Kadilan hari ini mendedahkan bukti pemindahan wang oleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan kepada dua syarikat barangan kemas mewah di Hong Kong berjumlah kira-kira RM13 juta, dikatakan untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti pagi ini, menunjukkan salinan invois dan pembayaran oleh dua syarikat Deepak, Karpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd kepada Dehres Ltd dan Firestone Co Ltd.
Salinan itu, antara lain tertera invois bernombor 23117 dan slip pindahan wang sejumlah USD115,000 kepada Dehres Ltd oleh Carpet Raya Sdn Bhd.
Beberapa invois dari Firestone Co Ltd bagi pembelian 19 barangan kemas bernilai kira-kira RM13 juta turut ditunjukkan.
Satu salinan emel dari kakitangan Dehres Ltd juga menyebut nama Rosmah.
Rafizi menggesa pihak berkuasa menyiasat sepenuhnya.
“Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh tiga bulan untuk Rosmah sangat serius, apatah lagi beliau (Deepak) menampilkan dokumen sebagai bukti,” kata Rafizi. -KD
Thursday, January 3, 2013
Deepak Beli Barang Kemas RM13 juta Untuk Rosmah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus sdr Rafizi. Dedah jgn tak dedah. Rakyat harus dddedahkn dan harus tau kegiatan boros Kak Ros ini. Selamatkan RM negara dari pemborosan ini serta pemborosan YB2 BN.
ReplyDeleteALLAH MAHA BESAR DAN MAHA MENGATAHUI APA PUN JUGA YANG KITA LAKUKAN
ReplyDeleteJika benar rosmah dapat emas RM13 juta, rakyat pulak dapat BRIM RM 500 jer.....adil ker? Lembu sharizat lg mahal dr BRIM iaitu RM250 juta.....rendahnya maruah kita sebg rakyat diperlakukan Najib...
ReplyDeleteNaa,...mana sdah si Spencer Arnold, puak2 yg memburuk-burukkan pembangkang dan Melton Martin. Minta ulas sikit pkara ini. mungkin tuan ada mklumat mngenai fitnah c deepak ni.
ReplyDeleteBukan tabungan sejak bayi?
ReplyDelete