Saturday, April 6, 2013

PKR Ketepikan Ketua-ketua Cabang Tempatan?

MUNGKINKAH PKR Sabah mengalami zaman kehancuran setelah mengalami perpecahan demi perpecahan kerana Presiden dan Ketua Umum tidak yakin PKR akan mendapat sebarang kerusi parlimen dan DUN di Sabah setelah menjalankan Jelajah baru-baru ini.

Walaupun Anwar menjanjikan akan mengumumkan senarai calon secara rasmi di Sandakan pada 12 April kelak, namun berikut adalah senarai calon Parlimen bagi 22 kawasan (3 calon belum diumumkan) di Sabah iaitu masing-masing;

01) Tan Sri Ibrahim Menudin
02) Tan Sri Chong Kah Kiah
03) Datuk Maijol Mahap (APS)
04) Munirah Binti Majius
05) Datuk Wilfred Bumburing (APS)
06) Ustaz Haji Alimuding Aling (PAS)
07) Hiew King Cheu (DAP)
08) Gerald Marcel Leiking
09) Datuk Yahya Lampong
10) Jaafar Ismail
11) Datuk Lajim Haji Ukin (PPS)
12) Haji Ramli Dua
13) Jonathan Yassin
14) Datuk Ahmad Shah Tambakau (APS)
15) Adris Taripin
16) Datuk Dr Richard Gunting (APS)
17) James Miki (APS)
18) A/Ansar
19) Ahmad Tamrin Haji Jaini
20) Abdullah Sani
21) Dr Zamree Haji Habi
22) Datuk Kong Hong Ming

Ketua Perhubungan yang bertukar ganti dan kini 'Balak Hanyut', Tamrin Haji Jaini tidak ubah seperti 'Saiful' yang pernah menjadi 'Budak Pembancuh Kopi Anwar'.
Janji Autonomi Anwar untuk Sabah tidak ubah seperti Janji Autonomi Filipina kepada Nur Misuari, Gabenor Mindanao; segalanya kosong, semua pembohong.

Bayangkan apa jenis pemimpin yang mahu meniru 'Janji Ditepati' Najib jika gagal menepati janjinya untuk memberi autonomi kepada Sabah setelah Ustaz Pajuddin Noor meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Dalam janjinya Anwar telah menyerahkan kepada 25 Ketua Cabang PKR Sabah untuk memilih Ketua Perhubungan mereka sendiri setelah Wan Azizah dan Azmin tidak direstui memangku jawatan berkenaan.

Dalam memorandum mereka kepada Anwar, 19 Ketua Cabang yang hadir termasuk Tamrin menyokong sebulat suara agar Ansari Abdullah dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Malangnya, Anwar telah menghantar Datuk Syed Hussin dan Tian Chua ke Sabah untuk mengambil kenyataan 25 Ketua Cabang, termasuk 19 yang menandatangani memorandum dan menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Ansari Abdullah.

Tetapi suara majoriti 100% berkenaan langsung tidak diendahkan Anwar, sebaliknya melantik Tamrin yang tidak langsung disokong oleh walau satu cabang di Sabah, termasuk cabangnya sendiri sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Sejak itu, Anwar menjadikan Sabah sebagai 'Budak Pembancuh Kopi' dan telah memilih Ansari sebagai 'Payung Terjun' ke Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi 2010 sedangkan setelah Nahlan Damsal kalah dalam PRU 2008, Anwar berjanji untuk memberi kuasa autonomi kepada Cabang memilih calon bagi kawasan yang mereka wakili.

Isu 'Anak Tempatan' sering menghantui para pengundi Batu Sapi sejak PKR melalui tiga pilihanraya sejak 2004 hingga 2008 dan Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 2010; tidak pernah meletakkan calon Anak Tempatan.

Mungkinkah PRU-13 Anwar sudah sedar dan akan menyerahkan kepada PKR Sabah menentukan calon atau meneruskan ego 'Authoritarian' dengan mengumumkan calon pada 12 April di Sandakan?
Agak menyedihkan kerana sudah beberapa kali 25 Cabang PKR di Sabah memohon kuasa Autonomi, termasuk ketika diterajui Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Naib Presiden PKR.

Salah satu Cabang yang dikesan begitu bersungguh-sungguh ialah Cabang Batu Sapi yang diketuai Ahli Politik berpengaruh dan pemimpin kontroversi, Hassnar Ebrahim sehingga 24 daripada 27 AJK Cabang Batu Sapi telah menghantar surat kepada Presiden PKR dan Timbalannya untuk menyatakan rasa kecewa mereka seperti salinan surat di bawah ini.



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

38 comments:
Write comments
  1. kita tidak peduli siapa dan apa mau nya di calonkan!
    misi PKR adalah menumbangkan rejim bn sebagai sasaran yg harus di fokus kan.

    jangan la kita termakan pujukan dan hasutan dari parti syaitan yg di kenali sebalik nya kita berjuang untuk rakyat sabah yg selama ini cukup tertindas walau pun kita tidak memerlukan habuan kerusi yg di beri sebagai imbuhan buat kita namun semangat juang mesti ada dan ikrar setiap ahli pkr yg ingin menceburi di dunia politik ini.

    seandai nya setiap pemimpin PKR dan setiap ahli-ahli nya memikir kan kerusi yg menjadi kan imbuhan dan garis panduan untuk merebut dan teringin sekali menyandang kerusi yg di gelar YB lupakan saja la tentang perjuangan kamu selama ini!
    dan rakyat sabah tidak akan memaafkan kamu buat selama-lama nya...

    jangan la kita membiar kan orang dari malaysia barat mengata kan jiwa orang sabah tidak berprinsip dan begitu lemah semangat dan fizikal mereka, adakah mungkin ini ada asas nya?
    perjuangan tanpa keikhlasan sia-sia belaka, bagus duduk di rumah goyang kaki kurik taik telinga.

    ambil la contoh dan iktibar dari tentera gurkha yg berasal dari Nepal di antara tentera upahan yg terbaik di dunia, walau pun fizikal mereka kecik-kecik namun durg boleh mengeruni dunia peperangan walau sekali pun mereka dan keluarga mereka daif dan miskin.
    disebab kan semangat perjuang yg ada di dalam diri mereka tetap bersemadi..

    apa kah perjuangan pemimpin PKR di sabah?
    ingin mendapat gelaran datuk, yb atau menteri?
    apa agenda di sebalik kedudukan dan kuasa bila menjadi menteri di dalam PAKATAN?
    adakah bila menjadi menteri di dalam PAKATAN ingin mengikut acuan BN yg telah sedia ada?

    jika salah satu ini ada maka sia-sia la perjuangan rakyat sabah selama ini.
    aku berani cakap bukan lagi sabah negeri di bawah bayu,
    tetapi sudah bertukar menjadi sabah negeri di bawah tempurung..

    too fast too battle..
    too vote too win.....

    walau apa pun, ini kali laa....

    BAYUMURNI....

    ReplyDelete
  2. Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah Apa punya malang nasib PR,satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu. Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

    ReplyDelete
  4. "Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka ???? Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti ???" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  5. Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  6. Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

    ReplyDelete
  7. Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda,walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

    ReplyDelete
  8. Ada desas-desus yang mengatakan,apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

    ReplyDelete
  9. hahaha. lain Kali lah pr. ....

    ReplyDelete
  10. BETUL? KAMU UNDILAH BN DAN RASAKAN LAGI AKIBAT KEBODOHAN KALIAN LIHAT IC PROJEK SEKARAN KESANNYA DAH NAMPAK BELUM LAGI KESAN KEPADA ANAK CUCU KITA BAKAL JADI MELARAT DAN KULI PADA ANAK IC PROJEK APA HEHEHE TANIAH KAMU BAKAL PEMBUNUH NASIB ANAK CUCU DAN CICIT KITA.KESIAN KAMU NIE HEHEHEHHEHEHEHEHHEHE

    ReplyDelete
  11. Sebabnya ayat power sokong tu mungkin pemegang IC Projek kot atau anak Ic Projek dah ada sekolah dan dah mula tibar sayapnya ,PTI dad ic Projek anak emas mungkin dapat BR1M ,subsidi minyak,tanah,pinjaman mara/ptptn,bisiswa negeri,kerja penjawat awam dan anak tempatan dah sah macam lagu dusun tu kuli2 sehaja, fikir2kan kebenaran atau lantaklah kau orang.

    ReplyDelete
  12. Sources claim that many are upset with PKR supremo Anwar Ibrahim’s choice of candidates, with one division leader even planning to rejoin Umno later today.

    ReplyDelete
  13. Speculation is rife that many are upset with PKR supremo Anwar Ibrahim’s choice of candidates for the 13th general election.

    One party source from Perak even claimed that Pasir Salak PKR division chief Ahmad Taufik Hassan would be leaving the party to rejoin Umno later tonight.

    ReplyDelete
  14. “Taufik is apparently upset by Anwar’s decision to field Mustafa Kamil Ayub for the Pasir Salak parliamentary seat,” said the PKR source.

    The party insider added that Pasir Salak Umno will be hosting a short ceremony celebrating Taufik’s decision in Kampung Gajah tonight.

    ReplyDelete
  15. “Taufik and several others aligned to him will be giving their application forms to Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman, who is also Pasir Salak Umno division chief,” said the source.

    The source also said rumours that Anwar would be fielding Brigadier-General (Rtd) Abdul Hadi al-Khattab to contest for the Tanjung Malim parliamentary seat had also riled up the Tanjung Malim PKR division.

    ReplyDelete
  16. The party members, the source said, was even thinking of holding a peaceful demonstration to ensure their choice of candidate, Chua Yee Ling, gets selected.

    “Chua is a former special assistant to Selangor executive councillor Elizabeth Wong. It is said that many Chinese leaders in PKR are silently protesting against the former military man’s candidacy.

    ReplyDelete
  17. “They see it as an attempt to take away a seat reserved for the Chinese in PKR,” said the source.

    ReplyDelete
  18. The party insider also said that the growing dissatisfaction against Anwar within the party is rising and it may peak within the next few days.

    ReplyDelete
  19. “Last week, Anwar was booed at a programme held at Balok, Kuantan, for his decision to field Fauzi Abdul Rahman for the Indera Mahkota parliamentary seat, instead of incumbent Azan Ismail.” said the source.

    ReplyDelete
  20. The source added that rumours are rife that some in PKR have already started a movement to protest against party president, Dr Wan Azizah Wan Ismail, (and stop her) from contesting for a state seat.

    ReplyDelete
  21. “All this resentment is going to be a slap in the face for PKR,” said the source.

    ReplyDelete
  22. Paduli la sapa2 pun calon PR kami tatap undi. Misi utama kasi jatuh UMNO BN. Apa mcm? :)

    ReplyDelete
  23. aku sangat setuju tu URANGKB,, itu tektik perang saraf pakatan rakyat, sengaja mengumpan bn masuk kedalam kubur mereka...

    di sabah tiada kepentingan kemenangan PR, sebab sabah memang sudah menjadi bank simpanan tetap bn, di tambah rakyat sabah yg sanggup di cucuk hidung oleh parti syaitan yg di kenali dan terus di jajah buat selama-lamanya, revolusi kemenangan pakatan bermula dari persisiran pantai semenanjung.
    biar pr kalah di sabah yg tidak berguna tetapi terus menang di semenanjung, biar rakyat sabah rasa di bawah rejim bn...

    ini kali la....

    BAYUMURNI....

    ReplyDelete
  24. BN tetap menang sekiranya terdapat 3 penjuru yang bertanding dalam dun atau parlimen,sekiranya anwar benar benar jujur kenapa perkara ini tidak diselesaikan dengan sebaiknya untuk misi menumbangkan BN.Pakatan dan BN sebenarnya sama saja,mau pijak kepala rakyat sabah,jadi fikir-fikirlah kita.

    ReplyDelete
  25. Abis ko mok sokong siapa la kalau bukan pr atau bn umngok? Sana sultan sulu ka?

    ReplyDelete
  26. rakyat sabah wajib undi PR, yakinlah perubahan besar yg kita inginkan akan dilakukan oleh pemimpin PR yg terdiri dari anak tempatan. yakinlah semua pemimpin PR di 4 negeri PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tidak mengamalkan rasuah, pemimpin yg tidak rasuah akan memberi kebajikan lebih kepada rakyat, seperti yg dijanjikan PR utk rakyat, antaranya harga minyak turun, bila harga minyak turun secara automatik harga barang keperluan harianpun turun, kerajaan PR juga akan memberi pendidikan percuma kpd semua rakyat dari tadika hingga universiti, utk negeri yg ada mengeluarkan minyak akan dinaikkan royalti dari 5% ke 20% itu lebih dari mencukupi utk membanggunkan rakyat diluar bandar dan banyak lagi kebaikan untuk kit rakyat. Yakinlah,UNDILAH PR HARAPAN RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  27. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  28. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  29. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  30. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN,PENGKHIANAT.

    ReplyDelete
  31. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN,PENGKHIANAT.

    ReplyDelete
  32. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN,PENGKHIANAT.

    ReplyDelete
  33. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN, PERKAUMAN.

    ReplyDelete
  34. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  35. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  36. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  37. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  38. PKR mmg parti pembohong

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.