Wednesday, January 2, 2013

Bekas KSU Ditahan Bersama 36 GRO?



Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam. -HM

5 comments:
Write comments
  1. Kalau dBukit Bintang tu mesti kat VEGAS tu. Memang banyak pegawai kerajaan gred utama yg disponsor dkelab tu. Lagi best, drebar bos pun siap dibelanja sama oleh tukang sponsor ( biasanya clientel sesebuah jabatan le ). Lepas berhibur, contract kena sign kawan. Bukan sahaja2 belanja tu. Akhirnya bila selalu kena belanja kat situ dulu2an, dah ketagih pulak sebab tu sampai dah pencen masih lagi 'berdatangi'. Tak pelik le kalau Peg Tinggi polis dr Johor pun sampai ke Bukit Bintang disponsor oleh TONTO utk berhibur asalkan tidak ganggugugat mata pencarian 'kump tertentu' di Johor nun. Jngan terkejut, Hang Nedim anak kesayanagn Nazri Aziz tu terus menetap kat salah sebuah hotel di sana berminggu2. Anak org kaya katakan,samseng lagi. Habis wang..Nazri Aziz hantar RM10 000 melalui seorg drebar jabatan kerajaan . Nazri kan YB Menteri yg diamanahkan jg salahsebuah jabatan...beliau pulak buat projek masyuukkk.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. kepada yassir arafat....kecian sama kau, jika salah satu tuduhan di atas ternyata salah mana kau mau lari di akhirat...dapat dosa free jak...lebih baik diam dan terjemahkan dalan UNDI shj...cian kau bahh..

    ReplyDelete
  3. POLIS PUN MANUSIA BIASA JUGA BUKAN MALAIKAT PUNYA PERASAAN SEDIKIT SEBANYAK AKAN MELAKUKAN KESALAHAN INGAT JIGA LAH JASA POLIS DARI ZAMAN DARURAT SEHINGGA SEKARANG

    ReplyDelete
  4. Boss pejabat aku kena sponsor kaw2 kat tempat tu. Lepas tu kenkawan yg dah ke tempat tu,balik citer kat aku di opis Ketua Menteri. Mcm mane ndak tau..mbah.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  5. Kepada ONANY Jan 3: 2.11PM.

    Kalau kau tidak tau apa2,baik kau yg diam. Setakat dok atas bukit di Ranau atau Pulau Berhala,tak tau apa2 persekitaran,confirm bagus kau yg diam.
    Tukang jawap je.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.