Sunday, April 28, 2013

Mat Taib: "Hidup Melayu" Tiada Dalam Al Quran

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengajak pengundi di Tanjong Karang menolak Umno-BN dan memilah PAS sebagai wadah perjuangan yang baru.

Lebih dikenali sebagai Mat Taib, beliau berkata, PAS perjuangannya berlandaskan Islam dan Umno-BN sudah terbukti tidak mampu mentadbir negara.

“Dah sampai masa, saya sendiri dah menyeberang, apatah lagi yang lain-lain, Umno-Umno semua sudahlah, dulu hidup Melayu, hidup Melayu, sekarang takbir, hidup Melayu tak ada dalam Quran, sekarang Allahu Akbar,” ujarnya dihadapan lebih 800 penduduk.

Umno-BN sudah tidak berupaya lagi untuk mentadbir negara kerana dibelenggu dengan pelbagai permasalahan yang sehingga kini tiada penyelesaian.

Katanya, ini merupakan pilihan raya terbaik Pakatan Rakyat (PR) untuk menukar kerajaan setelah lebih 50 tahun Umno-BN memerintah negara ini.

“Tuan-tuan, tak ada siapa dalam dunia ini boleh ‘steady’ je sampai 60 tahun, dia (Umno-BN) sebenarnya dah tak boleh, tapi buat-buat boleh.

“Bila lama dah memerintah ni, jadi syok memerintah ni, tak mahu lepas, dengan apa cara sekalipun tak mahu lepas,” ujarnya dalam satu siri ceramah di Kampung Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang baru-baru ini.

Sebagai contoh katanya, Australia melaksanakan pertukaran kerajaan selama 10 tahun biarpun prestasi kerajaan adalah di tahap terbaik.

Tambahnya, PR mempunyai rekod cemerlang mentadbir empat buah negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan ini diakui oleh Ketua Audit Negara dalam laporannya tahun lalu.

Jelasnya, manifesto PR ingin memansuhkan PTPTN, tol, dan penurunan harga minyak boleh dilakukan kerana melaksanakan pentadbiran yang telus.

74 comments:
Write comments
  1. Perkataan PAS pun tiada dalam Al Quran.

    ReplyDelete
  2. Jangan sekali-kali melepaskan anjing yang tersepit ekor.

    ReplyDelete
  3. Dalam politk tidak ada musuh yang kekal atau kawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan diri. Tepuk dada tanya lah nafsu.

    ReplyDelete
  4. Org sesat dn tiada fahaman sbgai seorg islam memang menfikn ajarn dn hukum dalm Islam. PAS adalah Islam. Melayu itu bgsa. Sy pilih PAS dalm hidup sy krn ISLAM. Melayu UMNO/BN hnya untk org yg sesat krn skrg ini sudh tak relevn lg. PAS untk ISLAM dari dulu sampai akhir hayat.

    ReplyDelete
  5. Ramai penyokong PAS geleng kepala pening mengenang pelbagai kenyataan yang keluar dari mulut Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering menjadi kontroversi dan memudaratkan PAS. Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan itu mendakwa ibadah solat yang dikerjakan oleh orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat sebarang pahala.

    ReplyDelete
  6. Maksud tersiratnya, sokong PAS baru dapat pahala, itu tujuan sebenar yang nak disampaikan oleh Nik Aziz. Biasalah bila musim pilihan raya, isu pahala, dosa, syurga dan negara silih berganti untuk kepentingan politik kepartian PAS.

    ReplyDelete
  7. Sebelumnya yakni pada November 2012, Nik Aziz pernah memberi bayangan kononnya orang UMNO telah murtad kerana menolak Islam. Jika dakwaan karut ini dijadikan sandaran, maknanya hanya orang PAS sahajalah yang Islamik, yang lainnya dah jatuh kafir.

    ReplyDelete
  8. Belum pun reda kedua-dua kontroversi itu, tiba-tiba Nik Aziz mempertikaikan pula pembinaan masjid oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO & BN. Kata Nik Aziz, UMNO bina masjid tak dapat pahala. Tujuan Nik Aziz menimbulkan isu ini tak lain tak bukan untuk mengelakkan rakyat dari mempertikaikan kegagalan PAS melaksanakan tanggungjawabnya membina rumah ibadat untuk umat Islam khususnya sepanjang 23 tahun memerintah Kelantan di mana hanya sebiji dua sahaja yang mampu dibina oleh PAS.

    ReplyDelete
  9. Terbaru Nik Aziz bangga memberitahu umum yang Kerajaan PAS Kelantan pimpinannya sengaja tidak membina masjid kononnya untuk memberi peluang rakyat menyumbang ke arah pembinaan Rumah Allah.

    ReplyDelete
  10. Macamlah tradisi menyumbang wang ringgit, tenaga dan lain-lain sumbangan ikhlas untuk pembinaan masjid hanya kini baru dilakukan oleh orang Islam termasuk di Kelantan. Entah siapa yang Nik Aziz nak perbodohkan, tak tahulah.

    ReplyDelete
  11. Tak perlu PAS memerintah Kelantan, dah lama orang Islam di negeri ini hatta di negeri-negeri lain sudah biasa menyumbang bakti dalam pembinaan masjid mahu pun surau. Hatta golongan jutawan dan usahawan saban tahun melaksanakannya.

    ReplyDelete
  12. Baik mana pun tradisi itu, selaku Kerajaan Negeri, suka atau tidak kenalah tahu tanggungjawab membina masjid keutamaannya terletak di tangan pemerintah dan bukannya diletakkan pada rakyat. Tak malukah mengaku sebagai Kerajaan Negeri paling Islamik tapi tak mampu nak membina masjid?

    ReplyDelete
  13. Perjuangan Pas dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang "dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".

    ReplyDelete
  14. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA. Tetapi kini mereka (Pas) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak haram..

    ReplyDelete
  15. Perjuangan PAS kini telah jauh tersasar dari arah tuju utama mereka. Segala usaha dan tekad mereka kini hanyalah berkiblatkan tampuk pimpinan Putrajaya. Sekilas lipatan sejarah memperlihatkan suatu ketika dahulu mereka cukup taksub dalam mentarbiyah ahli dan juga memperjuangkan negara Islam.

    ReplyDelete
  16. Atas sebab itu juga penyokong-penyokong PAS tidak gentar menghadapi apa sahaja rintangan. Malah suatu ketika dahulu, apa sahaja yang dilakukan tidak langsung mengharap sebarang ganjaran. Suruhlah mereka panjat pokok setinggi-tingginya untuk memasang bendera PAS, mereka akan berebut-rebut untuk melakukannya.

    ReplyDelete
  17. Semua ini lahir dari kepimpinan Haji Hadi Awang yang cukup istiqamah memperjuangkan penubuhan negara Islam. Kata-kata beliau dijadikan azimat buat penyokong-penyokong PAS berjuang di mana-mana sahaja tanpa rasa gentar.

    ReplyDelete
  18. Di manakah bermula detik-detik signifikan yang telah mengubah hala-tuju perjuangan PAS mutakhir ini? Kenapakah dari sebuah kelompok yang konsisten memperjuangkan negara Islam boleh bertukar sekelip mata? Tokoh yang sama juga terlibat dalam mengemudi arah tuju baru PAS.

    ReplyDelete
  19. Beliau pernah berkata pada Januari 2003:

    “Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif terdahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan HUDUD di peringkat persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini.”

    ReplyDelete
  20. Perubahan radikal yang dibawa oleh TGHA ini jelasnya adalah untuk memenuhi keperluan kesepakatan antara DAP dan juga PKR. Lazimnya DAP tidak sesekali akan berganjak dengan prinsip mereka yang menentang sekerasnya penubuhan negara Islam dan juga undang-undang hudud. Formula ini telah memberi pulangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU12. Persoalannya sekarang, adakah wujud lagi keperluan bagi orang Melayu Islam menyokong PAS?

    ReplyDelete
  21. Ini adalah kerana PAS tidak lagi berbeza dengan UMNO. Segala aspek yang kini diperjuangkan oleh PAS seperti Negara Berkebajikan telah lama diimplimentasi oleh Barisan Nasional. Malahan sekarang golongan ulama sudah semakin disisihkan oleh pimpinan utama PAS. Nama-nama besar seperti Ustaz Nasharuddin dan juga Hasan Ali disisihkan dan diganti dengan pemimpin yang lebih liberal pandangan mereka terhadap Islam. Masih relevankah perjuangan PAS kini?

    ReplyDelete
  22. Pendekatan liberal ini jelas terpancar apabila isu penggunaan kalimah suci ALLAH di dalam Kitab Injil berbahasa Melayu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat. Hanya setelah menerima tamparan hebat oleh bukan sahaja golongan ulama dalam PAS malahan majoriti rakyat Islam, barulah PAS membatalkan sokongan mereka terhadap isu ini. Namun ini tidak memadamkan kesangsian Melayu Islam di Malaysia tentang keikhlasan PAS memperjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  23. Kesangsian tersebut semakin menebal apabila TGHA dilaporkan berkata pada 3.11.2012: “Kita mengikut kesesuaian termasuk melalui jangkaan penerimaan pengundi untuk menjamin kemenangan. Sebab itu kita tidak boleh dan tidak meletakkan calon bertanding begitu sahaja, kita mahu calon itu menang.”

    ReplyDelete
  24. Maka lengkaplah transformasi PAS dari sebuah parti yang berlandaskan Islam dalam segala aspek kepada sebuah parti demokratik liberal yang akan mengambil kira keperluan dan kesesuaian masa kini sehingga mengenepikan niat penubuhan negara Islam dan Hudud. Dengan kata lain, PAS bukanlah Parti Islam Se-Malaysia yang selama ini tegas memperjuangkan agenda-agenda Islam.

    ReplyDelete
  25. Semangat patriotisme tidak terbatas pada soal perjuangan untuk mempertahankan kedaulatan negara sahaja tetapi ia perlu untuk mempertahankan pelbagai ancaman termasuk soal ekonomi, perpaduan serta akidah umat Islam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin.

    ReplyDelete
  26. Kita hendak pertahankan dari segi ancaman-ancaman yang mungkin boleh berlaku kalau institusi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah ada diruntuhkan oleh pihak pembangkang

    ReplyDelete
  27. Muhyiddin berkata kerajaan yang bertanggungjawab hanya akan menawarkan sesuatu yang mampu diberi dan tidak akan meranapkan negara hanya kerana mahukan undi untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  28. Manifesto pembangkang mahu hapuskan tol, turunkan harga minyak tanpa ambil kira keupayaan kerajaan, kita buat kajian ia akan menambah hutang dan Negara akan jadi bankrap, saya tidak bohong, dari mana mereka hendak dapat duit

    ReplyDelete
  29. Beliau berkata manifesto BN yang menggariskan 17 perkara utama aku janji mengandungi 156 komitmen tindakan khusus bagi memastikan kepentingan rakyat dan dipenuhi, sudah pasti akan ditunai dan dilaksanakan kerana BN merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah.

    ReplyDelete
  30. Muhyiddin berkata patriotisme juga perlu untuk mempertahankan Negara daripada ancaman terhadap akidah dan agama Islam termasuk budaya-budaya liar yang kini semakin serius.

    ReplyDelete
  31. Beliau turut mengulas mengenai calon PAS Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang mengundang seorang penceramah bukan Islam untuk membetulkan akidah orang Melayu baru-baru ini.

    ReplyDelete
  32. Bagaimana kita sebagai pejuang-pejuang harus pertahankan akidah kita, jangan biarkan orang lain mengganggu gugat akidah umat Islam, jangan kita biarkan, tolak mereka dalam pilihan raya umum nanti

    ReplyDelete
  33. Beliau berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam juga sudah menyimpang jauh apabila sering bercanggah pendapat dengan rakan pakatannya seperti pendirian terhadap soal hukum Hudud.

    ReplyDelete
  34. Justeru, Muhyiddin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak tersilap memilih kerajaan pada pilihan raya umum 5 Mei ini kerana bahananya amat besar yang boleh menghancurkan masa depan negara.

    ReplyDelete
  35. Beliau adalah simbol kepada perjuangan bangsa Melayu dan Malaysia, gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan hari ini sudah mula menyerap dan menyusup ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Sebab itu pembangkang sudah gentar, rasa takut dan bimbang kerana gelombang kebangkitan rakyat sudah mula dapat dilihat.

    ReplyDelete
  36. Beliau berkata segala kejayaan yang dicapai Malaysia pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana usaha yang dilaksanakan pimpinan negara dari dulu lagi yang bertindak atas dasar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  37. Kerajaan sana (pembangkang) hendak ubah, dia kata kali ini sahajalah, apa lagi yang hendak diubah, kalau negara sudah aman tenteram, nak ubah bermakna jadi huru-hara, kalau negara sudah bersatu-padu nak ubah bermakna perpecahan.

    ReplyDelete
  38. Beliau berkata soal keselamatan negara juga amat penting untuk dipertahankan dan negara tidak akan membenarkan mana-mana pihak sama ada di dalam ataupun di luar negara untuk menceroboh walau seincipun tanah Malaysia.

    ReplyDelete
  39. Muhyiddin berkata setelah peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu berlaku, barulah rakyat Malaysia dapat menilai betapa pentingnya keamanan dan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  40. Sebab itu kita sokong segala usaha yang diambil pimpinan negara untuk kukuhkan ketahanan negara kita, kalau terpaksa berbelanja lebih sikit untuk asset negara, saya yang pertama berikan sokongan supaya bala tentera kita dilengkapi dengan alat ketenteraan yang moden.

    ReplyDelete
  41. Nama PAS UMNO juga memang tkde dlm alquran tetapi perangai PAS UMNOBada trmaktub dlm quran. Kenapa tkde nama parti dlm kutab suci tu? Ye lah quran turun utk seluroh alam dn mna ada PAS UMNO seluroh alam. Jadi betul la Allah Jalla wa azza nyatakn scara mnyeluroh. Faham le sikit. Mcm solat..Tuhan tk nyatakn nama kita dlm quran utk solat cuma Dia mmrintah org muslim/mukimin utkbsolat. Quran gariskn gerakn/puak/parti yg tolak syariatvIslam akn ke neraka dn yg laksana hukum Islam ke syurga. Betul le parti tu ada kaitn syurga neraka.

    ReplyDelete
  42. jgnlah nak kaitkan dgn Quran pula

    ReplyDelete
  43. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib malam tadi meluahkan rasa gembira menjadi ahli PAS walaupun Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini mengeluarkan kenyataan secara peribadi beliau merasakan bekas menteri besar Selangor itu tidak layak bersama Pakatan Rakyat (PR).

    ReplyDelete
  44. Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). Sebenarnya apa yang pelik sangat. Selama ini pakatan haram telah dengan terang dan nyata sering membela penjenayah dan mengeji dan menyalahkan polis.

    ReplyDelete
  45. Menurut Karpal, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.

    ReplyDelete
  46. "Itu pandangan peribadi saya kerana rekod dia (Mat Taib) tidak baik sepanjang bersama Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  47. "Hanya orang yang ada rekod baik sahaja harus diterima dalam mana-mana parti termasuk BN mahupun PR," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan tokoh itu dalam Pas Isnin lalu.

    ReplyDelete
  48. Karpal turut mencurigai tindakan Mat Taib untuk bersama Pas dan mengganggap penyertaannya itu tidak ikhlas.

    ReplyDelete
  49. "Motif dia menyertai Pas adalah kerana dia tidak dapat apa dia mahu. Bukan ikhlas… saya rasa dia menyertai Pas," katanya.

    ReplyDelete
  50. DAP amat takut sekiranya PAS dan UMNO bersatu. Modus operandi DAP adalah pecah dan perintah. Bagi membolehkan DAP memperhambakan Melayu , perkara yang paling utama perlu mereka lakukan adalah memecahbelahkan perpaduan Melayu.

    ReplyDelete
  51. Akhirnya Melayu akan menjadi hamba balaci DAP sepanjang hayat. Demi agama bangsa dan tanahair maka sepatutnya orang Melayu bersatu.

    ReplyDelete
  52. Tiada siapa mampu membela nasib bangsa Melayu melainkan kita sendiri. Jangan kita biarkan Melayu tertipu dengan helah dan tipu muslihat DAP.

    ReplyDelete
  53. Tiada siapa mampu membela nasib bangsa Melayu melainkan kita sendiri. Jangan kita biarkan Melayu tertipu dengan helah dan tipu muslihat DAP.

    ReplyDelete
  54. Anonymous april29 at 6:19 am kata PAS itu islam.kah kah kah kah punyalh bodoh.

    PAS itu kan sebuah parti politik yg bertopengkan agama.

    Ayat mana dlm Al Quran dan hadis mana yg ada menyebut dan menyatakan PAS adalah islam? hiiish,hiiish,hiiish ...Ini betul-betul dah sesat. Beristigfar dan bertaubatlh.

    ReplyDelete
  55. Ajaran Islam ala UMNO ialah menabur fitnah sebar berita palsu macam Muhyiddin anak Yasin sebar berita palsu kononnya BN menang satu kerusi tanpa bertanding di Johor. Inilah ISLAM AJARAN UMNO kan Headhunter!

    ReplyDelete
  56. PR adalah lawan yg amat ditakuit oleh BN.. Maddey tahu jika PR bersatu..UMNO terpaksa berpura pura mengambil berat kebajikan rakyat dan itu menyusahkan mereka... jika PR berpecah...itu memudahkan mereka utk kembali mengumpul harta dan kekayaan kerana kuasa rakyat disekat.....

    ReplyDelete
  57. Ayuh semua, kita bangkit kali ini untuk tumbangkan umno/bn. INIKALILAH kita UBAH.

    ReplyDelete
  58. Aku dah tak sabar menunggu harga minyak diturunkan, TOL dihapuskan, PTPTN dimansuhkan, Pendidikan percuma, kereta separuh harga, Caj elektrik dan air yang berpatutan, dll. yang akan dilaksanakan Pakatan RAkyat!

    Cepatlah UMNOBN tumbang........InsyaAllah!

    ReplyDelete
  59. Kedah majoriti Melayu bila Pas perintah BN sekat pembangunan dan bantuan? Bagaimana UMNO kata bantu Melayu?

    ReplyDelete
  60. Wow!!!! Muhamad Taib masuk PAS.
    Oh no!!!! 1200 orng masyarakat India keluar PKR dan meneyrtai
    1 keluar BN, 1200 masuk BN. Kalau ini macam akaun PKR to boleh seimbang ooo.

    ReplyDelete
  61. wOW!!!! Muhamad Taib masuk PAS.
    Oh no!!!! 1200 orang masyarakat India keluar PKR dn menyertai BN.
    1 keluar BN, 1200 masuk BN. Kalau ini macam akaun PKR ta boleh seumbang ooo.

    ReplyDelete
  62. Cuba sesiapa tolong terjemahkan maksud headhunter walau pun hanya nama samaran kerana dia suka dengan nama itu. Sekiranya maksud terjemahanya bagus pun kita tidak terpengaruh dengan komennya.

    ReplyDelete
  63. Budaya lompat ini semakin banyak terutama PRU13 semakin dekat.

    ReplyDelete
  64. Lets see what is going on with UMNO.

    ReplyDelete
  65. There is nothing about Melayu, Cina or Indian, we are all Malaysian, we need the party that can serve and strike the best for the people.

    ReplyDelete
  66. Adakah track rekod pembangkang berjaya mendapat sokongan yang berterusan?

    ReplyDelete
  67. PR lompat gi BN, Bn pula lompat ke pembangkang. Ini cuma merosakkan imej individu tersebut sahaja.

    ReplyDelete
  68. gd luck! tapi jangan ingat kami boleh memaafkan nista & hentaman u terhadap hudud & pemimpin2 PAS semasa yg lalu.

    Demi nak cepat naik, u merasuah & bela kroni2.

    pemimpin PAS tentu x mau tolak u. tapi kami bila2 masa akan tolak u! u adalah musibah yg penuh dgn n ajis!!

    ReplyDelete
  69. * Mat Tablet

    Dari apa yang kami dimaklumkan, kebanyakkan salah laku dan penyelewengan Mat Taib yang akan didedahkan UMNO ini membabitkan soal jual beli tanah di Selangor yang di dakwa diserahkan Mat Taib kepada pihak-pihak yang tidak layak untuk menerimanya.


    Isu ini (penyelewengan tanah Mat Taib) sepatutnya akan didedahkan oleh Pakatan Rakyat Selangor untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap UMNO, tapi dengan kemasukan Mat Taib ke dalam PAS, hasrat ini terpaksa dibatalkan kerana takut akan menjejaskan PAS pula.

    ReplyDelete
  70. **Mat Tablet

    Sekali pandang, seolah-olah tindakan PAS menerima kemasukan Mat Taib ini telah mengucar-ngacirkan strategi Pakatan Rakyat yang telah dirangka lebih awal untuk memburukkan UMNO melalui Mat Taib.


    Sememangnya, berbanding dengan 2 bekas Menteri Besar Selangor yang lain, iaitu Dr. Khir Toyo dan Datuk Seri Abu Hassan Omar, kita tahu Mat Taiblah yang paling banyak menyalahgunakan kuasa dalam soal pemberian tanah kepada kroni-kroni UMNO. Dan kini PAS pula dilihat cuba menyelamatkan Mat Taib dengan membawanya masuk ke dalam PAS.
    Tergendala semua rancangan yang telah dirangka.

    ReplyDelete
  71. **Mat Tablet

    Kami juga ada makluman yang menyebut kalau PAS bermimpi untuk menggunakan wang Mat Taib bagi membantu kempennya, mereka boleh lupakan sahaja sebab ada satu kenyataan popular dalam UMNO yang dikeluarkan Mat Taib iaitu “saya naik setakuk ke setakuk (jawatan dalam UMNO) tak pernah guna duit sendiri”.

    ReplyDelete
  72. bijak Muhamad Mat Taib nie. dah puas meratah harta raayat melalui umno, serang umno pula! panganut2 PAS apa lagi, bergumpitalah menyorak & mengeji umno yg sentiasa membantu & berusaha menepati janji walau mereka dapat BR1M / Air / Elektrik / kemudahan2 lain.

    Dakwa panganut2 PAS ketika berkempen pada sia baru2 ini, semua kerajaan akan buat macam tu termasuk Krj PAS di Kalantan!! cuma BN tipu saja! semua yg didakwa menderita ndak ada air semua dibayar sa ribu saorang oleh BN sedangkan PAS berjaya bina masjid, Jalan Raya, Jambatan, PPRT pada orang susah!

    penduduk Kalantan ndak pernah bermasalah air, kerja, tanah & pengurusan kerajaan adalah cekap. adioss

    **katil + tilam empuk pun ada di pejabat

    ReplyDelete
  73. PAS pun dah tua daa.. 1954 ditubuhkan. akibat kecewa x jadi orang utama dalam UMNO! muhamamad Mat Taib pun sangat kecewa x jadi orang utama dalam UMNOloo.

    Dasar x penah bersyukur!!! jika kau pencen guru, berapa pencen yg kau dapat Mat? dah dapat pencen + emolumen berganda (macam isteri2 kau), kau jilat ludah kau semula! gara2 nak elak dituduh + dicaci penganut2 PAS lah ni!!

    *cikgu cabuk.

    ReplyDelete
  74. SOKONG PEMIMPIN YANG BERPRINSIP, BERWIBAWA DAN BERMARUAH.



    NEITHER UMNO/BN NOR PR

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.