Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Menurut beliau, seramai 363 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki pada 2010 berbanding sekadar 214 calon pada 2009.
Kata beliau lagi, calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon (2009) kepada 68,114 calon tahun lepas.
“Keputusan SPM 2010 merupakan yang terbaik sejak empat tahun lalu terutama dari segi peratusan bilangan calon yang memperoleh sijil, mendapat keputusan cemerlang dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki.
“Ia dipengaruhi dengan dasar mengehadkan jumlah maksimum mata pelajaran yang boleh diambil pelajar pada tahun lepas,” katanya semasa mengumumkan keputusan SPM 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di sini semalam. -Kosmo
Thursday, March 24, 2011
Lebih 9,000 calon dapat semua A
Similar Posts
Lepasan SPM : Permohonan Maktab Perguruan KPLSPM 2013
Adakah sistem sekolah moden pengkhianat pendidikan?
Bahasa Inggeris mungkin wajib lulus SPM 2016
Tarikh Akhir Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu MRSM 2013 Dilanjutkan
54,697 Duduki STPM Mulai Isnin
Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nampaknya keputusan SPM tahun ini amat baik sekali, ramai pelajar yang cemerlang.
ReplyDeleteCongrats to those who manage to get all As!
ReplyDeleteCongratulation.
ReplyDeleteTahniah.
ReplyDeleteTahniah dengan kejayaan ini.
ReplyDeleteSemoga mereka akan mencorak dan dapat memberi sumbangan kepada negara satu masa nanti.
ReplyDeleteTaniah:) Teruskan perjuangan dlm bidang pendidikan:)
ReplyDeletetahniah kepada yang berjaya. teruskan usaha untuk menjadi lebih berjaya diperingkat seterusnya.
ReplyDeleteBagi yang kurang berjaya, jangan bimbang, anggap ia sebagai "wake up call" untuk lebih maju dalam pelajaran.
ReplyDelete