Monday, April 22, 2013

PRU 13: Undi orang muda bakal jadi penentu?

Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei, 2013 nanti dijangka menyaksikan saingan paling sengit sejak merdeka antara Barisan Nasional yang memerintah dengan gabungan pembangkang. Satu kumpulan penting yang akan mempunyai pengaruh signifikan terhadap keputusan pilihan raya nanti ialah pengundi muda yang merupakan 30 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Gabungan yang dapat menarik sokongan pengundi muda bakal menawan beberapa buah negeri dan menubuhkan kerajaan di Putrajaya. Pengundi muda dalam hal ini mungkin akan menjadi penentu masa depan politik Malaysia. Persaingan untuk undi orang muda boleh difahami dengan lebih jelas lagi melalui analisis pecahan pengundi berdasarkan umur.

Angka Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 70 peratus daripada 4.2 juta pengundi tidak berdaftar ialah mereka yang berumur antara 21 hingga 40. Sekitar 450,000 orang mencapai umur 21 tahun setiap tahun, usia layak mengundi. Pada 2008, pengundi muda berperanan penting dalam mengalihkan undi kepada parti-parti pembangkang. SPR telah mendaftarkan 2.4 juta pengundi baharu sejak setahun lalu, atau 30 peratus daripada jumlah yang layak mengundi.

Satu tinjauan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 48 peratus pengundi kali pertama belum memutuskan untuk mengundi mana-mana parti. Tinjauan ini juga menunjukkan perbezaan tipis sokongan kepada kedua-dua gabungan (BN pada 42 peratus dan Pakatan Rakyat pada 37 peratus), corak pengundian pengundi atas pagar ini bakal menjadi penentu keputusan pilihan raya. Ini menjadikan undi orang muda semakin penting. Perkembangan ini dilatari peningkatan usaha kedua-dua gabungan BN dan PR untuk memenangi pengundi muda.

Kerajaan BN telah melaksanakan beberapa siri langkah populis bermatlamat menarik sokongan pengundi belia. Contohnya pada Disember 2012, kerajaan menyediakan rebat RM200 untuk telefon pintar. Kemudian, kerajaan telah mendapatkan artis popular Korea Selatan, Psy untuk membuat persembahan di majlis Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang yang ditadbir DAP. Pemimpin BN berharap kegilaan terhadap penyanyi pop Korea itu boleh menarik undi untuk BN.

PR juga secara aktif mensasarkan pengundi muda melalui beberapa dasar populis. Antaranya ialah tawaran pendidikan percuma, mengurangkan harga kereta, pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi dan mengurangkan harga rumah. Hakikat bahawa kedua-dua BN dan PR mula meletakkan lebih ramai calon muda juga menunjukkan peningkatan kepentingan undi orang muda.

Satu tinjauan oleh Yayasan Asia bertajuk Tinjauan Belia Nasional 2012 menyediakan beberapa gambaran menarik pemikiran politik belia Malaysia. Ramai orang muda cenderung untuk tidak melihat politik melalui kaca mata agama dan kaum. Lebih daripada 71 peratus pengundi muda menunjukkan kecenderungan kepada parti politik yang berbilang kaum dan oleh itu mewakili kepentingan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik dan agama.

Orang muda juga mungkin lebih prihatin terhadap keadaan ekonomi secara umum seperti pekerjaan, inflasi dan keselamatan. Kebanyakan belia (sekitar 60 peratus) berpendapat kerajaan sekarang agak berjaya menangani soal ini. Walau bagaimanapun, semakin ramai yang bimbang dengan isu korupsi dan kronisme.

Berdasarkan sikap politik dan pemikiran ramai belia Malaysia, beberapa kesimpulan boleh berhubung corak pengundian mereka. Pertama, pendekatan PR yang lebih berbentuk pelbagai kaum boleh menarik orang muda. Strategi Umno berkempen dengan mengutarakan amaran tentang “ancaman” daripada etnik minoriti negara sekiranya PR membentuk kerajaan akan datang mungkin akan mencetus tindak balas negatif kepada parti pemerintah itu. Ini mungkin akan menyebabkan pengundi muda menjauhkan diri daripada pemerintah dan menyebabkan kehilangan undi mereka di kerusi negeri dan parlimen yang penting.

Kedua, kelemahan kerajaan Malaysia menunjukkan keberhasilan dalam menghapuskan korupsi dan kronisme dalam sistem politik bakal menyebabkan pakatan pemerintah kehilangan undi orang muda. Ketiga, sejumlah pengundi muda mungkin akan terus menyokong BN walaupun mereka tidak berpuas hati dengan beberapa aspek urus tadbirnya, kerana percaya yang kerajaan sedia ada masih pilihan terbaik dalam memastikan kemakmuran ekonomi dan keharmonian masyarakat yang telah dinikmati selama ini.

Undi orang muda mungkin menjadi lebih penting di beberapa kawasan yang sengit. Di negeri barisan hadapan seperti Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perak yang menyaksikan persaingan sengit, undi orang muda penting dalam menentukan pemenang. Di Selangor, negeri yang BN berusaha keras untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PR, lebih 600,000 pengundi baharu telah didaftarkan. Corak pengundian pengundi-pengundi ini (yang sebahagian besarnya kemungkinan masih muda) boleh menjadi penentu pemenang. Hal yang sama juga disaksikan di Negeri Sembilan, negeri yang PR memerlukan pertambahan hanya empat lagi kerusi negeri untuk memperolehi majoriti mudah.

Hujah bahawa undi orang muda sahaja mampu menentukan keputusan pilihan raya umum mungkin sesuatu yang berlebihan, tetapi BN berpotensi kehilangan kuasa buat kali pertama sekiranya majority besar pengundi muda dan pengundi Cina sama-sama mengundi pembangkang. Maka, pengundi muda Malaysia menjadi semakin penting dan mampu untuk menjadi factor penentu keputusan pilihan raya. Berdasarkan perkembangan ini, dijangka kedua-dua gabungan parti akan bekerja keras mendapatkan undi penting daripada orang muda dalam peringkat terakhir kempen pilihan raya kali ini.

Mohamed Nawab Mohamed Osman ialah felo penyelidik di Program Malaysia dan Program Islam Kontemporari, di Sekolah Kajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Artikel ini ialah terjemahan komentar bertajuk The Youth Vote in GE 2013: Kingmakers in the Making? terbitan RSIS Commentaries.

Oleh MOHAMED NAWAB MOHAMED OSMAN

66 comments:
Write comments
  1. Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin telah memaklumkan kepada pewakilan bahawa jumlah sokongan golongan muda kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meningkat jika dikaji dari jumlah sokongan di laman-laman seperti Twitter dan Facebook.

    ReplyDelete
  2. Khairy memaklumkan bahawa tiada pemimpin dalam negara ini mampu menyangi malah Ketua Umum PKR tiada penyokong sebanyak itu. Belia telah memaklumkan bahawa untuk pertahankan pertahan Putrajaya pengundi muda harus ditawan dan Presiden telah terbukti menjadi contoh dalam mendekati golongan pemuda jika dilihat dari sokongan laman-laman social tersebut.

    ReplyDelete
  3. Ketua Pemuda turut menegaskan bahawa sokongan di kalangan golongan mahasiswa turut meningkat jika dilihat dari segi kemenangan calon-calon yang pro kerajaan.

    ReplyDelete
  4. Langkah pembangkang cuba memancing mahasiswa dengan janji akan menghapuskan PTPTN dan memberi pengajian percuma di universiti, tetapi ternyata mahasiswa tidak termakan umpan itu apabila pilihan raya universiti itu telah menunjukkan sokong tetap kepada pro kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Ketua Puteri , Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin turut menegaskan bahawa pegerakan puteri akan senantiasa berada dibahagian hadapan perjuangan UMNO untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Malah Rosnah turut menegaskan bahawa akan terus berjuang untuk kepentingan membela rakyat.

    ReplyDelete
  6. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulakan ucapan pengulungan bagi sayap wanita UMNO dengan mengingatkan kepada para pewakilan bahawa parti telah semakin pulih. Gerak kerja perlu diteruskan bagi memperolehi mandat baru dari rakyat ini kerana demografi politik telah berubah secara radikal.

    ReplyDelete
  7. Namun tegas Shahrizat bahawa ketaatan Wanita UMNO, merupakan kekuatan kepada UMNO, rekod telah terbukti pergerakan wanita tidak pernah derhaka kepada presiden dan parti. Ketua Wanita turut berterima kasih kepada kerajaan kerana lebih mengutamakan golongan wanita terbabit dalam pentadbiran kerajaan yang mana melibatkan 31.7 % jawatan pembuat keputusan telah terpilih di kalangan wanita.

    ReplyDelete
  8. Meneruskan pendekatan inklusif beliau, Datuk Seri Najib Razak mendekati ribuan golongan muda dan memberikan jaminan mereka akan mempunyai "masa depan yang penuh dengan harapan" di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  9. Memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam kempen beliau bagi pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri menyampaikan harapan dan janji beliau itu kepada ribuan belia, kebanyakannya pelajar berusia lingkungan 20-an di kompleks sukan Bukit Jalil.

    ReplyDelete
  10. "Tak ada sebab untuk golongan muda rasa bahawa mereka tidak terbela kerana kerajaan hari ini kita telah membuka proses amalan demokrasi yang lebih terbuka dan liberal. "Percayalah, kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan untuk orang-orang muda," kata Najib semasa melancarkan program "Suara Generasiku".

    ReplyDelete
  11. Najib telah menggariskan secara terperinci, dalam manifesto BN mengenai bagaimana kerajaan akan meneruskan usaha demi untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan menyediakan platform kepada golongan muda untuk meningkatkan daya kreativiti mereka dan merealisasikan impian mereka.

    ReplyDelete
  12. Meskipun ini merupakan kali pertama Najib menghadiri program bersama golongan muda selepas beliau membubarkan Dewan Rakyat pada 3 April, Perdana Menteri tetap berhubungan dengan mereka menerusi Twitter dan Facebook, dan kadang kala menonton perlawanan bola sepak "secara langsung" di tempat-tempat popular di kalangan orang muda di ibu negara.

    ReplyDelete
  13. Angka terkini menunjukkan beliau mempunyai 1.4 juta peminat di Twitter dan 1.56 juta "likes" di Facebook.

    ReplyDelete
  14. Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah state that young voters have an important role to play in the coming 13th General Election. He added that young voters are important in two aspects; the first one is the number of young voters are large, and the second is because they are voting with other groups of people, namely professionals who are aged between 21 to 35 from 30 percent of the electorate. For me as a young voters; i want that my voice to be heard and also i want my role in this coming GE to be recognise. Young voters want clean and healthy politics practised in Malaysia. As a young voter i also feel very fortunate because my right is guaranteed under the Federal Constitution. Unfortunately, among us young voters still think that cast voting is not important. There are still young voters that did not register as a voter. We should realise that voting is a means to support the democratic system and at the same time help in uphold the principles in democracy system. It is actually our opportunity to chose the candidates or parties that we wish to run and lead the nation. Voting recognises the right to equality, the right to speak and the right to be heard. Not voting means giving up on our democracy and also do not accept responsibility as an Malaysian.

    In USA, last year once again Barack Obama win the re-election. He manage to defeats Romney and continue lead the nation. Same as in Malaysia, the young voters also important in the election. According to thunder media, Young voters have had a larger role in the past two or three presidential elections than they have ever had before. More and more eligible voters under twenty-nine are registering and actually making the trek to the polls. They are becoming much more politically aware and are forming opinions that don’t necessarily follow their parent’s views. 2008’s presidential election exhibited how young voters think and act, and 2012 harbored similar results. Awareness and involvement in politics continues to grow among young voters.

    ReplyDelete
  15. melancarkan manifesto secara besar-besaran di ibu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merupakan "pilihan raya orang muda" yang akan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  16. "Pilihan raya kali ini juga pilihan raya orang muda dan merekalah penentu kemenengan kita BN," kata beliau pada program Himpunan Patriotik Anak Muda.

    ReplyDelete
  17. Sehubungan itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Perdana Menteri berkata, perhimpunan anak muda ini memberi mesej yang jelas kepada Pakatan Rakyat (PR) di Selangor bahawa pihaknya akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada PRU13.

    ReplyDelete
  18. "Sudah sampainya, kita bertukar kerajaan kembali, kita sokong BN, kerajaan PR janji bohong.

    ReplyDelete
  19. "Saya berjanji akan bagi perubahan yang besar kepada rakyat di Selangor sekiranya rakyat terus memberi mandat kepada kami BN," katanya lagi.

    ReplyDelete
  20. Persatuan Kelab Putra 1 Malaysia juga turut mengedarkan 22,000 topi keledar berwarna biru bagi mewujudkan gelombang biru membabitkan golongan muda di Selangor.

    ReplyDelete
  21. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'pilihan raya orang muda' dan golongan itu bakal menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  22. Abdullah berkata beliau percaya senario itu secara tidak langsung akan membantu BN untuk menang kerana kecenderungan pengundi muda ketika ini dilihat sudah kembali menyokong parti tersebut.

    ReplyDelete
  23. Jumlah pengundi muda yang semakin meningkat sekarang ini akan menjadikan suara kumpulan itu sebagai penentu kemenangan BN pada PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  24. Beliau juga kagum dengan semangat ribuan golongan muda yang hadir pada majlis hari ini dan yakin sokongan seperti itu akan diterjemah dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  25. Sokongan pengundi muda terhadap Barisan Nasional (BN) di Perak meningkat dengan signifikan sejak kebelakangan ini setelah parti itu merancakkan program bersifat mesra remaja, sekali gus menarik sokongan golongan muda terhadap BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  26. Pendekatan yang digunakan ialah program santai, kegiatan sukan dan riadah serta penggunaan media baharu seperti laman sosial bagi menerangan manifesto BN kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  27. parti itu sentiasa berusaha untuk meremajakan misi dan pendekatannya, sesuai dengan golongan sasaran ketika turun padang bertemu mereka.

    ReplyDelete
  28. Cara bersantai atau duduk bersembang berbanding perjumpaan formal, lebih mudah dan lebih efektif, malah kita juga memakai pakaian kasual seperti jeans dan kemeja-T, bukan pakaian formal parti... ini bukan semata-mata bagi tujuan kempen tetapi inilah transformasi yang kita lakukan, bukan seperti dahulu lagi,"

    ReplyDelete
  29. nampaknya kita menerima sokongan daripada orang muda dalam setiap program yang kita lakukan, kita nampak ramai anak muda datang membantu memasang poster dan hadir pada ceramah yang kita jalankan.

    ReplyDelete
  30. Kita boleh nampak dengan jelas peningkatan sokongan daripada orang muda termasuk mereka yang di atas pagar,

    ReplyDelete
  31. Memang wajar golongan muda diberi perhatian kerana mereka lah penentu kemenangan parti-parti yang bertanding. Dalam konteks ini, mereka yang bertanding harus memahami naluri dan cita rasa golongan muda. Dalam menghadapi pilihanraya sekarang ini, memang sukar untuk mengukur tahap kekal sokongan golongan pengundi muda terhadap BN atau PAKATAN kerana segala-segala boleh berubah pada hari pengundian.

    ReplyDelete
  32. Former Wanita Umno chief Tan Sri Rafidah Aziz is confident that the Barisan Nasional (BN) will garner more voter support in the 13th general election (GE13) and win back the seats it lost to the opposition in the last elections.

    ReplyDelete
  33. She said BN had done analyses and in-depth studies on the factors that resulted in BN losing those states and had since taken various measures to overcome the weaknesses.

    ReplyDelete
  34. "Don't forget that BN lost many seats narrowly. Perhaps the candidates were not suitable, the strategies wrong or due to other factors for the voters to reject BN as different areas had different needs."

    ReplyDelete
  35. The former international trade and industry minister said that over the past five years, the Pakatan Rakyat-controlled states were short of achievements.

    ReplyDelete
  36. "But now I see some realisation (among the people). Those who did not belong to any political party but previously supported the oppositon for certain reasons, have now changed. I have the feeling we will win in Selangor and Perak," she said.

    ReplyDelete
  37. Rafidah said the opposition still had hardcore supporters, so BN must work really hard to win more voter support. "The (BN) candidates have been announced and I am happy to see a balanced combination of experienced leaders and new faces, who should be brought to the fore. The BN top leadersip has always realised the need to field new faces.

    ReplyDelete
  38. "I myself started (selected as a parliamentary seat candidate) at age 34 in Selayang. Don't worry, they (young candidates) and be entrusted and relied upon by the 'rakyat' (people)," said Rafidah who was an economics lecturer at Universiti Malaya before going into politics.

    ReplyDelete
  39. Rafidah, who was the incumbent Kuala Kangsar MP for seven terms until the recent dissolution of Parliament to pave the way for GE13, said the old and new faces could pool their energies for continuity.

    ReplyDelete
  40. Meanwhile, Rafidah denied that Wanita Umno was dissatisfied or had an issue with the selection of women candidates for GE13.

    ReplyDelete
  41. "I refute that Wanita Umno is opposed to the selection. (Wanita Umno chief) Datuk Seri Shahrizat herself did not object to it or say anything. The one who spoke against it, did so individually but since she was one of the Wanita Umno leaders, the public regard what she said as the voice of Wanita Umno," she explained. She said there were more women candidates selected this time but some were not well-known as they were still new and young.

    ReplyDelete
  42. TEKA-teki calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah terjawab sepenuhnya

    ReplyDelete
  43. Ramai calon boleh menarik nafas lega kerana terpilih manakala ada kalangan pemimpin yang kecewa kerana tidak dicalonkan. Namun, terpilih atau tidak bukan menjadi persoalan pokok kerana apa yang penting adalah matlamat untuk memenangkan parti.

    ReplyDelete
  44. Saya ingin menyingkap sebuah peribahasa Melayu yang berbunyi: "Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat." Peribahasa Melayu ini jelas membawa pengertian bahawa sesuatu keputusan itu akan diperoleh menerusi kerjasama dan muafakat. Malah, hal itu menggambarkan betapa pentingnya kerjasama dalam kalangan mereka yang tidak terpilih dengan mereka yang telah diberi mandat untuk bersama-sama memenangkan parti pada kali ini.

    ReplyDelete
  45. Pada PRU-13, BN mempertaruhkan sebanyak 33 peratus muka baharu bagi kerusi Parlimen manakala 49 peratus lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri. Sekadar menyebut, antara muka-muka baharu yang menjadi harapan BN adalah bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (rakan BN) yang akan bertanding di Parlimen Shah Alam, Prof. Abu Bakar Mohd. Diah (Parlimen Tangga Batu), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanding di Parlimen Jerai dan ramai lagi.

    ReplyDelete
  46. Mohamed Mustafa menganggap BN pada kali ini telah berjaya mempelajari sesuatu dengan meletakkan calon-calon yang layak dan berpotensi. Katanya, pada PRU-13, BN cuba mengimbangi dan memastikan supaya para pengundi dapat mengundi calon yang dipertaruhkan dan juga parti.

    ReplyDelete
  47. Hasrat BN untuk menawan lebih banyak kerusi di negeri-negeri yang kalah pada PRU terdahulu diyakini dapat dicapai dengan mudah. Hal ini kerana BN telah mendapat formula pilihan raya dengan mempertaruhkan calon-calon yang memiliki kekuatan tersendiri. Semoga gabungan calon muka baharu dan lama dapat memberi impak yang besar kepada keputusan PRU-13 pada 5 Mei nanti.

    ReplyDelete
  48. Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ke tahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara ‘direct’ atau ‘indirect’ di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.

    ReplyDelete
  49. Rakyat di negara ini nampaknya semakin sedar dan celik politik apabila saban hari mendengar berita para pemimpin UMNO Haramjadah telah memiliki harta dan wang yang melimpah ruah hasil gadaian, rompakan, rasuah, penipuan dan perniagaan sulit menjual harta negara dan hak milik rakyat tanpa ada sebarang sekatan, penguatkuasaan dan halangan dari pihak pemerintah (kroni haramjadah) maupun pihak berwajib (penguatkuasa lantikan kerajaan). Harga barangan semakin meningkat tanpa ada sebarang pemantauan oleh menteri haramjadah, kenaikkan harga petrol tidak diumumkan kepada rakyat oleh menteri haramjadah, hanya oleh persatuan peniaga minyak sahaja. Kehidupan rakyat semakin tertekan dengan kadar ekonomi yang menguncup dan nilai matawang ringgit yang semakin mengecil berbanding negara tetangga. Perdana Menteri yang ada pun begitu bacul, dayus, penipu dan bapa korupsi. Kata-kata dan ucapannya sewaktu membentangkan belanjawan TADIKA 2013 seperti orang mabuk todi dan selayaknya menjadi menteri wanita di Somalia atau Zimbabwe dan di kalangan bangsa Beliau hanya boleh ditamsilkan sebagai "Penyangak yang buruk kepala dan berlari sekeliling kampung sambil melaungkan bahawa beliau sedang mengejar pencuri" wal hal beliau adalah bapa segala penyangak yang pernah dilahirkan oleh sebuah parti talibarut haramjadah bernama UMNO. Masih adakah maruah bangsa Melayu (majoriti) yang memimpin negara ini mempunyai seorang pemimpin yang bacul dan bodoh....? Apa pula tanggapan bangsa lain terhadap bangsa Melayu, yang kononnya tinggi adat dan nilai budayanya? Akhir kata "pemimpin UMNO dahulu, kini dan selamanya memang dilatih untuk menjadi penyangak terhormat".

    ReplyDelete
  50. Saban tahun Laporan Ketua Audit Negara (KAN) dikeluarkan dan diumumkan kepada rakyat. Apakah ianya suatu kata-kata untuk menuduh itu dan ini? Apakah Laporan ini bukan suatu bukti kerajaan yang ada pada hari ini adalah korup, boros dan keras kepala?

    Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

    Demikian juga dengan teguran terhadap banyaknya projek kerajaan yang diberikan melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek hanya kepada kroni sahaja dan terdapat mereka yang sudah tidak layak tetapi masih boleh mendapat projek!

    Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

    Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

    MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

    Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

    Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.

    Agaknya sampai bila kerajaan yang ada pada hari ini akan menggunakan kuasa mereka untuk melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa?

    Bagi saya sudah sampai masanya, RAKYAT BANGKIT MENOLAK KERAJAAN YANG ADA PADA PILIHANRAYA UMUM 13 akan datang.

    Jangan kita beri peluang lagi kepada mereka untuk meng'songlap' duit rakyat tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete
  51. Tujuh Sebab Umno BN Tidak Layak Memerintah Negara.

    Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah.

    ReplyDelete
  52. Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan. Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Wang BR1M RM500 untuk 55 tahun sekali sahaja, itu pun apabila Umno lemah.

    ReplyDelete
  53. Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008.


    Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.

    Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.

    ReplyDelete
  54. Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.

    Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara.

    ReplyDelete
  55. Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.

    Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.

    ReplyDelete
  56. BARISAN Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak wajar diberikan mandat besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini kerana kemenangan BN adalah penentu kepada survival Malaysia serta rakyat di abad ke-21.

    ReplyDelete
  57. Beberapa kajian sains politik dan keselamatan oleh pelbagai sarjana tempatan dan antarabangsa mengaitkan survival dengan pemerintahan, keselamatan, kedaulatan, pembangunan serta kemakmuran di sesebuah negara, atas sebab-sebab berikut.

    ReplyDelete
  58. Pertama, survival adalah konsep kenegaraan yang bergantung kepada kemampuan sesebuah pemerintahan mengukuhkan keselamatan nasional, memelihara kedaulatan negara serta melaksanakan pembangunan sosio ekonominya secara berkesan.

    ReplyDelete
  59. Kedua, survival bergantung kepada kedaulatan negara kerana kedaulatan adalah paksi kepada pelbagai tatacara keselamatan, pertahanan, undang-undang, serta survival. Perspektif politik dan militari yang tradisional merumuskan, keselamatan adalah mengenai survival.

    ReplyDelete
  60. Ketiga, survival berkait rapat dengan keselamatan nasional serta kedaulatan negara disebabkan "ancaman yang nyata terhadap kelangsungan negara adalah ancaman kepada kedaulatannya" (Buzan, Waever & de Wilde 1998).

    ReplyDelete
  61. Malaysia and France are looking forward to venture into new areas of co-operation, particularly in renewable energy, transportation and biotech.

    ReplyDelete
  62. He also highlighted the biotech investment in Terengganu between Arkema of France and CJ CheilJedang (CJ) of South Korea.

    ReplyDelete
  63. Najib said the discussion also touched on the defence co-operation, taking into account that the defence minister from both countries would meet in December, to discuss more substantive issues.

    ReplyDelete
  64. Najib said the discussion also touched on the defence co-operation, taking into account that the defence minister from both countries would meet in December, to discuss more substantive issues.

    ReplyDelete
  65. The (French) Prime Minister also assured me that deep understanding and partnership will continue, basically in defence and we look forward to some of the acquisition into aircraft and helicopters

    ReplyDelete
  66. Najib also noted that many traditional companies found their home in Malaysia, and that they were looking forward to more investment from France in the near future.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.