Saturday, April 6, 2013

Untung sabut timbul, untung batu?

Setelah berteka teki dan membuat berbagai ramalan, akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pembubaran Parlimen untuk membolehkan rakyat Malaysia mempunyai kesempatan untuk memberi mandat serta memilih sebuah kerajaan yang baru.

Perdana Menteri yang tidak pernah mendapat mandat daripada rakyat itu memilih tarikh 3 April 2013 untuk membubarkan Dewan Rakyat kerana tarikh itu amat signifikan bagi dirinya kerana telah genap empat tahun beliau mengambil alih tampok pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Sehari selepas itu, beliau terus menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin bertanding di Perak dan menuduh Anwar melarikan diri dan mengabaikan para penyokong setianya di Permatang Pauh.

“Anwar tiada keberanian untuk mempertahankan kerusi parlimennya di Permatang Pauh. Tapi saya akan terus hidup dan mati bersama pengundi dan penduduk Pekan,” kata Najib

“Saya akan mempertahankan kerusi parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang ini, tidak seperti Datuk Seri Anwar yang akan mengabai dan meninggalkan para pengundi di Permatang Pauh.

“Saya tidak akan mimpi untuk meninggalkan Pekan. Saya akan hidup dan mati di Pekan,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat dengan ahli-ahli majlis tertinggi Umno dan presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 4 April lalu.

Berita terbaru, Anwar memilih untuk kekal bertanding dan mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh pada PRU13 ini setelah membatalkan hasratnya untuk bertanding di Lumut atau Tambun. Hasrat beliau untuk bertanding di Perak adalah atas strategi politik untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Perak.

Beliau mahu bersama pengundi setia dan penyokongnya yang telah banyak berkorban dengan memilihnya untuk menjadi wakil rakyat mereka untuk sekian lama walaupun berbagai halangan dan rintangan dihadapi Anwar daripada musuh-musuhnya.

Entah apa pula alasan atau komen Najib kali ini berhubung dengan keputusan Anwar untuk tetap bertanding di Permatang Pauh atau Anwar kini takut untuk keluar bertanding luar dari kawasannya.

Lim vs Ghani

Tetapi dalam PRU13, yang dianggap paling sengit kali ini, pertarungan hebat yang dinanti-nanti ialah di antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan prospek bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di parlimen Gelang Patah.

Lim, yang akan meninggalkan kawasan parlimen Ipoh Timur berkata, “saya telah membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah, bukan untuk diri saya atau DAP tetapi untuk rakyat dan negara ini.

Sementara Ghani, menteri besar selama empat penggal itu berkata, tidak….tidak…. tunggu dulu apabila diasak oleh para pemberitahu. Reaksi beliau ini menunjukkan beliau tidak pasti lagi kedudukannya walaupun beliau dipujuk oleh beberapa pemimpin Umno untuk menentang Lim di Gelang Patah.

Pada kira-kira jam 8.30 malam ini, Najib akan membentangkan manifesto BN pada suatu majlis di Stadium Putra, Bukit Jalil, dekat Kuala Lumpur yang akan memberi tumpuan kepada konsep ‘rakyat didahulukan’ dalam doktrin 1Malaysia.

Manifesto yang inklusif ini memberi fokus kepada usaha menggalakkan keadilan sosial, tanggungjawab fiskal dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi dan Najib menekankan bahawa manifesto ini tidak akan menyimpang jauh dari pelan transformasi yang diperkenalkannya.

Umno-BN, dulunya parti Perikatan tidak pernah tewas dalam PRU sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tetapi para pemimpinnya hari ini berdepan dengan Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga dalam PRU12 lalu.

Umno-BN parti tua, uzur

Parti pemerintah yang tua, uzur dan nyanyok ini sedang menghadapi cabaran paling getir dalam sepanjang perjalanan sejarah hidupnya dan kini berdepan kemungkinan disingkirkan oleh rakyat yang kini semakin matang dan sedar akan perlunya kepada perubahan yang bersifat total.

Apabila disebut Umno-BN ini merupakan sebuah parti yang tua, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cepat-cepat menafikannya. Beliau berkata, BN bukan sebuah parti yang tua seperti yang didakwa oleh pembangkang tetapi sebuah parti yang senantiasa menukar para pemimpinnya agar lebih bertenaga dan berwawasan.

Sebenarnya Umno-BN merupakan sebuah gabungan parti politik yang tua, uzur dan nyanyok berdasarkan kenyataan para pemimpinnya yang sering membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya dari Pakatan Rakyat.

Apabila mereka terlibat dengan salah guna kuasa, mereka menuduh pemimpin Pakatan yang terlibat dengan salah guna kuasa. Apabila mereka kuat mengamalkan rasuah, mereka akan mencari bukti-bukti untuk mencuba memalitkan pemimpin pembangkang dengan perbuatan rasuah.

Apabila negeri-negeri di bawah pentadbiran Umno-BN setiap tahun mencatat defisit kewangan yang teruk, mereka menuduh para pemimpin Pakatan tidak pandai memerintah negeri-negeri Pakatan yang terdiri dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Mereka mendakwa negeri-negeri Pakatan gagal menarik para pelabur luar untuk membuat pelaburan walaupun pada hakikatnya negeri Selangor dan Pulau Pinang telah mendahului negeri-negeri lain dalam menarik pelaburan asing dan pengurusan kewangan negeri mendapat pujian dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Apa sahaja keburukan, penyelewengan dan salah guna kuasa yang mereka lakukan, mereka cepat-cepat menuding jari dan melontar kembali segala penyelewengan itu dan melemparkan tuduhan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang sebagai langkah menyembunyikan keburukan mereka itu.

Itulah tingkah laku dan tabiat buruk mereka. Kadang-kadang nak ketawa pun ada. Kedudukan Umno-BN kali ini ibarat ‘telur di hujung tanduk’ dan untung sabut timbul, untung batu? -FMT

88 comments:
Write comments
  1. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  2. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  3. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  4. UMNO/BN sudh buruk!! Pemimpin UMNO/BN sudh dila tdk trim hakikat rakyat menolak kpimpinan umno/bn krn mereka Zalimmmmmm, rasuahhhh, penipuuuu,fitnahhh, putrbelitttt hari2,pgkhianatttt, slh gnkuasa!!!! Datk Najib kata tdk mengenal perempuan Monggolia Altantuyah TETAPI ada gambar Najib bersama2 Altantuyah sedg makn bertiga dg Razak baginda di Sebuah restoran termuka!!! NAJIB KATA LG, Saiful Bahalul datg jumpa Najib urusan Biasiswa?....apa potgan saiful jumpa najib, tiadakah pgawai dn pgarah urusan biasiswa?....TETAPI selepas saiful Bahalul jumpa telah membuat kenyataan LAKNAT bersumpah mgaku diliwat oleh DSAI????????????.......ORG YG BODOH DN GILA SJ YG MH SOKONG UMNO/BN

    ReplyDelete
  5. Dulu sy dn klrga sokg dn Undi UMNO/BN tetapi skrg dn selamanya Sudh tolak dn benci pd pemimpin UMNO/BN hri2 tipu dn berbohong, memitnah, puterbelit,tipu rakyat, salah gnkuasa, pgkhianat, Zalimmmmm!!!!! Siapa bunuh tmbak altantuyah?....setelah ditmbak mati tdk puas hati dibom, Siapa benarkan mayat altantuyah dibom guna BOM C4?........rakyat yg berakal dn bijak mesti tahu kuasa itu hnya ada pd PM dn Menteri Pertahanan!!!! BERDOSA besar sesiapa sj sekongkol dg perbuatan pemimpin Zalimmmm dn Pgkhianat, Salah gunakuasa!!!!!. UMNO/BN dn PEMIMPIN UMNO/BN sudah tak relevan hari ini dn selamanya!!!!. Kita berlu bersatu hapuskan UMNO/BN dn TOLAK PIMPINAN UMNO/BN MESTI TUKARRRRR undi PAKATAN.

    ReplyDelete
  6. Pemimpin UMNO/BN BACUL dn PENGECUT. Kenapa Datuk Najib TAKUT DEBAT dg DSAI?.....

    ReplyDelete
  7. Sabah dn Sarawak perlu buat perubahan kali ini. Tiada alasan lg untk buat perubahan TOLAK UMNO/BN Rakyat disemenanjung Malaysia lbh maju daripd SABAH dn SARAWAK sudah mnjdi SUARA RAMAI TOLAK UMNO/BN. Kerajaan UMNO/BN tdk gunakn UNDANG2 yg telus. Pemimpin UMNO/BN rasuah, slh gnkuasa dn Zalimmmmmmm!!! Knap Najib TAKUT DEBAT dg Datuk seri Anwar Ibrahim?.........

    ReplyDelete
  8. Saya pilih BN kerana:
    1. Lebuhraya Tenom Beaufort melalui sungai Padas yang Mahathir lakukan pecahtanah lebih 10 tahun lalu merupakan lebuhraya yang tercantik di dunia.
    2. Hospital Kinarut yang Rosnah Shirlin janjikan berdiri megah mengalahkan ketinggian Menara Petronas.
    3. Lebuhraya utara selatan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak mempunyai 20 lorong yang tercantik di dunia.

    ReplyDelete
  9. headhunter said...dalang penceroboh lidah syaitan.

    ReplyDelete
  10. Mereka tidak boleh datang berkempen diri ataupun parti menggunakan kereta ataupun apa sahaja harta awam. Bukan semua sokong BN ataupun Pakatan. Jika yang pro-BN reda, yang pro-Pakatan mungkin tidak reda. Jika yang pro-Pakatan reda, yang pro-BN mungkin tidak reda. Jika kedua pihak reda meredai dalam membelasah harta awam, mungkin mereka yang tidak pro BN atau Pakatan tidak reda. Maka, mereka jangan khianat amanah yang diberikan di tangan mereka.Demikian juga media awam yang dibayar oleh harta kerajaan, hendaklah bebas dari kepentingan mana-mana parti politik. Sekian lama sejak merdeka, pihak penguasa sering ‘merembat' habis-habisan media-media awam ini, termasuk TV Hijrah yang kelihatan ‘agama' yang turut digunakan untuk kempen. Padahal ia dibiayai oleh harta awam yang menjadi milik bersama.

    **Khianat..

    ReplyDelete
  11. ADA YANG MEROYAN BILA IDOLANYA DIKUTUK, DIMAKI DAN DIHINA.. ADAT BERPOLITIK MEMANG BEGITULAH BRO..

    ReplyDelete
  12. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Pakatan Rakyat sering menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti kronisme dan mengamalkan budaya nepotisme, sedangkan realiti memperlihatkan bahawa pembangkang itu yang sebenarnya adalah pengamal kuat ajaran nepotisme bagi mengekalkan pengaruh mereka dalam parti masing-masing.

    ReplyDelete
  13. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Perkara itu jelas apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menamakan anaknya sendiri, Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon di kerusi Rantau Panjang, yang sebelum ini disandang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yussof. Siti Zailah juga telah dipindahkan ke Parlimen Jeli untuk menetang Datuk Seri Mustapha Mohamed di kawasan “hitam” untuk PAS.

    ReplyDelete
  14. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Malah, turut difahamkan sumber dalaman parti, wujud perselisihan dalaman apabila keputusan Nik Aziz itu tidak dipersetujui Siti Zailah apabila menolak keputusan berkenaan kerana tindakan itu seolah-olah untuk menamatkan karier politik ketua dewan muslimat berkenaan.

    ReplyDelete
  15. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    PKR juga difahamkan akan menurunkan “keluarga Anwar Ibrahim” untuk bertanding apabila bukan setakat Ketua Pembangkang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, dan Nurul Izzah Anwar akan bertanding, pembangkan itu dijangka akan turut mencalonkan seorang lagi anggota keluarganya, Nurul Nuha Anwar untuk turut sama bergelumang dalam kancah politik mereka.

    ReplyDelete
  16. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Tindakan itu amat jelas menunjukkan Anwar mahu mengekalkan legasi keluarganya dalam parti bagi memastikan pengaruhnya tidak terkubur. Jangan terkejut jika suatu hari nanti, menantu dan cucunya juga akan bertanding dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  17. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Tidak cukup dengan PAS dan PKR, DAP juga dijangka akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini. Malah, veteran DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, juga tidak terkecuali bekecimpung dalam politik, dan turut difahamkan, anak karpal, Jagdeep Singh juga akan turut dicalonkan sebagai calon untuk PRU 13.

    ReplyDelete
  18. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Jelas sudah di mata rakyat Pakatan Rakyat adalah parti keluarga dan pemimpin mereka akan memastikan dinasti mereka dalam parti akan tetap subur tanpa ada perasaan bersalah terhadap ahli dan anggota parti yang bertungkus lumus untuk perjuangan dan matlamat parti.

    ReplyDelete
  19. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya.

    ReplyDelete
  20. JIKA BN PARTI TUA, PAKATAN RAKYAT PULA PARTI ANAK BERANAK

    Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang di bawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya? Semua contoh di atas jelas membuktikan: Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!

    ReplyDelete
  21. Anwar keliru nk bertanding di mana kerana dia takut kalah.. haaha

    ReplyDelete
  22. Dalam ucapannya yang memulakan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Perdana Menteri berkata beliau bermula dari bawah dan mendaki tangga kejayaan satu persatu sebelum mencapai kedudukan yang beliau miliki hari ini.

    ReplyDelete
  23. “Saya pun dah lama dalam kerajaan…daripada rambut hitam lebat sampailah rambut macam hari ini. Saya naik satu per satu, step-by-step. Dan saya tak tikam sesiapa dari belakang.

    ReplyDelete
  24. “Sebab salah satu prinsip dalam perjuangan adalah kesetiaan kepada ketua. Saya telah berkhidmat kepada tiga perdana menteri dan saya setia kepada tiga perdana menteri,” katanya.

    ReplyDelete
  25. Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  26. Najib dalam pada itu berkata pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.

    ReplyDelete
  27. Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.

    ReplyDelete
  28. “Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri. Ini bukan saya kata. Ini rakan lamanya,” katanya

    ReplyDelete
  29. Datuk Dr Sidek Baba merupakan bekas rakan karib Anwar yang sama-sama berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang bertindak meninggalkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini kerana tidak lagi yakin dengan kredibilitinya.

    ReplyDelete
  30. Tegas Najib, bukti Anwar semakin hilang sokongan juga dapat dilihat apabila daripada 34 pemimpin yang menubuhkan PKR kini hanya tinggal dua orang.

    ReplyDelete
  31. “Kalau orang yang tubuhkan parti sendiri sudah hilang kepercayaan, takkan rakyat tertipu untuk beri sokongan kepada pemimpin yang tiada track record dan kredibiliti,” kata Najib.

    ReplyDelete
  32. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  33. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  34. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  35. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  36. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  37. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  38. Tan Sri Muhyiddin Yassin warned the Barisan Nasional (BN) machinery today against complacency, admitting that beating Pakatan Rakyat (PR) in the coming polls contest would not be an easy task.

    The deputy BN chairman said the opposition will be fighting tooth and nail to achieve its Putrajaya goal this time around and would not give up so easily.

    ReplyDelete
  39. “We have to be ready because it will not be easy to get the opposition to surrender,” he told BN members when launching the pact’s Batu parliamentary command centre here.

    Muhyiddin told party workers to work their hardest to draw more support for BN, adding they should not give up as long as victory is not yet on their side.

    ReplyDelete
  40. “Do not sleep until the very final day. Only once we have won, you can sleep for however long you like... but as long as victory is not in our hands, we have to be alert... do not allow our enemies to sneak up on us and influence our voters,” he told some 500 at the function this evening.

    “Let us go down to every area, ask how people are, their problems, and if they respond, then it is not impossible for Batu to return to BN,” he said, referring to the Batu parliamentary seat held by PKR vice-president Chua Tian Chang since Election 2008.

    ReplyDelete
  41. The country’s number two also warned party members not to take any issue lightly, reminding them that the voters are the “kings” who would determine BN’s fate in the coming polls.

    “But we cannot assume that everything would be so easy, the voters will be the determinants, the voters are the king, they could do whatever they like... even without reason, because no one can force them to choose a party,” he said.

    ReplyDelete
  42. Before launching the command centre, Muhyiddin, in his visit to the Batu constituency, enjoyed some teatime snacks with the voters of Kampung Padang Balang in Sentul.

    He said all BN component parties need to stay cohesive and cooperative among one another despite their differences, adding that this would help keep the pact strong.

    ReplyDelete
  43. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  44. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  45. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  46. pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

    Tindakan pemimpin pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

    Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan langkah pemimpin pembangkang yang rata-ratanya mencari kawasan baharu yang selamat dan selesa sebagai tindakan pengecut menghadapi pengundi di kawasan asal

    ReplyDelete
  47. pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

    “Mereka takut. Mereka berhijrah kerana tahu di tempat asal mereka tidak dapat sokongan kerana tak pernah berkhidmat. Mereka hanya pandai cakap, fitnah tetapi tidak pernah berkhidmat seperti mana yang dilakukan oleh wakil rakyat BN.

    “Sebab itu mereka lari daripada kawasan asal. Mereka tidak boleh berdepan dengan rakyat. Kalau mereka bertanding semula di tempat asal, mereka akan

    ditolak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan anjuran Tenaga Nasional Berhad hari ini.

    ReplyDelete
  48. pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

    Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata rakyat yang memberi peluang kepada pembangkang pada pilihan raya lepas, kini ternyata menolak kepimpinan mereka selepas menyedari hanya kerajaan BN mampu menunaikan janjinya.

    Beberapa pemimpin pembangkang, antaranya, penasihat DAP Lim Kit Siang melahirkan hasrat meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timur untuk bertanding di Johor.

    Begitu juga Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyuarakan keinginan meninggalkan Parlimen Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.

    ReplyDelete
  49. pembangkang yang ingin mencuba nasib di kawasan baharu pada pilihan raya umum ke-13 jelas menunjukkan mereka takut ditolak rakyat selepas gagal berkhidmat dan membawa pembangunan sejak 2008.

    “Kita cabar mereka bertanding semula di kawasan masing-masing, khususnya yang bertanding di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Kenapa nak lari,” kata Tengku Adnan.

    Beliau berkata BN sedia menghadapi mana-mana calon pembangkang selepas membuktikan kemampuannya membawa pembangunan dan kejayaan sejak negara mencapai Merdeka lagi, dan rakyat yakin terhadap kepimpinan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  50. Jangan Jadikan PRU-13 Sebagai Eksperimen Berasaskan Drama Dan Cerita Karut

    Rakyat diingatkan agar tidak membuat eksperimen pada pilihan raya umum ke-13 nanti berasaskan cerita karut marut dan drama yang akan dipertontonkan oleh pembangkang sebaliknya membuat pilihan secara bijak dan berteraskan kepada realiti yang sebenar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Tajudin Abdullah berkata pembangkang yang tidak senang duduk dan panas punggung dengan pelbagai transformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Najib hari ini tentunya tidak akan berdiam diri dan akan berusaha sedaya upaya untuk menenggelamkan kejayaan transformasi berkenaan.

    ReplyDelete
  51. Jangan Jadikan PRU-13 Sebagai Eksperimen Berasaskan Drama Dan Cerita Karut

    Justeru katanya rakyat khususnya pengundi tidak perlu beremosi sebaliknya melihat secara jujur dan menyeluruh cerita-cerita yang didendangkan supaya pilihan mereka kelak bebas dan berteraskan kepada yang hakiki.

    “Tidak pelik berita-berita menarik akan keluar tetapi apakah ianya benar-benar sesuatu yang realiti kerana dalam keadaan terdesak apa sahaja boleh berlaku dalam usaha menjayakan matlamat serta impian.

    “Begitu juga dengan cerita-cerita serta isu lama yang tentunya akan dikitar semula…Setelah terjerat dengan manifesto sendiri yang tidak tertunai sepenuhnya, mereka akan mencari jalan untuk menutup lubang yang terbuka luas itu.

    ReplyDelete
  52. Jangan Jadikan PRU-13 Sebagai Eksperimen Berasaskan Drama Dan Cerita Karut

    “Saya percaya budaya sebegini akan berlaku…Sebab itulah saya minta rakyat khususnya pengundi janganlah mudah termakan dengan segala berita yang hanya mempunyai tujuan untuk menanam kebencian kepada pihak lawan,” katanya.

    Beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Sik seterusnya menambah UMNO khususnya BN tidak akan sama sekali terikut atau terperangkap dengan taktik-taktik pembangkang menjelang PRU 13 ini.

    ReplyDelete
  53. Jangan Jadikan PRU-13 Sebagai Eksperimen Berasaskan Drama Dan Cerita Karut

    “BN daripada dulu lagi meletakkan rekod pentadbiran dan perkhidmatan sebagai senjata berdepan rakyat. Kita bukan parti umpan janji kosong atau parti cari salah orang lain.

    “Dan kita juga bukanlah sebuah parti yang mereka cerita untuk tatapan rakyat sebaliknya mengetegahkan bersama bukti dan rekod sepertimana yang terkandung di dalam Janji Ditepati. Transformasi dan pelbagai pembaharuan lain adalah kunci utama BN dalam usaha mendapatkan kepercayaan rakyat,“ ujarnya

    ReplyDelete
  54. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  55. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  56. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  57. headhunter said..dalang penceroboh, lidah syaitan

    ReplyDelete
  58. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  59. headhunter said..,Otak pemimpin UMNO ni Otak Copy & Paste je..LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  60. Sama sama kita kasi tombang sama parti OMNO .!!!

    ReplyDelete
  61. Headhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  62. Headhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  63. Headhunter said..OTAK COPY & PASTE, PENGKIANAT,LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  64. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  65. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  66. Headhunter & Balaci said:- FITNAH 1 MALAYSIA, LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  67. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  68. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  69. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  70. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  71. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  72. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  73. Apa ni, lidah syaitan la, fitnah 1 malaysia la...

    chill la, apa kata minum2 kopi dulu...

    ReplyDelete
  74. Kalau Najib kalah pun, banyak lagi yg boleh menggantikannya..

    BN ramai pemimpin yg berkaliber, jgn bimbang...

    Kalau PR tu, hahahaha Cina saja la yg banyak...

    ReplyDelete
  75. Rakyat sebagai pengundi dalam PRU-13 mempunyai tugas dan tanggungjawab yang penting dan amat besar.

    ReplyDelete
  76. Rakyat juga akan ditanya jika tersalah memilih pemimpin mereka yang tidak amanah. Beberapa sifat baik seperti amanah, jujur dan sentiasa memikirkan kebaikan terhadap perkhidmatan rakyat tentunya akan menjadi pilihan.

    ReplyDelete
  77. Sebagai pengundi dan pemilih kepada pemimpin, wajarlah seseorang itu memerhati dengan mata hati; merenung jauh dengan bijaksana akan pemimpin yang bakal dipilih memimpin mereka.

    ReplyDelete
  78. Jika tersalah pilih selama lima tahun rakyat akan menerima tempias dan kesannya.Justeru, pemimpin yang amanah akan melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. Seseorang pemimpin itu tidak akan mengecewakan dan menghampakan harapan orang yang memberikan kepercayaannya. Begitulah sepatutnya dengan pemimpin politik masa kini.

    ReplyDelete
  79. Pemimpin sepatutnya tidak akan menghampakan harapan orang yang memberikan kepercayaan kepadanya khususnya rakyat dan pengundi.Pemimpin yang amanah akan menjaga imej dirinya, menjaga kerjanya seperti tidak menyalahgunakan wang rakyat.

    ReplyDelete
  80. Seseorang pemimpin akan merahsiakan sesuatu perkara yang diamanahkan kepadanya.Pemimpin yang amanah sentiasa bercakap benar, menunaikan janji-janjinya serta mendukung slogan dan kata-kata “Bersih, Cekap dan Amanah”. Banyak kalangan pemimpin politik yang kadang-kadang bercakap dan berjanji tetapi tidak menunaikan janji.

    ReplyDelete
  81. Sikap amanah perlu dijadikan pegangan hidup setiap mereka yang ingin menjadi pemimpin.Sebagai contoh bersikap amanah dalam organisasi pentadbiran atau kegiatan politik. Sikap amanah ini juga adalah sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

    ReplyDelete
  82. Janji-janji dalam manifesto parti dalam PRU13 juga adalah amanah yang mesti ditunaikan.Jika janji dalam manifesto parti pada PRU12 lalu belum ditunaikan, rakyat pastinya akan menanti dan memastikan, sama ada janji tersebut sudah dilaksanakan atau belum. Jangan janji sampai memakan diri dan parti.

    ReplyDelete
  83. Justeru, pemimpin yang amanah dan menunaikan banyak kemahuan dan perkhidmatan untuk rakyat pasti akan dipilih oleh rakyat dalam PRU13. Mereka yang tidak mempunyai sikap ini akhirnya lambat laun akan ditolak oleh rakyat sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  84. Keistimewaan seseorang pemimpin adalah apabila berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. Sikap pemimpin yang amanah adalah pada menyempurnakan satu tanggungjawab yang hebat dan mulia.

    ReplyDelete
  85. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  86. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  87. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  88. Kenapa najib TAKUT abisssssssssssss mahu berdebat dengan Anwar?? kalo si najib betul2 mau mempertahankan umNO/bn sila la berdebat mempertahankan manifesto masing2 dan sila la najib serlahkan lah kepimpinan sebagai PM Malaysia pada masa debat tersebut...biar rakyat nilai sendiri (Rakyat sekarang ni bukannya bodoh)...

    p.s kalo mo cari LIDAH SYAITAN ada tu melekat kat mulut Ini hantu >>>>>>>>>>>>>headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.