Friday, April 26, 2013

Murid Sekolah Diperalat Untuk Kempen BN

Memperalat murid sekolah sebagai budak suruhan bagi kempen Barisan Nasional (BN) adalah pelanggaran etika pilihan raya, kata Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang.

Beliau mengulas gambar di laman sosial yang memaparkan murid Sekolah Kebangsaan Long Jeeh Baram, Sarawak mengibarkan bendera BN ketika mahu menyambut dan memberi sokongan kepada calon BN Baram yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu.

“Ini jelas melanggar undang-undang demi kepentingan politik BN. Parti itu seolah-olah makin terdesak sehingga sanggup menggunakan murid untuk kempen politik.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, mereka masih kecil. Jangan heret kanak-kanak dalam kancah politik,” katanya ketika dihubungi.

Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

“SPR sepatutnya ambil tindakan segera untuk mengelakkan pemimpin BN menggunakan murid bagi kempen mereka. Penglibatan guru yang merupakan kakitangan awam dalam kes sebegini merupakan salah guna kuasa.

“Saya hairan mengapa Pengarah Pelajaran Negeri atau Daerah sanggup dipergunakan pemimpin BN, dan kemudian memperalat murid sekolah untuk kempen mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu modus operandi sama turut digunakan pemimpin BN di Kuala Lipis, Pahang apabila guru diarah mendengar ‘taklimat’ tohmahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat.

“Semalam, semua guru dikumpul supaya mendengar taklimat memfitnah pemimpin Pakatan di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Lipis. “Antara yang saya dapat maklumat, kononnya kawan Anwar (Ibrahim), Sidek Baba turut diundang memberikan ‘taklimat’ kepada guru,” kata Abbas.

38 comments:
Write comments
  1. There must be explanation behind this event. Someone must explain

    ReplyDelete
  2. DrMAZA.com
    ..air yang bertakung lama akan rosak dan mula dijangkiti kuman dan nyamuk..manusia ataupun kumpulan yang terlalu lama berkuasa akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit politik dan penyelewengan harta..apabila kita nampak zahirnya kerakusan dan salahguna kuasa serta harta maka bersegeralah menukar dengan gantian yang lebih selamat..

    ReplyDelete
  3. Helikopter kerajaan pun najib boleh buat kempen, stakat murid sekolah ni...hish.

    ReplyDelete
  4. Mungkin hal ini patut diberi perhatian oleh BN supaya tidak menimbulkan andaian negatif pula.

    ReplyDelete
  5. Jangan sampai ramai yang anggap BN salah guna kuasa pula. Cukuplah dengan berita TV3 yang asyik 'warna biru' saja. huhu

    ReplyDelete
  6. Budak-budak ni cuti atau diarahkan keluar semata-mata nak sambut calon BN Baram?

    ReplyDelete
  7. Harap perkara ini tidak berlaku lagi. Sekarang ini pun sudah banyak isu jadi jangan lagi tamabh isu pasal ini.

    ReplyDelete
  8. Taib yakin BN Sarawak menang 2/3 kerusi parlimen

    KUCHING: Barisan Nasional (BN) negeri dijangka masih lagi mampu menang lebih 2/3 kerusi parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
    Abdul Taib berkata, beliau mempunyai naluri yang baik berhubung kemenangan itu meskipun mendapat tentangan hebat daripada pembangkang di kerusi parlimen yang didominasikan masyarakat Cina.
    “Untuk keseluruhan kawasan Sarawak, kita boleh menang majoriti lebih 2/3. Itu adalah pasti,” katanya kepada pemberita setelah selesainya taklimat persiapan PRU ke-13 bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
    Menurut Setiausaha Agung BN negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom pula, kemenangan yang diyakini lebih daripada 2/3 itu adalah jawapan sebenar kepada dakwaan kononnya wujud keretakan jentera dalam parti BN sehingga kononnya mula goyah.
    “Ketika pilihan raya, dakwaan-dakwaan ini sangat normal tetapi kita di peringkat akar umbi lebih tahu di mana anggota-anggota BN berpegang. Tidak ada maknanya untuk kita mempercayai dakwaan-dakwaan itu,” ujarnya.
    Beliau menjelaskan, di sebalik keyakinan itu BN negeri bagaimanapun masih kurang lagi yakin untuk menyerlah di kawasan-kawasan bandar oleh kerana ditakluki pembangkang ketika kini.
    “Saya rasa anda (wartawan) lebih tahu sebabnya berbanding kita (BN) sendiri. Kita nampaknya sangat kritikal di kawasan ini kerana majoriti pengundi ialah masyarakat Cina,” tambahnya.
    Terdahulu, Muhyiddin yang berada di sini selama tiga hari untuk lawatan kerja dikatakan berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan BN negeri menghadapi pilihan raya umum kelak.
    “Beliau telah melahirkan rasa sangat gembira walaupun tidak membincangkan tentang calon-calon yang bakal bertanding. Ianya bagi kami masih lagi rahsia dan tidak perlu diumumkan sehingga Perdana Menteri berbuat demikian,” ujar Rundi.

    ReplyDelete
  9. Muhyiddin berkata,, pakatan pembangkang hanya memasukkan janji manis dalam manifestonya tanpa melakukan kajian sama ada boleh dilaksanakan dan ia hanya gimik politik meraih populariti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  10. “Siapa tak suka hapuskan tol, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), turunkan harga minyak, tetapi ia akan menyebabkan negara muflis,” katanya

    ReplyDelete
  11. Katanya, kadar defisit belanjawan negara juga akan meningkat sehingga 11 peratus jika manifesto pakatan pembangkang itu dilaksanakan, berbanding hanya sekitar 4.5 peratus ketika ini yang mana ia akan menyebabkan penarafan ekonomi negara jatuh dan kesannya pelabur akan lari.

    ReplyDelete
  12. Timbalan Perdana Menteri turut menjelaskan betapa pentingnya kestabilan politik, keamanan dan perpaduan kaum yang dinikmati di negara ini dikekalkan.

    ReplyDelete
  13. ini bagi membolehkan negara terus dibangunkan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  14. Semua parti politik perlu memastikan bahan kempen mereka tidak diletakkan di lokasi yang boleh menjejaskan pandangan pengguna jalan raya termasuk di papan tanda keselamatan, lampu jalan mahupun lampu isyarat.

    ReplyDelete
  15. Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdiansah Abdul Karim berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati terdapat beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu yang dipasang bendera dalam keadaan tidak kukuh dan ia mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.

    ReplyDelete
  16. Beliau mahu insiden seorang penunggang motosikal yang maut di Terengganu akibat terbelit tali bendera sebuah parti dijadikan iktibar agar perkara sama tidak berulang.

    ReplyDelete
  17. Sebelum ini, Sabah Electricity Sdn Bhd turut memohon kerjasama semua parti politik agar tidak memasang bahan kempen berhampiran pepasangan elektrik dan tiang elektrik bagi mengelak sebarang gangguan bekalan selain boleh mengakibatkan kecederaan atau maut kepada petugas kempen dan orang awam.

    ReplyDelete
  18. Kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan pengundi terjamin sepanjang proses demokrasi itu berlangsung sehingga hari kemuncaknya pada 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  19. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PDRM telah menerima pelbagai maklumat dan bersiap-sedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut.

    ReplyDelete
  20. Tan Sri IGP (Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar) telah menyatakan persiapan PDRM untuk memastikan gembar-gembur mereka yang mahu menimbulkan kekecohan semasa berkempen bukan saja akan dipantau, malah akan dibendung dengan bantuan badan-badan beruniform lain.

    ReplyDelete
  21. Pengundi jangan takut untuk keluar tunaikan tanggungjawab kerana saya yakin dengan bilik-bilik operasi yang telah diwujudkan segalanya akan berjalan lancar," katanya.


    ReplyDelete
  22. Dalam pada itu, Hishammuddin turut meminta rakyat di seluruh negara supaya tidak mempercayai perkara tidak berasas yang cuba ditimbulkan menerusi khabar angin.


    ReplyDelete
  23. Berkempen perlu mengikuti etika, elakkan kekecohan.

    ReplyDelete
  24. pandailah menilai sendiri

    ReplyDelete
  25. Murid tidak harus dikaitkan dengan aktiviti politik.

    ReplyDelete
  26. Khabar angin harus dikenal pasti terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  27. Kempen harus biarlah rakyat sendiri untuk menentukan sama ada sertai atau tidak.

    ReplyDelete
  28. Mungkin BN harus memberi penjelasan agar tidak disalah fahamkan?

    ReplyDelete
  29. Harus dikenal pastikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan akhir.

    ReplyDelete
  30. The teacher also compulsory to attend the campaign.

    ReplyDelete
  31. Student should out from the case.

    ReplyDelete
  32. Adakah guru pun takut nak undi pembangkang? Takut nanti hilang kerja? Hilang bonus? Hilang kenaikan gaji?

    ReplyDelete
  33. Parti tidak harus mengaitkan isu politik di sekolah. Ini akan menjejas pembelajaran masing-masing.

    ReplyDelete
  34. Tegas beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh mengambil mudah perkara tersebut dan perlu segera menyiasat kerana ia bertentangan etika kempen pilihan raya.

    Kempen BN tidak harus sampai ke sekolah khas budak kecil lagi.

    ReplyDelete
  35. Guru-guru berhak membuat undian sendiri, tidak harus dikawal juga.

    ReplyDelete
  36. agensi mana yg x dimanipulasi BN/UMNgOk???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.