Saturday, April 27, 2013

Lagi Petanda Putrajaya Bakal Tumbang



Puluhan ribu menyertai ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Presint 3 putrajaya malam ini.

Turut memberikan ucapan adalah calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.

Sebelum itu, pada siangnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang solat Jumaat di Masjid Putrajaya tidak disangka telah diserbu oleh hadirin yang hadir untuk bersalaman dengan beliau.

Mungkin gambar diatas boleh berbicara menyatakan bahawa inilah petanda bahawa Putrajaya bakal tumbang ke tangan Pakatan dan Husam Musa berpeluang cerah untuk menang dan mewakili rakyat di Putrajaya.

54 comments:
Write comments
  1. DrMAZA.com
    ..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..

    ReplyDelete
  2. Bukan Sekadar Manifesto, Tapi Aku Janji Yang Akan Diadili Tuhan – PM

    KUANTAN, 25 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini bukanlah sekadar manifesto, tapi merupakan aku janji yang akan diadili rakyat dan Tuhan, jika tidak diterjemahkan selepas mendapat mandat baharu pada 5 Mei ini.

    Perdana menteri berkata sejak beliau memperkenalkan gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sejak empat tahun lepas, ia bukanlah sekadar slogan, tetapi satu falsafah bagi memacu negara mencapai negara maju menerusi pelbagai program transformasi yang dirancang.

    Najib berkata menerusi Manifesto BN berdasarkan falsafah 1Malaysia itulah, kerajaan BN akan menterjemahkannya supaya rakyat dan negara terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan.

    “Manifesto BN juga bukahlah sekadar janji, tapi saya kata ia adalah aku janji. Aku janji itu bukan saja akan diadili rakyat tetapi Allah di akhirat nanti.

    “Dan kita buat aku janji, lima tahun lagi kita akan buat lebih baik lagi,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat dan melawat projek tebatan banjir di Sungai Isap, Kuantan, di sini, Khamis.

    Najib berkata projek tebatan banjir bernilai RM78 juta itu juga merupakan program berdasarkan falsafah 1Malaysia yang mengutamakan rakyat, dengan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan berkenaan.

    Selepas siap dua tahun lepas, perkampungan Sungai Isap yang meliputi kawasan perumahan dan penempatan tradisonal yang didiami lebih 15,000 penduduk itu, tidak lagi mengalami banjir.

    Najib berkata kerajaan BN akan terus membawa perubahan apabila diberi mandat baharu nanti berdasarkan aku janji berkenaan.

    “Adakah semua kerajaan sama? Tak akan semua kerajaan sama! Ada kerajaan yang boleh merancang, tersusun, ada idea, mampu melaksanakan, ada pula yang suka berjanji, janji berjela-jela, janji bulan dan bintang, tambah lagi dengan cakerawala, ada yang cakap macam madu, tapi racun sebenarnya,” katanya.

    Najib berkata apa yang penting ialah kerajaan akan terus berusaha memakmurkan dan mensejahterakan negara, mengembangkan hasil, dan apabila hasil negara bertambah, maka rakyat yang akan menikmatnya kelak.

    ReplyDelete
  3. Kat TV BN sahaja kontrol itu demokrasi ker? surat kabar pun semua kempen BN, demokrasi ke?......

    ReplyDelete
  4. BERITA TERKINI DAN PANAS!!!
    MENGIKUT RAMALAN AHLI NUJUN NEGARA DI ZAMAN KERAJAAN BERINGIN RENDANG, BN di Sabah akan memenangi pilihanraya ke 13 dengan keputusan seperti beriktu:-

    Bagi Kerusi DUN:-

    BN - 60 Kerusi
    PKR - 0
    DAP - 0
    PAS - 0
    STAR - 0
    SAPP - 0
    BEBAS - 0

    Kerusi Parlimen:-
    BN - 24
    DAP - 1
    PAS - 0
    SAPP - 0
    STAR - 0
    BEBAS - 0

    Semestinya BN.

    ReplyDelete
  5. kmu berkata-kata seolah-olah tidak yakin dgn kuasa Allah.s.w.t,,Allah lebih rendah dari mahkluk,,makhluk mampu berbuat apa saja,,katalah "InsyaAllah"Hukum Allah HAK Allah...Sya Faham kmu pengundi yg baru pertama kali mengundi PAS,,kamu tahu berapa ramai tokoh-tokoh PAS yg telah pergi menemui ILAHI,hasrat yg ketidaksampaian utk melihat bumi malysia ini tertegaknya hukum-hakam Allah.s.w.t, bukan baru ini shja, sudah lama,,namun TakdirNya yg menentukan,,kita sama-sama doakan moga-moga pengundi baru yg celik IMAN ada rasa sayang pada agama dihati..Yakinlah kita bersma-sama menegakan yg HAK.."Sesiapa yg bantu menegakan hukum Allah,,Allah akan bantu dia di hari yaumuljazak(hari akhirat)" InsyaAllah...

    ReplyDelete
  6. syukur, putrajaya dengan izin Allah yang jatuh ke tangan PR.Jangan lupa & ingatlah semudah ABCD ( Asal Bukan Cap Dacing ).Takbirrrrrrr.

    ReplyDelete
  7. Kesian Che Det...dah nyanyuk, tapi terpaksa tolong Be End kempen lagi....takut Be End kalah, nanti banyak kes kena siasat. ABCD........

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...
    April 27, 2013 at 11:07 PM....Bila si bodoh yang merasa cerdik bersuara!!!!

    ReplyDelete
  9. syukur, putrajaya dengan izin Allah yang jatuh ke tangan PR.Jangan lupa & ingatlah semudah ABCD ( Asal Bukan Cap Dacing ).Takbirrrrrrr.

    ReplyDelete
  10. Semuga semua faham......kita pangkah/undi bukan kerana lambang, tapi kerana menegakkan kebnaran dan keadilan...menengtang kebathilan yang dibawa umno barisan nasional! Ini Kalilah....

    ReplyDelete
  11. PRU13: Sabah masih simpanan tetap BN - Najib

    TENOM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Sabah masih menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan padu diterima daripada rakyat negeri itu.

    "Saya datang ke sini (Sabah) kerana dulu saya pernah cakap Sabah adalah 'fixed deposit' BN, kalau kita simpan dalam bank sekali sekala kena tengok juga.
    "Semalam saya ke Kuala Penyu, Kimanis dan Bongawan...hari ini ke Tenom, saya boleh beritahu simpanan tetap kita (Sabah) masih kukuh lagi.


    "Siapa kata simpanan tetap kita sudah cair? Tidak," katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Pekan Tenom, di sini, sebentar tadi.

    ReplyDelete
  12. Segala Macam Fitnah Ditabur Pembangkang, BN Tetap Pilihan Rakyat

    Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

    Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.

    BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.

    ReplyDelete
  13. Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

    Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.

    Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.

    Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.

    ReplyDelete
  14. Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.

    Daripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.

    Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

    Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.

    Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.

    ReplyDelete
  15. Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.

    BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.

    Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.

    Ini kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.

    ReplyDelete
  16. Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.

    Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.

    Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.

    Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.

    ReplyDelete
  17. Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.

    Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.

    Mereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.

    ReplyDelete
  18. Hasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih “tidak pasti” untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.

    Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.

    Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.

    Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.

    ReplyDelete
  19. Susah mahu ramal apa yang akan berlaku 5 Mei nanti. Namun sebagai rakyat saya yakin semuanya mahukan yang terbaik demi masa depan negara.

    ReplyDelete
  20. Semuanya terletak di tangan rakyat. All the best kepad ayang bertanding dan yang mengundi pula buatlah pilihan yang tepat.:)

    ReplyDelete
  21. Karpal Singh kata: Langkah mayat ku dulu baru negara islam ditegakkan.
    Baru kena gertak macam itu, PAS dah menggelupur dan terus melutut kpd DAP. Memalukan islam sahaja.

    ReplyDelete
  22. Ketika tempoh berkempen berbaki tujuh hari, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bersandarkan kedudukan parti yang kian mantap.

    ReplyDelete
  23. Perdana Menteri berkata, kini semua peringkat dalam parti memberi fokus dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kerja-kerja pilihan raya lancar.

    ReplyDelete
  24. Beliau berpuas hati kerana masalah dalaman yang pada awalnya berlaku di sesetengah tempat terutama dari segi kelicinan jentera dan penentuan calon, berjaya diselesaikan.

    ReplyDelete
  25. “BN masih di landasan untuk mencapai kemenangan dua pertiga, tetapi saya tak mahu jentera kita lalai dalam hal ini, sebab kita mesti sedar pembangkang juga mengatur strategi untuk mencari jalan bagi menghalang kita mencapai kemenangan itu.

    ReplyDelete
  26. “Kita mesti anggap ini sebagai ancaman besar dan mesti bekerja keras mengetepikan masalah dalaman. Saya percaya jika masalah dalaman diketepikan insya-Allah kita boleh capai kemenangan dua pertiga,” katanya

    ReplyDelete
  27. Penganalisis politik yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tetapi dengan sokongan dilihat akan menurun.Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kemungkinan itu turut bergantung kepada bagaimana BN boleh menang di kawasan-kawasan yang mencatatkan kemenangan dan kekalahan tipis pada PRU lalu dan di kawasan campuran.

    ReplyDelete
  28. Barangkali kepada pembangkang pula, mereka tidak sekadar melihat kepada pilihan raya yang ke-13. Saya percaya mereka melihat melangkaui PRU13 iaitu pilihan raya yang ke-14. Mungkinkah perubahan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13?"

    ReplyDelete
  29. Menurut Siva, 17 kerusi yang dimenangi oleh kedua-dua parti di bawah majoriti 1,000 akan menjadi kayu pengukur kepada perubahan. Kerusi-kerusi itu termasuk seperti Padang Terap, Sik, Lumut, Bakri, Sandakan, Sarikei, Limbang, Wangsa Maju, Kota Kinabalu."Ini adalah antara kerusi yang akan dikatakan sebagai indikator turun naik majoriti dalam pilihan raya umum akan datang, tidak termasuk 63 kawasan campuran

    ReplyDelete
  30. Walaupun (Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara) Dr Shamsul Amri memberikan angka yang berlainan, bagi saya, wujud 63 kawasan campur di mana kawasan itu mungkin menjadi penentu kepada kejayaan atau keterhakisan sokongan,"

    ReplyDelete
  31. Sebelum 2008 mudah untuk mengatakan bahawa ada yang menyokong parti, ada yang menyokong isu, ada yang menyokong calon," jelas beliau.Pilihan raya lalu merupakan sejarah paling pahit buat BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

    ReplyDelete
  32. Ia pencapaian terburuk BN setelah lebih 50 tahun menerajui tampuk pemerintahan negara.Meskipun kebangkitan rakyat begitu memuncak pada pilihan raya umum yang lalu dengan sokongan rakyat memihak kepada pembangkang, keadaan itu bagaimanapun sukar diramal untuk kali ini.

    ReplyDelete
  33. Dalam konteks selepas 2008, kelompok pengundi atas pagar bertambah besar. Mereka tidak percaya kepada sifat kepartian. Ada juga yang tidak percaya kepada calon.

    ReplyDelete
  34. Isu telah menyumbang kepada keterhapusan sokongan pada 2008."Pengundi atas pagar ini akan memainkan peranan yang cukup besar dalam pilihan raya akan datang," ujar Siva.

    ReplyDelete
  35. Tambahnya, pengundi atas pagar ini unik apabila mereka bukan menilai menerusi calon atau parti sebaliknya berdasarkan interpretasi mereka sendiri. "Apakah mereka cintakan revolusi atau transformasi, apakah mereka mahu melihat demi Rakyat atau Janji Ditepati... pelbagai faktor akan menyumbang kepada PRU13. Bukan satu-satunya faktor.

    ReplyDelete
  36. "Saya percaya kedua-dua parti, baik Barisan Nasional atau pakatan pembangkang, ada kekuatan ada kelemahan apabila kita lihat hari ini masing-masing sudah memiliki tiga 'M'. Money, Machinery, Media," tambah beliau lagi.

    ReplyDelete
  37. Kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia merupakan perkara utama yang membawa kepada pembangunan negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  38. Timbalan perdana menteri berkata soal perpaduan sehingga tiada masalah antara kaum di negara ini bukanlah perkara biasa kerana banyak negara berhadapan dengan masalah perpaduan sehingga memberi kesan kepada pembangunan negara terbabit.

    ReplyDelete
  39. Katanya selain itu keamanan dan keselamatan turut diutamakan kerana ia menjadi tanggungjawab besar kerajaan BN sejak dulu.

    ReplyDelete
  40. "Jangan kita anggap ini perkara biasa.Ada negara yang merdeka lebih awal daripada Malaysia tetapi kerana masalah perpaduan dan pergolakan mereka gagal mencapai kemajuan yang diharapkan," katanya.

    ReplyDelete
  41. Rakyat perlu melihat apa yang dilaksanakan kerajaan BN hari ini dalam mengekalkan kemakmuran negara ini.

    ReplyDelete
  42. Muhyiddin berkata pembangkang menjanjikan macam-macam untuk meminta rakyat menukar kerajaan, sedangkan kerajaan BN yang ada sudah cukup baik untuk melaksanakan pelbagai program untuk rakyat.

    ReplyDelete
  43. Surat Khabar cuma melaporkan kempen BN.

    ReplyDelete
  44. Undilah dengan bijak agar tidak mengancam masa depan semua golongan.

    ReplyDelete
  45. SPR harus memastikan PRU yang bersih dan transparent.

    ReplyDelete
  46. kempen juga tidak bermakna apa-apa pun, kami menentikan keputusan akhir.

    ReplyDelete
  47. Rakyat sudah sedar apa yang mereka perlukan!

    ReplyDelete
  48. Rakyat harus sedar siapakah yang benar boleh membela nasib semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  49. Kempen BN tidak semantap pembangkang. Lihat penyokongnya.

    ReplyDelete
  50. Jika gambar ini benar, pasti satu pertarungan yang gait diantaranya.

    ReplyDelete
  51. Rakyat luar bandar juga harus sedar petapa pentingnya undian masing-masing.

    ReplyDelete
  52. Now in various stages of development, the projects include the Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) at Kimanis, the Sabah-Sarawak Gas Pipeline, the 300 megawatt gas-fired plants in Kimanis and Lahad Datu, the granular urea and ammonia plant (SAMUR) in Sipitang and the re-gasification plant in Lahad Datu.

    ReplyDelete
  53. These projects are expected to generate about RM18 billion worth of investments and create about 23,000 jobs. SAMUR alone, which is on-stream by 2014, is estimated to bring in about RM4.5 billion worth of investment value and provide over 2,000 jobs

    ReplyDelete
  54. Musa assured that the State Government is fully committed to the development of the oil and gas industry in Sabah by constantly engaging with the Federal Government in discussions to provide funds for the physical development of infrastructure and industrial facilities, and with Petronas on matters such as gas supply.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.