Wednesday, September 17, 2014

Musuh sedang ketawa melihat Pakatan bercakaran

PERTELINGKAHAN dalam Pakatan Rakyat dan dalam PAS tentu akan menggembirakan pihakmusuh. Justeru, langkah mesti diambil oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk segera menghentikan perbalahan tersebut.

Pemimpin-pemimpin PAS juga harus bertemu dan berbincang di meja rundingan.Ini adalah kerana jikalau pertelingkahan ini berterusan tanpa penghujungnya, sokongan untuk Pakatan Rakyat dikhuatiri akan terjejas.

Sekarang pun pengundi atas pagar sudah tidak yakin dengan Pakatan kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin Pakatan bergaduh kerana ‘gilakan kuasa’. Itulah persepsi pengundi atas pagar.
Bagaimanakah Pakatan boleh meyakinkan golongan ini bahawa Pakatan boleh mentadbir negara jika asyik bergaduh sahaja?

Situasi dalam Pakatan kini memberikan satu gambaran yang buruk kepada orang ramai bahawa Pakatan gagal membuat keputusan yang bijak.

Situasi ini juga membuktikan kepada orang ramai bahawa persahabatan dan semangat setiakawan di antara parti-parti komponen dalam Pakatan hanyalah ditayangkan dengan tujuan untuk menyedapkan hati orang ramai

Tetapi sebenarnya persahabatan tersebut tidak kukuh langsung dan tidak sehaluan dalam perjuangan mereka untuk rakyat.

Oleh SELENA TAY (DD)

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.