DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.
Katanya, BN perlu mengenang jasa keempat-empat penyandang kerusi Dun itu dengan mencalonkan mereka untuk bertanding semula pada pilihan raya umum kali ini.
"Mereka perlu diberi peluang selepas tindakan mereka menamatkan pemerintahan sebuah kerajaan yang mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat. Kami cabar BN Negeri Perak senaraikan 'fantastic four' ini sebagai calon PRU13.
"Peletakan keempat-empat calon bebas itu bakal membuktikan tahap sebenar sokongan rakyat kepada mereka," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Kor Ming berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan kesempatan untuk keempat-empat calon bebas itu menjelaskan lagi sokongan mereka kepada BN setelah membuat keputusan meninggalkan parti serta mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.
"Ringkasnya, berilah mereka peluang menjadi calon bagi pihak BN pula kali ini," katanya.
Untuk rekod, hanya Mohd Osman sahaja pernah membuat kenyataan sedia tanding PRU13 sekiranya BN gagal meletakkan calon 'winnable' bertanding di kerusi Dun Changkat Jering.
Sementara tiga lagi wakil Bebas tidak pernah dilaporkan mahu bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.
DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
-sinarharian.com
Friday, April 5, 2013
DAP cabar BN calonkan 'fantastic four'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Berdasarkan persepsi popular, kedudukan DAP Pulau Pinang untuk kembali menang bergaya dalam PRU ke-13 semakin sukar. Kalau dalam PRU ke-12, DAP menang dengan 19 kerusi dan menjadi penyumbang terbesar untuk pakatan pembangkang memerintah, persepsi popular sehingga akhir Mac lalu memberikan gambaran yang kurang menarik.
ReplyDeleteDAP Pulau Pinang yang masih belum dapat menyelesaikan konflik dalaman yang berlaku akibat pertikaman lidah Timbalan Ketua Menteri, Prof Ramasamy dan Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh masih belum menampkan ada cahaya di hujung terowong yang bakal dibina oleh Lim Guan Eng sepanjang pesisir pantai dari Batu Maung ke Bagan Jermal.
ReplyDeleteKalau pembinaan terowong itu dipersoalkan oleh ahli politik dan seorang aktivis sosial yang berpengaruh tidak dapat diselesaikan oleh Lim Guan Eng menjelang PRU ke-13, maka DAP Pulau Pinang akan berhadapan dengan kepudaran warna roketnya yang akan terus meluncur laju ke Bukit Bendera.
ReplyDeleteKenapa Bukit Bendera? Kerana di sana terlalu banyak masalah yang masih belum dapat diselesaikan oleh Lim Guan Eng meskipun sudah empat tahun menjadi Ketua Menteri. Masalah pembinaan tempat letak kereta bertingkat yang terpaksa diruntuhkan setelah berbelanja begitu besar, rungutan penduduk rumah pangsa dan seterusnya kemarahan penduduk sekitar Air Hitam, yakni jalan menuju ke Bukit Bendera.
ReplyDeleteCabaran dalaman yang belum selesai ialah bagaimana parti itu boleh memberikan kekuatan semula kepada beberapa orang wakil rakyatnya yang pernah merajuk, kurang berprestasi dan tidak mempedulikan pengundi kerana asyik mengipas Ketua Menteri agar diberikan peluang sekali lagi. Karpal Singh yang begitu tegas untuk mengehadkan setiap orang hanya boleh bertanding dalam satu kawasan pilihan raya telah menyebabkan Prof Ramasamy melenting marah kerana pada PRU ke-12, beliau bertanding di dua kawasan, iaitu Parlimen Batu Kawan dan DUN Prai.
ReplyDeleteIni bermakna berdasarkan formula yang ditetapkan oleh Karpal Singh, Prof Ramasamy mestilah membuat pilihan sama ada untuk mengekalkan kawasan parlimen atau DUN yang dimenanginya. Jika memilik untuk kekal di Parlimen Batu Kawan, Prof Ramasamy akan berhadapan dengan tentangan yang hebat kerana beliau sebenarnya sudah dilihat tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.
ReplyDeleteDalam konteks politik budiman, Prof Ramasamy yang boleh memahami teori politik dengan baik tentunya faham bahawa beliau sebenarnya telah menawarkan diri untuk bekerja kepada pengundi. Setelah mendapat “pekerjaan” itu dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau tidak memenuhi tugasnya sehingga lebih ramai pengundi sudah mula “berpatah arang” untuk mempercayainya.
ReplyDeleteDalam DUN Prai juga beliau sering tidak tiba untuk membantu rakyat kerana menganggap bahawa rakyat tidak perlu diberikan perhatian, Prai merupakan kawasan industri termaju dan mempunyai banyak kemudahan. Penduduk hanya perlu menggunakannya, biarpun kemudahan tersebut tidak juga bertambah jumlahnya selepas menang dalam PRU ke-12.
ReplyDeleteRakyat sudah “kenal watak sebenar wakil rakyat DAP Pulau Pinang” dan berdasarkan kepada prestasi penyandang sekarang, kualiti kepimpinan mereka telah mengheret sentiment rakyat daripada teruja kepada terluka. Rakyat sudah merasakan bahawa kualiti kepimpinan wakil rakyat DAP yang mereka milik bukanlah seorang pekerja yang jujur, bertanggungjawab dan berusaha gigih membela nasib mereka, tetapi sering menyalahkan orang lain atas kegagalan melaksanakan fungsi sebagai parti yang mentadbir negeri.
ReplyDeleteAtas ketakutan itulah pakatan pembangkang, Lim Guan Eng dan Tony Chua telah mengkritik habis ucapan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran apabila memetik laporan terbaharu Indek Daya Saing yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dua bagi tahun 2011-2012. Dalam tinjauan yang dibuat oleh WEF pada pertengahan tahun lalu, kedudukan Malaysia semakin bertambah baik, iaitu dari tangga ke-26 meningkat ke tangga 21. Laporan itu turut menyebut pencapaian tersebut melambangkan kesungguhan kerajaan untuk mentransformasikan perkhidmatan dan memperbaiki kaedah penyampai, maka dalam bidang pendidikan sudah menunjukkan kemajuan yang besar, malah lebih baik daripada Amerika Syarikat, dan berada di tangga ke-2 di Asia Tenggara selepas Singapura.
ReplyDeleteKerana DAP tidak melakukan apa-apa sumbangan untuk menterjemahkan manifesto PRU ke-12 untuk meningkatkan akses pendidikan dan bantuan kepada rakyat, ia menjadi bayangan ketakutan yang traumatic, kerana PRU ke-13 menurut ramalannya akan berlaku dalam tempoh terdekat, ada spekulasi mengatakan ia akan berlangsung selepas Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang selesai pada hujung Mei.
ReplyDeleteTiga kriteria utama yang digariskan PKR dalam memilih calon bertanding Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) disifatkan sekadar hipokrasi untuk menyembunyikan segala keburukan mereka.
ReplyDeleteSemua kriteria berkenaan iaitu intelektualiti, akhlak dan kebolehan berkhidmat kepada rakyat, dilihat hanya pembohongan yang sama sekali tidak menggambarkan identiti sebenar parti diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
ReplyDeleteSebelum ini, DAP dan PKR menjadi terlalu khuatir untuk berhadapan dengan pilihan raya serentak, kerana tidak yakin mereka akan terus berkuasa, maka ada kegelisahan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing. Bayangkan, jika diadakan serentak, DAP Pulau Pinang dan PKR Selangor bimbang kedudukannya akan mengulangi kesilapan PAS di Terengganu, yang menang bergaya pada tahun 1999 tetapi merudum teruk pada tahun 2004. DAP dan PKR takut mereka merupakan Ketua Menteri dan Menteri Besar sepenggal, seperti nasib Haji Hadi Awang yang memimpin kerajaan PAS Terengganu.
ReplyDeleteBekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata ketiga-tiga kriteria itu dengan sendirinya ‘menolak’ Anwar daripada senarai calon selepas beberapa kali dikaitkan dengan kegiatan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa.
ReplyDeleteKatanya, kriteria itu hanya cubaan PKR untuk tampil kononnya sebagai parti yang bersih dan berintegriti, sedangkan hakikat sebenar tidak begitu.
ReplyDeleteDAP Pulau Pinang dikatakan sangat bermasalah dengan wakil rakyat, maka daripada 19 kerusi hanya tujuh sahaja yang dianggap selamat. Dua belas berada dalam kedudukan yang amat mudah berubah warna, dan paling kritikal ialah ialah empat. Empat kerusi terbabit –Jawi, Tanjung Bungah, Sungai Pinang dan Seri Delima—telah diberikan warna hitam, sukar untuk dipertahankan.
ReplyDeleteJawi diwakili oleh Tan Beng Huat, Tanjung Bungah diwakili oleh Teh Yee Chew, Sungai Pinang oleh Koid Teng Guan dan Seri Delima oleh RSN Rayer. Pada tahun 2009. Tan Beng Huat pernah mengugut akan keluar DAP kerana tidak bersetuju dengan caj bayaran letak kereta awam manakala wakil rakyat Sungai Pinang dan Paya Terubong (Yeoh Soon Hin) tidak menunjukkan prestasi yang baik.
ReplyDelete“Ini semua bagi saya hanya ‘cakap tak serupa bikin’. Mereka cuba nak menonjolkan diri sebagai parti yang bersih dan peka kepada kehendak rakyat.
ReplyDelete“Hingga kini, rakyat Selangor misalnya, masih berdepan masalah air dan sampah yang tidak berpenghujung. Mereka langsung tidak peka dengan penderitaan dan beban ditanggung rakyat,” katanya.
ReplyDeleteKegagalan berprestasi inilah menjadikan Sungai Pinang semakin menghampiri sokongan semula kepada BN kerana kawasan ini sebenarnya secara tradisi milik BN kerana undi Melayu masih menjadi faktor penentu. RSN Rayer yang mewakili Seri Delima masih belum menunjukkan ada pemutihan setelah terlibat campur tangan perang mulut antara Ramasamy dan Karpal Singh.
ReplyDeletePengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya kelmarin, berkata calon bakal mewakili parti itu pada PRU-13 nanti, diwajibkan memiliki tiga kriteria utama berkenaan bagi memastikan imej dan nama baik PKR tidak terjejas.
ReplyDeleteBerdasarkan persepsi popular, hanya tujuh kerusi DAP yang dijangka selamat, iaitu Komtar (Wei Aik), Padang Kota (Chow Kon Yeow), Air Itam (Wong Hon Wai), Sungai Puyu (Phee Boon Poh), Dato Keramat (Jagdeep Singh Deo), Prai (P Ramasamy) dan Air Putih (Guan Eng). Bagaimanapun, sejauhmanakah kedudukan itu dilihat selamat tidak dapat diberikan jaminan oleh ramai penganalisis, mereka hanya sekadar mampu memberikan telahan, tujuh kerusi itu sebenarnya didominasi oleh penyokong tegar DAP.
ReplyDeleteSementara itu, Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Datuk S Nallakaruppan, berkata PKR tidak layak menggunakan akhlak sebagai antara kriteria utama mereka dalam memilih calon.
ReplyDeletePengundi tegar DAP seperti juga penyokong tegar PAS, tidak akan berubah meskipun parti dan calon mereka lebih banyak melakukan kesalahan, kerana itulah pendirian mereka. Bukan sahaja jumud, bahkan teramat sayangkan parti sehingga sanggup berkorban apa sahaja kerananya. Maka, untuk BN memancing pengaruh, tujuh kawasan itu perlu dilaksanakan secara lebih halus dan penuh budiman, dengan meletakkan calon yang benar-benar boleh diterima oleh pengundi, manakala bekas calon yang sudah tidak lagi boleh diterima haruslah bertindak sebagai penggerak untuk mengembalikan kuasa kepada BN.
ReplyDelete“Bagaimana mereka boleh menggariskan akhlak sebagai kriteria jika ketua mereka sendiri tiada ciri itu? Saya tidak mahu memberi komen mengenai orang lain, tapi tidak logik untuk mereka menggariskan akhlak sedangkan ketua mereka sendiri tidak berakhlak mulia,” katanya.
ReplyDeleteBerasaskan scenario persepsi popular itulah keinginan Lim Guan Eng untuk menang secara TKO dalam PRU ke-13 tidak menjadi, sebaliknya beliaulah yang bakal diisytiharkan kalah secara KO. Di gelanggang politik Pulau Pinang, DAP pernah berhasrat besar sejak tahun 1970-an tetapi akhirnya terpaksa meninggalkan Robocorp apabila tewas teruk pada tahun 1995.
ReplyDeleteDAP hanya bernafas semula apabila Gerakan tidak mahu menerima signal rakyat pada tahun 2007 untuk berubah dan tidak menunjukkan politik sombong. Kekalahan Gerakan pada tahun 2008 sebenarnya mempunyai hubungkait yang jelas dengan kegelisahan dalaman dan didorong oleh kerjasama dengan MCA yang tidak pernah reda sejak perpecahan berlaku pada tahun 1960-an sehingga membawa tertubuhnya Gerakan.
ReplyDeletemeracau deman panas hehehhehehe
ReplyDeleteAhli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendesak DAP menjawab lima persoalan yang masih lagi menjadi tandatanya kepada rakyat, di mana sehingga ke hari ini lima isu besar tersebut masih belum dijawab oleh mana-mana kepimpinan parti tersebut.
ReplyDeleteMenurut beliau, lima persoalan tersebut adalah berkisarkan kepada isu rasuah dan rasis yang didedahkan oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz, isu penyelewengan pemilihan jawatankuasa tertinggi DAP, isu rumah kos rendah di Pulau Pinang dan juga isu tanah Kelantan sebanyak lebih 10 ribu ekar yang diberikan kepada syarikat yang dimiliki dua pemimpin tertinggi DAP Perak.
ReplyDeleteSehingga ke hari ini, kelima-lima isu itu masih lagi tidak terjawab secara jelas. Jika DAP sebuah parti yang telus seperti yang selalu mereka dakwa, DAP mesti memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap isu yang berbangkit, bukannya berdiam diri dan membiarkan isu tersebut senyap dengan begitu saja.
ReplyDelete“Jika kepimpinan DAP terus berdiam diri, ini bermakna DAP adalah sebuah parti yang suka berbohong kepada rakyat. Mereka kata mereka telus dan bebas rasuah, tetapi isu rasuah kepada Tunku Aziz, isu tanah di Kelantan masih lagi tidak terjawab. Sepatutnya kepimpinan DAP bagi penjelasan pada rakyat jika mereka sebuah parti yang benar-benar telus,” tegas beliau
ReplyDeleteBeliau yang juga Ketua Menteri Melaka meminta DAP turut memperjelaskan kepada rakyat tentang isu penyerahan projek pembikinan terowong bawah tanah kepada syarikat tertentu yang dikatakan tidak mengikut prosedur.
ReplyDelete“Selain daripada isu tidak mengikut prosedur, pembinaan terowong bawah tanah di Pulau Pinang itu juga ternyata bercanggah dengan manifesto Pakatan yang konon-kononnya mahu menghapuskan tol. Antara manifesto DAP adalah untuk menghapuskan tol, tapi alih-alih bila mahu buat terowong bawah tanah, mereka buat tol juga. Beginilah sikap DAP yang suka bercakap tak serupa bikin,” ujarnya.
ReplyDeleteTambah beliau, begitu juga dengan isu tanah di Kelantan yang diberikan kepada duia pemimpin tertinggi DAP Perak sebagai tukar ganti kepada jawatan MB di negeri itu.
ReplyDelete“DAP dulu kata takkan ambil tanah, kononnya tegas dalam tolak rasuah, tetapi dalam diam-diam 10 ribu ekar tanah di Kelantan mereka sapu. Apabila timbul isu ini, mereka kata akan ambil tindakan kepada dua pemimpin tersebut dan perjelaskan isu ini kepada rakyat, namun sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh DAP.
ReplyDelete“Jadi jika DAP tidak menjawab setiap satu persoalan itu serta memperjelaskan kepada rakyat, maka benarlah parti tersebut hanyalah sebuah parti yang mengamalkan rasuah, bersikap rasis dan cakap tak serupa bikin. Saya yakin rakyat sudah nampak tembelang DAP hari ini yang terang-terang cuba menipu rakyat untuk kepentingan politik golongan tertentu semata-mata,” jelasnya.
ReplyDeleteCollin, 10 ribu ekar saja yang ko bising2 sana....taib ambik 600ribu hektar ko tak nak cakap....ape da! Pigi mampus dgn ko punya kenyataan la...
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteNajib berkata, beliau baru-baru ini telah membentangkan laporan pencapaian GTP dan ETP yang mengupas satu persatu bagaimana kerajaan telah memenuhi janji kepada rakyat termasuk dalam soal memerangi kemiskinan, menyediakan peluang pekerjaan dan menjamin pertumbuhan ekonomi lebih baik.
ReplyDeleteLebih dekat di hati rakyat, kerajaan juga telah mencatat kejayaan agenda transformasi antaranya dengan kewujudan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat
ReplyDelete1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, PR1MA dan Program 1Azam yang telah memberi manfaat kepada rakyat.
"Sebagai rakyat, kena tanya mereka yang suka tabur janji...berapa banyak yang ditunaikan. Banyak janji tinggal janji," katanya sambil mengingatkan rakyat
ReplyDeletesupaya tidak tertipu sekali lagi dengan pembangkang yang kini mula menabur janji baru melalui manifesto pilihan raya yang dilancarkan baru-baru ini.
Najib turut menyampaikan berita gembira kepada warga Kuantan apabila beliau mengumumkan pembinaan 20,000 unit rumah PR1MA di tiga
ReplyDeletekawasan utama iaitu bandar Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
headhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN,PENGKHIANAT.
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN,PENGKHIANAT.
ReplyDeleteJangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka' besar dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisme. Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN' pada awalnya masuk ke dalam parti PAS, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko' BTN, pada awalnya memasuki PKR - kini bergerak cergas sebagai ketua penerangan Perkasa.
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteRakyat Johor Belum Buta Untuk Nilai Cara DAP Tadbir P.Pinang
ReplyDeleteKetua Puteri UMNO Negeri Johor, Nor Shidah Ibrahim berkata lebih DAP berusaha selesaikan masalah rakyat di Pulau Pinang yang tidak sudah-sudah melahirkan kekecewaan terhadap cara pentadbiran DAP di negeri itu dari sibuk menabur sandiwara untuk menawan Johor.
Tegasnya, rakyat Johor tidak mudah terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang sentiasa menyemai rasa benci di hati rakyat terhadap kerajaan.
“Pakatan pembangkang tidak akan berjaya kerana rakyat Johor tidak sama dengan negeri lain. Rakyat negeri ini belum buta untuk nilai cara pentadbiran DAP yang angkuh, sombong dan tidak pedulikan rakyat bawahan. Daripada DAP bermimpi mahu merampas Johor, adalah lebih baik mereka perbaiki segala kelemahan dan mula membela nasib rakyat di Pulau Pinang.
Rakyat Johor Belum Buta Untuk Nilai Cara DAP Tadbir P.Pinang
ReplyDelete“Adakah DAP masih tidak sedar bahawa rakyat Pulau Pinang telah bangkit dan mengecam kepimpinan mereka yang teruk. Adakah kebangkitan rakyat di negeri itu yang tidak pernah surut sejak DAP mentadbir tidak mampu membuka mata DAP”” katanya kepada UMNO-Online.
Tambah Norshidah, DAP harus belajar menerima suara rakyat negeri itu sebagaimana mereka sering mendesak kerajaan pusat untuk mendengar suara rakyat.
Rakyat Johor Belum Buta Untuk Nilai Cara DAP Tadbir P.Pinang
ReplyDelete“Selama ini DAP sering menuding jari kepada kerajaan pusat tetapi ‘kain’ sendiri koyak rabak langsung tidak disedari. Jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jika selama ini mereka berharap kepada undi kaum Cina tetapi kini pengundi Cina juga telah ramai yang membuka mata bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang boleh diharapkan.
“DAP tidak pandai mengotakan janji dan hanya tahu melaksanakan sesuatu perkara sekiranya mendapat keuntungan kepada mereka. Nasib rakyat tidak diendahkan hingga rakyat Pulau Pinang semakin terhimpit. Cara kepimpinan DAP di negeri itu adalah cermin untuk kami di Johor,” ujarnya lagi.
Guan Eng Diminta Usah Bohong Takutkan Rakyat P. Pinang Kalau DAP Hilang Kuasa
ReplyDeleteAhli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa semua ‘program emas’ pakatan pembangkang, termasuk bantuan sekolah, akan terhapus jika Barisan Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana selama ini kerajaan Persekutuan yang ditabdir BN banyak menyalur peruntukan untuk pelbagai program di negeri ini, termasuk membabitkan pendidikan.
“Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM3.8 bilion bagi tujuan pendidikan di seluruh negara tidak terkecuali Pulau Pinang, peruntukan itu tidak termasuk bantuan untuk menaik taraf sekolah.
Guan Eng Diminta Usah Bohong Takutkan Rakyat P. Pinang Kalau DAP Hilang Kuasa
ReplyDelete“Saya nak tanya juga kepada Ketua Menteri, apa bentuk bantuan yang dia bagi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Rakyat (SAR)dan Sekolah Mubaligh,” katanya di sini, Isnin.
Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang memberi amaran kepada anggota parti DAP jika BN kembali berkuasa di Pulau Pinang, UMNO akan memastikan semua program emas untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah, tidak ada lagi.
Guan Eng Diminta Usah Bohong Takutkan Rakyat P. Pinang Kalau DAP Hilang Kuasa
ReplyDeleteLim dilapor membuat kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen DAP semalam.
“Saya juga nak tahu di mana tanah yang diberikan untuk membina SJKC dan SJKT, setiap tahun Kementerian Pelajaran menerima sejumlah peruntukan yang tinggi dan diberikan secara adil untuk semua sekolah di seluruh negara,” katanya.
Terdahulu, Mohd Puad merasmikan program ‘Kembali ke Sekolah 2012′ serta menyampaikan bantuan peralatan sekolah kepada 400 pelajar dari 19 sekolah di bawah program ‘Intel Involved Matching Grant’ (IIMGP) dan empat badan amal.
Selain itu, sebanyak 100 unit komputer riba terpakai juga diberi kepada sekolah dan badan amal terpilih untuk kegunaan pembelajaran serta pengajaran guru dan pelajar
DAP Umpama Sarkas Politik
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 26 Mac – “Mereka ini sarkas politik,” kata bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti.
“Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan,” katanya.
DAP Umpama Sarkas Politik
ReplyDeleteDAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut kerusi panas itu yang turut menjadi idaman pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor Datuk Chua Jui Meng.
Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.
DAP Umpama Sarkas Politik
ReplyDeleteBercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International Malaysia, berkata amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara.
“Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat…ini tidak bagus.
“Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya…ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya,” katanya.
Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal bukan ikut rasa hati.
Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata DAP sepatutnya menasihatkan anggota parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah.
headhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteHeadhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeletebiar BN tentukan siapa calon mereka.
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDelete