bakal pemimpin ... Haji Hadi yang kata ye ...

    Bersumpah laknat tu je jawapnya ...

    ReplyDelete
  15. Bukti video tak percaya, tapi kain rentang percaya lak ye? ... kain rentang tu nampak sangat PAS yang print nak buruk kan UMNO. Doa2 kalian tak akan di makbul ALLAH S.W.T. UMNO tidak sebodoh PAS dgn mengedar VCD ni, sebab PAS paling cekap dalam edar vcd2 ni. Benda boleh tengok dekat YOUTUBE je, buang duit lah pergi copy banyak2 CD tu. Yang puak2 ni punya la menghabiskan masa back up Mustafa tu, padahal benda senang je, MUSTAFA bersumpah laknat, settle dah kerja korang.

    ReplyDelete
  16. Sapa nak video lucah....sila hubungi pej umno DUN Seb.Takir,TGanu. Hi hi hii gila punya parti umno. Itu bhn kempen pilhnraya mreka.

    ReplyDelete
  17. apa saja kepincangan Anwar buat penyokongnya pasti takkan percaya.. jika Anwar sendiri membuat pengakuan pasti penyokongnya tetap takkan percaya, mereka akan kalah itu klon Anwar.. itulah penyokong Anwar yang terlalu taksub.

    ReplyDelete
  18. itulah kamu, kehebatan anuar ibrahim yg tuhan bagi yg tiada pada pemimpin malaysia lain.kelibatnya memang dirasakan sangat oleh be end.beliau telah dapat memperkukuhkan pr dalam masa yg agak singkat dan membawa pr ke putrajaya insyallah dalammasaterdekat ni.

    ReplyDelete
  19. iklan: anjing kongkek buaya!!! boleh dpt CD dr mana2 pej UMNgOk...

    ReplyDelete
  20. Bn/uMno mungkin akan merima padah di PRU 13 akibat kempen Lucah mereka mudahan pemfinah akan kalah teruk ini kali lah.

    ReplyDelete
  21. Auuuuw dapatkan CD sex dekat Umno tak sangka pula parti dah jadi parti sex aaauuw raja sex.ini kali lah kita tukar.

    ReplyDelete
  22. ndak jugak la bah...

    ReplyDelete
  23. janganla kamu pedulinya tu..taktik PR smanya tu..

    ReplyDelete
  24. LAIN KALI LAH OKEY.
    UNTUK KALI INI KITA TIBAI PR.
    TIBAI=TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANUAR IBRAHIM BEKAS BANDUAN YANG DIPENJARAKAN SELAMA 6 TAHUN KERANA KESALAHAN RASUAH(MENYALAH GUNAKAN KUASA) SEMASA JADI TPM/MENTERI KEWANGAN DULU.

    ReplyDelete
  25. Kasihan sungguh UMNO. Benar-benar dah nazak. Bila gagal untuk berhujjah dengan PAS, maka terpaksa gunakan kaedah jijik, tayang video lucah palsu kepada masyarakat termasuk kepada wnaita dan kanak-kanak untuk dapatkan sokongan.

    Sudah hilangan pertimbangan dosa pahala dengan penyebarannya. Sedangkan mufti mereka sendiri, telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang ada di dalam video berkenaan tidak boleh pakai!

    ReplyDelete
  26. “Ini adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam.

    “Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan Umno BN,

    ReplyDelete
  27. Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.

    ReplyDelete
  28. BN
    # MEMERINTAH = 55 TAHUN + 5 TAHUN JIKA MENANG LAGI = 60 TAHUN (KEBAL DAN MERBAHAYA)
    # TERDIRI DARI LEBIH 20 KOMPONEN- UMNO, MIC,MCA, GERAKAN, PPP, PBS, LDP, PERKASA DLL. MASING2 ADA “KEINGINAN TINGGI”
    # TIDAK DINAFIKAN PEMBANGUNAN YANG DIBAWA TETAPI TIDAK DINAFIKAN JUGA PENIPUAN DAN KESENGSARAAN KEPADA RAKYAT YANG DIBUAT.
    # RAHMAN (PM MALAYSIA) – CUKUP DAN UBAH SEKARANG.
    # KUASA RAKYAT AKAN TERGUGAT JIKA BN TERUS MEMERINTAH UNTUK 60 TAHUN.
    # PEMIMPIN DLM BN SEMAKIN KAYA-RAYA, RAKYAT DI DAHULUKAN SEMAKIN MISKIN.
    # RAKYAT AKAN MEMBAYAR KEMEWAHAN KEMPEN BN BILA TERUS DIBERIKAN KUASA…CONTOH TERBAIK 1 BULAN LEPAS PRU 12 MINYAK NAIK DAN BARANG2 LAIN TERUS NAIK..PRU13 MENUNGGU MINYAK..GST..AES DAN LAIN2
    # GAYA PEMERINTAHAN BN (4 + 1) 4 TAHUN SEKSA RAKYAT DAN 1 TAHUN SAHAJA PUJUK RAKYAT…JANGAN CEPAT LUPA

    PR
    # MEMERINTAH = 0 TAHUN + 5 TAHUN = 5 TAHUN
    # TERDIRI DARI HANYA 3 KOMPONEN UTAMA..DAYA SURVIVAL YANG TINGGI
    # BARISAN KEPEMIMPINAN YANG JUJUR , SERING MENDAPAT TEKANAN DAN DITINDAS OLEH BN
    # TELAH TERBUKTI DI KEDAH, PULAU PINANG, SELANGOR DAN KELANTAN WALAUPUN HANYA BERDASARKAN 35% PENDAPATAN NEGERI (65% PENDAPATAN NEGERI HAK KERAJAAN PERSEKUTUAN BN)

    KUASA RAKYAT
    KITA BERIKAN PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN JIKA MEREKA GAGAL KITA KUBURKAN MEREKA DAN GANTI SEMULA DENGAN BN. KITA PATUT CONTOHI INDONESIA, JEPUN, KOREA DIMANA PEMERINTAH YANG DIPILIH TIDAK KEBAL DENGAN KUASA RAKYAT. TIDAK SALAH MEMBERIKAN PELUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT UNTUK 5 TAHUN, KITA TELAH BERIKAN PELUANG BN UNTUK 55 TAHUN. ADIL UNTUK KUASA RAKYAT NAFIKAN DAN BUKTIKAN

    ReplyDelete
  29. Kemungkinan juga yg buat banner ni ialah PR. Tetapi tidak mustahil juga BN yg buat. Jika bukan BN yg buat, sudah tentu mereka akan buka banner ni. Ini disebabkan, jika banner ini dibiarkan sudah tentu akan menyebabkan sokongan rakyat terhadap mereka akan berkurangan. Sebaiknya pemimpin2 BN harus tonjolkan mensfesto2 yg mendatangkan kebaikan kepada rakyat daripada asyik memburukkan orang lain. Pertanyaan. Adakah golongan pemimpin BN ini tidak pernah buat salah? adakah semua pemimpin lelaki dalam BN tidak pernah tidur dengan perempuan lain selain daripada isteri mereka. Adakah pemimpin2 BN semuanya malaikat? tidak pernah buat dosa. Dalam pegangan agama saya, jika besar manapun kejahatan orang itu, jika dia sudah benar2 sudah bertobat, jangan sentuh atau persoal lagi kejahatannya. Sebagai contoh. Jika seseorang itu telah dihukum kerana mencuri dan telah dipenjarakan dan dia telah insaf dan taubat dengan kesalahannya, adakah keluarga atau sahabatnya masih menuduh dia sebagai pencuri? Adakah kita tidak terima taubatnya? Contoh kedua. Jika seorang perempuan pernah menjadi pelacur dan telah bertaubat, adakah taubatnya tiadak diterima oleh masyrakat? Sepatutnya taubatnya diterima dan jangan mengungkit-ungkit lagi kesalahan dan dosa2nya. Adakah kita lebih hebat dan lebih baik dari ALLAH?. Siapa kita menghakimi sesama manusia?. ALLAH itu MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. ALLAH sentiasa menerima dan mengampuni segala dosa2 kita jika benar2 mau bertobat.

    ReplyDelete
  30. Janji BN realistik. Janji PKR macam plastik.
    Lambang PKR mata. Menjaja janji semua auta.Berkempen siang malam lebam biji mata.Yang percaya bakal putih mata. Menangis menyesal tak keluar air mata. Lama menangis bertahi mata kahkahkahkah!!!

    Lain kali lah PR!!!

    ReplyDelete
  31. pELASTIK KAU KATA KITA LIHAT 6 MEI MUNGKIN PR MENANG BARU KAU TERTONGENG MAINBASTIK HEHEHEHE

    ReplyDelete
  32. TAK SANGKA UMNO PARTI WAYANG SEX DAH APA NAK JADI NIE.

    ReplyDelete
  33. JIKA SUDAH JAHAT..GI MANA MO DITUTUP LAGI..???!!

    MASA SERONOK NDAK INGAT. BEKAS PEMIMPIN BN PUN LETAK JAWATAN, TAPI PR SELAMATLAH SBB SENTIASA DISOKONG AHLI. HUHUHU

    *ATAS PAGAR

    ReplyDelete
  34. pehak Umno Bhg. Seberang Takir sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini. apabila ditinjau di tempat kejadian, iklan ini pula sudah tiada. pehak Umno Bhg. Seberang Takir telah membuat laporan polis kerana kami sendiri tiada cd-cd berkenaan, bagaimana mahu bagi?

    Cikgu Pa pun tidak bertanding. kami hanya menumpu pada berjumpa rakyat dan bantuan-bantuan kepada mereka shj. Pehak Umno Bhg. Seberang Takir berpendapat ini dakyah licik pembangkang spt yg terjadi di UM dan UPSI shj (reverse psiko di saat pengundian). COP UMNO / BN PUN TIADA!! kami berjanji mengelakkan sebarang keaiban seperti mana diingat oleh ahli akar umbi. kami senada & menghormati setiap mereka.

    *drp ibu pejabat parti bahagian

    ReplyDelete
  35. UMNO tidak terlibat mencuri rakam dan menyebarkan video seks mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kerana mempunyai banyak kerja lain dalam menghadapi pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  36. Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan beliau yakin UMNO tidak terlibat serta tidak menolak mungkin ia dilakukan oleh orang dalam Pas sendiri.

    ReplyDelete
  37. "Perbuatan itu mungkin dilakukan oleh orang dalam parti itu sendiri dan saya yakin ia bukan kerja UMNO," katanya.

    ReplyDelete
  38. Dalam pada itu beliau mengakui telah melihat video itu, tetapi enggan mengulas apabila ditanya adakah lelaki di dalam adegan seks berkenaan ialah Mustafa.

    ReplyDelete
  39. Beliau juga menyerah kepada polis untuk menyiasatnya dan orang ramai tentu bijak menilai terutama golongan muda yang mahir di dalam bidang siber.

    ReplyDelete
  40. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menggesa pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengisytiharkan deklarasi bersama menolak politik yang berbentuk ganas dan lucah digunakan dalam kempen pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  41. Tegas Ahli Parlimen Temerloh dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, budaya politik ganas dan lucah kini dilihat seolah-olah menjadi budaya politik di negara ini dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak lawan dan parti yang bertanding.

    ReplyDelete
  42. Beliau turut menolak dakwaan bahawa BN 'menghalalkan' politik ganas dan lucah digunakan oleh pemimpin atau anggota parti itu menegaskan ia turut dibantah gabungan 13 parti komponen itu.

    ReplyDelete
  43. "Saya sebenarnya mengharapkan kedua-dua pihak BN dan Pakatan pada saya yang paling ideal kedua-dua pucuk pimpinan boleh bertemu sebelum hari penamaan calon membuat kenyataan bersama menolak unsur-unsur politik kotor ini," katanya.

    ReplyDelete
  44. Saifuddin turut menggesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU13 tidak terjebak dengan politik kotor sekali gus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihan raya ini sebagai pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah tanah air.

    ReplyDelete
  45. TANYA SAMA POKOK APA SEBAB GOYANG?NANTI JAWAB POKOK ANGIN YANG GOYANG....INILAH LAGU ANUAR UTK MUSTAFA ALI.HE2..JGN MARAH INI LAGU ANUAR YG NYANYI..HEEEEE

    ReplyDelete
  46. Tak boleh jual, tak boleh edar. Kalau ditunjukkan di khalayak ramai, di hadapan kanak-kanak dan sebagainya, ini satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,”

    ReplyDelete
  47. Apa lagi , POLIS jalankan tanggungjawab anda membenteras yang terlibat, sudah nyata dan terang puak2 tu sudah hilang akal hingga sanggup melacurkan pemikiran kanak2, kaum2 ibu , kaum2 bapa dan masyarakat melayu. HINA......HINA...... HINA...
    Piahak POLIs jangan bersetongkol dengan lanun2 video lucah, sekaki para penyebar video lucah masuk ke neraka , kedua2 kaki kalian juga akan diheret bersama kerana membiarkan jenayah tersebut berleluasa. Ingat ......... para POLIS beragama ISLAM , kamu semua juga akan pencen dan kematian tidak mengenal pangkat , darjat , bangsa , kaya atau sebagainya. Tunggulah saat kalian akan dijemput ALLAH jua.

    ReplyDelete
  48. SOALAN UNTUK PEMIMPIN DAN POENYOKONG PAS?

    KENAPA SETIAUSAHA AGUNG PAS-MUSTAPHA ALI TIDAK DICALONKAN?

    ReplyDelete
  49. SOALAN UNTUK PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS:

    KENAPA SETIAUSAHA AGUNG PAS-MUSTAPHA ALI TIDAK DICALONKAN?

    ReplyDelete
  50. Jauhkan keturunan aku jadi ahli BN/umnu,takut menjadi penyebar fitnah dan sex ,takut lagi nanti diupah jadi pelakun sex palis2 4 x 4

    ReplyDelete
  51. Apa lagi , POLIS jalankan tanggungjawab anda membenteras yang terlibat, sudah nyata dan terang puak2 tu sudah hilang akal hingga sanggup melacurkan pemikiran kanak2, kaum2 ibu , kaum2 bapa dan masyarakat melayu. HINA......HINA...... HINA...
    Piahak POLIs jangan bersetongkol dengan lanun2 video lucah, sekaki para penyebar video lucah masuk ke neraka , kedua2 kaki kalian juga akan diheret bersama kerana membiarkan jenayah tersebut berleluasa. Ingat ......... para POLIS beragama ISLAM , kamu semua juga akan pencen dan kematian tidak mengenal pangkat , darjat , bangsa , kaya atau sebagainya. Tunggulah saat kalian akan dijemput ALLAH jua.

    ReplyDelete
  52. (BN) yang sanggup bertindak menabur fitnah dan keburukan orang lain yang tidak sebulu dengan kepimpinan Kerajaan BN

    ReplyDelete
  53. Anonymous said...
    April 30, 2013 at 7:58 PM.....kan puak umno klu tgk bulan terus jadi gorila...sakit otak

    ReplyDelete
  54. Anonymous said...
    April 30, 2013 at 4:03 PM

    Aku doakan kamu agar diberi taufik dan hidayahnya.
    semuga kau aman mengadap Allah Nanti. aminnn

    ReplyDelete
  55. Ingat Islam pesan apa.JANGAN MENUDUH SAUDARA SEISLAM KAMU TANPA USUL PERIKSA DAN MENDATANGKAN 4 SAKSI(yg tidak fasik) YG NAMPAK DGN MATA KEPALA MEREKA SENDIRI.terpakai utk semua ummat islam.sebelum tuduh tanya diri dulu.Adakah aku benar2 Islam?.Allah tahu apa tersirat dalam hati semua manusia.

    ReplyDelete
  56. Ulama Umno, Mufti2, Ustazah Umno dan Orang Agama yang pro-Umno; kamu lupa ke Firman Allah: Kuntum khoiru Ummah Uhrijat Linnas Takmuruu nabil ma'aruf wa tan hau na anil mungkar watukminuu nabillah. Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, kamu suruh orang buat kebaikan dan kamu cegah kemungkaran dan beriman dengan Allah. Dimana kamu nak letak ayat ni. Kamu masih nak menyembunyikan hukum Allah dan redho dengan perbuatan Umnoi/Bn yang terang2 mengundang kemurkaan Allah.

    ReplyDelete
  57. Dah kena gasak mula le cover macho si umno bahagian Seb Takir tuh. Kami tak buat le dan kami banyalk kerja lain nak buat le..heeii,lain kali fikir 10 kali sebelum buat sesuatu. Takut benda camni le berlaku semnetelah kalau kau tu otak PMR dan petugas PAS rata2 golongn professional,hah amacam? bukan nak bangga diri,tapi pikir 10 kali sebelum buat sesuatu.

    ReplyDelete
  58. Mantera,headhunter, hidup di sabah.. tu alat pemuas napsu BN yg di bayar beribu ribu PESO>>> kakakaka

    ReplyDelete
  59. jgnla korg nk sibuk2.tuhan dan org yg bt keja tu ja yg tau kbnrannya.budu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.