Tuesday, January 1, 2013

Skandal Kereta Labuan Di Sabah

MULAI 1 Jan 2013, semua pemilik kenderaan di Labuan yang dikehendaki membuat deklarasi kenderaan masing-masing melalui borang Kastam K1 setahun sekali sebelum keluar dari Labuan.

Sistem ini telah dilaksanakan semula oleh KDRM dengan alasan ada pemilik kenderaan tidak membawa balik kenderaan mereka setelah habis tempoh 90 hari (dalam setahun). Jika tiada deklarasi dan bon; maka Jabatan Kastam tidak dapat menghadapkan pemilik kenderaan ke mahkamah. Kami mewakili Unit Pencari Kebenaran Rakyat ingin bertanya kepada KDRM;

Pertama : Kastam telah melantik agen perkapalan S & V Services untuk mengisytiharkan semua kenderaan yang hendak keluar dari Labuan dengan bayaran sebanyak RM100 untuk sebuah kereta.

Kami hendak bertanya KDRM, kenapa rakyat perlu berurusan dengan agen yang dilantik oleh KDRM? Adakah pegawai atasan kastam mempunyai agenda tersendiri seperti bekas Ketua Pengarah?

Bukankah semua pemilik kenderaan sebelum keluar dari pulau bebas cukai ada mengisi borang perakuan yang disediakan oleh KDRM Labuan sebelum dimasukkan ke dalam komputer KDRM.

Bukankah semua pemilik kenderaan perlu fotokopi kad kenderaan bersama Kad pengenalan dan tandatangan borang Maklumat Kenderaan dan Pemilik sebelum kastam mengeluarkan Kad e VIS (E21A)?

Adakah Sistem komputer KDRM Labuan masih lagi dalam tahun 80-an? Bukankah dengan satu klik, sudah tahu kenderaan mana yang tidak balik ke Labuan selepas habis tempoh?

Kami tidak berniat untuk memfitnah KDRM, tetapi maklumat yang kita terima daripada orang awam dan atas risikan Unit Pencari Kebenaran, kenyataan yang kami paparkan di artikal ini adalah benar.

Kedua ; Kereta yang tidak balik ke Labuan selepas habis tempoh; kebanyakannya kereta mewah dan pemiliknya semua kebanyakan kawan rapat atau ada hubungan dengan pegawai KDRM.

Kami juga mendapat maklumat ada sebuah kereta mewah dimiliki oleh seorang penyeludup terbesar di Kota Kinabalu yang tidak membayar cukai dan sudah bertahun kenderaan tersebut berada di Sabah.

Namun tiada tindakan dari cawangan pencegah kerana difahamkan semua pegawai di Kota Kinabalu sampai ibu pejabat di Putrajaya dalam 'pay roll' KING Penyeludupan Sabah ini.

Sebenarnya, penyelewengan di KDRM berhubung kes kenderaan Labuan yang dibawa keluar tetapi tidak balik ke Labuan kerana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM250 hingga RM350 kepada pegawai KDRM untuk cop Kad e-VIS untuk 2 hari setiap 3 bulan.

Kenderaan tersebut sudah berada di Sabah 90 hari atau lebih. Kenderaan berkenaan tidak perlu dihantar balik ke Labuan kerana mereka hanya perlu serahkan kad -eVIS kepada Ejen Perkapalan.

Daripada maklumat yang kami terima ialah agen yang kini dilantik oleh KDRM untuk berurusan dengan KDRM untuk di cop 3 atau 5 hari bagi setiap 3 bulan. Inilah cara pegawai KDRM cari makan pegawai KDRM dan akhirnya rakyat yang disusahkan.

Adakah logik RM100 untuk deklarasi sebuah kereta dengan pihak KDRM? Bukankah agen sekarang semua guna sistem komputer yang sudah link dengan kastam? Bukankah caj yang dikenakan agen lebih mahal dari tambang feri untuk mengangkut kenderaan ke Labuan. Tambang tiket sebuah kereta untuk pulang balik ke Sabah hanya seratus sahaja. Dalam Budget 2013, Kerajaan beri subsidi 50% untuk tambang feri bagi mengurangkan beban penduduk di Labuan.

Persoalan di sini ialah salah siapa? Rakyat atau Pegawai Kastam? Siapa yang merosakkan sistem kerajaan yang sedia ada?

Cuba pembaca Sabahkini.net tengok di Sabah dan Sarawak tentang rokok dan minuman keras yang dijual di kedai kopi dan pusat hiburan. Bukan semuanya 80% tidak bayar cukai. Ibu pejabat kastam ambil Labuan sebagai Kambing Hitam dan sebenarnya semua rokok dan minuman keras masuk terus ke Pelabuhan Sepanggar Bay dan Gudang Berlesen di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Di Sarawak pula, rokok dan minuman keras masuk di pelabuhan Sibu, Bintulu dan Kuching dan kemudian ditarik keluar dengan mengisytiharkan sebagai barang tidak bercukai. Di Semenanjung pun sama juga masuk 'Bonded Warehouse' dan guna 'tax stamp' palsu yang dijual sekeping RM0.30 sen kepada sindiket penyeludup.

Kontena yang bersusun susun di pelabuhan dan gudang berlesen di Sabah dan Sarawak untuk ditarik keluar, tidak termasuk seperti Imported Jubin, Barangan Elektrik, Sayap Ayam (Tiada AP)

Yang hebat sekali ialah menjual minyak diesel subsidi oleh bot pembekal di perairan Labuan. Pernahkah pihak berkuasa seperti kastam tangkap?

Ketiga ; macam mana dengan kes Bekas Ketua Pengarah Kastam, Dato' Seri Khalid? Sekarang Timbalan Ketua Pengarah KDRM pun orang Sarawak dan patutlah aktiviti kroni penyeludpan mereka di Sarawak dan Sabah berjalan dengan lancar menggunakan pelabuahan dan gudang berlesen.

Untuk makluman SPRM. Sila pantau di semua pelabuhan dan lokasi gudang berlesen tersebut di atas kerana kastam yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan dan juga sindiket mengunakan 'tax stamp palsu' kastam di KL.

Nanti kami akan salurkan maklumat 'A' terus ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Kepada semua Pengarah & Pegawai Pihak berkuasa jabatan kerajaan Malaysia. Insaflah kerana baki pahala anda tidak mencukupi untuk anda ke syurga. Sila tambah nilai amalan anda sebelum tarikh hayat anda luput.

Marilah kita bersama-sama membongkarkan kegiatan salah gunakuasa dan rasuah di jabatan KDRM kepada SPRM.kita akan bongkarkan satu demi satu dari bekas Ketua Pengarah hingga terkini di artikal kami akan datang.

Salam Hormat.

UNIT PENCARI KEBENARAN RAKYAT.

32 comments:
Write comments
  1. tengok2 kan juga minyak subsidi yang dibawa keluar dari perairan Semporna untuk dijual ke Filipina ada kena mengena dgn pihak2 tertentu juga tu :D

    ReplyDelete
  2. Bukan sahaja berlaku kpd KDRM untuk kereta di labuan , pendatang Indon khususnya amah juga macam itu dengan Imigresen....Amah tak perlu balik Indon semuanya dah siap paspot dan cop sekali...yang penting wangnya dah mashuuuuk....

    ReplyDelete
  3. Bagi PTI pula sila masuk ke kampung-kampung di seluruh sandakan untuk melihat dengan dekat PTI.nih...

    ReplyDelete
  4. Betulkah ada keperluan untuk mengenakan bayaran sebanyak RM100 setiap kereta?

    ReplyDelete
  5. Harap pertimbangan semula akan dilakukan untuk memastikan tindakan terbaik diambil dalam isu ini.

    ReplyDelete
  6. Jika mereka yang ingin membawa kereta keluar dari Labuan sudah ada mengisi borang perakuan yang disediakan oleh KDRM Labuan, sepatutnya sudah mencukupi.

    ReplyDelete
  7. Adakah langkah ini betul-betul diperlukan?

    ReplyDelete
  8. Harap pihak KDRM Labuan akan tampil memberi penjelasan lanjut tentang syarat baru ini.

    ReplyDelete
  9. siasat hal ini , jika ada keraguan.

    ReplyDelete
  10. Malaysia akan terus memerangi rasuah dan memperbaiki kedudukannya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  11. Perdana Menteri dalam mesej terbaharu Tweeternya malam Khamis berkata: “Malaysia meningkat enam tempat lagi dalam Indeks Persepsi Rasuah, menjadikan kita tempat ketiga dalam kalangan negara Asean. Kedudukan yang akan sentiasa kita perbaiki.”

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Transparency International mengenai kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam CPI tahun ini iaitu kedudukan ke-54 berbanding ke-60 tahun lalu.

    ReplyDelete
  13. Malaysia meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

    ReplyDelete
  14. Malaysia menduduki tempat ketiga dalam kalangan negara Asean, iaitu di belakang Singapura (kelima dunia) dan Brunei di tempat ke-46 dunia.

    ReplyDelete
  15. Tukar saja krajaan parti sekarang kepada PR takpayah lantik agen, rakyat marhaen makin miskin agen kroni makin gemuk, ayuh tukar kali ini, orang labuan tidak bodoh baca apa yang tersirat.

    ReplyDelete
  16. JOM tukarrrrr...2012 TINGGAL kenangan sansut apa semua sudah hanyut,2013 tukarrr.. 8 mac mgkn akan menjadi juri penentu siapa sebenarnya menjadi pilihan RAKYAT..NI KALILAH..aramai tiii

    ReplyDelete
  17. Harus memahami isu ini secara mendalam.

    ReplyDelete
  18. Malaysia teramat banyak rasuah.

    ReplyDelete
  19. astam telah melantik agen perkapalan S & V Services untuk mengisytiharkan semua kenderaan yang hendak keluar dari Labuan dengan bayaran sebanyak RM100 untuk sebuah kereta.

    Adakah pembayaran ini munasabah?

    ReplyDelete
  20. Yang hebat sekali ialah menjual minyak diesel subsidi oleh bot pembekal di perairan Labuan. Pernahkah pihak berkuasa seperti kastam tangkap?

    Adakah kerajaan harus mengambil langkah wajar terhadap aktiviti seperti ini? Pasti banyak aktiviti dan penjualan haram di merata tempat.

    ReplyDelete
  21. Aktiviti penyeludup harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  22. Patutlah kerajaan tak mahu bina jambatan rupaya ada udang disebalik mee! Lepas itu BN nak hapuskan ubat ubatan percuma di hospital. Bn juga nak kenakan gst selepas pru13. Wang KWSP kepunyaai rakyat dah disonglap untuk selamatkan Felda. Inilah cara BN membela rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  23. Baru-baru ini ketika Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dalam ucapannya di Labuan telah berjanji akan membina Jambatan yang menghubungkan Labuan dan tanah besar Sabah. Dalam masa yang sama, sebelum itu UMNO Bahagian Labuan dalam Persidangan Tahunan meluluskan usul untuk Pembinaan Jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  24. Apabila berita ini keluar didada akhbar tempatan di Borneo, dari Setiausaha UMNO Bahagian Labuan, Saudara Rozman Datuk Isli, pada hari Ceramah Pakatan Haram diadakan di Labuan, maka mereka terus memainkan isu tersebut kononnya apabila isu ini dimainkan oleh pihak pembangkang barulah UMNO kelam kabut mengeluarkan kenyataan, dan isu tersebut terus dimainkan oleh pihak pembangkang di Labuan sama ada melalui media massa dan media sosial.

    ReplyDelete
  25. Walau pada hakikatnya mereka tahu, cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbuk Sabah telah diilhamkan oleh YBhg Datuk Mulok Ag.Damit bekas Ahli Parlimen Labuan 1985 hingga 1999. Bahkan perkara ini telah ditimbulkan kembali oleh bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membuat lawatan rasmi ke Labuan sekitar tahun 2008 yang lalu.

    ReplyDelete
  26. Apabila satu kajian telah dijalankan, oleh pihak UMS-KAL, maka pembinaan Jambatan tersebut memakan kos yang tinggi untuk ditanggung Kerajaan. Oleh itu pihak UMNO Bahagian meluluskan usul pembinaan Jambatan ini ditawarkan kepada Pelabur Asing yang berminat bagi membina Jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  27. Apabila isu ini cuba diperjuangkan oleh UMNO Bahagian Labuan, pihak pembangkang seakan-akan cuba mengalihkan pandangan pengundi di Labuan dengan pelbagai isu yang digembar-gemburkan seandainya pelabur asing yang membina jambatan ini.

    ReplyDelete
  28. Sehingga mereka terus mengalihkan dan mencadangkan beberapa isu, yang bertentangan dengan cadangan usul yang dibuat UMNO Bahagian Labuan.

    ReplyDelete
  29. Soal janji Ketua Umum PKR, Datuk Anuar Ibrahim mengenai Jambatan ini hanyalah satu gula-gula Pilihanraya kepada penduduk Labuan, kerana kenapa apabila UMNO Bahagian Labuan mengemukakan dan mengeluarkan kenyataan ini barulah mereka beriya-iya hendak melaksanakan dengan syarat menangkan parti mereka di Labuan.

    ReplyDelete
  30. Apapun alasan dan isu yang dimainkan pembangkang di Labuan, isu jambatan sejauh 12 km ini sebenarnya telah lama dicadangkan oleh UMNO Bahagian untuk kemudahan rakyat Labuan dan Sabah dan sebagai satu cara menaikkan ekonomi Labuan dan bukanlah perkara baru seperti yang mereka uar-uarkan.

    ReplyDelete
  31. Soal janji Ketua Umum PKR, Datuk Anuar Ibrahim mengenai Jambatan ini hanyalah satu gula-gula Pilihanraya
    ( BRIM UMNO bukan gula-gula politik. Kalau bukan gula-gula politik kenapa lepas pru13 nak tarik balik pemberian perubatan percuma dan kenapa kenakan gst. Fikir baik kawan. Jangan menyokong kerajaan membabi buta. sanggup kau melihat orang miskin mati kerana tidak mampu membeli ubat-ubatan bila ubat percuma umno hentikan?)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.