Saturday, April 27, 2013

Video BN gelabah, indikator jelas Putrajaya dah goyang

Sumber Umno memberitahu Harakahdaily pertandingan yang paling dirisaukan para pemimpin tertinggi Umno-BN kali ini ialah Putrajaya dan Gelang Patah.

Persaingan kerusi di Putrajaya, katanya, semakin memihak kepada calon PAS iaitu Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

“Umno-BN gelabah sehingga mengenakan pelbagai tekanan pada penjawat awam di sana untuk menghindarkan mereka menghadiri ceramah Husam. Tapi semakin ditekan, semakin ramai penjawat awam yang setiap hari bertanya mengenai sambutan ceramah Husam.

"Ramai tak? Berapa ramai? Itulah soalan yang ditanya tiap-tiap malam oleh penjawat awam yang tidak berani hadir ceramah Husam kerana takut dikenakan tindakan oleh ketua jabatan,” kata sumber Umno itu.

Semalam, Husam melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan satu maklumat yang diterimanya berhubung ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat-sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk-penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Beliau berkata situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Menjawab persoalan Harakahdaily mengapa Umno harus gelabah di Putrajaya sedangkan itu kubu kuat mereka, sumber Umno itu menyatakan kerana mood di ceramah Husam sungguh memberi inspirasi ke arah perubahan.

“Sesiapa saja hadir akan terpukau dan akan tergerak hatinya untuk mengundi PAS dan Pakatan Rakyat kali ini,” katanya lagi.

Sumber Umno itu turut menyatakan bahawa pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir bakal bertandang ke Putrajaya tidak lama lagi untuk menyelamatkan calon mereka Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Muhyiddin dah turun ke Putrajaya dan terus serang Husam. Selepas ini Najib dan Mahathir akan datang menyerang Husam, itulah indikator Putrajaya dah goyang,” katanya.

Hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) yang menyatakan populariti Najib lebih rendah berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siapa lebih layak menjadi Perdana Menteri telah memberikan keyakinan untuk penjawat awam untuk membuat keputusan.

“UMCEDEL dah bagi bayangan Umno-BN akan tumbang. Kalau ada kakitangan kerajaan di Putrajaya yang sebelum ini takut undi Husam, ketakutan itu semakin berkurangan.

"Mereka dah berbisik sesama sendiri - nak takut apa, saya undi untuk kerajaan, tapi kerajaan yang baru. Mereka undi menyokong kerajaan baru, jadi apa nak takut?” katanya dengan berseloroh.

Sumber Umno itu turut memuji kenyataan bersama Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memberi jaminan kepada para kakitangan awam yang dianiaya akibat politik kotor dan peras ugut ini akan dibela oleh Pasukan Guaman PAS dan Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang berada di Putrajaya.

“Pengumuman itu sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh warga Putrajaya,” kata beliau, yang yakin ada YB Putrajaya yang baru selepas 5 Mei ini. -HD

54 comments:
Write comments
  1. kata hanya perlu takut pada kekuasaan ALLAH.bukan sesama manusia.kita hanya perlu hormat menghormati pada sesama kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, pada penyokong pr yg mana mempunyai masalah boleh memberitahu pada mana2 kawasan pr n kami pr akan cuba membantu n jangan takut pada mana2 pihak yg mengugut . inikalilah masa yg paling baik utk tukar kerajaan n ubah corak pemerintahan yg lebih adil pada semua. kami pr harap semua rakyat bersatu hati demi perubahan utk masa depan yg lebih cerah n kebajikan rakyat akan dibela tanpa mengira bangsa n agama. amin.

      Delete
  2. UMNO yang diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu bahawa UMNO memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci. UMNO ingin menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dan tidak terlibat langusng.

    ReplyDelete
  3. Dalam writ itu, UMNO menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

    ReplyDelete
  4. UMNO memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap UMNO dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

    ReplyDelete
  5. UMNO mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

    ReplyDelete
  6. UMNO juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah UMNO di ceramah awam di markas Pas Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai UMNO di laman portal HarakahDaily.net.

    ReplyDelete
  7. UMNO mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa UMNO yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, UMNO sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

    ReplyDelete
  8. Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO tanpa menghiraukan sensitiviti.

    ReplyDelete
  9. UMNO berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.

    ReplyDelete
  10. UMNO mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

    ReplyDelete
  11. Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.

    ReplyDelete
  12. UMNO mendakwa pada 15 April lepas, UMNO melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

    ReplyDelete
  13. Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi UMNO telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia.

    ReplyDelete
  14. Budaya mengancam dan mengugut sudah diangkat menjadi antara kaedah terpenting untuk menggegarkan iman dan prinsip pihak yang tidak mahu lagi bersubahat dan meneruskan perjuangan mereka bersama Anwar.

    ReplyDelete
  15. Harun Din yang baru menyatakan hukum kufur secara umum dan tidak merujuk pun secara spesifik kepada sesiapa tentang kesalahan berkongsi kalimah Allah, sudah diserang, dihina dan diugut oleh pihak PKR.

    ReplyDelete
  16. Dr Sidek Baba yang baru bersedia menyatakan prinsip dan perkara sebenar kenapa dia meninggalkan Anwar sedang diserang, diancam dan difitnah. Malah ancaman dan ugutan turut diterima oleh isteri beliau.

    ReplyDelete
  17. Kebenaran semakin hari semakin jelas dan diperlihatkan satu persatu. Kebenaran siapa yang sebenarnya perasuah, siapa sebenarnya yang menyekat kebebasan akhbar, siapa raja konspirasi, siapa sebenarnya raja fitnah dan dusta, siapa raja segala pembohongan, siapa raja penyelewengan dan raja membeli sokongan dengan habuan wang sudah dilihat meletus satu persatu.

    ReplyDelete
  18. Para pemimpin pembangkang sedang mengelupur dan mabuk seperti ikan kena renjatan elektrik yang di “switch on” sendiri. Akibat dari terlalu banyak memasang pendawaian fitnah dan dusta secara haram dan membuat “looping” di sana sini, telah menyebabkan sistem pendawaian rumah pakatan semakin tidak selamat untuk didiami. Seorang demi seorang penghuni rumah pakatan telah terkena renjatan elektrik.

    ReplyDelete
  19. Inilah kesan dan akibat dari terlalu banyak berbohong, melakukan fitnah dan kerja-kerja subversif haram sehingga puak mereka sendiri terkeliru dan terperangkap dengan jerat yang terlalu banyak dipasang sendiri di sana sini.

    ReplyDelete
  20. Gara-gara terlalu banyak memasang jerat untuk memerangkap lawan, hingga jerat yang dipasang sendiri tidak lagi dapat dikesan. Akhirnya pemimpin mereka sendiri yang lebih banyak terkena jerat yang dipasang sendiri.

    ReplyDelete
  21. Segala isu yang direka untuk memerangkap UMNO akhirnya terkelepuk ke muka sendiri. Anwar memasang jerat mengumumkan untuk pindah bertanding di Perak, akhirnya Lim Kit Siang yang terjerat di Gelang Patah. Wan Azizah terjerat di Selangor dan Chua Jui Meng terperosok ke Segamat.

    ReplyDelete
  22. Anwar memasang jerat di Lahad Datu menggunakan sumpit sulu, akhirnya Tian Chua yang terkena sumpitan beracun hingga kepanasan dan tidak boleh duduk diam di Parlimen Batu.

    ReplyDelete
  23. Anwar yang memasang jerat pelentik di Pahang, akhirnya Dato Fauzi Abdul Rahman yang kaki tergantung ke atas kepala ke bawah.

    ReplyDelete
  24. DS Najib yang mahu diperangkap menggunakan jerat Monggolia jenis “Altantuya”, akhirnya Anwar sendiri yang terperangkap tidak berpakaian di hotel-hotel bersama pasangan yang kadang-kadang jantan dan kadang-kadang betina.

    ReplyDelete
  25. Nik Aziz yang memasang perangkap di pergentingan yang sempit untuk menghalang orang ramai dari mendekati UMNO dengan mengatakan undi UMNO haram dan tidak beroleh pahala, akhirnya Mustafa Ali yang didapati bertuala dan berbogel bersama pasangan betinanya.

    ReplyDelete
  26. Mereka memasang perangkap jenis “janji” bulan dan bintang, akhirnya mereka sendiri yang terjerat dengan msnifesto sendiri yang tidak berpijak di bumi nyata.

    ReplyDelete
  27. Akibat terlalu ghairah mahu mengatasi BN dalam “menjanjikam harapan rakyat, akhirnya mereka tidak sedar telah terciplak segala dasar yang telah lama BN dilaksanakan BN.

    ReplyDelete
  28. Jerat tol percuma, jerat turun harga kereta dan jerat rumah mampu milik yang dipasang, tiada satu pun yang “mengena”. Semua orang sudah tahu di mana lokasi mereka memasang jerat. Akhirnya pakatan sendiri yang terperangkap dengan jerat AKUJANJI yang dipasang BN.

    ReplyDelete
  29. Sekarang pakatan rakyat sudah haru biru dan kelam kelibut. Masing-masing PAS, DAP dan PKR sedang menyelamatkan kedudukan masing-masing.

    ReplyDelete
  30. Dalam keributan menyelamatkan kedudukan masing-masing, DAP terhantuk kepala dengan PKR. PAS kena sakit “berak-berak” kerana terlalu banyak makan makanan beracun yang dihidangkan PKR. Muka PKR pula “terjerembab” ke “air kumbahan” kerana kaki tersadung tunggul yang dipasang DAP.

    ReplyDelete
  31. Beginilah gambaran yang sedang berlaku terhadap pakatan yang sedang berangan-angan untuk menduduki Putrajaya.

    ReplyDelete
  32. Kalau ada rakyat yang mahukan parti keluarga komando KYJELLY69 ini mengambilalih Putrajaya dipersilakan dengan segala hormatnya…

    ReplyDelete
  33. Kalau sebelum ini ketidaksepakatan antara PAS, PKR dan DAP hanya dikesan dari segi ideologi dan pendirian berhubung isu tertentu, rapuhnya pakatan tiga parti itu lebih terserlah pada hari penamaan calon

    ReplyDelete
  34. Memang perbezaan ideologi dan pendirian berhubung sesuatu isu adalah lumrah dalam kalangan mana-mana pakatan politik, apa lagi di sebuah negara majmuk seperti Malaysia.

    ReplyDelete
  35. Bagaimanapun apabila ketidaksefahaman antara mereka melarat hingga sanggup berlawan sesama sendiri, ia bukan lagi boleh dipanggil sebuah pakatan. Malah ia menimbulkan persoalan apakah pakatan yang diuar-uar selama ini hanya dalam kalangan pemimpin tertinggi, bukannya pada peringkat akar umbi

    ReplyDelete
  36. Itulah yang berlaku di sebuah kerusi Parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan calon PAS dan PKR sama-sama bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  37. Di kerusi Parlimen Labuan, calon PKR, Ibrahim Menudin dan calon PAS, Hadnan Mohamad menentang calon BN, Rosman Isli. Di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, pula, calon BN, Mahmud Zakaria ditentang oleh calon PKR, Badrul Hisham Shahrin dan calon PAS, Yusni Mat Piah.

    ReplyDelete
  38. Di Terengganu yang secara tradisinya PAS lebih dominan berbanding PKR menyaksikan tiga kerusi DUN ditandingi oleh calon daripada kedua-dua parti, iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

    ReplyDelete
  39. Di Bukit Besi, Roslan Ismail (PAS) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR) menentang calon BN, Roslee Daud; di Kota Putera, calon BN, Mohd Mahdi Musa ditentang Adam Mat Said (PAS) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR); dan di Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (BN) dicabar serentak oleh Zakaria Dagang (PAS) dan Ahmad Nazri Mohd Yusoh (PKR).

    ReplyDelete
  40. Turut berlaku pertembungan antara kedua-dua parti itu ialah di kerusi DUN Panti, Johor, yang mana calon BN, Datuk Mahmud Zakaria berdepan dengan Azlisham Azahar (PAS) dan Mohd Annuar Mohd Salleh (PKR).

    ReplyDelete
  41. Di DUN Kota Damansara, Selangor pula, PAS turut meletakkan calonnya, Ridzuan Ismail menentang calon BN, Halimaton Saadiah Bohan walaupun PKR meletakkan pemimpin PSM, Dr Mohd Nasir Hashim sebagai calonnya di situ.

    ReplyDelete
  42. Kegagalan mencapai kata sepakat di antara PAS dan PKR sehingga calon masing-masing bertembung bukan saja memberi kelebihan kepada calon BN, tetapi mengukuhkan anggapan umum bahawa perpecahan dalam kalangan pakatan pembangkang semakin teruk.

    ReplyDelete
  43. Ketidaksefahaman di antara ketiga-tiga parti ini dikesan sejak sebaik saja mereka mencatat kemenangan besar dalam sejarah pembangkang di negara ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

    ReplyDelete
  44. Malah sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang, Kedah dan Selangor, kerajaan pakatan ketiga-tiga parti itu tidak pernah sunyi daripada perbalahan sesama sendiri sehingga ada yang meletak jawatan dalam kerajaan dan keluar atau dipecat oleh parti.

    ReplyDelete
  45. apa pun kenyataan nya BN perlu di ganti.kita kena terima hakikat bahawa rakyat amat ingain kan perubahan kepimpinan bagus juga kita coba 5 tahun saja kan

    ReplyDelete
  46. Kedatangan TGNA itu tentu sekali memberikan banyak sokongan tambahan kepada Husam Musa dan tidak terkejut jika Husam akan memenangi kerusi Putrajaya dalam pilihanraya nanti. Itu bermakna Tengku Adnan akan menghadapi kekalahan dan niat beliau untuk menghilangkan ‘deposit’ Husam itu hanyalah mimpi di siang hari sahaja.

    ReplyDelete
  47. Aku nak trgelak baca forumer anonymous yg banyak2 kat atas..UMNO itu le UMNO ini le. Dr atas sampai bawah mcm giler meroyan pulak tulisannyer. Mngkin gambaran yg UMNO dah meroyan kot??

    ReplyDelete
  48. KAKI TANGAN KERAJAAN ADALAH PELAKSANA DASAR-DASAR KERAJAAN. KAKITANGAN KERAJAAN TAHU YANG MANA KACA DAN YANG MANA INTAN. KEBAJIKAN KAKITANGAN KERAJAAN TERPELIHARA DI BAWAH KERAJAAN BN. MEREKA MENDAPAT KENAIKAN GAJI YANG LUMAYAN, MENDAPAT BONUS YANG LUMAYAN.MENDAPAT GANJARAN DAN PENCEN BULANAN SEMASA BERSARA.

    PAKATAN RAKYAT BAGI APA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN??? BAGI BULAN(LAMBANG PAS)??? BAGI ROKET (LAMBANG DAP??? BAGI MATA (LAMBANG PKR???

    BULAN - TAK TERCAPAI OLEH TANGAN.
    ROKET - MENJUNAM DI LAUT CHINA SELATAN
    MATA - MATA APA?? TAHI MATA ADALAH.







    ReplyDelete
  49. headhunter,anda baru bljr berpolitik.. belum pun cukup 4 penggal sbg menggundi..sila buat pencerahan minda..

    ReplyDelete
  50. PR memang tak bg apa pd peg kerajaan,mereka tu bukan kerajaan. BODOH. Aku ingat lagi kat Mentakab ,Pahang beberpa tahun lepas. PAS nak buat kempen derma darah utk Tabung darah Hospital Mentakab pon, Pengarah Hospital tak berani. Sebab takut kena 'showcause letter' dr KP Kesihatan Malaysia. Ini kau tanya apa yg PR bg pd kktgn kerajaan. Cuba la bg peluang perintah negara!!

    ReplyDelete
  51. Rakyat memang patut menukar kerajaan pada PRU13 dan 5May 2013 kita akan memiliki satu kerajaan yg mempunyai idea yg baru demi kelangsungan pembangunan dan ekonomi serta hasrat rakyat yg inginkan satu corak pemerintahan yg tidak memandang kroni. impian rakyat hanya nak melihat kerajaan yg baru akan membenteras gegala rasuah yg dah smakin parah d abad ini. sekiranya kerajaan baru yg kita pilih tidak menepati impian rakyat...kita akan ubah 5 tahun akan datang .( senang je formula ini kan ).

    ReplyDelete
  52. tunggu keputusan PRU baru kita tau keputusannya.

    ReplyDelete

  53. RAKYAT MALAYSIA TAK SANGGUP DI PIMPIN OLEH BEKAS BANDUAN YG PERNAH DIPENJARAKAN SELAMA ENAM(6) TAHUN ATAS KESALAHAN RASUAH(MENYALAH GUNAKAN KUASA). ITU BARU JADI TPM. KALAU JADI PM HANCUR MALYSIA.

    LAIN KALI LAH PR OKEY. BELUM SAMPAI MASA LGI.



    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.