Monday, April 22, 2013

Ditawarkan kerusi, Kamalia Tempelak Najib?

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas.

Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana bertanding menentang BN.

"Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding dalam PRU13.

"Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada parti selama 30 tahun.

"Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam kenyataan itu. -MK

24 comments:
Write comments
  1. jgn mmpilh ko akn mng.

    ReplyDelete
  2. kerana tamak sanggup khianati parti

    ReplyDelete
  3. kamalia pasti takkan menang

    ReplyDelete
  4. Whatever la... Janji ABU

    ReplyDelete
  5. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
  6. Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. “Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.

    ReplyDelete
  7. “Kita dah nyatakan sebelum ini, secara automatik beliau dipecat daripada parti,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon yang akan bertanding di Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin berkata tindakan pemecatan itu menunjukkan ketegasan parti untuk menangani anggota yang belot terhadap parti. “Bagi saya, keputusan beliau (Kamilia) adalah sesuatu yang mendukacitakan,” katanya. Kamilia akan menentang calon BN Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr Khalil Idham Lim daripada PAS.

    ReplyDelete
  9. Sebelum ini, Kamilia pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13. Menjawab perkara itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Kamilia telah menolak tawaran bertanding bagi kerusi DUN Bukit Chandan kerana mahu bertanding kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

    ReplyDelete
  10. Aku masih ingat Kamilia pernah suruh Sarijat letak jawatan fasal NFC. Mungkin fasal itu UMNO tak mahu calonkan dia!

    ReplyDelete
  11. Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding Pakatan Rakyat (PR).

    ReplyDelete
  12. Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya.

    ReplyDelete
  13. Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah. tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

    ReplyDelete
  15. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana. Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.

    ReplyDelete
  16. Ini juga serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  17. Pencalonan membawa banyak isyarat negatif.

    ReplyDelete
  18. "Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala Kangsar,"

    Yang penting, suara rakyat harus didengar dan kebajikan harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
  19. Pemimpin pembangkang yang kebanyakan mereka pemimpin 'kitar semula' tidak akan mampu mentadbir sebagaimana pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jelas terbukti mempunyai rekod yang baik.

    ReplyDelete
  20. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata mereka pemimpin kitar semula yang pernah berkuasa ketika dalam kerajaan BN, dan jika mereka ingin berkhidmat untuk rakyat sudah tentu ketika masih dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  21. "Setelah menyertai pembangkang mereka melaungkan-laungkan janji bintang dan bulan yang pada dasarnya ia pembohongan semata-mata hanya untuk meraih simpati rakyat terhadap mereka.

    ReplyDelete
  22. "Mereka bukannya berjuang untuk rakyat sebaliknya untuk kepentingan diri dan politik mereka sahaja," katanya.

    ReplyDelete
  23. Musa yang juga anggota DUN Sungai Sibuga berkata ketika ini ramai pemimpin pembangkang masuk kampung keluar kampung untuk tujuan memburuk-burukkan kerajan BN dengan membuat pelbagai janji.

    ReplyDelete
  24. Beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat di negeri ini bahawa pemimpin parti pembangkang itu hanya pandai berjanji tetapi tidak mampu menunaikannya. Musa turut menasihatkan golongan muda di negeri ini supaya tidak terperangkap serta terpedaya dengan mana-mana pihak yang menjurus kepada budaya tidak sihat khususnya demonstrasi jalanan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.