Friday, March 18, 2011

Taib : Tunggu esok pengumuman penting?

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang.

"Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas".

sarawak BN convention taib and wifeTaib juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan berada di Kuching esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara.

Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah.

azlanSemalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April.

Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai.

Dalam pilihan raya negeri yang lalu, BN memenangi 62 kerusi, DAP (6), PKR (1), Parti Kebangsaan Sarawak (1), dan Bebas (1).

- Bernama

9 comments:
Write comments
  1. Urang Sarawak, fikir dulu sebelum mengundi.

    ReplyDelete
  2. pengumuman tersebut tentulah berkaitan pilihanraya sarawak.

    ReplyDelete
  3. nampaknya pilihanraya negeri Sarawak sudah semakin dekat.

    ReplyDelete
  4. Pengumuman yang penting, harap ini adalah satu yang mengembirakan.

    ReplyDelete
  5. Dah diumumpun.. Rasanya memang mengembirakan juga la. heheh

    ReplyDelete
  6. Sekarang ni rakyat memainkan peranan yang paling penting:) Ingat buatlah penilaian yang bijak:)

    ReplyDelete
  7. Kita harapkan nanti Pilihanraya akan berjalan dengan lancar tanpa ada halangan.

    ReplyDelete
  8. Taib sudah lama benar jadi Ketua Menteri Swak..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.