Thursday, September 18, 2014

Gambar yang boleh menggemparkan PAS & ahlinya?

Tersiar gambar-gambar yang menjadi viral di media sosial dan seorang pengkomen meminta GB untuk menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini, GB hanya memaparkan gambarnya saja tanpa mengulas apa-apa sekadar mencatatkan: "Masing-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?"



Gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai persepsi sekaligus fitnah jika ianya tidak dijelaskan. Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia-Today kepunyaan Raja Petra Kamaruddin yang di dalam gambar tersebut turut ada bersama-sama Raja petra Kamaruddin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Pertemuan itu dikatakan berlaku di Manchester, UK sekitar penghujung 2013.

Carta organisasi syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pula mendedahkan bahawa abang kepada Raka Petra Kamaruddin iaitu Raja Idris Raja Kamaruddin (abang kepada Raja Petra Kamaruddin) adalah Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad yang juga Ahli Majlis Syura PAS, memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat berkenaan.



Di dalam satu lagi printscreen SMS dari seorang rakan Ahmad Sabki Yusof (Penolong Setiausaha Agung PAS) pula mendedahkan mengenai pengkuan Sabki memngenai pembahagian ESOS Kumpulan Peransang Selangor Berhad. ESOS (Employees Share Option Scheme) iaitu Skim Pilihan Saham Pekerja yang lazimnya ditawarkan kepada pekerja syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Jumlah saham yang ditawarkan bergantung kepada gred jawatan yang disandang dan gred appraisal yang diperolehi setiap staff. Yang nyata di situ, pada tahun 2012 terdapat dua orang kroni Presiden PAS (?) iaitu Ahmad Sabki Yusof dan Zaharuddin Muhammad yang masing-masing ditawarkan ESOS masing-masing sebanyak 533,000 dan 495,000.



Daripada blog malaysiawaves.net, harga saham Kumpulan Perangsang terkini ialah RM1.80 seunit, manakala ESOS di atas berharga RM1 seunit. Ini bererti untuk Zaharuddin saja, beliau boleh membuat keuntungan atas angin 500k x 0.80 = RM400,000. Itu baru setahun iaitu tahun 2012.

Tawadhu sunggu ahli Majlis Syura PAS ya... ada saham beratus ribu (mungkin sekarang dah juta?)...

Yang menjadi persoalan kini, ahli-ahli PAS diminta untuk WALA kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama. Sedangkan persoalan di atas tidak diketahui lansung oleh ahli-ahli PAS (kalau ada yang tahu pun tak ramai bilangannya).

Sebelum ini GB mengulas bahawa kumpulan pro-ulama Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di atas itu apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi?

Dan apakah kerana itu maka Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama bertungkus-lumus mempertahankan TSKI sebagai MBnya dengan melambung namanya seolah-olah TSKI satu-satunya orang yang paling berintegriti dalam dunia? Wan Azizah perlu dikutuk dan diaibkan sebagai tiada kebolehan?

Pagi tadi pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di dalam ucapannya menyatakan pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Macamlah PAS tidak pernah menukarkan kepimpinan sehingga sanggup menggunakan hujjah sedemikian. Pesuruhjaya PAS Selangor ditukarkan daripada Abd Rani Osman kepada Iskandar Samad, apa kesalahan Abdul Rani Osman sehingga beliau ditukarkan kepada orang lain sedangkan semua orang tahu kejaaan cemeralng PAS Selangor di dalam PRU13 adalah kerana kewibawaan Abdul Rani.

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.
,br> Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?

Kemudian ada pula seorang pemimpimpin parti menyatakan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus. Majlis Syura mempersetujuinya. Tak perlu rujuk AJK PAS Pusat. Dah jadi komunis. Guna sistem autokrasi. Tiada lagi demokrasi. Hujjah mereka menyatakan hanya ulamak yang tahu bab Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias yang merupakan tunggak tertinggi perlembagaan PAS. Jika demikian apa guna pilih AJK PAS PUsat setiap dua kali bermuktamar? Bukankah mereka itu dipilih menjadi "wakil" daripada orang bawahan?

Malah jika disemak Al-Quran amat jelas ada perintah Allah supaya bermesyuwarah, bukan menggunakan kuasa veto ketua.


Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama merekadan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

"Bermesyuarah" ertinya apa? Guna kuasa veto presiden seorang sajakah yang bercakap dengan dinding?

Kemudian memaksa pula suruh wala. Jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Huh!

Beginilah. Jika merasakan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sesuai dan tahaluf siyasi sudah tidak dapat dilaksanakan seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Haron Din, apa kata jika PAS berpisah saja dari Pakatan Rakyat? Kita lihat saja nanti kesannya kepada parti Islam SeMalaysia?

Dan jika pengkritik-pengkritik Presiden dan Majlis Syura Ulama nak dikenakan tindakan, apa kata jika pecat saja semua pemimpin dan ahli yang mengkritik supaya PAS hanya menjadi kumpulan UG (Ulama Group)?

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...

-GB

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.