Monday, April 22, 2013

Pakatan akui masih sukar menawan Melayu Johor

Walaupun kempen pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dilihat umpama “rockstar” di kawasan majoriti Cina di Johor, respon kurang memberangsangkan daripada kawasan kejiranan Melayu menunjukkan pembangkang masih lagi mempunyai laluan yang sukar untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.

Perkara itu turut diakui sendiri oleh pemimpin PR.

“Saya melihat petanda positif, tetapi Ghani masih mempunyai kelebihan,” kata veteran DAP Lim Kit Siang, kepada The Malaysian Insider malam tadi selepas berceramah di kawasan kediaman Melayu di Pulai Perdana.

Beliau yang berusia 72 tahun itu adalah calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah dan akan menentang bekas menteri besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang telah menjawat jawatan berkenaan selama empat penggal.

Gelang Patah merangkumi majoriti pengundi Cina sebanyak 52 peratus, Melayu dan India masing-masing 34 dan 12 peratus pengundi berdaftar.

Pendatang baru DAP, Wong Shu Qi, turut berkongsi perkara sama dengan The Malaysian Insider apabila bercakap mengenai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai.

“Kami menerima sambutan menggalakkan daripada komuniti Cina,” katanya yang bekerja sebagai wartawan sebelum menyertai politik.

Beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata parti itu berjaya menawan hati pengundi Cina untuk menyokong PR, namun sukar bagi mereka meyakinkan pengundi Melayu bahawa polisi ditawarkan PR lebih baik, termasuk di kawasan separa bandar seperti di Senai dan Kulai yang merangkumi kawasan Wilayah Ekonomi Iskandar Malaysia.

Wilayah Iskandar telah menerima jumlah kemasukan pelaburan berjumlah lebih RM100 billion sejak diperkenalkan pada 2006, dilihat menjadi pemacu ekonomi Johor namun turut dipersalahkan kerana menjadi punca peningkatan kos sara hidup di negeri yang berjiran dengan Singapura itu.

“Kami memerlukan lebih masa untuk diterima pengundi Melayu,” kata Wong, dan mendakwa kebanyakan pengundi Melayu telah “diarahkan ke kawasan kecil seperti Felda dan hanya menonton TV3.”

Negeri di Selatan Malaysia itu juga menjalankan urusan pentadbirannya dengan cara tersendiri kerana ia merupakan negeri yang terakhir dikuasai British ketika zaman penjajahan.

Penduduknya juga telah membentuk pegangan agama yang kuat dan tidak memberikan peluang PAS berkembang memandangkan sekolah agama kerajaan negeri dibiayai sepenuhnya. Tambahan pula, PAS diihat lebih kepada pengaruh utara, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

“Parti pembangkang Melayu mempunyai kesukaran untuk menpengaruhi Melayu Johor, jadi kehadiran Kit Siang telah membantu,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider sewaktu penamaan calon.

Situasi itu bagaimanapun dilihat berubah selepas Pilihan Raya 2008.

Di Pulai Perdana, kehadiran 100 orang ketika ceramah Lim, berbeza dengan kehadiran ribuan ketika ceramah di Sutera Mall -- kawasan yang dipenuhi gerai dan restoran yang beroperasi hingga lewat malam dan dilawati oleh masyarakat Cina Johor - dua hari lalu. Selain penduduk tempatan, penonton turut dulihat terdiri daripada masyarakat Melayu dan Cina, serta India yang merangkumi golongan pertengahan umum berusia 30 ke atas.

Masyarakat Melayu yang ditemui The Malaysian Insider berkata mereka letih dengan politik lama BN Johor dan bersedia memberikan peluang kepada PR.

“Kami mahukan perubahan, orang baru ... kami mahu jadi seperti Singapura, yang mana orang boleh beri idea yang baik akan memerintah,” kata wanita bertudung berusia 30 tahun.

Wanita yang memiliki keluarga daripada penyokong tegar Umno itu berkata PR mempunyai peluang dan Melayu juga sedia membantu.

Penduduk Pulai Perdana, Mohd Ridwan Talib, berkata isu pokok di Johor adalah harga hartanah yang melambung.

Katanya tidak seharusnya berlaku pembangunan terpilih di Johor, dan memberikan contoh rumah di Nusajaya, laluan ke Iskandar Malaysia bernilai RM3 juta dan berada di luar kemampuan mereka.

PR bergantung kepada Lim untuk berkempen di Johor dan menjual politik barunya melalui percampuran kaum.

“Jika kita sayangkan negara ini, tidak mustahil kita berjuang sebagai satu bangsa.

“Kami berjuang untuk semua, semua agama di Malaysia,” katanya yang menggunakan pelbagai bahasa dalam ceramahnya malam tadi daripada bahasa Melayu kepada Mandarin dan English membawa maksud sama.

Kehadiran pembangkang turut dirasai di kawasan tumpuan Melayu di tengah bandar, Kampung Melayu Majidee, yang mana calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru, Jeneral (B) Md Hashim Hussein menggarap sokongannya.

Beberapa penduduk mendakwa penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Shahrir Samad sudah tidak lagi meluangkan masa bersama mereka sebaliknya di luar negeri.

“Shahrir sibuk sangat di luar kawasa, masa dengan penduduk sangat sikit, kami hanya beri peluang untuk yang bersemangat,” kata Anggerik Abidin, wanita berusi 41 tahun dan merupajan bekas exco Umno Bahagian Johor Bahru sejak 2004 hingga 2008.

Anggerik berkata dia akan memilih Hashim kerana yakin lelaki itu akan menggunakan kepakarannya sebagai bekas tentera untuk berkhidmat kepada rakyat. -TMI

39 comments:
Write comments
  1. ramalan aku, johor BN menang majoriti, Lim Kit Siang dan salahuddin ayub masing-masing kalah agak banyak juga, selangor dan kedah BN menang tetapi tak dapat 2/3. sebab itu, kalau pakatan mahu ambil puterajaya atau sekurang-kurangnya mahu menafikan majoriti 2/3 BN, pakatan kena beri tumpuan khusus kepada sabah dan sarawak.

    walaupun pakatan mungkin sukar menang di dua negeri ini tetapi untuk tambah kerusi pakatan mungkin boleh dicapai. analisa aku, BN akan menang PRU13 tetapi kekal tak dapat 2/3.

    ReplyDelete
  2. While Pakatan Rakyat (PR) leaders on their campaign trail have been feted like rock stars in the Chinese-majority areas across Johor, the muted response from the Malay-dominant neighbourhoods shows the opposition has a long and uphill road to victory in the May 5 polls.

    ReplyDelete
  3. While the party had managed to sway Chinese support towards PR, it had a tougher time to convince Malay voters that PR’s policies were better, even in suburban areas like Senai and Kulai that are also part of Iskandar, Malaysia’s southern economic corridor.

    ReplyDelete
  4. “The Malay parties in the opposition have a tougher time trying to get support from the Malay community in Johor, so Kit Siang’s presence in southern Johor especially has tilted the situation,” Ibrahim had told The Malaysian Insider on Nomination Day, at the start of the formal campaigning period for Election 2013.

    ReplyDelete
  5. Political observers have said that Johor’s resistance towards PAS and PKR was largely historical. Malaysia’s southernmost state had been used to running things its own way for a long time as it was among the last to be incorporated into colonial British rule.

    ReplyDelete
  6. It had built up a strong religious wall that did not give room for PR’s Islamist partner, PAS, to grow since Johor’s Islamic schools are well-funded and are state-run. In addition, PAS was seen as a northern influence, Ibrahim Suffian who is executive director of independent research house Merdeka Center, had said.

    ReplyDelete
  7. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Johor mampu terus kekal sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini.

    ReplyDelete
  8. Katanya BN mempunyai stategi tertentu untuk mengekalkan slogan Johor negeri biru walaupun pembangkang cuba mengasak kubu kuat BN dan UMNO itu dengan meletakkan pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang bertanding di Johor.

    ReplyDelete
  9. Bagi kita (BN) di Johor walau apapun bentuk pemimpin datang, kita akan lawan.

    ReplyDelete
  10. Saya lihat ahli parti di Johor dan kawasan yang disebut itu tidak luntur dan lebih bersemangat daripada dahulu kerana nak buktikan tagline Johor kubu kuat BN dan negeri biru sebenar memang mampu dipertahan,” katanya

    ReplyDelete
  11. Muhyiddin secara sinis berkata memang sesetengah pemimpin pembangkang mempunyai sikap suka berpindah-randah kawasan terutama apabila mengetahui sokongan terhadap mereka di kawasan yang diwakili sebelum ini semakin berkurangan.

    ReplyDelete
  12. Ada juga sebab pemimpin itu memang sikap dia suka berpindah-randah, tidak ada kesetiaan kepada pengundi, lebih fikirkan diri dan parti sahaja.

    ReplyDelete
  13. bukannya memikirkan soal khidmat kepada masyarakat, kerana yang penting baginya ialah kebendaan dan kepentingan peribadi, berpindah atas alasan strategi politik,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Muhyiddin berkata walaupun di kawasan yang dipilih itu mungkin mereka ada kelompok pengikutnya, namun BN juga mempunyai sokongan yang kuat di kawasan yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  15. Dunia sentiasa berubah, apapun diubah patut politik pun di ubah mana tau kita pun ada chance jadi politician atau generasi kita.

    ReplyDelete
  16. Majoriti orang Melayu dah sedar kerja pemimpin UMNO ialah memperbodohkan orang Melayu je. Dah berpuluh tahun kena bodoh pun tak sedar ke? Yang tinggal dalam UMNO hanya orang Melayu yang sanggup memperbodohkan sesama orang Melayu untuk mendapat kuasa, harta dan pangkat.

    ReplyDelete
  17. UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.

    ReplyDelete
  18. Trek rekod bn selama 12 pru menjahanamkan equti melayu dan tanah2 org melayu.

    ReplyDelete
  19. Apabila PAKATAN memerintah nanti barulah orang melayu sedar rupa-rupanya kena PERBODOHKAN juga.

    ReplyDelete
  20. Mereka terkena perangkap mata duit.

    ReplyDelete
  21. Bukan mudah untuk mengambil alih johor, tetapi masing ada peluang 50-50.

    ReplyDelete
  22. Mereka harus sedar, benarkan kerajaan karang dapat membela nasib rakyat?

    ReplyDelete
  23. Can DAP fly high in Johor?

    ReplyDelete
  24. Keputusan berada di tangan rakyat sendiri.

    ReplyDelete
  25. Satu kajian yang dijalankan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati majoriti masyarakat Melayu memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  26. Kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik UKM bagi tempoh antara Disember 2012 dan Mac lalu menyaksikan trend sokongan tersebut mencecah sehingga 68 peratus.

    ReplyDelete
  27. Pensyarah Geo-Politik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, antara faktor sokongan itu ialah kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan program transformasi.

    ReplyDelete
  28. "Kajian itu dibuat dalam kalangan 4,500 responden wanita di seluruh negara yang mana sebanyak 68 peratus mereka menyatakan kesediaan mengundi BN dan menyokong kerajaan sedia ada.

    ReplyDelete
  29. "Lazimnya, kecenderungan sama ditunjukkan suami responden terbabit serta anak-anak mereka," katanya.

    ReplyDelete
  30. Insya Allah, jika nawaitu pemimpin BN ikhlas untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan negara, dengan izin Allah BN akan kembali memerintah. Namun jika berlaku sebaliknya anggap lah ia sebagai ujian Allah. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah atas kelemahan manusia itu sendiri. Pemimpin-Pemimpin kita hanya merancang namun ketentuannya dari Allah jua. Atas kesedaran dan rasa insaf dan penuh dengan rasa kesyukuran yang telah kita nikmati selama di bawah pemerintahn BN, kita letakkan penuh keyakinan untuk lima(5) tahun kepada BN untuk meneruskan agenda pembangunan dan menunaikan AKUJANJI yang telah dimaktubkan dalam manifesto BN.

    ReplyDelete
  31. Bukan mudah, sebab Johor memang kubur kuat BN.

    ReplyDelete
  32. Semua masih perlu menantikan saat akhir pengundian.

    ReplyDelete
  33. DAP berhasrat tinggi kali ini.

    ReplyDelete
  34. Bukan mudah tetapi masih ada peluang.

    ReplyDelete
  35. Pembangkang masih kurang stabil dan kurang berpengalaman. Harus juga membuktikan kebolehan khas negeri yang berada di tangannya.

    ReplyDelete
  36. The need to upgrade the capabilities of existing support industries must also be a focus. This is particularly so in developing more SMEs that can provide support and ancillary services to the upstream as well as downstream activities

    ReplyDelete
  37. Pang said support industries and investment opportunities in the POIC includes plantations which support fertiliser management, crop integration and inter-cropping, pest and fungus control, planting materials, tissue culture, germinated seed preparation and breeding.

    ReplyDelete
  38. The POIC’s goal is to promote the growth and use of sustainable oil palm products through credible global standards and engagement of stakeholders.

    ReplyDelete
  39. Established in 2005, the POIC is located near Lahad Datu in south eastern Sabah and covers about 2023.4 hectares (5,000 acres).

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.