Thursday, March 17, 2011

Pilihanraya Sarawak April ini?

Jika tiada berlaku sesuatu di luar dugaan, maka pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 “hampir pasti” diadakan bulan depan, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

azlanPresiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk James Jemut Masing berkata, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud telah memberi bayangan yang jelas mengenainya dalam mesyuarat kabinet negeri pagi ini, bahawa pilihan raya negeri akan diadakan pada bulan April.

“Beliau membayangkan demikian, meminta kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” kata Masing ketika dihubungi Malaysiakini.

“Jika anda mahu bertaruh, anda boleh bertaruh pilihan raya akan diadakan pada bulan April,” kata Masing, yang juga menteri pembangunan tanah Sarawak.

”Ada kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hujung bulan ini untuk mengadakan pilihan raya bulan depan,” katanya.

“Saya yakin hanya ketua menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tahu tarikh pembubaran DUN, tetapi beliau (Taib) tidak memberitahu kami bila.

“Tetapi anda boleh mengagak bila ia akan diadakan. Ia umpama mengagak bila akan hujan dengan melihat pada awan hitam di langit,” tegasnya.

Sebaik sahaja DUN dibubarkan, kata Masing, maka terpulanglah kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian diadakan.

NONEPilihan raya negeri kesembilan diadakan pada 20 Mei 2006 dengan
hari penamaan calon pada 9 Mei, untuk memilih 71 wakil rakyat di negeri itu.

DUN dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng (kiri) pada 24 April 2006 atas nasihat Taib.

Pada hari penamaan calon, BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Bagaimanapun BN kalah sembilan kerusi lain kepada pembangkang pada hari pengundian.

BN kini mempunyai 63 ADUN, termasuk Johnical Rayong (Engkilili) yang melompat dari SNAP untuk menyertai SUPP awal tahun ini.

DAP pula mempunyai enam kerusi, manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. -MK

1 comment:
Write comments
  1. SPR ada harus melaksanakan amanah dengan jujur dan adil

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.