Friday, January 4, 2013

Amanat Hadi: Siapa Jadi Penakut Berdepan Kebenaran?



Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut.

"Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung.

"Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak.

Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu.

Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu.

"Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya.

7 comments:
Write comments
  1. Itu le UMngokk,dia cipta isu dan yg putar isu. Kelakar tahap gaban dah UMngok nih. Aku yg selalu dgr ceramah Hj Hadi sekitar 70an ada dgr le benda2 mcm amanat ni tapi lupa sebab dah lamo sgt. Tap tap ingat balik bila UMngok mainkan 'lagu keroncong' ni. Kelakar giler UMngok nih.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu amanat membuktikan Umno takut berdepan hujah.

    Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, ianya juga membuktikan Umno hanya berani melawan sorang-sorang.

    "Terbukti dan teruji Umno sebuah parti yang tidak berani berhujah dan suka memfitnah. Umno hanya berani bercakap tanpa lawan.

    "Berani melawan dengan lawan yang diikat kaki tangan, kemudian istihar dia sebagai pemenang, kerana lawannya telah dipukul TKO," katanya.

    Semalam Kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan mengumumkan membatalkan rancangan untuk menyiarkan penjelasan Presiden PAS itu berhubung amanat yang dibuat pada 1981.

    Menterinya Datuk Seri Rais Yatim berkata penyiaran amanat Hadi itu akan bercanggah dengan satu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

    Bagaimanapun, Rais dilihat cuba berbohong kerana Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa berkaitan amanat yang diucapkan Hadi di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 itu.

    ReplyDelete
  3. TGHA mahu diberi peluang dimedia Malaysia untuk jawaban tohmahan dan fitnah puak UMNO yg bertali arus.. kenapa kini semua lembu lembu UMNO mula gelisah..?? masa menfitnah bukan main seronok.. sekarang kenapa beri pelbagai alasan.. bagi aku...apa saja kenyataan dari Ulama yg menegakkan kebenaran dan mempertahankan kesucian Islam dari dinodai , aku akan sokong sepenuh jiwa.. bukan kerana aku fanatik.. jauh sekali.. tapi utk menyelamatkan bangsa melayu dan islam dari terus terpedaya dgn muslihat musuh islam iatu UMNO...

    ReplyDelete
  4. Itu ke standar mufti 1Malaysia. Semoleknya dia turun sendiri ke Bukit Bintang tengok apa yg ada,semoleknya dia turun ke JAKIM tengok apa yg dah jabatan tu lakukan utk mmartabatkan Islam, pergi ke RTM/Sri Pentas tengok apa rancangan/siaran yg ada utk tatapan anak2 bangsa kita, tengok teks2 khutbah yg dah dkawal oleh UMNO supaya teks khutbah tidak boleh mrangsang kebangkitan ummah serta banyak lagi perkara utama yg WAJIB tuan2 mufti tu campurtangan dr mengelak mnjadi taraf ULAMA JAHAT. Bukannya brcerita tntang Amanat Hj Hadi yg dah 45 tahun dulu...tapi kalau dlm Amanat tu kata,WA MAM LAM YAHKUM BIMA ANZALALLAHU FA ULA IKAHUMUL KAAFIRUUN..adakah Hj Hadi yg harus dpersalahkan atau Tuhan yg salah kerana tidak ambil restu UMNO dulu utk turunkan ayat tu ?

    ReplyDelete
  5. Kalau ikut sejarah, amanat Hj Hadi tu memang ciptaan UMngok. Kalau ianya dr org PAS tentu dipanggil Amanat Tuan Guru Hj Hadi. Itu resepi trsembunyi jika kita mau tau angkara siapa. Setuju dgn komen2 di atas.

    ReplyDelete
  6. Dah sonyap lak isu amanat, timbul lak isu kalimah Allah. Eh eh ehh UMngok nih. Betul le dia yg cipta isu dan dia yg putar isu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.