Saturday, April 27, 2013

Umno 'beli' bilik gerakan Pakatan Selangor?

PR dakwa Umno 'beli' bilik gerakanKerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.

Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.

“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.

“Kita akan bentangkan kad laporan di Klang 1 Mei nanti sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.

“Kita alu-alukan kehadiran BN untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon menteri besar BN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan niat sebenar Najib melancarkan kempen Sayangi Selangor.

“Jika beliau menyayangi Selangor beliau patut hormati semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana kerajaan negeri dibenarkan mentadbir tanpa kongkongan dari kerajaan pusat.

“Kenyataan Najib jika BN dapat menakluki Selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB Selangor menunjukkan beliau tidak mempercayai calon MB Umno,” katanya.

-sinarharian.com

38 comments:
Write comments
  1. Pembangkang Tertekan Kempen Tidak Dapat Sambutan di Selangor – Noh Omar

    SHAH ALAM, 25 April – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pakatan pembangkang kini berasa tertekan kerana kempen dijalankan mereka di negeri ini tidak mendapat sambutan daripada penduduk sebagaimana diharapkan.

    Beliau berkata keadaan itu telah mendorong pembangkang melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya BN membeli bilik-bilik gerakan pakatan pembangkang supaya ia ditutup.

    Tuduhan tidak berasas itu menunjukkan bahawa pihak pembangkang semakin tertekan, katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

    “Kita lihat sambutan kempen pembangkang agak berkurangan kebelakangan ini , pembangkang tidak menjangka sambutan kempen mereka berkurangan mereka mula merasa ragu kerana kurangnya sokongan rakyat,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya BN telah membeli bilik-bilik gerakan pembangkang supaya ia ditutup.

    Noh mendakwa sekarang pakatan pembangkang mempunyai kumpulan orang khas yang akan diangkut ke tempat ceramah mereka jika kurangnya kehadiran penduduk setempat.

    Beliau juga melahirkan kebimbangan memgenai kemungkinan pakatan pembangkang melaksanakan pelan tindakan lain untuk menarik para pengundi di Selangor untuk menyokong mereka, termasuklah menghuru-harakan proses pilihan raya.

    “Bunga-bunga ke arah menimbulkan huru-hara dapat dilihat di dalam proses penamaan calon di Sungai Acheh, Pulau Pinang yang tegang. Calon Pas dan PKR tidak ditentukan (sebelum penamaan) dan berlaku halang-menghalang di antara kedua-dua parti dan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku menurut komen daripada pemerhati bebas,” katanya.

    Noh berkata parti pembangkang seperti PKR diasaskan daripada gerakan demonstrasi jalanan, berbanding BN yang dilatih supaya tidak menggunakan kekecohan dan tidak mengambil tindakan atau keputusan sendiri bila berhadapan dengan kerenah penyokong pembangkang.

    Beliau mengarahkan jentera pilihan raya BN supaya melaporkan kepada jawatan kuasa pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya di setiap kawasan Parlimen yang dianggotai oleh wakil-wakil parti politik jika ada salah laku pihak pembangkang terutamanya semasa berkempen.

    Di kawasan Parlimen Tanjung Karang misalnya DAP tidak boleh meletakkan benderanya di situ kerana hanya Pas dan PKR sahaja yang bertanding dan beliau telah memberitahu jentera BN di sana supaya melaporkan perkara itu kepada jawatan kuasa pemantau.

    Noh, penyandang kerusi Parlimen Tajung Karang ditentang calon Bebas, penyanyi dangdut Herman Tino pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

    ReplyDelete
  2. noh oh noh no no no ini kali lah

    ReplyDelete
  3. PENGUNAAN PERKATAAN "BELI" MENCERMINKAN KETIDAKPASTIAN SEKALIGUS SATU PEMBOHONGAN MURAHAN PR YANG SEMAKIN TERDESAK. 5.5.2013 BAKAL MENYAKSIKAN KERAJAAN PR SELANGOR TERSUNGKUR.

    BN DULU,KINI & SELAMANYA PILIHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT.

    ReplyDelete
  4. Wang punya pasal...segala boleh trjadi. Cuma rakyat Selangor keseluruhn jgn trtipu dgn perangkap UMNO utk mnjahanmkn Selangor jika mereka brkuasa semula. Namun aku percaya, rata2 rakyat Selangor celik maklumat dan kerja giler UMNO memang sayugia diketahui umum. Bukan kata Selangor,kita tawan Malaysia hingga ke Kalabakan, Sabah. Insya allah.

    ReplyDelete
  5. AKU BENCI UMNO.......!!!!!!!!!! AKU BENCI PENCACAI UMNO TIADA OTAK........!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. AKU BENCI UMNO/BN........!!!!!!!!! LAGI BENCI PECACAI UMNO OTAK DAH MASUK AIR...TIADA FAKTA TAPI AUTA.

    ReplyDelete
  7. Sebelum najib bising mengenai infrasuktur di Selangor....selasaikan dulu masaalah air yg dah berlarutan 30 tahun di Pahang...jangan sampai org pahang turun kejalan raya hanya sebab masaalah air.....Tumbangkan

    ReplyDelete
  8. Yg patut janji dengan rakyat Selangor ialah ....akan lelong Villa Khir Toyol, duit tu bagi-bagikan kpd rakyat Selangor yg kena rompak dulu!! Ini baru sedap didengar?!!

    ReplyDelete
  9. Ramainya benci umnobn tapi baru sekarang ka kebencian ni timbul? Hairan sebab selama ini menang selesa saja BN pun.

    ReplyDelete
  10. Kita tengok sajalah % Mei nanti. Semuanya pasti akan terjawab juga :)

    ReplyDelete
  11. Rakyat tetap akan pilih BN

    PASIR GUDANG - Calon yang disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin rakyat akan tetap memilih Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum KE-13 (PRU-13) ini sekali gus menolak kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Nik Aziz sebelum ini dilaporkan berkata, kemenangan akan berpihak kepada pakatan pembangkang pada PRU-13.

    "Rakyat akan tetap memilih BN walau dalam apa juga keadaan sekali pun.

    "Sekarang ini musim berkempen, jadi dia (Nik Aziz) boleh kata apa sahaja dia nak kata, saya juga boleh berkata macam itu," tegasnya ketika mengulas mengenai perkara itu.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Usahawan-Usahawan Melayu Johor di sini sebentar tadi. - KOSMO!

    ReplyDelete
  12. Terlalu ramai yang menyakini BN menang hingga ada isu kononnya SPR sudah pun sedia untuk memenangkan BN. hhmmm, susah juga kalau politik kan:P

    ReplyDelete
  13. Siapapun yang menjadi pilihan majori, harap tolonglah buat perubahan ke arah yang lebih baik lagi. Perbaiki segala kelemahan yang ada dan pastikan keharmonian negara tetap kekal selamanya.

    ReplyDelete
  14. Kebencian kepada UMNO/BN akan menjadi VITAMIN kepada UMNO/BN.
    Benci tapi rindu juga.

    ReplyDelete
  15. Orang-orang yang membenci UMNO/BN inilah yang akan menghancurkan PR.
    Teruskan kebencian kamu di blog ini kerana jauh di sudut hati kamu. kamu sebenarnya suka kepada UMNO/BN.

    ReplyDelete
  16. Kehadiran lebih lima ribu pengundi kaum Cina di program kempen tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rakyat di Sungai Terentang, Batu 16 Rawang hari ini membuktikan bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasiona (BN)l kini semakin meningkat.

    ReplyDelete
  17. Najib yang juga merupakan pengerusi BN Selangor tiba kira-kira pukul 2.30 petang di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk dan disambut meriah oleh penduduk di situ yang kelihatan berasak-asak mahu bersalaman dengan beliau.

    ReplyDelete
  18. Beliau yang kelihatan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina di kawasan tersebut kemudiannya dengan rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan meriah yang diberikan dan disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang hadir.

    ReplyDelete
  19. Najib dalam ucapannya berjanji akan memberikan komitmen untuk membina dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan bagi masyarakat Cina dan India di kawasan Batu 16 Rawang, sekiranya mandat diberikan kepada BN untuk kembali mentadbir negeri Selangor pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 pada 5hb Mei ini.

    ReplyDelete
  20. Najib turut berjanji bahawa isu laluan kabel bervoltan tinggi, di mana laluannya akan melalui Kampung Sungai Terentang yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk, akan dialih laluannya sekiranya BN diberi kuasa untuk mentadbir semula negeri tersebut

    ReplyDelete
  21. dakwaan perlu ada bukti.. jgn main dakwa ja

    ReplyDelete
  22. Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

    ReplyDelete
  23. Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

    ReplyDelete
  24. Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

    ReplyDelete
  25. “Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  26. “Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah…tapi ia tidak mustahil,” katanya.

    ReplyDelete
  27. Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

    ReplyDelete
  28. “BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar…tapi untuk menang saya sangat yakin,” katanya.

    ReplyDelete
  29. Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi ‘simpanan tetap’ BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

    ReplyDelete
  30. “Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

    “Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung,” katanya.

    ReplyDelete
  31. Kalau menang pun menang nipis je.

    ReplyDelete
  32. Peluang pembangkang dan BN nampaknya 50-50.

    ReplyDelete
  33. “Kenyataan Najib jika BN dapat menakluki Selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB Selangor menunjukkan beliau tidak mempercayai calon MB Umno,”

    Masing-masing gilakan kuasa. Selangor ada banyak reserve. Inilah akibatnya.

    ReplyDelete
  34. Adakah Sabah tetap dalam tangan BN?

    ReplyDelete
  35. PRU berkait dengan mata duit adalah amat keji dan tidam berdemokrasi.

    ReplyDelete
  36. BN masih menang, cuma jumlah kerusi yang dicapai tidak sebaik yang dijangka.

    ReplyDelete
  37. beliau mempertikaikan niat sebenar Najib melancarkan kempen Sayangi Selangor.

    Semua kempen yang dilaksanakan ada juga motif dibelakangnya.

    ReplyDelete
  38. Banyak nya janji bee end...berangan la nak tawan selangor..!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.