Wednesday, March 16, 2011

SRP IGAUAN NGERI GOLONGAN MUDA

PELANCARAN Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan pemilikan rumah oleh golongan muda pada mulanya patut mendapat tepukan gemuruh dan mendapat pujian daripada pelbagai pihak, termasuklah golongan anak muda itu sendiri.

Golongan muda begitu ghairah untuk mendapatkan maklumat dan mencari rumah terutamanya yang sesuai dan mampu untuk dimiliki. Namun apa yang mendukacitakan adalah pelancaran ini menjadi satu mimpi yang indah untuk golongan tersebut memandangkan pendapatan orang muda yang rata-ratanya dari golongan yang berpendapatan rendah serta tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah.

Jangan kata ingin miliki sebuah flat atau apartmen yang berharga RM100,000; malah mahu tanggung perbelanjaan harian pun menjadi satu isu yang membelenggu minda mereka.

Golongan muda yang majoritinya mempunyai pendapatan sekitar RM500 hingga RM1,500, mana mampu untuk menanggung pembayaran balik pinjaman walaupun kerajaan memberikan khabar gembira yang kononnya tidak perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Perlu diingat bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank adalah amat tinggi dan jangan kata kerajaan telah prihatin kepada rakyat terutamanya golongan muda, sedangkan golongan ini terpaksa membayar balik pinjaman untuk 100% pinjaman dalam masa maksimum 30 tahun.

Contohnya di Sandakan, harga rumah adalah sekitar RM130,000 dan ke atas. Itupun untuk memiliki sebuah flat atau apartmen berkeluasan 950 kaki persegi. Cuba bayangkan berapa flat atau apartmen yang ada di Sandakan ini?

Jangan kata mahu beli rumah teres, mereka telahpun berada di penghujung jalan dalam mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah kediaman sendiri.

Semasa pelancaran skim tersebut, ramai yang begitu teruja dan bangga kerana telah mencapai impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri. Namun, adakah masyarakat tahu tentang kecacatan dalam skim yang dilancarkan ini?

Yang pertama, hanya pekerja swasta yang berumur tidak lebih daripada 35 tahun dan bekerja dengan majikan yang sama untuk jangka masa sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah disahkan jawatan sahaja layak memohon.

Yang kedua, pembeli tidak boleh membeli rumah melalui skim berkenaan sekiranya bekerja sendiri walaupun mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

Yang ketiga, sekiranya pemohon yang bekerja sendiri dan ingin memohon atas nama bersama dengan pasangannya walaupun pasangannya mempunyai slip gaji (makan gaji), namun ia adalah tidak dibenarkan. Pemohon bersama hanya layak untuk hubungan keluarga seperti suami isteri atau sesama adik-beradik sahaja.

Yang keempat, kakitangan kerajaan Tidak Layak Untuk Memohon!

Yang terakhir adalah pemohon yang tidak mempunyai pendapatan bersih kurang daripada RM1,500 (selepas ditolak EPF, SOCSO, perbelanjaan dapur, bayar loan kereta, membayar duit minyak untuk kereta, membeli susu tepung untuk anak, membayar yuran sekolah untuk anak), mereka adalah Tidak Layak Untuk Memohon!

Pendek kata, pelancaran ini tidak mencapai sasaran dan gagal untuk memberikan peluang kepada golongan muda terutamanya di Sandakan dan Sabah memandangkan gaji yang diperolehi adalah begitu rendah.

Bukan itu sahaja, mereka terpaksa membiayai kos sara hidup yang tinggi berbanding penduduk di Semenanjung Malaysia. Janganlah hanya kerana PRU 13 sudah semakin hampir dan ingin menarik undi golongan muda, kerajaan memberikan satu keistimewaan yang begitu sukar dan hampir tidak mungkin dicapai dan dilaksanakan oleh golongan muda terutamanya di Sandakan ini.

Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

23 comments:
Write comments
  1. salam. kerajaan pandai nak buat cadangan itu dan ini tapi hakikatnya semua itu adalah omong kosong saja wahai golongan muda SAbah yg mudah d pengarahui oleh mimpi yg tak pasti.

    ReplyDelete
  2. Walaupun ada skim pinjaman seperti ini, kemampuan kewangan masih menjadi masalah. SRP ini tidak dikaji secara mendalam sebelum dilancarkan.

    ReplyDelete
  3. Pemuda yang ingin membeli rumah sendiri perlu berfikir dulu sebelum membuat pinjaman.

    ReplyDelete
  4. Yang ketiga, sekiranya pemohon yang bekerja sendiri dan ingin memohon atas nama bersama dengan pasangannya walaupun pasangannya mempunyai slip gaji (makan gaji), namun ia adalah tidak dibenarkan. Pemohon bersama hanya layak untuk hubungan keluarga seperti suami isteri atau sesama adik-beradik sahaja.

    Secara logiknya sememangnya tidak layak untuk pengabungan nama antara pasangan yang belum Sah hubungan. Ini memang sudah kebiasaannya. Sepatutnya tidak perlu dipertikaikan.

    ReplyDelete
  5. Yang kedua, pembeli tidak boleh membeli rumah melalui skim berkenaan sekiranya bekerja sendiri walaupun mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

    mana2 individu yang mempunyai gaji lebih dari 3,000 sebulan tidak layak untuk memohon. Secara logiknya berikan peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah untuk memohon full loan.

    ReplyDelete
  6. SRP ini bagus bagi membantu golongan muda mendapatkan rumah. syarat2 mmg perlu ada untuk memohon rumah ini bagi memastikan pemohon benar2 mampu membiayai rumah tersebut.

    ReplyDelete
  7. skim ini masih baru, bagi golongan muda yang tidak mampu membayar wang pendahuluan, mungkin skim ini baik untuk mereka. tapi kemampuan kewangan perlu juga diambil kira.

    ReplyDelete
  8. biasalah, bila usaha kerajaan seperti ini dipolitikan, mulalah timbul pelbagai spekulasi negatif. kira baguslah skim ini diwujudkan. daripada tidak ada langsung. ataupun mungkin pembangkang2 diluar sana melihat usaha kerajaan ini akan melenyapkan terus peluang mereka untuk merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  9. SRP flaws is that not all can apply. Majority of those in the young group are not eligible to apply due to their very low salary.

    ReplyDelete
  10. Memang benar juga ,pasti faedah dari Bank akan tinggi dengan pinjaman ini. Semakin lama kita pinjam, maka semakin tinggilah kadar faedah yang akan dikenakan..Tidak mustahil ini akan lebih membebankan kita kelak. Lagi pun kebanyakkan pendapatan pemuda tidak banyak dalam RM500- RM1500..Jadi agak mustahil bagi pemuda untuk membayar balik tambah lagi dengan kos sara diri dan sebagainya. Memang Skim ini tidak berjaya..

    ReplyDelete
  11. semua kelima2 point yang kononnya menjadi kecacatan skim ini sebenarnya adalah kebiasaan. penulis tidak mempunyai cara lain atau idea lain selain menggunakan terms and conditions sebagai bukti kecacatan..

    point yang pertama itu adalah perkara biasa. mana2 perkhidmatan bank akan ada syarat2 seperti itu. takan penulis mahu skim itu terbuka kepada semua peringkat umur, atau atau yang belum sah jawatan....

    point yang kedua dan ketiga sudah dijelaskan oleh falinda..

    point keempat, sudah banyak keistimewaan diberikan kepada kakitangan kerajaan..

    point kelima, kalau mereka tidak dapat bayar rumah itu setiap bulan, adakah penulis sanggup membayar bagi pihak mereka? semua itu ditentukan oleh pihak bank, bukannya kerajaan.

    ReplyDelete
  12. kenapa artikel ini tidak memasukkan sekali pembelian kereta, perabot, alatan elektrik atau apa sahaja pembelian yang memerlukan syarat2??? semua itu juga memerlukan kelayakan dari segi gaji, pekerjaan tetap dan sebagainya.. adakah itu kecacatan????

    ReplyDelete
  13. aku cuma komen satu saja. Janganlah dikatakan SRP ini untuk golongan muda sahaj ( Mengelirukan ). Yang paling tepat, SRP ini hanya untuk pekerja swasta dan berumur kurang 35 tahun. dgn ini org yg takda kena mengena dgn swasta tak payah sibuk2.

    ReplyDelete
  14. kalau betullah nak tolong orang susah mengapa tak kerajaan sendiri yang bagi pinjaman dan kenakan faedah yang lebih rendah seperti kakitangan kerajaan?

    ReplyDelete
  15. betulka kerajaan nak bantu...makan kfc dan tengok astro saja pun dah kena bayar cukai kerajaan. beli proton tak perlu deposit pun kena bayar cukai kerajaan, inikan beli rumah...berapa banyak lagi rakyat berpendapatan rendah disusahkan. bantu sambil mencekit darah...buatla pinjaman, tak dikenakan deposit...lepas tu tanggung la sendiri dengan bank kalau ada apa-apa masalah...asalkan kerajaan dah dapat cukai. Macam tu ka kerajaan fikir?

    ReplyDelete
  16. mungkin masih kurang jelas bagaimana skim ini beroperasi..seharusnya merujuk kepada pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan..

    ReplyDelete
  17. skim rumah pertamaku ini adalah satu peluang kepada golongan sasaran untuk memiliki rumah sendiri..jadi, rebut peluang ini..

    ReplyDelete
  18. ini bukan cerita pasal pembangkang dengan kerajaan, ini cerita mengenai kelemahan2 skim SRP ni, jadi kalau orang KERAJAAN betul2 ikhlas apa salahnya terima keritikan2 ini dengan positif untuk memperbaiki lagi skim tersebut.. ini tidak, asal saja orang keritik terus cakap cerita politik.. kecoh la kau ni neji.. cakap demokarasi.. demokrasi apa kalau tidak boleh di keritik.. siapa pun jadi kerajaan kita ada HAK untuk keritik selagi negara ini mengamalkan demokrasi.. fight for ur right

    ReplyDelete
  19. Mmg sedap loan 100% tapi bayar bulan2 campur interest sendiri tanggung.. saya baru tanya bank loan boleh sampai 40 tahun bergantung kepada budi bicara..sama juga dgn loan kereta ba..kasi deposit tinggi2 baru senang hati sikit bayar bulan2..klo x.. nah tanggung sendiri..

    ReplyDelete
  20. ada bagusnya juga pekerja swasta diutamakan..sblm ini pekerja kerajaan saja senang..lagipun susahnya mahu masuk kerajaan..

    ReplyDelete
  21. kalau duit di akaun bank stabil..banyak suda kumpul..bank akan tolong..betul..saya baru cakap dengan dorang...dorang pun ada target mo capai mah...ingat dorang tida suka ka ada orang mau beli rumah...lagi senang kerja dorang..tida payah pening kepala bulan2...

    ReplyDelete
  22. cuma itu interest pembeli mesti berhati2..kalau boleh runding, runding berabis..tapi biasanya interest untuk rumah sudah ditetapkan bank negara..cuma dorang boleh kasi loan maksimum sampai 40 tahun...

    ReplyDelete
  23. Memang betul, kalau ada apapa kelemahan dalam cadangan kerajaan, bagilah sikit pendapat bagaimana nak memperbaikinya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.