Wednesday, January 2, 2013

Benarkah Polis Lindungi Penjenayah?

PEGUAM Bela Tetuan Aisah Ahmad & Company mendedahkan di Majlis Sidang Akhbar Tertutup mengenai kes penipuan yang membabitkan 3 orang iaitu Ismail Tarandan, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang kini masih lagi bebas; walaupun kes ini sudah dilaporkan kepada pihak Polis dengan cukup bukti tetapi, tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga kini.

Menurut Aisah, pihak Polis terlalu sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan walaupun cukup bukti yang kukuh untuk membolehkan pihak polis mendakwa dan menangkap kepada kedua-dua orang yang terlibat kes penipuan tanah iaitu menuntut waris orang yang masih hidup.
Memandangkan kes ini banyak melibatkan orang tertentu terutamanya para pegawai kanan kerajaan dan dua tiga orang pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN), maka tugas pendakwa agak sukar.

Aisah agak hairan kenapa pihak polis sukar untuk menangkap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan; walaupun terang-terang membuat penipuan dan membabitkan orang kenamaaan kerajaan.

"Kenapa pihak polis tidak juga membuat tangkapan terhadap Rugayah Ahmad, isteri kepada Abdullah Japar yang cukup bukti, tetapi masih bebas,” tanya Aisah.

Berikut fakta daripada Dalam Mahkamah Rendah Syariah Sandakan Permohonan No SS – 12- 1990 Dalam Perkara: Harta Pusaka Simati Noraini Binti Nahar Kad Pengenalan H.0612474 “Afidavit Bagi Permohonan Membahagi Harta Pusaka.”

Saya Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200 bersumpah dan berikrar dengan Nama Allah menyatakan bahawa:-

1. Saya adalah ketua Pemohon dalam permohonan ini, tinggal menetap di alamat Kg Forest PPM 274 Elopura, Sandakan bertindak sebagai Pemohon dalam permohonan ini.

2. Simati Noraini binti Nahar KP: H0612474 telah meninggal dunia di Sandakan (sedangkan Noraini masih Hidup)

3. Pada saat kematian Simati masih memiliki secara sah harta-harta berikut ini yang masih belum di berikan kepada waris-waris yang berhak iaitu:

4. Tanah NT No: 093091859 di Koyah A Kinabatangan (Rugayah binti Ahmad Kpt: 660223-12-5200

5. Simati tidak mempunyai waris-waris lain

6. Semasa hidup, Simati tidak ada berwasiat

7. Semasa hidup, Simati tidak ada berhutang

8. Saya dengan ini memohon supaya harta-harta Simati sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 3 dibahagikan mengikut: Permohonan seperti di bawah ini iaitu kepada:-

Rugayah binti Ahmad KPT 660223-12-5200

9. Saya membuat permohonan pembahagian seperti yang dinyatakan dalam perenggan 11 diatas adalah berdasarkan alasan berikut:

PENAMA DI ATAS ADALAH ANAK KANDUNG SIMATI TIADA BANTAHAN DARI MANA-MANA PIHAK.

10.Dokumen-dokumen berikut yang masing-masing ditanda dengan, dilengkapi sebagai menyokong permohonan ini iaitu

13.1 Salinan Permohonan Tanah Kerajaan

13.2 Salinan KP Pemohon.

Kata Aisah, Inilah antara fakta kes yang disebutkan di dalam Mahkamah Rendah Syariah oleh Rugayah Ahmad. Persoalannya, macam mana Rugayah mengaku dia anak kandung kepada Noraini Nahar; sedangkan kalau diperhatikan dengan terperinci dan diteliti lihat nombor Kad Pengenalan Rugayah Ahmad 660223-12-5200 dan sementara nombor Kad Pengenalan Noraini Nahar ialah 641116-12-5324 perbezaan umur antara Noraini dengan Rugayah Cuma tua 2 tahun sahaja.

" Logikkah baru berusia 2 tahun sudah menjadi ibu kepada Rugayah? Nampaknya Rugayah belum begitu cekap untuk menjalankan kegiatan penipuan secara professional perlu ambil kursus lagi untuk mendapatkan sijil penipuan,” tambah Aisah.

Kata Aisah, bagi pihak 400 pemilik tanah yang menjadi mangsa penipuan dan peguam kepada mereka yang terbabit merayu kepada Ketua Polis Daerah Sandakan agar mengambil tindakan segera terhadap Rugayah Ahmad yang cukup bukti.

"Jika pihak polis masih meragui mengenai kes ini, saya sedia dipanggil bila-bila masa saja untuk mengemukakan segala- bukti-bukti kukuh kerana semua dokumen ada dalam simpanan saya," ujar Aisah.

Sebagai peguambela kepada 400 orang, sekiranya polis Sandakan tidak mengambil sebarang tindakan membuat tangkapan kepada Rugayah dalam tempoh 10 hari dari sekarang; Aisah tidak mempunyai pilihan, melainkan pergi ke Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis di Bukit Aman bahawa pentadbiran Polis Sandakan terlalu lemah dan seterusnya juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasan Malaysia (SIPM) agar mereka camputangan kes yang semakin parah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI (sabahkini)

87 comments:
Write comments
  1. Rasuah ada di mana-mana,duit ba itu..bulat mata melihat bila $$ berada didepan mata.

    ReplyDelete
  2. Bukan balai polis Sandakan je,bah. 1Sabah pun sama jer karenahnye. Kalau ndak,takkan jenayah brmaharalela di Sabah ? Polis tau siapa pnjenayahnya ,bah. Cuma mereka juga kawan pd pnjenayah dan cariii makannn le kawan. Hidup hanya sakali aja, musoh jgn dicariii rezeki jgn ditolakk,bah. Ingat dan kenal dgn SP Kumar ?

    ReplyDelete
  3. Aku parcaya,mbah. Sebab itu Lahad Datu warga asing bermaharajalela. Kat check point di simpang ke Sandakan tu,sebelum dihapuskan roadblock pak polisi,berpuloh ribu duit tunai dlm kocek masing2 sebelum habis tugas. Ndak mau cuti,bah anggota polis tu takut rugi fuluss. Setiap kereta lalu kena tol RM50 dan kalau ada kes,lagi besarle tol nye utk lepas. kalau beratus kereta lalu,berapa RM tu ? Kena tangkap kat peg mereka sendiri, peg tu pun sama. Kalau SPRM tangkap, haaa lagi besar RM kena hayun.Manusiaa semua,bah.

    ReplyDelete
  4. Tiada siapa dengan akal yang waras di negara ini akan berani berkata rakyat dan kerajaan Malaysia tidak bertolak-ansur dengan Namewee.

    ReplyDelete
  5. Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

    ReplyDelete
  6. Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9

    ReplyDelete
  7. Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

    ReplyDelete
  8. Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

    ReplyDelete
  9. Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah

    ReplyDelete
  10. jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.

    ReplyDelete
  11. Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani isu ini.

    ReplyDelete
  12. Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam menjadi hangat apabila YB Wong Kun Moon (BN- Kuala Kubu Bharu), mempersoalkan tindakan Exco, Ronnie Liu kerana sering berdolak dalih apabila isu penguatkuasaan pusat hiburan dibangkitkan.

    ReplyDelete
  13. Ronnie dikatakan menuding jari terhadap polis kerana didakwa gagal memberi kerjasama penguatkuasaan pusat hiburan. Kun Moon berkata, beliau sedia membawa Ronnie meninjau kawasan pusat hiburan tersebut jika benar polis enggan bekerjasama seperti yang didakwa ADUN Pandamaran itu.

    ReplyDelete
  14. Benar atau tidak mengenai perkara ini kita tunggu saja berita selanjutnya.

    ReplyDelete
  15. Jika kita lihat sendiri pun sekarang ini isu tanah sering dibangkitkan.

    ReplyDelete
  16. Jangan biarkan isu tanah ini menjadi isu politik pembangkang.

    ReplyDelete
  17. Ini peluang pembangkang sebenarnya untuk menghasut penduduk menjatuhkan kerajaan BN,

    ReplyDelete
  18. Apa pun selesaikan isu tanah yang dirampas ini. Jangan biarkan berterusan dan menindas penduduk kampung.

    ReplyDelete
  19. DIharapkan pihak polis akan memandang serius terhadap semua laporan kes jenayah dalam negeri.

    ReplyDelete
  20. Masalah ini wajar ditangaji dengan segera supaya menegakkan keadilan terhadap mangsa.

    ReplyDelete
  21. Diharapkan SIPM juga akan bertindak dalam kes ini.

    ReplyDelete
  22. Pihak polis perlulah menjalankan tanggungjawab mereka dalam menyiasat kes jenayah.

    ReplyDelete
  23. Semoga keadilan akan ditegakkan dalam kes ini secepat mungkin.

    ReplyDelete
  24. Pasti ada yang tidak kena..hal ini harus di beri perhatian agar mereka yang bersalah dapat hukuman sewajarnya dan yang tidak bersalah dapat memperjuangkan haknya.

    ReplyDelete
  25. Polis kena memberi penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
  26. Polis tidak akan bertindak sewenangnya jika tidak ada arahan dari atasan dan atas sebab2 yang boleh diterima.

    ReplyDelete
  27. PDRM harus buktikan integriti mereka

    ReplyDelete
  28. Harap isu ini dapat diterangkan agar rakyat tidak segera membuat penilaian sendiri.

    ReplyDelete
  29. Macam mana orang awam mahu percaya polis jika wujud unsur berat sebelah dalam membasmi jenayah?

    ReplyDelete
  30. Hal ini harus segera diselesaikan agar tidak timbul kekecohan.

    ReplyDelete
  31. Sapa pulak yg bercakap penyelewenagkontrak sampah kat Selangor ni? Tak reti tajuk, tapi ndak apa kita brbincang jugak. Memangbetul kontrak sampah dSelangor tu telah lama dikaut oleh UMNO melalui ALAM FLORA. Sebelum tu, soal sampah hanya dselesaikan oleh Majlis atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ). Lepas tu UMNO tubuh sykt Alam Flora utk urus sampah dan bila PKR perintah Selangor, MB Sel hapuskan kontrak giler tu. Apa lagi melalak le anjing2 UMNO Selangor..kebuluran.

    ReplyDelete
  32. Manakala isu tanah di Selangor tu hanya ciptaan UMNO nak tipu org melayu. Tanah di Templer Park tu dah danugerah kpd sykt Ali Baba utk majukan sebuah institusi pengajian pertahanan. Sykt tu dpt anugerah terus dr Najib sebagai YB Menteri Perthanan ( 2005). DTempler park tu ada satu kawasan tanah atas nama Kementerian Pertahanan dan diamanahkan kpd Panglima Tentera Darat. Jadi sapa pulak yg timbulkan isu Ngo Cassa di Selangor buat repot polis penyelewengn di Selangor? Serta exco Ronnie Liu jugak dtempelak...betul ke atau nak alihkan citer giler UMNO. Kami rakyat Selangor pun tak tau.

    ReplyDelete
  33. Di Selangor jugalah banyak ibu-ibu tunggal kata UMNO siap ada ibu tunggal bermisai lagi haha

    ReplyDelete
  34. Senang je kalu nak perangai polis kita berubah, tukar KERAjaan BeEnd kpd kerajaan ISLAM. Perkara pokok ialah dasar pemilihan kerja kpolisian tu harus berubah dan spt mana Askar Timb Setia Neg Johor lakukan sedikit sebanyak boleh menerap nilai2 Islam dkalangan askar mereka. Bukan kata jd alim dlm polis,sekurang2nya dasar pengambilan tu harus brubah. Banyak khasiat yg PAS boleh lakukan dan mesti lakukan. Jgn dlepaskan kpd SPA atau S/jya Prkhmtn Polis shj. Jika ianya tidak berubah,kerjaya polis memang tak berubah walau diperintah oleh seribu kali PAS pun. Kuasa ditgn duit ddpan dan ilmu agama nipis..apa yg nak diharap,banggg!

    ReplyDelete
  35. Tiada siapa yang terkecuali dari hukuman kalau memang benar bersalah. yang salah tetap salah.

    ReplyDelete
  36. Pihak polis jalankanlah tanggungjawab dengan amanah. tindakan yan g dibuat bukan dipengaruhi oleh pihak2 luar tapi berlandaskan undang2 dan keadilan.

    ReplyDelete
  37. jika bukti kukuh, pendakwaan pasti dpt dilakukan.

    ReplyDelete
  38. pihak polis perlukan bukti kukuh untuk mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  39. KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa menyaksikan sendiri bagaimana kereta Presiden 'R", Nazri Deraman yang disimbah cat merah pagi ini.

    Beliau ke rumah Nazri di Nilam Puri sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah di medan ilmu pagi tadi.



    Kereta Nazri yang dipecahkan dan disimbah cat oleh individu yang tidak dikenali semalam akan mengepalai perarakan 50 buah kereta menuntut royalti minyak ke Jeli pagi ini.

    Menurut saksi, kereta Kancil berwarna putih yang menderum seawal jam 4 pagi semalam dilihat bergegas meninggalkan rumah Nazri Deraman.

    Adik Nazri, Fikri, 23 bersama seorang lagi rakan kebetulan masa itu berkawal di Kampung Nilam Puri ekoran kejadian pecah rumah kerap berlaku kebelakangan ini.

    Kereta Nissan X-Trail juga pecah cermin belakang, manakala cat disambah sehingga ke papan hadapan kereta (dashboards).

    Bahagian belakang (bonnet) dan kerusi penumpang juga berselerak dengan cat merah. Satu botol berisi cat (botol sos) juga ditemui di bawah kereta.

    Sebuah lagi kereta milik isterinya, Waja juga disimbah cat merah di bahagian tepi. Cat merah juga disimbah ke dinding rumah sehingga terkena dua basikal anaknya.

    Satu botol sos yang berisi cat merah ditemui pecah berhampiran kereta Waja. Cat juga berselerak di atas parkir.

    ReplyDelete
  40. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk keras tindakan sabotaj pihak tertentu yang melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato' Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.


    Menurut Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin, pihaknya mengesan kejadian itu pagi tadi semasa membuat pemeriksaan ke dewan tersebut bagi menjalankan kerja-kerja mempersiapkan dewan bagi tujuan Ceramah Mobilisasi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang akan diadakan di sana malam ini.

    Katanya lagi, pihak terbabit telah membuang sisa perut ayam di luar dinding dewan.

    Beliau yang juga anggota Jawatankuasa HKR 112 berkata, tindakan itu tidak lain adalah berniat jahat dan khianat terhadap program membabitkan agenda pro-rakyat.

    Beliau mengharapkan insiden seumpama itu tidak berulang lagi di lokasi-lokasi lain selepas ini menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari ini di Stadium Merdeka.

    Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa pada Ceramah Mobilisasi HKR malam ini di Sekinchan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar akan melancarkan perasmian sebuah van sempena HKR 112.

    ReplyDelete
  41. Pasti kes ini berkait rapat dengan kes rasuah.

    ReplyDelete
  42. Golongan yang bertindak mengikut sesuka hati dan tidak mengikut undang-undang harus dikenakan tindakan/ hukuman.

    ReplyDelete
  43. Pihak berkuasa yang salah gunakan kuasa harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  44. PDRM harus bertanggung jawab dan menjalankan tugas dengan lebih beramanah.

    ReplyDelete
  45. "Jika pihak polis masih meragui mengenai kes ini, saya sedia dipanggil bila-bila masa saja untuk mengemukakan segala- bukti-bukti kukuh kerana semua dokumen ada dalam simpanan saya," ujar Aisah.

    Tidak perlu tunggu lagi, kemukakan bukti jika ada.

    ReplyDelete
  46. Setuju dgn pndapat sdra Anony Jan 4: 10.28PM di atas.

    ReplyDelete
  47. Polis lindungi jenayah?

    ReplyDelete
  48. I think this is all misunderstanding.

    ReplyDelete
  49. Atau mungkin polis bertindak kasar?

    ReplyDelete
  50. Or there is really something happened?

    ReplyDelete
  51. This is something I may call it as wasting.

    ReplyDelete
  52. Lindungi yang macam mana?

    ReplyDelete
  53. Adakah ini satu kesalahan?

    ReplyDelete
  54. Atau pun dua2 pihak salah?

    ReplyDelete
  55. Pihak polis harus menjalankan tanggung jawab dengan amanah.

    ReplyDelete
  56. Jika kes ini berkait dengan mata duit, pihak berkuasa harus bertindak.

    ReplyDelete
  57. Undang-undang negara harus dipatuhi dan diikuti. Jika ada pihak salah guna kuasa, pihak atasan harus bertindak.

    ReplyDelete
  58. Apa yg dilakukan oleh umno/bn amat zalim terhadap rakyatnya. Sgala dasar yg dilakukan, sbnarnya bermaksud menindas rakyat. Rakyat telah pun membuka mata kezaliman yg dilakukan oleh umno/bn ini. & rakyat jugak telah berdo'a atas kezaliman yg berlaku. Sudah pasti do'a org2 yg dizalimi x ada hijab (penghalang) antaranya dgn Allah ta'ala. Sbb itu apa sj yg dilakukan umno/bn, samada menunda PRU, memberi imbuhan/gula2 pd rakyat, cuba menipu melalui SPR dll telah & bakal gagal, insyaAllah. Ketentuan Allah itu pasti terjadi, & x ada apa2 & sesiapa samada didunia bahkan dialam maya ini yg dpt menghalangnya dari berlaku. Apa yg dpt umno/bn lakukan adalah, menghitung hari2 terakhir dlm pemerintahan negara...

    ReplyDelete
  59. Bukan saja polis yang lindungi PATI tapi YB UMNO mengambil PATI jadi gundik setahun tinggal di Sabah terus dapat IC sebagaimana pendedahan Sabahkini. YB itu pun takut saman Sabahkini takut terbongkar rahsia dalam kelambu!

    ReplyDelete
  60. Isu tanah harus di selesaikan dengan segera. Tidak perlu di politikkan.

    ReplyDelete
  61. Jika ada bukti, pasti pihak berkuasa akan menyiasat kes ini.

    ReplyDelete
  62. Pihak polis pasti akan menjalankan siasat jika benar masalah ini terjadi, jangan menuduh tanpa bukti.

    ReplyDelete
  63. Ada saja tuduhan yang tidak berasa di buat terhadap polis.

    ReplyDelete
  64. Jika di bawa berbincang, semua masalah akan selesai. Tidak perlu di politikkan.

    ReplyDelete
  65. A civilian has earned commendations of the Sabah Commissioner of Police for his role leading to the arrest of a roadside robber and thieves who were in the act of stealing drain covers on the island.

    ReplyDelete
  66. Che Ku Mahadi Che Ku Awang, a supervisor of Tanjung Maintenance Services, witnessed a woman being held at knife point in front of Aifa Hotel, late last year. He tailed the suspect and called the police with his handphone.

    ReplyDelete
  67. In another incident, he saw a group of four youths in the act of extricating iron covers of a drain in Taman Mutiara. Suspecting something was amiss, Mahadi noted down their one-ton lorry vehicle number and called the police.

    ReplyDelete
  68. For his public spirit and vigilance, the supervisor, who hails from Terengganu, stood alongside Detective Sgts Abdul Kadir Patian and Jemuin Sikin, Cpl Matin Satin and Detective Cpl Desiman AK Ruwen for special commendations of the Sabah Commissioner of Police from Labuan Police Chief Supt Adzhar Othman during the contingent's monthly parade.

    ReplyDelete

  69. The OCPD also honoured 28 men and women in blue with certificates of appreciation for discharging their duties with commitment.

    ReplyDelete

  70. One of them, Cpl Haslinda Abdul Jamil, who is with the Public Affairs at the Labuan Police HQ, said police work had become more challenging and demanding, requiring multi-tasking.

    ReplyDelete

  71. A friendly face to the media and ever ready to help reporters, her scope of work involves monitoring public perception and other duties of crime prevention.

    ReplyDelete

  72. In her 15 years in the force, the slim fair lady had being singled out by the Inspector-General of Police for excellence in 2009. Two years later, she was similarly recognized by the then Labuan OCPD Supt Saiman Kasran.

    ReplyDelete
  73. Meanwhile, Adzhar called on the rank-and-file to focus and enhance the process of transformation particularly in reducing the crime index.

    ReplyDelete
  74. As this was the first monthly parade of the year, he spelt out the challenges of 2013 in executing the second stage of Government Transformation Programme (GTP) 2.0.

    ReplyDelete
  75. "Under the GTP 2.0, the Royal Malaysian Police (PDRM) must achieve the five elements of National Key Result Areas (NKRA), i.e. reducing crime index by 5 per cent, house break-in to 10 per cent, improving public perception of safety by 65 per cent, successful prosecution of cases by 35 per cent and improving public satisfaction by 85 per cent.

    ReplyDelete

  76. Although overall the Labuan crime index had dropped to 5.47 per cent, he said there is still room for improvement.

    ReplyDelete
  77. The island was ranked 10th in Sabah out of 20 police districts in the crime index, and placed 14th in the rate of solving crime.

    ReplyDelete

  78. The police under the command of Adzhar would step up aggressive policing through crime prevention operations in order to achieve Key Performance Index (KPI).

    ReplyDelete
  79. High Profile Policing would take on a charm offensive approach targeting youths and the communities to check juvenile delinquency.

    ReplyDelete
  80. To win public confidence, he called on the force to Stop and Talk, Meet and Greet with the people they meet.

    ReplyDelete
  81. "The government is committed to reduce crime and to meet the people's expectation.

    ReplyDelete

  82. The contingent must be ready to rise to the occasion in meeting the national mission of achieving Vision 2020."

    ReplyDelete
  83. Adzhar, who was posted to the island as OCPD in September 2012, urged his staff to view the public as friends and allies in fighting crime together.

    ReplyDelete
  84. "While we have successfully reduce the crime rate, we cannot be complacent and rest on our laurels but to turn around any public prejudices towards the police," he said, urging them to give their best services.

    ReplyDelete
  85. On the impending 13th General Elections, the OCPD told the officers of all ranks to be prepared mentally and physically to handle the challenges.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.