Friday, March 18, 2011

KEDUDUKAN NCR LEBIH TERJAMIN DALAM FMU

SEMUA pihak harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi ke atas perbicaraan tuntutan hak NCR oleh penduduk Kg. Imahit di Kawasan Hutan Simpan Tomani baru-baru ini, kerana proses mahkamah jelas telah memberi keadilan dan hak NCR kepada Anak Negeri di Sabah.

Titik tolak keputusan itu, maka ia adalah satu bukti bahawa pihak Jabatan Hutan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan di luar batasan hak Anak Negeri yang terkandung dalam NCR.

Demikian dinyatakan Presiden SAKAG (Persatuan keturunan Dusun Liwan Anak Negeri Sabah) Haji Masmin Kadad (gambar), ketika memberitahu Sabahkini.net berhubung hak mutlak Anak Negeri dalam NCR (Native Customary Right) seperti dalam keputusan kes Kg Imahit baru-baru ini.

Dalam pada itu, anak negeri yang berkampung dan menetap di kawasan FMU juga akan menjadi lebih terjamin dengan keputusan Mahkamah tersebut oleh kerana kawasan FMU juga kawasan hutan simpan yang dilesenkan kepada syarikat-syarikat yang layak untuk mengurus pengurusan hutan mampan.

Tegasnya, malah dalam kawasan FMU, hak NCR lebih terjamin dan diperkukuhkan melalui perjanjian di antara syarikat FMU dan Jabatan Hutan.

“Saya difahamkan bahawa Perjanjian tersebut ia itu ‘Sustainable Forest management Licence Agreement’ yang di antara lain mensyaratkan bahawa mana-mana hak NCR yang terkandung dalam kawasan FMU perlu dipatuhi dan dilaksanakan mengikut Enakmen Hutan 1968,” kata Masmin.

Selain daripada itu kata Haji Masmin, program Perhutanan Masyarakat, kemudahan asas, bekalan air, bekalan letrik dan jalanraya termasuk sekolah dan klinik juga menjadi tanggung jawab syarikat FMU untuk membantu kerajaan untuk melaksanakannya. Termasuklah juga memberi peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada penduduk kampung dan sekitarnya dalam kawasan FMU.

“Ini bermakna bahawa kerajaan telah mengambil kira hak Anak Negeri semasa mewujudkan FMU pada ketika itu, jadi, saya merayu kepada pihak kerajaan supaya memantau dan dan memeriksa sama ada syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh pihak syarikat FMU atau tidak,” tegasnya.

Jika pelaksanan FMU tidak menepati perjanjian, kata Haji Masmin, maka hak NCR Anak Negeri akan juga tergugat dan malah diusir dari kawasan FMU seperti yang berlaku di Kg. Kawakahan.

Sehubungan itu, baru-baru ini beberapa wakil daripada Kg. Kawakahan bersama beliau sendiri telah buat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau terhadap sebuah syarikat FMU sebab telah mengabaikan hak NCR mereka.

“Kerajaan harus bertanggungjawab memastikan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian FMU dilaksanakan,” tegas Haji Masmin dengan serius.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

30 comments:
Write comments
  1. apapun, hak anak negeri harus dijaga.

    ReplyDelete
  2. yang penting hak penduduk dan NCR akan dapat dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. Semoga hak orang asli terjaga..

    ReplyDelete
  4. Apa pun pastikan perjanjian ada bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku dan ini akan dapat menjaga hak mereka.

    ReplyDelete
  5. Good luck to the natives.

    ReplyDelete
  6. hak anak negeri harus dihormati dan dipatuhi..

    ReplyDelete
  7. mana2 pihak tidak berhak untuk mencabul hak anak negeri.

    ReplyDelete
  8. diharap pihak kerajaan akan memantau dan dan memeriksa sama ada syarat-syarat perjanjian ini dipatuhi oleh pihak syarikat FMU atau tidak.

    ReplyDelete
  9. apa pun, rakyat khasnya anak negeri juga harus peka dengan hak mereka daripada dicabuli oleh pihak lain.

    ReplyDelete
  10. Keputusan yang dibuat oleh pihak mengenai isu Imahit memang membuktikan Mahkamah Malaysia boleh diharap:)

    ReplyDelete
  11. Selepas kes Imahit, saya harap kerajaan negeri akan memberi perhatian sewajarnya dalam hal2 sebegini dan pastikan ia tidak berulang lagi.

    ReplyDelete
  12. Jadi kepada penduduk yang lain teruslah berjuang pertahankan hak native:)Jika buat perjanjian pun mestilah berhati-hati dan jangan sampai tertipu.

    ReplyDelete
  13. Sebarang hak native harus dilindungi dan kerajaan harus mengutamakan hak rakyat:)

    ReplyDelete
  14. Jadi sama2lah kita harapkan agar semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan hak native kekal terpelihara.

    ReplyDelete
  15. Pastikan hak orang asli dijaga!

    ReplyDelete
  16. "baru-baru ini beberapa wakil daripada Kg. Kawakahan bersama beliau sendiri telah buat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau terhadap sebuah syarikat FMU sebab telah mengabaikan hak NCR mereka."

    masih belum cukup terjamin..

    ReplyDelete
  17. Jangan jadikan isu ini sebagai isu politik.

    ReplyDelete
  18. Keputusan makhamah perlu dihormati.

    ReplyDelete
  19. Native issues should be settled asap.

    ReplyDelete
  20. Sekurang2 nya penduduk Inohit dapat keadilan.

    ReplyDelete
  21. Masalah masih lagi menghantui.

    ReplyDelete
  22. Orang kampung digalakkan mempunyai pengetahuna yang mendalam dalam hal NCR ini agar tidak mudah dimanipulasikan.

    ReplyDelete
  23. Dan jangan ragu-ragu untuk buat laporan sekiranya ada aktiviti yang mencurigakan.

    ReplyDelete
  24. Mahkamah sudah membuat keputusan mukatamad. Yang salah tetap salah.

    ReplyDelete
  25. Jangan lawan perintah mahkamah. Org kampung x perlu takut.

    ReplyDelete
  26. FMU patut menerima perintah daripada mahkamah.

    ReplyDelete
  27. Kerajaan mesti memastikan bahawa FMU tidak lagi mengabaikan hak orang asli.

    ReplyDelete
  28. Syarikat2 yg telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan ‘Sustainable Forest management Licence Agreement’ perlu patuh kepada perjanjian yg telah dipersetujui atau ditandatangani...jika tidak, masyarakat di kwsn mereka akan menjadi mangsa...

    nasib baik ada pertubuhan2 seperti SAKAG ini, atleast diorang boleh jadi mata & telinga kedua untuk kerajaan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.