Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.
“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.
“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.
Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.
Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD
Friday, January 4, 2013
Orang Miskin Dilarang Sakit, Ubat Percuma Dihentikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau dah tak sanggup tanggung kebajikan rakyat sendiri,bagus keluar dr Putrajaya dan serah pd Pakatan Rakyat. Ke guano ?
ReplyDeleteKAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAYAN DIUTAMAN HAHAHAHAHAHA APA KO RASA OREN
ReplyDeleteInilah yang dikatakan janji ditepati untuk menindas rakyat!
ReplyDeleteIni yang nak diharapkan dari BN?
ReplyDeleteLepas PRU13 ubat kena beli sendiri, minyak petrol naik lagi, GST dikenakan, barang keperluan di naikkan wah untung rakyat mengundi BN
ReplyDeleteKalau nak rasa...cuba kekalkan BN. Baru tau,bah. Kalau ndak mau ubat percuma cuba le kekalkan kerajaan.Kalau ndak dapat barpikir lagi aku ndak tau lah rakyat Malaysia ini.
ReplyDeleteAgak-agaknya mana yang penting bagi rebet pembelian telefon untuk belia atau hentikan pemberian ubat percuma. Agak-agak pintar tak Najib ini bagi rebet pembelian telefon dan hentikan ubat percuma!
ReplyDeleteSi Hamdan Hadillah mesti gumbira bila ubat percuma dihentikan itulah dia berabis sokong BN!
ReplyDeleteDudialias dan Alimah pun terlompat-lompat gembira bila ubat percuma dihentikan.
ReplyDeleteJgn dhina HAMDAN HADILLAH..umor belum aqil baligh lagi. Ciannyer dia.
ReplyDeleteApakah orang miskin yang sakit itu akan dihimpunkan dalam satu rumah sakit khas untuk menunggu mati tanpa ubat-ubatan! KITA SOKONG LAGI UMNO!
ReplyDeleteAnonymous said...January 4, 2013 10:14 PM
ReplyDeletePatutlah komen HAMDAN HADILLAH macam komen budak tadika!
Mesej daripada cadangan kerajaan BN ini ialah BN TAK PERLU LAGI UNDI DARI KALANGAN ORANG MISKIN.
ReplyDeletePemberhentian perubatan percuma ini adalah dasar kerajaan BN/UMNO yang menindas rakyat miskin bukankah begitu sdra walter
ReplyDeleteNdak tau la org OMNO nih,kalau suka BN potong bekalan ubat free.
ReplyDeleteKalau suka tiada lagi ubat percuma undilah BN kalau mau ubat percuma undi PR
ReplyDeleteAnonymous said...January 4, 2013 10:14 PM
ReplyDeleteHAMDAN HADILLAH belum sekolah tadika lagi masih pakai pampers!