Wednesday, March 30, 2011

Anwar dilarang berucap di majlis PKR S'wak

http://media1.malaysiakini.com/306/d86cff3cd6b61caf1f7d3f8f60760ae8.jpgKetua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang berucap di satu majlis PKR Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di Kuching, malam semalam dilarang berucap atas alasan perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

NONEMenurut Bernama, Anwar yang tiba di kedai makan itu pada jam 7.30 malam dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun dikatakan membenar Anwar membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalulintas.

Akhbar See Hua Daily News pula melaporkan polis cuba memberhentikan majlis itu sebelum ketibaan Anwar lagi.

NONEMun dilaporkan merampas mikrofon apabila ADUN Kuala Sepetang yang juga bekas exco Perak Tai Sing Ng sedang berucap dan menuntut beliau menunjukkan kad pengenalannya.

Selepas berunding dengan ADUN Padungan Dominique Ng, penganjur majlis bersetuju supaya upacara itu diadakan di dalam kedai kopi tanpa menggunakan sebarang mikrofon.

Namun, hanya segelintir daripada hadirin yang berjaya menyelitkan diri ke dalam kedai kopi itu, dengan ratusan lagi berada di luar. Menurut See Hua Daily News, jumlah yang hadir adalah 800 orang.

Ng berjaya berucap dengan kebanyakan hadirin berpeluh kerana kepanasan kira-kira 20 minit sebelum Anwar tiba.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 April.

Ketika dihubungi, Ng berkata majlis malam semalam itu juga bertujuan meraikan ulang tahun ke-12 PKR di Sarawak.

“Kami juga ada membawa kek hari jadi untuk acara itu. Adakah sambutan hari jadi sekarang ini pun aktiviti haram?” soalnya. -MK

16 comments:
Write comments
  1. nmpknya BN nie mangkin lma mangkin takut....kn negara m'sia nie negara demokerasi pa mou takut, yg menantukn adalh rakyat biarkn anwar b'ucap lg pn musim pilihanraya d s'wak....klu PR tk boleh,tp klu BN boleh plk?lpa plk sya m'sia boleh....hehehe

    ReplyDelete
  2. betul tu,kalau dorang salah guna permis awam tak salah,sekolah pun d bantai diorang, kata pelajar dilarang berpolitik tapi sekolah dia pakai berpolitik.orang sekarang d kedai kopi pun tak boleh cakap politik sudah.sistem komunis.

    ReplyDelete
  3. rasanya bagi politik malaysia perlulah adil dalam politik. Apa sebab larangan untuk Anwar??Jika ada sebab maka sudah pasti Anwar dilarang berucap..

    ReplyDelete
  4. mgkin ada alasan tersendiri ucapan tersebut dilarang.

    ReplyDelete
  5. mungkin kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit maka disebabkan itu ianya tidak dibenarkan.

    ReplyDelete
  6. elehhh.. cover guna sambutan harijadi konon. kalau betul sambutan harijadi tidak perlulah berucap, berkempen, atau menunggu kedatangan Anwar.. belum lagi memerintah sudah pandai langgar undang2.. memang inilah kerja Pakatan. berkempen tanpa permit, tunggu polis halau atau rampas mic, kemudian buat kenyataan media kononnya polis bertindak kasar..

    ReplyDelete
  7. Kita harapkan biar apa pun berlaku jangan sampai perkara yang tidak diinginkan berlaku.

    ReplyDelete
  8. apa pun harap pilihanraya Sarawak akan berjalan dengan lancar, adil, dan bersih. semua pihak juga perlulah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  9. Lain kali jangan lupa mendapat permit daripada polis

    ReplyDelete
  10. bertuahlah Anwar, selepas puas melempiaskan nafsu, kini diajaknya pula rakyat untuk mempertahankan beliau, seterusnya mengangkat beliau untuk menjadi PM.. jangankan kes liwat dan video seks, kalau Anwar langgar undang2 pun confirm pengikut Anwar akan bangkit mempertahankan beliau dan menghalalkan apa sahaja yang dilakukan oleh Anugerah Tuhan ini.

    ReplyDelete
  11. Ada2x sahaja yang menghalang Anwar.

    ReplyDelete
  12. tiada tempat lain lg ka mahu buat sambutan ulang tahun. Polis campur tangan sebab perhimpunan tu boleh mnganggu lalulintas.

    ReplyDelete
  13. Tidak hairan jugalah sekiranya Anwar dilarang berucap... Duania politik kan mcm2 ada. hehhee

    ReplyDelete
  14. Apapun semua bergantung pada pilihan rakyat juga nanti.

    ReplyDelete
  15. salam 1 malaysia. bila kita analisis semua kejadian , nampaknya BN semakin terdesak dan takut pada bayang2 sendiri. negara kita demokrasi pastinya benarkan saja majlis itukan.

    ReplyDelete
  16. Anwar tak perlulah berucap, kalau rakyat mahu sokong, mesti diorang sokong punya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.