Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.
Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.
Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama
Friday, January 4, 2013
Bekas YDP Dipenjara 3 Tahun & Denda RM132,500
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mngkin dah ada contoh teladan yg brleluasa...sehingga beliau pun ndak tragak2 melakukan perkara yg sama. Kalau si A boleh,kenapa aku ndak boleh? Memang dah adat kebiasaan dlm senario kehidupan 1Malaysia.
ReplyDeleteYg ni la yg Mashitah 'cendikiawan' Islam drp UMNO marah kalau potong tgn. Nanti org islam habis kena potong tgn,ekonomi org Islam akan merudum. Tapi bila ada tgn dia mncuri bgai nak rak,duit org Islam jugak. Tak jatuh ke ekonomi Islam tu?
ReplyDelete