Tuesday, March 29, 2011

UMNO JANGAN CAMPUR URUSAN DALAMAN LDP

AHLI Majlis Tertinggi Liberal Democratic Party (LDP) Tenom, Kapitan Ng Tet Hau meminta Ketua UMNO Penampang, Datuk John Ambrose agar menjauhkan diri daripada mencampuri urusan politik LDP, kerana LDP lebih tahu apa perlu dilakukannya malah telah sedar ke mana halatuju parti itu.

Tegasnya, buruk dan baiknya tindakan LDP itu adalah tertanggung kepada kewibawaan kepimpinan parti itu untuk menanggungnya sendiri tanpa mengharap bantuan daripada pakar-pakar penasihat politik dari luar.

Kapitan Ng yang juga Ketua Bahagian LDP Tenom seterusnya berkata, kepimpinan Presiden LDP Datuk V.K Liew tidak pernah disesali atau diragui oleh ahli-ahli parti itu di peringkat akar umbi sebelum ini berhubung kewibawaannya memimpin parti malah setiap tindakan Liew pasti mendapat sokongan kukuh dari akar umbi.

Beliau menambah, begitu juga setiap janji dan keputusan yang pernah dizahirkan LDP kepada gagasan Barisan Nasional (BN) sebelum itu untuk mengukuhkan konsep perkongsian kuasa bagi menjamin penerusan kuasa di Sabah tidak pernah luntur.

“Malangnya, kesetiaan LDP dipandang serong oleh pihak tertentu namun sanggup menghalalkan perkara yang bertentangan dengan prinsip perkongsian kuasa dalam BN,” tegas Kapitan Ng sebagai mengulas kenyataan Datuk Ambrose berhubung kesetiaan LDP dalam BN sambil menggesanya memberhentikan tuntutannya.

Tegasnya lagi, bahawa ketika BN Sabah ditubuhkan selepas tahun 1990-an iaitu ketika UMNO dikembangkan sayapnya ke Sabah, kepimpinan BN pusat berkehendakkan tiga parti tempatan perlu dimantapkan selain USNO yang diambil alih UMNO mewakili Bumiputera Islam.

Malahan kewujudan LDP untuk masyarakat Cina selain MCA dan Parti Akar mewakili masyarakat KDM pimpinan mendiang Datuk Mark Koding, merupakan sebahagian daripada strategi BN Sabah untuk menawan tampuk kerajaan di Sabah.

“Kita tidak mahu berselindung dengan prinsip perjuangan kita bahawa LDP ditugaskan memperjuangkan masyarakat Cina tempatan, UMNO untuk Bumiputra Islam dan Parti Akar untuk KDM malangnya Ambrose berada dalam UMNO persoalannya kenapa tidak dalam Akar atau UPKO,” tegas Ng.

“Apa rasionalnya Datuk Ambrose berada dalam UMNO sedangkan beliau seorang pemimpin KDM yang sepatutnya memilih antara UPKO, PBS atau PBRS mungkin juga Ambrose juga sudah sesat jalan dalam BN?,” tambah Kapitan Ng.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

16 comments:
Write comments
  1. Kalau LDP tahu apa yang mereka buat, biarkan mereka menyelesaikan masalah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Yup itu yang seharusnya, jangan mencampuri hal mereka.

    ReplyDelete
  3. Jika mereka inginkan bantuan, mereka akan maklumkan dan jika tidak berkata apa2 jangan lah terhegeh2 menawarkan perkhidmatan.

    ReplyDelete
  4. Jangan pentingkan jawatan tu sangat, yg penting khidmat kepada masyarakat jgn dilupa...kalau performance bagus, tidak mustahil akan diberikan lebih banyak jawatan selepas PRU13 nnt...

    ReplyDelete
  5. apa yang penting sekarang ini adalah semua pihak harus mengeratkan kerjasama dan fokust terhadap isu-isu yang lebih dekat kepada rakyat.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau LDP tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Apa pun berikan yang terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  7. Kalanos, MogkoputiMarch 29, 2011 at 6:47 PM

    LDP sebuah parti tertua dalam BN Sabah...berikan mereka peluang untuk menerokai politik secara mendalam lagi. Datuk Ambrose tak boleh campur tangan...mereka bukan baru belajar dalam politik, sebaliknya Ambrose patut menilai dirinya sendiri dimana dia berpijak...salah masuk bilik ke Datuk?

    ReplyDelete
  8. LDP bagus keluar dari bn

    ReplyDelete
  9. Aiks entah apa lah mahu jadi dengan hal ni. Ada2 saja yang timbul.

    ReplyDelete
  10. Apapun, pandai2 lah rakyat menilai perkara ini.

    ReplyDelete
  11. sebagaimana tindakan LDP mampu menjejaskan kedudukan BN di Sabah, begitu jugalah halnya dengan komponen BN yang lain berhak menegur LDP untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  12. jika LDP benar2 setia dengan BN, tunjukkan kesetiaan itu dengan membawa apa sahaja masalah LDP ke meja perbincangan. masalah dalaman patut diselesaikan secara tertutup bukannya didedahkan kepada umum.

    ReplyDelete
  13. kita biarkan dahul LDP menyelesaikan urusan dalaman mereka dan berharap semoga hubungan LDP dgn UMNO semakin baik.

    ReplyDelete
  14. Biarkan LDP untuk menyelesaikan masalah mereka.

    ReplyDelete
  15. Banyak sangat dakwaan terhadap LDP ni...

    ReplyDelete
  16. harap sabar sajalah.. lama2 ok la tue...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.