Saturday, March 26, 2011

SEMAKIN RAMAI GANGSTER DI LABUAN

Saudara Pengarang,...SURAT terbuka Warga Pumcit Labuan bertajuk ‘Siapa Lindungi Pelacuran Dan Judi Di Labuan’ oleh amat menarik perhatian rakyat Labuan termasuk saya dan saya berharap agar Tan Sri Ismail Omar (KPN), Datuk Hamzah Taib (PJP Sabah) dan Datuk Hishamudin Tun Hussien dapat mengambil tindakan segera berhubung aduan tersebut.

Labuan hanyalah sebuah pulau kecil dan penduduk hanya lebih dari 80,000 orang dan mustahil pihak berkuasa seperti Polis, Imigresen dan Perbadanan Labuan tidak dapat membanteras kegiatan ‘Pelacuran Berlesen dan Judi Haram’ yang berleluasa di sini sehingga memalukan kerajaan Malaysia.

Jika pulau sekecil ini pun tidak dapat dikawal, macam mana mahu kawal Kota Kinabalu dan seluruh Sabah? Labuan akan semakin tidak terkawal jika semua pegawai polis yang sedia ada tidak ditugar segera kerana mereka termasuk dalam ‘payroll’ ‘Mafia’ yang mendalangi kegiatan jenayah terancang di Labuan.

Kini Labuan menjadi tumpuan ‘Gangster’ dari Sarawak yang dikehendaki Polis Bukit Aman. Mereka tahu ramai polis dari Semenajung dan Sabah akan dihantar ke Sarawak untuk menjaga pilihanraya bulan depan.

Suspek selalu kelihatan di Pekan Jati dan pada waktu malam mereka berada di karaoke Havana, Tip Top, Blue Wave, Manila Cafe atau di sebuah Kedai Snooker, Soon Hin di Jalan Kemajuan Labuan (tingkat 1).

Pusat Snooker terletak di tingkat bawah namun tingkat satu dijadikan MINI CASINO dan telah beroperasi sejak bertahun lalu tanpa diserbu oleh pihak berkuasa tempatan.

Jika orang awam boleh tahu kegiatan tersebut, kenapa pihak berkuasa tempatan tidak tahu? Jika pihak berkuasa tidak pandai menjalankan tugas, lebih baik arah Tentera dan Rela dengan memberi kuasa penuh kepada mereka untuk membanteras semua kegiatan haram di pulau ini.

Kami kesal kerana setiap kali penduduk Labuan memohon lesen atau tukar alamat premis perniagaan di Perbadanan Labuan (Unit Perlesenan) akan mengambil masa berbulan-bulan; tetapi sebaliknya kegiatan mesin haram beroperasi di atas kedai tanpa lesen dan beroperasi di tengah Bandar; namun tiada sebarang tindakan diambil.

Adalah mustahil jika Penguatkuasa Perbadanan Labuan tidak mengetahui kegiatan haram ini kerana kebanyakan pelanggan Pusat Judi ini ialah pegawai kanan kerajaan.

Tambahan pula Jabatan Imigresen telah membenarkan ‘Pelacur’ diambil bekerja sebagai GRO di Pusat Hiburan dengan menyalahguna pas lawatan kerja sementara mereka sebagai Pelayan Restoran atau Pembantu Rumah Tangga.

Tiada siapa yang tahu berapa banyak pungutan sebulan yang diperolehi daripada Sindiket Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang daripada kegiatan ini, namun umum sedia maklum hanya segelintir sahaja membayar levi RM2,200 kepada Jabatan Imigresen, manakala selebihnya bekerja secara haram.

Terdapat lebih 44 Pusat Hiburan di Labuan yang mendapat bekalan ‘pelacur’ daripada dua Sindiket Pemerdangan Orang yang menggunakan Havana Karaoke sebagai ‘outlet’ memasarkan ‘pelacur’ kepada pusat hiburan lain tanpa sebarang gangguan daripada pihak berkuasa.

Jika ada tangkapan atau operasi, hanya dilakukan secara ‘olok-olok’ kerana tidak sampai 24 jam kemudian, semua GRO yang ditangkap tanpa pas kembali bekerja di beberapa pusat hiburan yang dikendali sindiket berkenaan.

Nama tauke sindiket dan pegawai polis yang terlibat akan didedahkan dalam surat kami akan datang dan sebelum itu, kami memberi peluang kepada Ketua Polis Negara untuk memantau kegiatan haram yang semakin kritikal di pulau Labuan ini; terutama kegiatan Judi Haram dan Pelacuran yang menyebabkan masalah sosial sehingga keluarga bercerai-berai; bertambah kes jenayah dan Ah Long.

Kami juga meminta jasa baik SPRM agar bersama-sama pihak berkuasa menjalankan ‘Ops Bersepadu’ secara rambang di pusat hiburan dan premis Judi haram di Labuan supaya pastikan tauke sindiket pelacuran dan judi ditangkap dan dibawa ke mahkamah kerana amalan yang menjadi budaya pihak berkuasa hanya menangkap ‘kambing’ tetapi melepaskan ‘tauke kambing’.

Salam Hormat,
ANTI MAKSIAT LABUAN

13 comments:
Write comments
  1. Tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial dan jenayah di Labuan sudah sampai tahap yang membimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Masalah judi, pelacuran, kelab malam, dadah dan Ah Long selalu berlaku di Labuan.

    ReplyDelete
  3. This is quite worrying. I hope the polices in Labuan are putting effort in reducing the crime rates in Labuan.

    ReplyDelete
  4. harap pekara ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya. jika benar seperti dikatakan dalam artikel. ini boleh menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial.

    ReplyDelete
  5. jgn biarkan Labuan menjadi sarang pusat pelacuran, judi dan ah long. kegiatan2 ini harus dibanteras.

    ReplyDelete
  6. I hope government will settle this issue.

    ReplyDelete
  7. Pulau sekecil itu pun masalah tidak dapat ditangani. Apa lagi jika kawasan yang besar. Jadi kita mengharapkan kerajaan melakukan sesuatu bagi menarik keyakinan rakyat dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  8. memang mustahil pihak berkuasa Labuan tidak mengetahui sebarang kegiatan haram yang berlaku di Pulau kecil ini.. malah sudah berkali2 aduan dibuat samada oleh orang awam mahupun pihak media yang menjalankan siasatan diwilayah tersebut...

    ReplyDelete
  9. Setiap kali berita berkaitan dengan Labuan semestinya berita tentang keburukan dan kegiatan haram yang berlaku. Bilakah keadaan ini berubah kepada kebanggaan dan kebaikkan yang berlaku di Labuan.

    ReplyDelete
  10. Sudah sekian lama masalah ini berlaku di Labuan, adakah pihak berkuasa meluaskan kuasa ke Labuan bagi membenteras kegiatan yang tidak bermoral ini?

    ReplyDelete
  11. labuan sebuah pulau yang kecil namun penuh dgn kegiatan haram. mungkin kerana banyak penduduk asing yang membawa pelbagai budaya barat.

    ReplyDelete
  12. Bilakah masalah ini akan selesai?

    ReplyDelete
  13. Saya sebagai anak jati labuan amat kesal dengan keadaan labuan sekarang ni.............
    Kepada pihak berkenaan tolonglh pulihkan labuan seperti sedia kala........

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.