Rakyat Malaysia, khususnya pendokong Pakatan Rakyat menyambut tahun baru 2013, dengan iltizam untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional dari tampuk pemerintahan.
Semangat yang tinggi di kalangan pendokong Pakatan Rakyat ditonjolkan dengan begitu ketara sepanjang 2012, aktif menganjurkan program dan perhimpunan.
Semua program dan perhimpunan yang dianjurkan mendapat sambutan hebat dari kalangan rakyat, dengan satu tekad dan matlamat untuk memperkasakan gerakan menawan Putrajaya.
Selepas kejayaan penganjuran Bersih yang menggunakan tema kuning, PAS mencipta Himpunan Hijau, gerakan menyelamatkan rakyat dari Lynas juga bertemakan warna hijau.
Manakala gerakan anak-anak Felda mencipta gelombang Oren untuk menyelamatkan tanah dan peneroka Felda dari penindasan serta kezaliman Umno-BN.
Bagi melengkapkan gerakan untuk menumbangkan BN, rakyat Kelantan mencipta gelombang merah bagi menuntut bayaran royalti Petroleum yang dirompak BN bertahun-tahun lamanya.
Kesemua gerakan ini, yang dicetuskan sepanjang tahun, mendapat dokongan padu dari rakyat pelbagai kaum dan agama.
Tidak ada yang terkecuali. Dari Perlis hingga ke Johor, ke Sabah dan Sarawak, malah sehinggakan rakyat di luar negara, begitu berani mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, sekali gus menolak BN.
Fenomena inilah sebenarnya yang amat ditakuti BN. Apa jua propaganda, apa jua usaha untuk mengekang kebangkitan rakyat, berterusan gagal.
Kebangkitan rakyat ini cukup memberi kesan, sehinggakan Perdana Menteri bersikap 'acuh tidak acuh', 'sekejap yakin sekejap tidak' untuk membubarkan Parlimen, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Apa pun dolak-dalik PM yang juga Presiden Umno, walaupun kuasa membubarkan Parlimen hak mutlak PM, namun, satu hakikat yang tidak boleh dielak, 8 Mac 2013 ini, mahu tidak mahu, usia kerajaan BN akan tamat.
Selepas tempoh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya ada 60 hari untuk melaksanakan PRU. Ini bermakna, jangka hayat kerajaan BN, hanya tinggal 5 bulan sahaja.
Dalam tempoh sekarang ini, sehingga beberapa bulan akan datang, merupakan tempoh yang amat kritikal buat BN, iaitu suatu keadaan yang menentukan antara 'hidup dengan mati.'
Pada saat ini, Pakatan Rakyat berada di landasan kesepaduan yang terbaik untuk berhadapan dengan BN. Pakatan Rakyat sudah menjadi alternatif yang diterima rakyat, untuk menjadi kerajaan.
Rakyat Malaysia, yang cerdik dan matang, sudah melihat negara-negara jiran dan seluruh dunia, di mana kepercayaan diberikan kepada golongan 'pembangkang' untuk menjadi kerajaan.
Satu demi satu kerajaan ditumbangkan. Digantikan dengan kerajaan baru, tanpa rasa ragu, tanpa rasa takut oleh rakyat yang berani mencetus perubahan.
Kita percaya 'trend' inilah yang akan melanda negara kita. Iaitu, rakyat tidak ragu lagi untuk menurunkan Umno-BN dari tampuk kuasa, untuk digantikan dengan Pakatan Rakyat.
Fahaman bahawa hanya Umno-BN sahaja yang mampu memerintah sudah terkubur. Walaupun BN menjajanya, walaupun BN mencanang slogan itu siang dan malam, mereka tidak sesekali dapat mengubah komitmen rakyat untuk menolak mereka.
2013 adalah tahun untuk menumbangkan BN. 2013 adalah tahun untuk menamatkan hegemoni mereka. Dan pada tahun 2013 ini, rakyat akan mendapat kerajaan baru, iaitu Pakatan Rakyat.
Hidup Pakatan Rakyat, hancur BN!
Editorial Harakah
Tuesday, January 1, 2013
2013 Tahun Penamat Pemerintahan BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HIDUP PR.
ReplyDeleteTeruskan... ini kalilah...
ReplyDeleteSecara logiknya, mengikut sistem demokrasi sesiapa yang mendapat majoriti, dialah yang menang dan menjadi kerajaan. Dan rakyat / pengundi setelah mereka menyatakan pilihan mereka, seharus bersatu kembali dan menerima dengan redho siapapun yang majoriti dari mereka pilih. Peluang membuat pilihan akan muncul sekali lagi bila tiba PRU seterusnya.
ReplyDeleteDisebalik keghairahan Pas memainkan isu tema ini, pemimpin Pas sebenarnya TIDAK BERAPA SELESA dengan perkataan SEBANGSA dan SEJIWA yang mereka sendiri pilih ! Sendiri boleh agak la kenapa ....
ReplyDeleteBukanlah.. 2013 ini tahun penamat untuk Anwar menjadi ketua PR dan bersara dalam politik.
ReplyDeleteKerana kita lihat sendiri PR tidak akan dapat kerusi yang diimpikan itu. Kerana masih tidak nampak akan sepenuhnya rakyat menyokong PR.
ReplyDeleteMemang sudah masanya untuk mengatakan selamat tinggal kepada Anwar selepas PRU13.
ReplyDeletebiar rakyat tentukannya.
ReplyDeletekita tggu ja PRU bru tau.
ReplyDeletePR masih bermimpi??
ReplyDeleteSudah menang, baru riuh sekampung. Jangan over confident dapat kalahkan BN
ReplyDeleteSayang bak kalau BN tumbang nanti akan hilang title Sabah negeri termiskin di Malaysia nanti susah PATI dapat IC nanti.
ReplyDeletesiapa sebenarnya juara pru13 kita sama-sama tunggu dan lihat...PR bermimpi ker atau sebaliknya..ni kalilah.
ReplyDeleteHarap-harap BN akan tumbang puas sudah saya makan duit BN sekarang saya
ReplyDeletemahu rasa makan duit PR. INI KALI LAH !
Melihat kpd senario perubahan ketara penerimaan rakyat Sabah trhadap PKR,tiada mustahil UMNO melingkup,bah. Perjuangan DS Anwar itu jika diukur dr segi penentangan UMNO dan Umngok trmasuk fitnah liwat 1 & 2 serta rekayasa cerita2 lain, itu sebenarnya kecil shj. Perjuangan Nabi Musa dgn Fir'aun, perjuangan Nabi Ibrahim dgn Namrud, Nabi Isa dgn Heraclius dan Herodes serta Nabi Muhammad dgn Abu Jahal serta Abu Lahab adalah jauh lebih hebat penentangan masyarakat waktu itu. Tiada perjuangan keADILan tanpa penentangan.Ianya ibarat AIR dengan PERIGI. Biasa.
ReplyDeletereply to anonymous JAN 3, 2013, 11:45 AM ....
ReplyDeletesiapa anuar tu kau mahu bagi banding dengan nabi-nabi Allah S.W.T?
apa kau ingat si anuar tu adalah penyelamat yang ditunggu-tunggu untuk akhir zaman macm yng di war-warkan oleh si badrol amin??
Mana baik Anwar Ibrahim dgn Nazri Aziz ?? Ndak payah banding yg lain lagi, cukop sekadar dua tu jer. Kalau jawapannya Nazri Aziz,memang sah spesis syaitan yg tak tau nimat Islam,Iman dan Ihsan. Tu je.
ReplyDelete**Bokeh UMNO Sri Monanti
Anwar tu mngkin bukan insan trpilih jd nabi,tetapi perangai yg dbawanya jauh lebih baik dr ulama' dlm UMNO. Ada ularmak UMNO bangkit melaung kearah Chua S Lek bila hukum Tuhan dihina? Cukop satu persoalan sebelum kau prtikaian insan bernama Anwar.
ReplyDelete**888
Sabah Barisan Nasional (BN) does not use the election as a reason to serve the people, said Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman.
ReplyDelete
ReplyDeleteMusa who is also Sabah BN chairman said the ruling coalition should not just wait for the general election date to be announced because efforts to ensure the people’s well-being must continue.
ReplyDelete“We have to regularly go to the ground to be close to the people. Our cooperation with district officers, State representatives and community leaders should be ongoing in order for us to be aware of the problems and needs of the people,” he told reporters after launching the State Sepak Takraw competition for the President’s Trophy.
Also present were Sabah Sepaktakraw Association (Astaka) president Datuk Awang Sham Amit and Tuaran district officer Madiyem Layapan.
ReplyDeleteMeanwhile, Musa also announced an allocation of RM16 million for construction of a bridge spanning the Damit river to connect Tuaran town to Tamparuli.
ReplyDelete
ReplyDeleteAnnouncing the allocation, he said the project was necessary in view of traffic congestion at the existing suspension bridge.
“This bridge project is for the benefit of the people in this district,” he said.
ReplyDeleteDi sebalik pelbagai pergolakan politik dikalangan parti pembangkang mengenai bakal Perdana Menteri sejak kebelakangan ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan keyakinan yang kuat bahawa BN akan kembali berkuasa dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berkuasa.
ReplyDeleteKita kena faham bahawa pilihanraya ini bukan sahaja penting tetapi lebih penting kerana puak disana itu orang kata kemaruk kuasa. Dah sampai terdesak, sebab itu dipanggil kumpulan – kumpulan desperado.-Muhyiddin
ReplyDeletePembangkang sudah terbayang dah kerusi Perdana Menteri itu. Sebab itu diluar sana mereka berbicara siapa yang lebih layak. Bagi saya tidak guna nak komen sebab saya yakin BN akan balik semula dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal-Muhyiddin
ReplyDeleteSudah ada keyakinan baru yang UMNO sebuah parti yang lebih berupaya berbanding dengan Pas, PKR, dan kalau mereka lihat apa yang parti pembangkang ini buat di negeri mereka kuasai tidaklah sehebat manapun. Mungkin gendangnya agak lebih kuat, tetapi isinya tidak ada.
ReplyDeletePembangkang janji macam-macam tapi sebenarnya mereka tidak lakukan dan laksanakan. Mereka lebih berpolitik daripada bekerja.
ReplyDeletePembangkang tidak dapat selesaikan masalah di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Semua negeri menghadapi masalah. Yang mana ia membuka minda dan pemikiran orang Melayu dan bukan Melayu bahawa walaupun UMNO dan BN ada kelemahan tetapi kita pengalaman. Kita bersedia membuat perubahan dan kita turun ke bawah secara literal, menghadapi rakyat setiap masa.-Muhyiddin
ReplyDelete"Yang itu juga kita menganalisis selepas Pilihan Raya Umum 2008, apakah sebab kita kalah di negeri-negeri seperti Kedah, Selangor atau tempat-tempat lain. Antara faktornya adalah kerana masalah dalaman. Ada sabotaj, tidak bersedia bekerja bersungguh-sungguh, tidak bersetuju dengan calon, atau pun tidak dilantik menjadi calon."
ReplyDelete"Ini puak-puak yang tidak mendapat habuan sebegitu mengambil langkah-langkah yang membawa kesan buruk kepada parti. Itu kita sedari, sebab itu di peringkat akhir ini kita sebut balik. Jangan sabotaj parti. Pasal pihak pembangkang memang tidak kuat, serupa sahaja, dulu sekarang sama, malahan agak lebih teruk", ujarnya.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan tetapi dengan majoriti kerusi lebih kecil berbanding 2008-Prof William Case,ketua Jabatan Asia dan Kajian Antarabangsa, City University of Hong Kong.
ReplyDelete“Umno akan menghadapi risiko kehilangan dua peratus undi dari kalangan kelas menengah Melayu di bandar; MCA akan menerima paling lebih banyak kehiangan undi; MIC pula akan mendapat keputusan yang lebih baik sedikit berbanding 2008,” katanya.
ReplyDeleteMenurut pakar politik Malaysia itu, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan memenangi PRU hanya dengan sokongan daripada masyarakat Cina dan pengiktirafan antarabangsa dari negara kuasa besar Amerika Syarikat.
ReplyDelete“Tanpa sokongan daripada sebahagian besar golongan bumiputera, BN tidak akan dapat ditumbangkan oleh PR walaupun mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Cina.
ReplyDelete"Tetapi apa juga sentimen masyarakat Cina, pada angka 26 peratus daripada jumlah populasi penduduk, bilangan mereka tidak cukup besar untuk mengalahkan BN. Melainkan, masyarakat Cina bergabung dengan sejumlah besar pegundi bumiputera dimana ianya tidak akan berlaku."
ReplyDelete