Wednesday, January 2, 2013

Garis panduan SPR kongkong pemerhati p'raya

Garis panduan untuk pemerhati pilihan raya yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), termasuk larangan bercakap kepada media tanpa kebenaran SPR, akan menghalang mereka daripada menjalankan tugasnya, kata Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (kiri) berkata sekretariat Pakatan bermesyuarat hari ini untuk meneliti garis panduan tersebut, dan memutuskan untuk mengemukakan bantahan kepada SPR.

Katanya, garis panduan itu melarang pemerhati pilihan raya daripada memantau proses pengiraan undi, rakaman "penipuan pilihan raya" tanpa persetujuan pegawai SPR, dan bercakap kepada media.

azlanIa juga melarang pemerhati daripada mendedahkan maklumat kepada
mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan SPR, berkomunikasi dengan ejen mengundi dan ejen mengira undi serta kakitangan SPR, serta daripada hadir di pusat mengundi.

"Selain itu, SPR hanya membenarkan maksimum tiga pemerhati pilihan raya dalam sesebuah kawasan parlimen," kata Saifuddin kepada pemberita di ibupejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Parlimen Machang itu menyifatkan garis panduan tersebut sebagai satu sekatan yang tidak adil kepada enam kumpulan pemantauan pilihan raya.

"Ini mencerminkan bahawa SPR tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan pilihan raya umum yang telus dan adil," katanya, sambil menambah bahawa Pakatan akan meminta SPR meminda syarat-syarat tersebut.

Pakatan akan pantau 'kerusi panas'


Menurut Saifuddin, enam kumpulan yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati rasmi di Semenanjung ialah Transparency International-Malaysia, Merdeka Centre, Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Pusat bagi Kajian Dasar Awam, Majlis Belia Malaysia dan Persatuan bagi Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).

Proham dan Institut Nasional bagi Demokrasi dan Integriti Pilihan Raya telah menolak tawaran itu.

Selain Majlis Belia Malaysia, empat kumpulan lain masih berunding dengan SPR mengenai sekatan tersebut.

Saifuddin juga berkata bahawa Pakatan akan memantau secara intensif 'kerusi-kerusi panas'.

Ia membabitkan kawasan pilihan raya yang ditandingi pemimpin tinggi Pakatan, kawasan dengan kenaikan mendadak jumlah pengundi, kawasan pilihan raya yang terbabit dalam membeli undi dan bermasalah dalam pilihan raya sebelumnya, dan kawasan di mana majoriti undi dalam pilihan raya lalu di bawah tiga peratus daripada keseluruhan undi.

"... jika tiada kawal selia dan pemantauan di kawasan pengundian ini, mungkin berlaku penipuan, yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya," katanya. -MK

6 comments:
Write comments
  1. SPR tu kan BARUA BN ? Apa yg nak diherankan.

    ReplyDelete
  2. Tengkorak kau la wan ahmad, jgn jadi pengkhinat rakyat Msia.. ckp mcm rakyat Msia ni bodoh sgt percaya bulat2 kat SPR..Apa yg takut sgt , perfect sgt ke SPR sampai xleh dipersoal? selama ni pengundi hantu, UNDI POS, masalah pengundi pati di Sabah tu.. apa cerita? .. buat kerja betul, xpyh takut sgt.. Ni belum apa2 dah gelabah semacam..

    ReplyDelete
  3. Aku tgok xde ape silapnya dkwaan Saifiddin tu.. Sm spt yg Wan Ahmad bgtau... Ape yg xbtulnya kenyataan Safuddin tu???.. Bengong sungguh Tim Pengerusi SPR ni... Mcmner la buleh jd Tim. Pengerusi... Ape yg aku fhm skrg, pmerhati bebas p.raya tsbut dh xbebas lg... Ianya dh jd pmerhati SPR slepas mnerima akujanji perlantikan... Kalu nk jd bebas ape guna mnatang akujanji tsbut dibuat... Ni memang puak2 ngong blaka yg ada d SPR ni... Aku xrela dn xhalal, pemerhati tsbut d panggil pmerhati bebas sbb terang2 mrk adalah pmerharti dr pihak SPR Najibabun... So, PR kna perbanyakkan pemerharti parti sndiri dpd dok harap kpd pmerhati babun tu.. ABU..

    ReplyDelete
  4. Kalau macam itu kira undi dalam bilik tidur Rosmahlah baru pemerhati susah nak masuk! Paloi punya SPR!

    ReplyDelete
  5. SPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat ). Kah kah kahhh

    ReplyDelete
  6. pemerhati ini boleh check mcmana JPN kc kerakyatan palsu kpd org asing???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.