Tuesday, January 1, 2013

K'jaan jemput mufti tampil bersama Hadi di TV

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden PAS itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Di Putrajaya, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Menurut Ahmad tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.

"Mungkin ada tujuan-tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di Putrajaya, hari ini.

Ahmad berkata pada sidang akhbar Sabtu lepas selepas sekian lama berdiam diri daripada menjawab isu berkenaan, Hadi tidak memaklumkan untuk menarik semula amanat itu, tetapi hanya ingin memberi penjelasan.

"Mudah-mudahan dia akan tarik amanat itu. Tapi kelihatannya sukar. Saya kira kalau dia menarik balik amanat itu dan memohon maaf, dia berjiwa besar seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) yang memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Walaupun tak nampak apa salah perdana menteri, tapi (memohon maaf) bagi pihak pemimpin yang tidak turun padang, yang tidak melaksanakan tugas dengan baik yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya umum 2008," kata Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

- Bernama

22 comments:
Write comments
  1. Umno lebih teruk iaitu syaitan maha bangsat .

    ReplyDelete
  2. Dia orang ni lidah bercabang.....jangan percaya ada puak-puak syaitan yang di kenali...sebab hari ini cakap lain esok cakap lain....depan org Felda cakap lain...depan org Kg cakap lain...depan ahli umno cakap lain depan sesama mereka cakap lain...depan org Cina cakap lain depan Chua Soi Lek cakap lain...depan Sultan cakap lain depan mufti cakap lain....

    ReplyDelete
  3. "RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.

    BETUL KE HAK RAKYAT ? JANGAN MENIPULAH RAIS ! KAMI KENAL SANGAT DENGAN KAO. KALAU BETUL HAK RAKYAT, BAGI LAH RAKYAT PRO PAKATAN MASA SIARAN YANG TETAP DAN ADIL ! KAN BOS PENAKUT KAO DAH KATA MESIA AKAN JADI NEGARA DEMOKRASI TERBAEK DI DUNIA !

    ReplyDelete
  4. Masalahnya apa amanat tu? Bila pulak Hj Hadi buat amanat? OK la Hj Hadi ada buat ceramah besar2an di Kelantan dulu dlm tahun2 70an. Masa tu kot Hj Hadi buat amanat. Pada thn2 tsb,tak menang tgn Hj Hadi round 1Kelantan utk brpolitik ( dan beragama). Kalu ye ponn,kan dah 30 tahun. Basi dah tu weiii,,Umngok dan mufti syaitan bisu. Banyak lg yg Mufti Perak, Tan Sri harussanasini tu sentuh. Isu2 berat yg ada dlm UMngok tu harus dperbetulkan..kan parti syaitan tu. Eh eh eh..ulama su'(jahat) ni

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  5. AMANAT HAJI HADI sememangnya adalah punca kepada perpecahan umat Islam yang sangat teruk di negara ini.

    ReplyDelete
  6. Dari kalangan mereka yang memahami isu agama, sehinggalah kepada mereka yang jahil dengan agama Islam tetapi mengaku beragama Islam, AMANAT HAJI HADI sebenarnya memberikan kesan yang bukan kecil pengaruhnya.

    ReplyDelete
  7. Sehingga sekarang, orang PAS masih lagi beranggapan, orang UMNO tidak lebih Islam berbanding mereka.

    ReplyDelete
  8. Malah sangat ramai dari kalangan PAS yang melihat orang UMNO sebagai 'barang jijik' seperti Zionis melihat Arab Palestin, seperti kebanyakan kasta Hindu melihat PARAIYAR atau PARIAH, HARIJAN atau DALIT, atau seperti kebanyakan orang Cina DAP melihat Melayu!

    ReplyDelete
  9. Semuanya kerana pengaruh AMANAT HAJI HADI biarpun beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang diharamkan di dalam AMANAT tersebut, itulah yang sedang diperjuangkan dan sedang dibela oleh Hadi Awang serta PAS sendiri. Bahkan mereka lebih bersungguh-sungguh.

    ReplyDelete
  10. Betul juga itu. Sebaiknya Hadi perlu membuat perbincangan sebelum mengeluarkan pelbagia kenyataan.

    ReplyDelete
  11. Hadi sepatutnya tidak boleh membuat keputusna sendiri, sebaiknya berbincang dengan mufti dan orang tertentu.

    ReplyDelete
  12. Sebagai rakyat Islam kita sepatutnya menyatukan mereka dan bukannya memecah belahkan mereka. Jadi ini sememangnya satu kesalahan.

    ReplyDelete
  13. jadi kerajaan beri peluang kepada HAdi untuk bersuara.

    ReplyDelete
  14. Bila agama dan politik dicampur adukkan..

    ReplyDelete
  15. Jangan terlalu taksub sehingga terpesong daripada ajaran sebenar

    ReplyDelete
  16. Bukankah amanat Hj hadi tu cerita lamo. Masa aku kecik2 dulu rasonyo. Maknanya dah 40 thn lalu. Apa masalahnya ye? Ndak faham,bah UMNO ni. Kalau dia kata golongan yg engkar hukum Allah tu jatuh sbg KAFIR...apa yg dtakuti? Jgn lawan hukum Allah,selamat dunia akhirat lalu betul le undi PAS masuk syurga sebab sokong golongan Islam manakala brsekongkol dgn UMNO taghut,masuk neraka betul le.Golongan sekongkol dgn puak2 permainkan/prlekeh hukum Tuhan. Ini hanya kerja UMNO nak pecahbelahkan undi Melayu selain memecahbelahkan lagi perpaduan melayu. Tu je kot!!

    ReplyDelete
  17. Rais kaki putar....dia panggil ahli forum 10 org...masa satu jam....lepas tu iklan 10 kali....berapa minit ust hadi nk jelaskn isu....klu tk putar belit bukan umno.....masa rais semangat 46 dulu dia kata klu tk bohong bukan org umno.....video dia byk kt youtube...korang cari ler......

    ReplyDelete
  18. kalu dah kata amanat tu dari ahli politik maka hendaklah panggil org politik dari bn yg jawap...kenapa pulak panggil ahli agama....(Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.)

    ReplyDelete
  19. Aku yakin dgn hujah alquran yg dibawa oleh tok guru hj hadi. Letaklah puluhan ribu pun tok peti mcm harussanasini tu, kalau bdepan dgn hujah alquran nescaya mereka akan tersungkur...pak maslan bangang tu minta tok guru hj hadi terangkan isu amanat hj hadi melalui sidang media....dia ingat ilmu dan penjelasan tu boleh dijelaskan dlm sidang media je mcm nk umum BR1M? Satu jam yg tok guru minta siar dlm tv tu pun belum tentu boleh cerdikkan lembu2 yg dah kenyang mkn rumput....

    ReplyDelete
  20. Buat mcm Indonesia, Thailand, Philipine, dan Myanmar.. semua parti bertanding dibenarkan keluarkan iklan dan berucap di TV.. lagi bagus buat national debate mcm kat US tu.. kita pakai hujah dan fakta bg penerangan pada rakyat, xpyh ugut dan pakai samseng mcm org xbertamadun..

    ReplyDelete
  21. Kenapa pulak Harussanasini,mufti Perak tak mau hadir walau dijemput ke forum tu nanti? Mufti Johor serta Pahang pun sama. Sepatutnya kalau kau nak selesaikan masalah kekeliruan tentang parti & agama dr terus2an mnjadi polimek dan isu masyarakat, mufti atau cendikiawan agama perlu sama2 hadir walau tak dijemput pun. Nampak sangat spesis ULAMA JAHAT

    ReplyDelete
  22. Sepatut ajak sekali Ulama Trkemuka Sheikh Hj HAMDAN HADILLAH...burung kakak tua OMNo tu ye.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.