Wednesday, March 16, 2011

PAS SABAH NAFI AHLI SERTAI UMNO

Badan Perhubungan Pas Negeri Sabah ingin merujuk kepada laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh pada 16hb Mac 2011 pada muka surat 2 yang bertajuk “PAS guna Masjid, Surau sebar politik kata Jumat”.

1. Ingin ditegaskan bahawa PAS Sabah tidak pernah mempunyai ahli yang bernama Ag Hanafi Pg Tajudin dan cawangan PAS Kg Rampayan serta ahli berjumlah 50 orang. Oleh yang demikian Kenyataan bahawa ahli PAS keluar parti dan cawangan dibubar adalah tidak benar sama sekali.

2. PAS juga ingin menafikan ada menubuh Sekolah Tahfiz di Bandar Sierra Kota Kinabalu sepertimana yang didakwa. PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sekolah tersebut.

3. Berhubung tuduhan PAS menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik, PAS ingin mencabar kepada UMNO dengan memberi bukti-bukti bahawa UMNO tidak terlibat langsung dan tidak langsung menjadikan Masjid dan Surau sebagai gelanggang politik bagi kepentingan UMNO.

PAS Sabah akan terus berjuang membela nasib dan hak-hak rakyat negeri ini tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi negeri Sabah yang tercinta.PAS menyeru kepada rakyat negeri ini agar membuat perubahan politik dan seterusnya menafikan Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional.


PAS For All - Islam Adil Untuk Semua

Haji Muhamad Bin Abdullah
Pesuruhjaya PAS Sabah
019-5848069

15 comments:
Write comments
  1. Kena cabar tediam,takutkah??????

    ReplyDelete
  2. saya suka kesederhanaan parti pas dan saya telah melihat sendiri bagaimana penduduk kampung yg d takbir oleh pas di semananjung sangat baik dan saling tolong menolong bila ada majlis d kampung mereka.

    ReplyDelete
  3. Saya nampak macam banyak parti dari semenanjung mahu mendapatkan sokongan rakyat Sabah sekarang.

    ReplyDelete
  4. Secara tiba-tiba, undian orang Sabah dan Sarawak macam semakin bernilai sebab semua parti ingin menawan kita.

    ReplyDelete
  5. surau dan masjid adalah tempat ibadah, jgnlah kita jadikan ia sebagai pentas politik.

    ReplyDelete
  6. i see... we will know soon. The result on 13th GE.

    ReplyDelete
  7. teruskan berbalas2 pantun, kita tunggu ja siapa yang kena..

    ReplyDelete
  8. Even after knowing all this, I'm still not going to support PAS.

    ReplyDelete
  9. apa pun, setiap rakyat perlu bijak membuat penilaian terhadap setiap isu yang timbul.

    ReplyDelete
  10. Rasanya mana ada orang mahu mengaku jika itu satu keburukkan kepada mereka. Begitu jugalah dengan PAS Sabah.

    ReplyDelete
  11. Siapa yang benar siapa yang salah kita pun tak tahu.

    ReplyDelete
  12. apapun semua bebas berpolitik di mana2 cuma terpulang kepada rakyat untuk memilih. siapa yang keterlaluan kena berjaga-jaga.

    ReplyDelete
  13. Penafian bersertakan bukti adalah perlu bagi meyakinkan orang ramai.

    ReplyDelete
  14. Jika hanya fitnah semata2, sila ambil tindakan.

    ReplyDelete
  15. Kalau betul pun tiada apapa, biasalah ahli lompat parti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.